facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , 

Review Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal x Althea | Today i wanna wish congrats Althea sebab ini adalah kolaborasi pertama Althea bersama artis , TITI KAMAL dari Indonesia yang juga merupakan pelakon dan ikon fesyen kecantikan di Asia Tenggara , dan aku antara yang bertuah dapat memiliki Stay Fresh Body Sparkling Mist ni . Omaigad ! Wangi sangat !!!! 


Rasa macam dah lama juga lah tak pakai any body mist , sebab macam tak ternampak depan mata dan tak tahu body mist apa yang best haha . Dah namanya perempuan , bila masuk bab wangian ni biasanya wangian bunga-bungaan tak boleh pergi jauh dari hidup perempuan, sebab ia macam ada aura kelembutan dalam diri perempuan , kan ? 

Wangian Segar Buah-buahan dan Bunga-Bungaan Pilihan Titi Kamal


Aku pun suka wangian fresh , bunga-bungaan dan manis . Wangian pun dapat mempengaruhi mood kita tau tak haaa so Body Mist keluaran terbaru dari Althea ni adalah wangian pilihan Titi Kamal sendiri iaitu campuran bauan dari buah orange dan juga peace yang manis dan bauan bunga ros . Body Mist ni tak terlalu kuat bauannya sebab masih mengekalkan bauan yang lembut . 

Full Ingredients : Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin

Bahan Kandungan Utama :
  • Damask Rose Water - Menghidupkan kulit terhidrat dan memberi wangian lembut
  • Orange Flower Extract - Menyegarkan semula deria
  • Elder Flower Extract - Menyejukan dan melegakan kulit, sambil memberikan bau feminin
My Honest Review :



Bila bau wangian Body Mist ni macam teringat zaman kanak-kanak , haha tak tau kenapa , tapi kadang-kadang bau boleh mengingatkan pada memori kan , mungkin kecik-kecik dulu pernah bau seumpama Body Mist ni . Wangian dia memang lembut , memang bau la manisnya bau bunga itu so aku spray sikit je pun dah cukup melekat dan tahan lama 

Yang bestnya ia bukan sejenis Body Mist yang melekit , kadang-kadang ada kan bila kita spray di body , ia macam melekit seperti 'bekas' gula-gula yang melekat heheh so far Body Mist ni sangat selesa dan menyegarkan , rekomen pada korang yang sukakan apa-apa gaya sebab ia sesuai dengan kehidupan harian kita . Packaging pula sangat comel dan sesuai di bawa ke mana sahaja 

Harganya pun berbaloi hanya RM35 (100 ml) , korang boleh dapatkan di https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist .




Assalamualaikum ~ Holla korang ! Walaupun baru masuk bulan Ramadhan tapi dah ramai yang prepare pakaian untuk raya seisi keluarga dari hujung kaki sampai hujung tudung , tapi ramai yang terlupa untuk prepare satu benda ni ! Haish benda penting kot , wajib ada dalam handbag masing-masing . Apa dia ? MONT CABANA guys , yes MONT CABANA ! 

Haa mesti korang terpinga-pinga apakah Mont Cabana ni , sebenarnya ia adalah minyak wangi . Pentingkan untuk hari raya nanti ? So kalau korang rasa korang dah cukup cun dengan pakaian yang cantik , bauan Mont Cabana ni memang sangat secocok dengan bauan yang premium atau dengan kata lain bau wangian orang kaya - bukan biasa-biasa tau .

Mont Cabana Eau De Perfume ni merupakan minyak wangi pertama di Malaysia yang baunya boleh bertahan sehingga 24 jam , tak perlu nak sembur banyak kali dalam sehari . Tambahan pula bau unik dan tersendiri membuatkan Mont Cabana antara yang terbaik di dalam kelasnya . Yang bestnya minyak wangi Mont Cabana ni korang di datangkan dalam 2 wangian untuk lelaki dan juga wanita , lagi best 22 jenis wangian bakal menyusul dalam waktu terdekat secara berperingkat ! Fuhh nak semua pleaseee ~ 

Kelebihan Eau De Perfume Mont Cabana 

Kenapa aku kata Mont Cabana ni memang terbaik ? Meh aku cerita tentang kelebihan minyak wangi Mont Cabana ni pulak  


Mont Cabana perfume memiliki bauan premium yang unik dan tersendiri , macam aku kata tadi bauan orang kaya , tapi jangan ada pula yang jatuh cinta kerana bau pulak heheh eh kalau ada apa salahnya kan boleh menarik jodoh sekali . Ops ! Yang bestnya Mont Cabana bukan 'inspired perfume' seperti kebanyakan minyak wangi yang berada di pasaran , ia merupakan wangian yang di blend sendiri dan mempunyai kilang sendiri.

Istimewanya nya Mont Cabana perfume ni , setiap keluarannya akan berganding dengan artis - artis atau public figure yang terkenal dan hot gitu , jadi  untuk keluaran sekarang ni Mont Cabana telah memilih abang sado kita Zul Ariffin , omg handsome nyeeee Mont Cabana ni haaa :p

Untuk pengetahuan korang , ada 24 jenis keluaran yang 2 nya sudah di lancarkan untuk lelaki dan juga wanita dan 22 jenis lagi akan keluar secara berperingkat dalam masa terdekat iaitu :

  • Mont Cabana 1 & 2 - bulan Mei 
  • Mont Cabana 3 , 4 , 5 , 6 - bulan Jun
  • Mont Cabana 7 , 8 , 9 , 10 - bulan Julai 
  • Mont Cabana 11 , 12 , 13 , 14 - bulan Ogos 
Bila memilih minyak wangi ni , aku memang suka yang jenis boleh bertahan lama sekurangnya 12 jam tapi Mont Cabana ni mempunyai bauan yang kekal sehingga 24 jam ! Fuhh tak mandi pun still wangi nampak gayanya ni hiks memang wajib ada ni tambah-tambah yang mudah berpeluh , bau badan sangat penting tau ! Tapiiiiiiiiiii yang aku paling suka adalah packaging Mont Cabana ni sangat lah ekslusif dengan casing besi dan botol yang ada kelasss gituh . Yang penting senang nak bawa ke mana-mana. 

Lawa gila kan packaging Mont Cabana ni korang .. smart sungguh haaa ~

Tawaran Best Dari MontCabana.my Untuk Korang Semua 


1. Montcabana.my  pos ke seluruh Malaysia,Singapore,Brunei dan indonesia.

2. Montcabana.my ada team di Seluruh Malaysia untuk yang nak Cash On Delivery dan di hantar terus ke rumah atau pejabat.

3. Montcabana.my dah berpengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan bisnes online, jadi tak perlu takut barang order mesti sampai dan akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku semasa penghantaran.

4. Boleh beli guna kad krediftf,bank transfer,debit card,dan lain2 di website

More info korang boleh rujuk di sini : https://montcabana.my/shop/
Senarai ejen : https://montcabana.my/senarai-ejen/


Peluang Pekerjaan Oleh Montcabana - Wakil Jualan 


Berita baik buat korang semua  Montcabana.my juga  tengah mencari wakil jualan seluruh Malaysia,Singapore,Brunei dan Indonesia. Ini peluang baik bagi korang yang ingin mencari pendapatan sampingan dari rumah , jangan risau jika tiada skill marketing kerana Montcabana.my akan  bantu marketingkan korang semua samaada offline dan juga online

Peluang untuk menambah pendapatan sampingan dangan Montcabana ni sangat bagus sebab HQ dah peruntukan lebih 2 juta untuk marketing.60 billboard seluruh Malaysia,iklan tv radio, paper dan lain2 so lagi mudah untuk korang mempromosikan Mont Cabana kepada semua , benda tengah viral memang akan mendapat sambutan hangat tau 

Montcabana.my juga tengah mencari ejen-ejen dan juga kedai-kedai yang berminat untuk pasarkan. Tools online dan offline di sediakan. Banner flyers dan lain-lain .Yang bestnya sistem jualan canggih , korang juga akan mendapat  bonus dan juga reward , so jangan tunggu lama-lama tau korang boleh terus daftar sebagai ejen di link ni : https://montcabana.my/daftar-ejen-mont-cabana/


Harga Mont Cabana Eau De Perfume 
RM129 - 50ml 

Haaa so apa tunggu lagi korang , wajib dapatkan minyak wangi Mont Cabana ni tau , tak perlu dah pakai 'inspired perfume' , jom kita cuba wangian yang unik dan tersendiri ni haaa , jangan lupa tarikh-tarikh penting yang aku senaraikan kat atas untuk banyak jenis lagi keluaran yang bakal di lancarkan ~ Raya nanti wajib ada Mont Cabana tau ! Mana nak beli minyak wangi Mont Cabana ni , korang boleh cekidaut details di bawah ni okay 

More Info :

Website : https://montcabana.my
Whatsapp : 012-3377045
Instagram : @montcabana.my
Facebook : https://www.facebook.com/montcabanamy


Assalamualaikum .. 

Holla lelaki-lelaki maskulin , hehe maskulin tapi kalau tak berapa nak wangi perempuann tak mau dekat tau :p , jadi kali ni aku nak share  eau de toilette dan deodorant yang memang menggegarkan jiwa raga dengan bauan nya , fuh ! Tak lain tak bukan jenama yang memang semua orang tahu , iaitu DASHING .
Bagi peminat tegar Dashing , berita best buat kalian sebab Dashing telah mengeluarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif , iaitu Dashing Sport . Bestnya jadi lelaki aktif , siap ada wangian khas lagi haaa , so Dashing Sport ni memang memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan wangian dan deodorant yang segar , maskulin dan sesuai dengan kehidupan aktifnya


Jika korang rasa bermasalah untuk mengatasi masalah bau badan sebab always aktif dalam kehidupan seharian , Dashing Sport ni pilihan yang bijak untuk korang semua kerana ia mempunyai aura keyakinan dan sifat maskulin namun masih mengekalkan ciri-ciri moden , ia juga mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma sporty dan gaya ranggi


Untuk aku sebagai perempuan , wajib lah ada minyak wangi dan juga deodoran . Dua benda ni ibarat isi dan kuku , so bagi lelaki aku rasa dua benda ni pun sangat penting kan sebab deodorant dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala minyak wangi pula memberikan wangian yang tahan lama dan segar sepanjang hari . Oleh sebab itu dua benda ni penting tapi jangan tersalah pilih yang tidak tahan lama dan membantu 

Untuk pengetahuan korang , sekarang yang sudah ada di pasaran adalah Dashing MCFC Ultimate Kick dan Hattrick (warna biru dan hitam) , kali ni 2 variasi baru ialah Hitman (warna hijau) dan Golden Boot (warna kuning) yang terdiri daripada deodoran semburan badan dan Eau De Toilette 

Semburan deodoran Dashing Sport bukan sahaja memberi perlindungan selama 24 jam tapi juga memberi manfaat 6 dalam 1 yang berkesan mencegah bau badan , ia juga mengandungi anti bakteria , formula cepat kering , tidak meninggalkan kesan di pakaian dan kulit , serta memberi haruman dan kesegaran berpanjangan
  • Dashing Sport Hitman 

Hitman di cipta untuk lelaki aktif yang selalu bersedia untuk ke mana sahaja , dengan aroma Citrus dan Ice Cucumber , di ikuti dengan Sichuan Pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood menjadikan daya tarikan  yang sememangnya meningkatkan keyakinan diri setiap lelaki aktif 
  • Dashing Golden Boot 

Aroma Golden Boot pula lebih ke arah wangian Musky dan menggoda , aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai , manakala kombinasi Kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelakian maskulin yang memukau  dan tidak dapat di lupakan , wow ! bahaya ni duduk dekat-dekat haha takut tergoda pulak nanti :p


Nanti jangan lupa dapatkan edisi terhad Dashing Sport ni okay di pasaran dengan harga yang sangat berbaloi iaitu RM12.90 untuk deodoran semburan 125ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette .

 

Yeah dah ada 3 koleksi Dashing untuk husband , kadang-kadang aku pun terguna jugak , opss ! 

Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates