• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum .. semoga kalian sihat2 selalu n pada yang kata saya jiwang tu ! anda jugak jiwang buekkkkkk haha ...

bila kau masih mencintai ku 
tetaplah kau selalu disini bersamaku temani aku ...

sering bertanya pada diri , pada hati juga perasaan .. kenapa dalam hidup ini ada perpisahan , kenapa perpisahan itu sakit sedangkan tiada luka yang tercalar pada fizikal .. tapi air mata yang mengalir mengertikan segalanya ... saat perpisahan terjadi , di sini kita berhenti di pinggir jalan yang sudah mati .... kenapa ? ingatlah sewaktu sebuah pertemuan yang kamu sama-sama ciptakan dahulu ....

dahulu sewaktu kau menginginkan ku ibarat sejuta jalan muncul untuk mendapatkan ku .. setiap hari hanya gelak ketawa , setiap hari punya kenangan yang sangat manis .. tiada yang pahit hingga air mata malu untuk keluar .. bahagiakan waktu itu ? aku merajuk kau pujuk .. aku marah kau hanya tersenyum .. dan ku turut tersenyum kembali ... semua hanya bahagia .. tapi di jalan yg tiada penghujung rupa2nya menemui jalan yang mati ..... lalu terpisah membawa arah yang berbeda ..

kenapa ? kerana di saat terciptanya pertemuan itu kamu tidak mengekalkan sehingga ke akhirnya .. bila kamu dah mendapatkan aku seakan semua terabai .. kekalkan lah detik pertemuan itu tercipta jangan sampai ia terpisah .. jika itu yang kamu buat , pasti kita akan menyusuri hidup hingga ke akhirnya dengan usaha kita dan jugak izin Allah ... tapi andainya kamu biarkan kapal berlayar tanpa nakhoda pasti ia tenggelam jua ...... 

hati berbicara :
bila dah dapat apa yang selama ini kamu mahukan jangan biarkan ia terlepas .. kekalkan apa yang kamu rasa , kekalkan apa yang kamu korbankan untuk selama-lamanya .. bukankah cinta itu perlu di update selalu .. andainya terasa kekurangan dalam sesebuah perhubungan ..ingat kembali di waktu kamu sama-sama sedang mengenali ... indah bukan ? ... dan berdoalah ... supaya tiada rasa yang asing hadir kerna kadang-kadang rasa yang asing itu mampu menghilangkan rasa yang manis ...
buat cinta hati : maaf  terkadang aku juga sering mengabaikan mu tapi jujur aku hanya ada kamu .. hekhekhekhek .. !

Assalamualaikum ..
wah3x dah berhabuk blog kesayangan ni , sory ye reader .. psst ! tu pun kalau ada reader hehehe ..

''setiap luka perlukan masa untuk sembuh''
Bukan mudah untuk mnerima hakikat yg kita di benci oleh seseorg yg kita syg seumur hidup, tp kenyataan hdup prlu di telan.. Redha tapi jgn brhenti brharap agar kasih itu brputik kmbali... 
Selagi ada kehidupan selagi itu tiada siapa boleh brhenti brharap ♥


terkadang ...bila hati sedih tentang sesuatu yang remeh bagi pandangan mata orang lain , ia sangat sakit di hati sendiri .. mereka sering berkata "itu hanyalah ujian kecil" cinta itu buta , cinta hanya benda yang sia2 dan ada yang lebih besar dari kamu .. tapi 

ini bukan soal ujian , tapi ini soal hati dan perasaan .. setiap manusia pasti ingin dimiliki , di kasihi , di sayangi dan di cintai ~ siapa yang mahu hidup sendiri hingga nafas terakhir ? walau sedalam mana pun hati mu kuat mengatakan aku tidak ingin bercinta tapi pasti terdetik di hati kamu ingin di sayangi , dan tak pernah meminta ingin di lukai ... tak pernah bukan ? tak pernah sekelumit pun bukan ~ 

aku tahu ramai manusia di luar sana lebih hebat dugaan dari soal hati sendiri ,tapi cobalah untuk meletakkan dirimu di tempat orang lain yang kesedihan walaupun kesedihan itu berpunca dari jari yang luka akibat terhiris pisau dr kelalaian sendiri .. setiap orang punya hati tapi ia berbeza ~ bukan semua hati kuat seperti kamu sayang ~ bukan semua hati terlalu tabah seperti mu sayang ~ bukan juga semua hati terlalu keras ! seperti mu sayang .......

