Assalamualaikum ...
sila baca entry sampai habes supaya manusia yang tak membaca smpai habes senang2 cop aku bukan2 nanti , kuteyyy kan ..
sila baca entry sampai habes supaya manusia yang tak membaca smpai habes senang2 cop aku bukan2 nanti , kuteyyy kan ..
yang ni makwe ensem pakwe tak cantik
''ai maluuu yuuuu sampai ai kena pakai topeng nak keluar dengan yuuuu'' aii maluuu ,maluuu aii ,aii malluu,ai malu ,ai malu ai malu,malu ai .. (aku tampo gak kang)
hari tu ternampak page kat fb ,tajuk dia macam tajuk kat atas tu lah ''pelik tengok pakwe ensem tapi makwe tak ensem'' isy2 sentap aku yang tak berapa nak ensem ni ,terus terdetik dalam aty ,ada jugak page macam ni adui dui duiiiii .. kencing manis tengok hurmmm , meh cek nak habaq mai kat hangpa2 semua ...
Allah tu maha adil ,dalam hidup kita pasti kita akan dapat yang berlawanan dalam hidup kita ..contohnya
- yang kaya dapat yang miskin
- yang cantik dapat yang tak ensem
- yang banyak cakap dapat yang pendiam
Allah sedang mengajarkan kita tentang sesuatu iaitu hidup kita saling melengkapi , kadang2 kita tak sangka apa yang kita dapat melebihi apa yang kita ada , tapi semua itu atas kebaikan dan akhlak kita ,andai kita tak cantik tapi akhlak kita sangat2 baik Allah memberikan seseorang yang terhebat buat kita ..subhanallah kita hanya mampu bersyukur ,dan yang cantik tapi andainya akhlak nya buruk tak mustahil dia tak mampu capai kebahagiaan yang dia inginkan ....
hati berbicara :
''kurungkan kecantikan mu hanya di dalam hati walau pada asalnya orang melihat kamu hodoh''
dan rupa tak pernah menjanjikan apa2 kebahagiaan , bahagia itu terletak pada hati ,pada kebaikan pada akhlak bukan pada kecantikan yang kian luntur ,kecantikan yang hanya pada kulit bukan pada isi dalamannya ,kadang2 orang yang tidak memiliki apa2 tapi ada budi pekerti seringkali dibenci oleh orang yang mempunyai segala2 kecuali budi pekerti,heh ! itu yang sebenarnya pelik bukan ?
dan ketahuilah rupa tak menjanjikan kesetiaan hingga ke akhir hayat ...
manusia seringkali melihat luaran kerana suke melihat dari pandangan mata kasar ~
TERIMALAH PASANGAN KITA SEADANYA...
TERIMALAH PASANGAN KITA SEADANYA...
Assalamualaikum....
first terima kasih pada budak kacak yang bagi kebaikan buat qaseh semalam .. siapakah budak kacak itu jeng2x ... blog superbbb inilah dia BUDAK MUNCETTTT
first terima kasih pada budak kacak yang bagi kebaikan buat qaseh semalam .. siapakah budak kacak itu jeng2x ... blog superbbb inilah dia BUDAK MUNCETTTT
''kenapa orang masih ingat benda jahat sedangkan banyak kebaikan yang telah di berikan ?''
Tertarik dengan kata2 itu .. kenapa seringkali kita masih mengingati sesuatu yang di buat oleh someone kepada kita dan ia sangat melukakan ! sedangkan someone itu pernah memberi banyak kebaikan pada diri kita ? hurmm tiba2 aku terfikir ,betul jugak kan ! dia dah banyak buat benda baik tapi sekali dia buat jahat , yang jahattt tu je lah yang kita ingat sampai mati ........
sebabnya senang , kenapa Allah murka pada kejahatan ? kerana di sebabkan satu kejahatan tu memberi satu titik hitam dalam hidup seseorang ~ dan dari kejahatan itu lah mencabangkan permusuhan ! dendam ! kebencian ! kelukaan ! dan segala yang buruk ... tak mustahil segala kebaikan yang seseorang buat terhapus oleh satu kejahatan saja ! dan kerana itu lah tercipta ''buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali''
hati berbicara :
hurmm biasalah hidup ni kadang2 muka masam ,sedih ,gembira ,berkerut ! haha macam2 kan ..
tapi satu saja,andainya ada satu titik hitam dalam hidup kita jangan hidup dalam dunia tu , redhalah dengan segala2nya .. kawal lah benda jahat tu dengan baik ,bukan kawal benda jahat dengan benda jahat .. nanti tercipta lah satu dendam !
qaseh dah maafkan semua orang termasuk awak ..dan awak maafkan lah kite sepanjang perkenalan kita .. jauh bukan bererti bermusuh .. =) maafkan saya maafkan saya .. heeee
Assalamualaikum ...
talking about marriage ~
Takdir? rahsia Allah ...
talking about marriage ~
Takdir? rahsia Allah ...
andainya satu saat nanti apa yang kita rancang musnah ,aku lihat kau di persandingan tapi aku terluka di balik tabir , waktu tu terluka dan redha dengan siapa pun jodoh yang hadir , n that time datang jodoh dari parents , someone like 'stalker' we dont know each other .. kalau korang terima tak ? emm tak salah rasanya membuka peluang ,andainya sudah baik di mata ibu bapa ..why not ? tapi kenal lah dulu tentang dia ... maybe dia pun perlu kenal kita dulu ....maybe cinta pandang pertama hadir ''i look at once , i fall in love with twice ''
tapi .. ada ke ? haha
tapi soal hidup kita , kahwin bukan untuk main2 .. so tips2 dia ,
- solat istikharah , minta petunjuk ilahi ..
- kenal dia , buat je aksi selamba , jadi diri sendiri and marks anything about him / her ,kalau okey bagi kamu ,alhamdulillah tapi kalau tak okey , be direct to him, kalau nak tahu lelaki tu serius dan ikhlas or tak , awal2 lagi dia bagitahu tentang dia , means dia takkan hide something from u , coz dia nak hidup dengan kamu ..
- jaga solat - 100 mark
- tak terlalu memaksa - 1mark
- kelakar - 1mark
- seems so nice - 1mark
- protective - 1mark
- bertanggungjawab - 1mark
- bersopan - 1mark
- tak ambil kesempatan - 1mark
- seems so gentleman - 1mark
- rapat dengan famili - markah bonus
hati berbicara :
tapi jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia , cukuplah dia pandai jaga agamanya , insyaAllah yang lain dia akan jaga , baca cerita2 cinta orang bercinta lepas kawen macam best je , bangun pagi tengok someone yang kita tak kenal ada kat sebelah , masa tu malu2 kambeng je hahaks , mula kongsi cerita ttg diri masing2 ,saling merenung .. lama2 cinta pun berputik ..walahhhhhhh ! tiap kali tengok senyumannya
''a smile that drove my hearts to the knees''
Assalamualaikum....
Cinta ? fitrah tabi'e yang Allah kurniakan pd kita , jiwa perlukan cinta , jasad perlukan makanan... tapi cinta kita punya peraturan kerana Allah sayangkan kita tanpa batasan ! punya peraturan .. tapi andainya peraturan itu kita langgar jadilah cinta yang terlarang ..
''seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang , racunnya akan meresap membunuh akal , jiwa dan perasaan ~ ''
- cinta itu di dasarkan kepada Allah
''kami bercinta kerana Allah tapi perlu iringi dengan niat untuk bernikah ! kalau niat just untuk suka2 ? tangguh ! katakan pada diri ''aku hanya tertarik @ minat''
- andainya orang disana serius dengan kita tapi kita tidak serius ? --> jangan bercinta kerana kasihan , kalau kasihan bermakna kita akan merosakkan diri kita dan juga dia ''kita boleh kasihankan orang yang kita cinta tapi kita tak boleh cinta kerana kasihan ''
- tiada hukum Allah yang dilanggar ..
kadang2 ada beberapa budak menyatakan
''alaaaaa cinta apa kalau xde dating,perbualan fon,sms,sentuhan,kerlingan dan senyuman ?''
tapi itu hanya lah pandangan kita bukan dari pandangan Allah , kita fikir itu perisa tapi sebenarnya ia perosak...
tidak ada keindahan jika peraturan ini dilanggar .... huhuhuhu
hati berbicara :
kadang2 aku rasa teruk je , tak layak untuk bercinta ... tapi aku bersyukur dengan kejauhan yang mencampakkan jasad dia dan jasad aku jauh .. sekurang2nya kejauhan tu menghalang pandangan mata ,saling merenung ,bercakap ,ketawa .. hurmmm betullah setiap benda dalam hidup ni punya hikmah .. lindungilah kami =( ..







