• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum olz..
selamat petang ~ 
hurmmm hari ni rasa tak kuat tapi gagahkan jugak...minum kacip timoh dah tadi ..miahaha
taklah sebenarnya kurang sihat sikit hari ni ondeway ke arah demam..
mak ayah busy dah, pergi ke rumah sedare2 edar kad jemputan kawen my abg not me .. huwaaa makan nasi bungkus je tadi hik2..tade orang kat rumah ... 
petang ni dalia nak buat entry pasal cinta tidak berbalas..or bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi ! baik g tepuk kompang pak pung pak mustape ...boleh naik pelamin terus toksah banyak2 pikir nak balas ke tak kan?haha 
korang penah tak berada dlm situasi mcm ni ?maybe time2 sekolah dulu..ade org minat kat korang or korang minat kat dia .. tapi tak berbalas?
dalia tak de pengalaman minat2 org tak berbalas... sebab time2 sekolah dolu2 pun tak minat sgt cintan cintun ! tido agy bagozzz... tapi kagumi org2 yang encem je lah ...ramai gilos org2 ensem kat dunia ni n jgn tekezut shah rukh khan penah jadi pakwe dalia ..tp angan2 mek jering ajo !haha


tak perlu memaksa orang itu andainya hati nya tiada cinta untuk kita ~ 

sakitnya cinta bila tidak berbalas..lagi sakit bila cinta dalam diam..tapi rugi ah ..nape rugi ?ye ah cinta dalam diam ! smpai mati pun dia tak tahu ...
ade someone share pengalaman dia ..dia ckp dia minat gila kat someone ni ,.tapi org yg dia minat ni lgsung tak layan n tak suka kat dia ..tapi dia still tunggu tunggu dan teru tunggu ...n i said to her for what nak tunggu lagi ?kalau orang dah tahu yang kita sukakan dia tapi dia still tak layan kita maknanya dia mmg xboleh nak mencintai kita ! so hentikan sometimes mmg kita tahu cinta tu akan dtg tanpa kita sedari ..n sometimes kita boleh ambil masa untuk mencuba mencintai seseorang itu .. tapi andainya cinta tu tetap tidak hadir ..lepas kan lah ...cinta tak boleh di paksa... sebab bahagia tu tidak boleh di cipta tapi ia hadir dengan sendirinya ~ so andainya dia still buat endah tak endah lepaskan lah ... cuba lah untuk terima kenyataan ... maybe itu terbaik untuk kita .. dan juga untuk dia ..jangan membuatkan hidup lain merasa rimas dengan cinta kita yang langsung tak mmpu membhgiakan dia ... cari lah kbhgiaan mu sendiri... insyaAllah akan ada cinta itu .. cuma kita tak nmpak.. yolah macemano nok nampok ! dah kalau dok terhegeh2 kat org yg mmg xnmpak kita.. !haha crazy kan ?tapi itu lah dunia..hurmm dunia cinta yg bermacam2 ragam ~ 

orang kata cinta perlukan pengorbanan..yezza dalia setuju sebab pengorbanan ni byk tapi jgn pulak mengorbankan maruah diri utk cinta hurmmm tu cinta gila ..yeahh gila ! why gila?mmg gila pun...bukan cinta yg gila org2 yg gila..org giler ?haha aku ni kot yg giler ..emm tapi kita boleh mencuba..mencuba perjuangkan cinta yg ada shingga dia nmpak betapa kita ikhlas menyintai nya...kalau dia boleh terima alhamdulillah kalau dia tak boleh terima...masih banyak hati2 yang still mencari cinta yg ikhlas..hehehe... jiwang pulak ye hari neh.. emm sekadar perkongsian..kat dunia ni berjuta hati yg merana krna cinta tak berbalas tapi diorang tak tahu apa itu cinta ..dan apa itu pengorbanan..dan jugak still xnmpak sebenarnya diri sdg di uji ... ~

nota cinta untuk mu ~ 

segenap inci kehidupan kita pasti terselit dengan ujian ..adakalanya ujian itu berupa kekosongan jiwa dan hati ...sesetengah pulak ujian tiada uwang ..uwang besar ! uwang besar ! uwang tade maaa ~ sesetengah lagi ujian cinta dan brmacam ujian yg perlu kita tempuh..sebenarnya kita berjalan di dalam duri2 ..berjalan tanpa selipar melangkah di atas duri2 kehidupan ... adakalanya kita terlepas oleh duri2 itu ..adakalanya kita terpijak duri itu dan kesakitan tanpa cuba membuang duri itu ..tanpa mencuba untuk tidak menempuhi ujian itu !setiap yg terjadi adlah ujian ..cuma kita tak nmpak..kita tak mmpu memaksa hati org utk mncintai kita ..bersabar lah .pilih lah antara dua... pilih lah ingin mencintai atau ingin dicintai ~lebih baik kita tahu kebenaran yg kita tidak dicintai dr kita dicintai tapi dalam kepura2puraan.. tahu dop ! kita sdg menyiksa hatinya !last2 hancorrrrrr kebabommmm !!!!

hatii berbicara:
yakinlah pada diri..hari ini kita melangkah di atas berjuta duri kelukaan..duri sebuah kebenaran..
tapi hari esok kita berjalan di atas permaidani yang di penuhi bunga2 ..harum mewangi di segenap inci kehidupan ..
hari ini cinta itu bukan milik kita ... bukan terbaik untuk memiliki cinta kita ..
tapi hari esok ade insan2 yg benar2 layak memiliki cinta kita ..bukan hanya kita mencintai dirinya sepenuh hati..tapi jasad jiwa dan perasaan kita di cintai dengan sepenuh nyawa yg ada.. ~
kasihku yg dalam usahlah di persenda andainya tidak mmpu dibalas
berdiri aku disini bukan utk seketika tp selamanya...
kesempatan ini juga ku berikan hanya utk seketika..andainya kamu tidak boleh memenuhi segenap ruang ini..aku kan pergi mencari cinta ku sendiri..
semoga ada ruang mesra itu kelak ~



Assalamualaikum olz..
dalia nak ucapkan selamat menyambut maulidur rasul  pada semua ~ 
semoga kita sentiasa di naungi olehNya dan sayangi lah rasulullah s.a.w dan kaum kerabat baginda...dan ikutilah contoh2 yang ada pada Rasul kita ..
btw jom kita cerita sikit tentang sirah nabi Muhammad s.a.w..
jangan kita dok sambut2 maulidur rasul tapi kita tak tahu apa2 pun tentang nabi kita..


Rasulullah dilahirkan sbelum fajar pd hari isnin 12 rabiulawal tahun gajah (571 masihi)..baginda dilahirkan dlm keadaan yg suci bersih ..sudah dikhatankan,berminyak rambut dan sgla bulu2 sudah terpotong tali pusat ,mata yg tercelak dan bercahaya ..setelah dilahirkan baginda meletakkan kedua tangan ke atas bumi dan mendongak kepala ke arah langit , kemudian baginda bersin ..dan mengucapkan alhamdulillah .. para malaikat menjawab 'rahimakallah' (Allah mengasihimu wahai nabi yg telah memuliakn dunia dgn kedatangan dan pandangannya )
baginda membesar di dalam satu hari sbgaimana bayi2 lain membesar dalam masa sebulan ..dalam masa 3 bulan dr kelahiran baginda sudah boleh berjalan ..sempurna sembilan bulan ,sempurnalah keadaan baginda spt kanak2 besar yg lain dan fasi lidah..pada umur sepuluh bulan baginda sudah mula pndai memanah ... nauzubillah .. ~


571M 
kelahiran Rasulullah s.a.w..diserahkan kpd ibu susuan yg brnama saidatina Halimah bt zuaib As-saadiyah r.a..baginda disusui diperkampungan bani saad
575M
baginda dikembalikan kpd keluarga baginda di mekah ketika baginda berumur 4 tahun
577M
kewafatan bonda Rasulullah s.a.w saiyyidah Aminah ketika baginda berumur 6 tahun ..dimaqamkan pada satu tempat yg bernama 'abwa yg berhampiran dgn madinah ..ayahanda baginda telah wafat sebelum kelahiran baginda semasa baginda berumur 2 bulan di dalam rahim bondanya ..lahir dlm ketiadaan bapa dan diserahkan kpd nendanya Saindina Abdul Muttalib
579M
kewafatan saidina Abdul Muttalib..baginda diserahkan kpd bapa saudara baginda Saidina Abu Talib
580M
baginda bersama2 bapa saudaranya berniaga ke negri syam..seseorg telah nasihat kan bapa saudaranya supaya menjaga baginda dgn baik krna baginda ialah nabi akhir zaman
595M
baginda bermusafir ke negeri syam lagi bersama2 rombongan perniagaan sayyidah khadijah
596M
baginda berkahwin dengan sayyidah khadijah r.a ..bermula dr pihak sayyidah khadijah r.a utk berkahwin dgn baginda 
611M
turun wahyu pertama kpd Rasulullah s.a.w di gua hira' semasa baginda berumur 40 tahun..wahyu pertama 27 ramadhan 
621M
kewafatn saidina Abu Talib selang beberapa hari kewafatan isteri kesayangan baginda sayyidah khadijah r.a pula wafat 
622M
peristiwa isra' mikraj
624M
hijrah ke madinah (brmula tahun pertama hijrah )bina masjid terawal (masjid Quba' brhampiran madinah ,splat jumaat pertama di tgh perjalanan ke madinah ..smpai di madinah baginda di sambut oleh kaum muhajirin dan ansar 
membina masjid nabawi..persaudaraan kaum muhajirin dan ansar ,,perjanjian diant . org2 islam dgn yahudi madinah utk slg menolong dan tidak bermusuhan 
625M(2H)
kmbali kiblat dari baitul maqdis kearah ka'abah di mekah selepas 21 bulan dr tarikh hijrah baginda ..difardhukan puasa ramadhan dan ibadat zakat ..peperangan badar Al-Kubra (17 ramadhan) n ketetapan solat hr raya ..perkahwinan anaknya sayyidah fatimah az-zahra dan saidina Ali
626 M(3H)
peperangan uhud ,,saidina Hamzah bin Abdul Muttalib syahid di medah peperangan uhud ..kelahiran saidina Hasan r.a dan pengharaman arak scra menyeluruh
627M(4H)
kelahiran saidina Husain r.a
628M(5H)
ketetapan fardhu haji 
629M(6H)
turun wahyu Al-Quran ttg kesucian sayyidah Aisyah r.a drpd fitnah 
630M(7H)
perjanjian Ar-Ridhwan ..baiah untuk berjihad fi sabibilah yg berlaku di bawah pohon syajaratur ridhwan (pohon ridhwan)..seruan kepada islam ditujukan kpd raja2 dan pembesar2
634M(8H)
kewafatan baginda Rasulullah s.a.w 
isnin 12 rabiulawal 4 hijriah pada umur 63 tahun..beberapa bulan kemudian anak kesayangan baginda Saiditina Fatimah r.a wafat 


mukjizat Rasulullah s.a.w

  • bulan terbelah dua
  • terbit kembali matahari yg terbenam
  • terbit air dari celahan jari Rasulullah s.a.w
  • membanyakkan makanan yg sedikit
  • pokok menyahut seruan nabi,berckp bersama baginda dan bersaksi atas kenabian Rasulullah s.a.w
  • rayuan pohon tamar trhadap rasul supaya sentiasa bersama baginda
  • batu dan makanan bertasbih
  • haiwan berkata2 dan bersaksi atas kenabian dan kerasulan nabi
isteri2 baginda (ibu2 kita yang perlu kita tahu)

  • bonda,sayyidah Khadijah bt Khuwailid r.a
  • bonda,sayyidah Aisyah bt Saidina Abu Bakar r.a
  • bonda,Sayyidah Hafsah bt Saidina Umar r.a
  • bonda, Sayyidah Ummu Salamah bt Abi Umayyah r.a
  • bonda,sayyidah Ummu Habibah bt Saidina Abi sufyan r.a
  • bonda,Sayyidah Saudah bt Zam'ah r.a
  • bonda,sayyidah Zainab bt Zahsyin r.a
  • bonda,sayyidah Zainab bt Khuzaimah r.a 
  • bonda,Sayyidah Maimunah bt Al-Harst r.a
  • bonda,Sayyidah Juwairian bt Al-Harst r.a
  • bonda,sayyidah Sofiyyah bt hayy r.a
anak2 baginda

  • saidina Al-Qasim r.a
  • saidatina Zainab r.a
  • saidatina Raqayyah r.a
  • saidatina Fatimah Az-zahra r.a
  • saidatina Ummu Kulthum r.a
  • saidina abdullah r.a(digelar At-Thayyib dan At-Thahir)
  • Saidina Ibrahim r.a


hati berbicara :
wajib ke atas kita semua mencintai Rasul dan kaum kerabatnya
wajib mencintai Rasul kita melebihi ibu bapa dan sesama manusia yg lain
sempurna iman dan amal kita jika kita mencintai Rasul kita..
Rasulullah ibarat bulan purnama ..cahaya yg menerangi manusia ~


Assalamualaikum olz..
camat petang yeyy petang ni dalia tertarik nak buat entry pasal adam n hawa..or hawa n adam..
bukan nak menghentam mana2 pihak pun sebab tanpa adam siapalah hawa dan tanpa hawa siapalah adam..
dalia dok perati lah kan..kalau tanya kaum adam ni apa pilihan macamana korang nak sebagai isteri korang?
mencanak list yang dia bagi macam senarai kat bawah ni ha ~

  • baik
  • solehah 
  • sopan santun
  • ayu n cantik 
  • hormat orang tua 
  • bla3x n semua nya nak yang sifat terpuji 
sama jugak macam gurl nak yang baik2 je 

  • soleh
  • kacak
  • baik
  • pndai memimpim
  • berkerjaya
  • bla3x.
tapi tengok diri masing2 banyak yang perlu diperbaiki..ye lah kan dalia pun tahu n semua orang tahu tiada yang sempurna di dunia ni dan tidak dinamakan manusia jika tidak sempurna .. okeyh yang menjadi persoalan nya sometimes kaum adam tak suka kaum hawa pakai seksi2..tak tutup aurat ..kutuk sana sini tapi takut nak tegur secara depan2..why ?mana sifat kepempinan yang ada ?sometimes kaum hawa ni maybe cepat melenting bila kaum sejenis nya nasihat n then di balas balik "macam lah kau ni bagus sangat nak nasihat kan aku kan" tapi kalau kaum adam yang tegur sometimes kaum hawa ni mudah tersedar n then dari hari ke hari bila dia sedar ..dia akan jadi malu..tapi tegur lelok lah jangan dok kutuk kaw2..macam hati kaum hawa ni macam hati ayam pulak !
please lah kaum adam..kaum hawa perlu kan bimbingan dari korang ..jangan lah korang ambil kesempatan atas setiap kelemahan yang kaum hawa ada..bimbing lah mereka ke jalan yg benar ...
jangan lah pergi bunga ..tunggulah aku bunga ..belum puas ku hidu bau mu bunga ..belum puas ku hisap madu mu bunga sehingga layu oh bunga ..!
(bila kumbang kegersangan meluahkan isi hati)
nak jadi bunga mcm ni?




dalia terfikir alangkah beznya kalau semua kaum adam kat dunia ni tak mementingkan nafsu mereka.. kan bez kalau semua sling ingat mengingati .. tegur2 n cuba untuk membimbing sedaya upaya ..tak lah jadi istilah "rogol" .. kdg2 laki say gurl tu seksi sebab tu kena rogol..dah hang tu p rogol pesal..tak dapat nak kawal nafsu kan?cuba ubah pemikiran tu n say lah kat gurl2 yg seksi tu.."kalau kau xnak kena rogol baik ko pakai elok2 sikit " .. kaum hawa mana nak dirinya rosak ?tade kan..sume nak suci bersih ... untuk suami je..hurmmm ...
tp tak semua sbb kena rogol tu coz seksi..tgk skang atok dah tua bangka pun dok rogol cucu sendirik yang tak tahu ape2 pulak tu..dah tua dah pun insaflah wei... nafsu tolak jauh2 .. sedar dah tua kan so cr lah amalan yg perlu utk lgkapkan diri...


aku ada duri kumbang..aku tak perlu kan kau kumbang...biar kan aku pergi kumbang ..mencari segarlu oh kumbang ..aku pinta padamu kumbang ..biarlah aku berkembang semekarnya oh kumbang ..dan xkan dpt madu ku kumbang..kau akan merasa sakit dan pedih krna duriku kumbang....pergilah kau kumbang ~

hati berbicara :
selepas mendung ..pasti langit itu kembali cerah ..keindahan yang ada itu hanyalah palsu..pelangi yang cantik itu pasti akan pudar di sebalik awan...dan bunga juga akan layu tanpa duri yang menjaganya...duri itu adalah kamu kumbang ..jaga lah bungamu itu kumbang sehingga akhir hayatmu..jgn pernah menyakiti bunga itu jika kamu tidak ingin disakiti di akhirat kelak ~

Assalamualaikum ..
jom juin segmen abg lak...
http://www.benashaari.com/2011/02/segmen-tanya-sama-ben-ashaari-vlog2.html
Bagi satu soalan yang tidak mengarut , logik dan paling penting tiada kaitan dengan isu isu sensitif dan melanggar undang undang .. Aku tak bertanggungjawab terhadap soalan yang mengarut..

ok  nak tanya abg ben pulak..tak tahu lah terpilih or tak...juz nak tanya impian abg dalam berblog dah abg capai ke ? n apa impian tertinggi yang abg nak dalam berblog ni ...setakat ni abg dah berpuas hati or belum dengan apa yang abg dah buat ...?tentang segala2nya ... masuk majalah di kenali semua ... abg dah puas hati or belum dengan semua ni..agak2 abang kalau ada televisyen nak temubual abg ..abg pilih televisyen apa dan kenapa abg pilih televisyen tu ?n apa yang abang akan sarankan pada semua yg bakal menonton nanti ... hehehe... 
mengarut tak? but i want to know !
Assalamualaikum olz..
selamat petang ... hope semua sihat2 ...dalia alhamdulillah sihat lagi setakat ni..
bila tengok orang baru berkahwin rasa macam nak berkahwin..
tapi bila tengok orang yang lepas berkahwin ngan anak2 yang berderet rasa macam xmo kahwen haha..
tapi itu hanyalah omong kosong...~ dalam hati membuak2 rasa ingin masuk alam rumahtangga ~ 
tapi kita manusia yang hanya merancang.. kalau cinta pun tak mmpu kita kukuhkan macamana nak kukuhkan tangga rumah itu ~ 
perkukuhkan lah cinta itu isyaAllah rumah tangga itu berkekalan sering dengan doa2 dan kewajibapNya ~


azimat suami isteri?
nak berkahwin pun perlu azimat ke?muehehehe....
azimat yang kat bawah ni haaa ~ sebagai pedoman 


jikalau cinta itu tersimpan hanya di dalam bekas..lalu menutupnya seolah2 tiada yg akan membukanya..maka cinta itu tetap ada... tapi jikalau someone membuka nya ...? ada lagikah cinta itu?
atau biarkanlah cinta itu tertanam jauh di sudut hati .. tiada siapa mmpu mencurinya melainkan hati itu telah bosan dgn cinta yg ada ~



  • KETIKA MENCARI CALON
bagi lelaki ..jangan hanya ingin mencari mencari tapi cari lah seorang ibu kepada anak2 kita
bagi perempuan ..jangan hanya mencari seorang suami tapi cari lah seorang ayah untuk anak2 kita ~ 

  • KETIKA MELAMAR 
bila melamar seseorang bukan hanya melamar melalui ayah pasangan kita or wali..tapi kita meminta pada Allah s.w.t melalui wali ~

  • KETIKA AKAD NIKAH
bila diijabkabulkan suami bukan menikah di hadapan tok kadi tapi di hadapan Allah s.w.t

  • KETIKA RESEPSI PERKAHWINAN
hitung dan catat tetamu yang akan mendoakan kebahagiaan kamu hingga selamanya ~

  • KETIKA MALAM PERTAMA
bersabar lah ... kita hanya manusia biasa bukan lah malaikat .. ~ 

  • ALAM RUMAHTANGGA
jalan yang akan di lalui kelak bukan selalunye berjalan di atas jalan yang penuh dengan taburan bunga tapi penuh dengan semak dan duri yang harus di tebas dan di tempuhi dengan penuh kesabaran

  • KETIKA TANGGA RUMAH BERGOYANG
jangan hanya berlepas tangan tapi saling mengeratkan pegangan tangan itu bersama2 ~

  • SEBELUM MEMILIKI ANAK
cintailah suami dan isteri 100 % tapi tidaklah melebihi cinta ilahi 

  • SELEPAS MEMILIKI ANAK
jangan memberi cinta kamu kepada isteri dan anak2...tapi cintailah mereka 100%

  • KETIKA EKONOMI RUMAHTANGGA MEROSOT 
yakinlah pinturezeki itu sentiasa terbuka..dan bersabar lah seiring dengan ketaatan suami isteri ~

  • KETIKA EKONOMI RUMAHTANGGA MENINGKAT 
hargai lah jasa masing2 yang sentiasa membuat yang terbaik untuk keluarga .. jangan pernah melupakan jasa2 mereka yang sentiasa di sisi tak kira senang n susah 

  • KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 
sentiasa bermanja2 dengan isteri tapi jangan lupa bangkit menunaikan tanggungjawab di kala isteri memerlukan pertolongan ~


  • KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
 teruslah berjalan dengan penuh lemah lembut dan gemalai .. tapi sentiasa berhasil melakukan segala pekerjaan ~ dan tanggungjawab seorang isteri..wajah yg tenang penuh dengan keimanan ~

  • KETIKA MENDIDIK ANAK
jangan pernah berfikir ibu bapa yang baik tak pernah memarahi anak2 mereka kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur pada anak2 ~

  • KETIKA ANAK BERMASALAH
percayalah tiada anak yang tak ingin bermanja dengan ibu bapa..tiada anak yang tak mahu meluahkan segala isi hati kpd ibu bapanya melainkan ibu bapa yang tidak mahu mendengar !
  • KETIKA ADA PIL
suami ubat isteri..isteri adalah ubat suami yg plg mujarab
  • KETIKA MENCARI DAMAI YANG HILANG
  1. ketaqwaan
  2. kasih sayang
  3. kesetiaan
  4. komunikasi
  5. keterbukaan
  6. kejujuran
  7. kesabaran 
hati berbicara ~
kadangkala tekaan kita amat tepat hingga kita tahu bila masanya kita akan sedih..
adakalanya tekaan kita langsung tidak tepat ..kita menyangka dia tak pernah akan mmbhgiakan kita..tapi rupanya kita silap ~ 
bila kita mula merasainya ..lalu kita terpikir kita tak mampu meneka ataupun mengjangka putaran hidup kita...yang boleh kita lakukan hanya merancang ...
cuba tekak apa ada dalam kotak love ini??
adakah kebahagiaan ?atau pun keperitan ~
bila kita mmbukanya baru lah kita tahu..
n bila kita merasai sebuah alam rumahtangga itu baru lah kita tahu alam itu manis atau pun pahit..
tapi manis atau pahit itu semua ditangan kita untuk meletakkan gula atau pun hempedu ~




Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates