Assalamualaikum...
orang yang tidak menghargai kehidupan adalah orang yang hidup dalam dunia ilusi , dunia yang dia ciptakan sendiri kerana dunia itu hanya menyeru kenangan , membuka kenangan silam , mengungkit nostalgia .. putus asa yang menemaninya di situ ! dan dia akan menggari kaki tangannya sendiri agar tidak keluar dari dunia ilusi ciptaannya..
dia fikir dunia itu indah , ramai yang datang menjenguknya sedangkan yang menjenguk itu cuba membawanya ke alam realiti, dan orang itu adlh orang2 yang menyayangimu ! tapi kamu masih berfikir ''orang yang aku sayang telah pergi~'' iya !! dan kamu takkan pernah hargai kehidupan kamu selagi kamu hanyut dalam dunia ilusi sedangkan banyak kapal2 bahagia cuba membawa kamu pergi ...
dan dia berkata , aku dah cuba menaiki kapal bahagia itu tapi kenapa aku masih merasa kosong sedangkan aku mendengar tepukan2 harapan menongkat semangatku kembali , dan ada satu suara yang menyatakan ''kamu bukan kosong , tapi kamu masih menutup pintu hatimu ! bukalah dan dengarlah jiwamu sendiri , pasti ada suara kebahagiaan yang memanggil .. lalu dunia ilusi perlahan2 hilang dari pandangan mata dan kamu berjaya !
hati berbicara :
hargailah kehidupan selagi masih bernyawa , setiap nafas yang kita hembus adakah syukur di berikan oleh kita ? tidak bukan ? kadang2 mengeluh lebih banyak dari bersyukur ..sedangkan nafas yang diberi percuma ..