dan adakalanya manusia itu perlukan ujian demi ujian untuk menjadi tabah seperti hati mu sayang ~ kerana setiap luka ada pengajarannya tersendiri , kerana setiap titis air mata punyai kenangannya sendiri ~ kerana setiap senyuman juga ada duka di sebaliknya .. jangan memandang hanya sebelah mata tapi rasai lah kesedihan orang lain dengan sepenuh hati agar kekuatan yang kamu ada dapat di berikan sedikit demi sedikit kepada sang hati yang sedang berduka ..

hati berbicara :
"bukankah hidup itu ibarat roda ? ''
''saya tahu hati saya juga terlalu lembut dalam soal hati dan perasaan , saya tahu betapa sebuah perpisahan itu sangat perit walaupun ikatan suami isteri itu belum ada .. tapi saya juga ingin berpesan bersedih lah hanya untuk membuang duka .. bukan bersedih hingga bertambah siksa.. ingat Allah tetap ada , dan DIA aturkan perjalanan kita dengan penuh keindahan cuma ujian itu hanya untuk menguatkan bukan untuk melemahkan ..'' ♥



Assalamualaikum .. 

Adakala bila hati terlalu lembut , peluang yang perlu di bukakan hanya sekali menjadi bercabang-cabang .. susah bukan bila punya hati yang terlalu lemah , terlalu rapuh tambah-tambah bila kata-kata maaf tu hadir dari seseorang yang sangat kita syg  ~ berkali di sakiti ! berkali di lukai ! berkali2 juga janji terbit untuk diri sendiri untuk tidak menerimanya .. tapi akhirnya janji di mungkiri , rebah oleh belaian kata-kata yang sama sahaja .. aku bagi kamu satu soalan .. boleh kah kuatkan hati kamu ? dan kamu ~ berapakan peluang yang kamu inginkan ! 

terkadang aku terfikir , kenapa manusia seringkali meminta peluang andainya peluang itu di sia - sia kan , kenapa perlu ada pujuk rayu bila kamu inginkan sesuatu dan kenapa harus kau mungkiri janji yang kau taburkan ! entahlah ~ terkadang aku sendiri tak mengerti .. mungkin manusia memang tak pandai untuk mensyukuri sesuatu benda yang sentiasa ada di sisi sehingga lah sesuatu itu terbang tidak kembali lagi , dan waktu itu kamu tak mungkin dapat lagi peluang yg sering kamu sia-siakan ...

bagi kamu yang sentiasa membuat khilaf , cukuplah sekali ku berikan peluang .. kerana khilaf mu mungkin cukup besar untuk ku beri peluang kali ke dua .. so gunakanlah sebaik2nya peluang yang ada , selagi aku masih ada .. selagi aku masih ingin menemani mu di sisi , selagi aku sentiasa tersenyum bila kau hadir ..kerna bila peluang itu di sia-sia kan lagi ..senyuman ku sudah mati untukmu buat selama-lamanya ... ~ dan hati ku keras ibarat kerikil buat insan yang tak tahu menghargai 'PELUANG'..

hati berbicara :

''pernah suatu ketika dahulu , aku hidup di ranjau yang berduri sehingga tercalar sepasang kaki .. pernah ku gapai bintang di langit tapi semua hanya penat mendatangi ''
sekali ku di lukai ,, tiada peluang yang mampu ku beri selain dari menjauhi ... 
mengapa sukar sekali untuk memaafkan bila hati dilukai ? kerana memori itu melekat hingga ke mati .. bukan senang untuk membasuh memori , lebih-lebih lagi memori yang sangat terkesan hingga ke lubuk hati .... mungkin mampu untuk memaafkan tapi melupakan ? ...........


Assalamualaikum ..selamat malam sayang2 semua =)

manusia takkan terpisah dari masalah hati , dari sifat menipu .. dari sebuah pembohongan yang menyakitkan ..entahlah kenapa sukar berterus terang , kenapa sering kali bermain dengan madah - madah pujangga , kenapa suka membuatkan seseorang itu jatuh cinta dalam tidak sedar .. sedangkan seseorang itu telah lama jatuh dalam dunia cinta ..dan kenapa cinta yang ada di curangi kerana hanya sekeping ayat yang bisa meluluhkan sekeping hati yang kian lemah ..

 terkadang kesunyian yang membelenggu diri mudah rapuh bila seseorang cuba menggoda , hati kian di lema , di antara dua , antara cinta yang sedia ada dan cinta yang baru ingin berputik .. tapi adakah sekeping ayat tu mampu mencairkan cinta yang lama .. hati .... jangan mudah tergoda dengan mainan perasaan , hati ... jagna mudah lemah dengan bisikan ayat yang hanya di luahkan di bibir mulut , hati ... bangkitlah , bukalah mata hati , jangan hanya mendengar , jangan hanya membaca ..

"Dear someone who I love pls don't be in love with someone else''
please stay with me forever n ever coz deep in my heart i really2 lov u .. ♥

kepada sesiapa yang sedang bercinta cobalah untuk setia , kadang - kadang bila kita dalam kesunyian , kerinduan kita rasa seronok dan asyik dengan kumbang yang tiba2 datang menghinggap .. sedangkan kumbang itu hanya singgah menghisap madu melepaskan segala lelah .. bila ia kenyang ia terbang lalu menghinggap di bunga yang lain ... dan kita termangu lalu menyesali dengan segala kesilapan yang terlalu asyik kita buaikan ..

hati berbicara :
kadang kala aku  terbuai oleh keasyikan yang tiba - tiba datang menjengah ke dalam hati yang kian sunyi .. terkadang aku seronok dalam kehidupan yang penuh dengan madah dan bunga - bunga yang sentiasa membuatkan aku hidup di awang - awangan hingga aku terleka akan seseorang yang sentiasa memberi aku cahaya , dan lantas aku tersedar dari khayalan yang penuh dengan bisikan ... sedarlah hati .. semua itu hanya kepura - puraan , jangan mudah terperangkap hingga tak mampu untuk melepaskan diri lag ... ♥
Assalamualaikum .. malam ni jari rajin sikit nak menaip papang keyboard !


just nak cerita tentang kehidupan sekarang , boleh kan .. asyik berjiwang je naik kematu jari hantu .. hidup sue sekarang ok je , tapi rindu sangat-sangat kat kg , kat mak n suasana kg .. best holiaauuuuu lah , kat putrajaya ni pun best cuma sunyii sangat2x .. xde suasana berjiran pun tapi biasalah inilah keistimewaan bila dok kampung , hidup berjiran kan ? 

baru - baru ni masalah dtg bertimpa2 kat tempat kerja , susah bila bekerja dengan suami orang , masalah pertama mestilah isteri dia kan , first dia masuk kerja kat situ , he's look so okayh lah , n then lama-lama bila dah bekerja mesti saling tegur menegur right ? tapi hingga lah suatu hari , someone cakap kat sue , isteri dia sangat2x jeles dengan sue .. sue pun rasa macam eeeee kenapa sue pulak yang kena sedangkan kita just borak2 biasa... pastu sue pun kdg berhati2 jugak tapi isteri dia still jeles dgn sue ..n sue masih sabar.....

benar .. cemburu itu tanda sayang tapi jangan jadikan cemburu itu bertukar menjadi benci , kelak diri kamu yang merana diri .. dalam hubungan percaya lah antara satu sama lain , andainya cinta itu kuat .. tak perlu risau .. setiap perbuatan yang dia lakukan pasti hanya kamu di hati , fikiran , jiwa , mata dan minda ♥

hingga satu saat , wife dia dah mula mencarut dekat sue tapi dia msg kawan sue .. msgnya berbunyi ''pesan kat sue babi ... jaga mata , jangan dok gedik2 dgn laki org ...........dan byk lagi ..terlalu kasar untuk budak2 yg bawah umur '' n that time sue masih sabar walaupun first sue tahu dia benci sue , sue dah menangis ! tapi satu malam tu wife dia msg sue sendiri n banyak sgt kata-kata yg menyakitkan hati .. memang saat tu sue tak mampu sabar , sue ckp kat bos , n then bos suruh laki tu berhenti kerja .. n esok nya jugak kyleril dtg jumpa that guy n his wife to settle everything .. so laki tu terpaksa di berhentikan last bulan ni saja ... 

tapi .. jahat ke sue sebab sue , sebab isteri dia jeles dengan sue , dia terpaksa di berhentikan kerja , sue ke yang tutup rezeki dia ? yaAllah memang tak berniat pun tapi sue tak boleh kerja dalam suasana yang tertekan , rasa sangat2 terganggu .. kalau itu cara nya sue just redha .. sue tak mahu terlibat dalam apa2 pun masalah rumahtangga mereka !

hati berbicara :
setiap perempuan pasti ada rasa cemburu , sue pun sama gak , tapi sampai serang-serang orang yang tak bersalah rasanya tak elok .. im so sorry coz menyusahkan hidup korg but bukan salah sue , tapi salah kamu yang tak mampu berfikir dengan waras ! not my fault if something happen to u olz .. dont blame on me , sebab sue mangsa keadaan .. sedih sangat , first time dalam hidup jadi benda2 macam ni .. hanya mampu bersabar dan terus bersabar ..... ♥ start today just call me sue because thats my real name .. 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates