Kasut Sekolah Pallas Bagus Untuk Anak Tahun 1

Kasut Sekolah Pallas Jadi Pilihan Rayyan Untuk Tahun 1 | Tamat sudah persekolahan Rayyan untuk pra-sekolah, sekarang fokus pula untuk persekolahan tahun 1 2023 nanti. Alhamdulillah sekarang tengah siapkan keperluan Rayyan sedikit demi sedikit, nah hari ni settle cari kasut sekolah untuk dia, semestinya kasut sekolah jenama Pallas jadi pilihan qaseh


Kenapa kasut sekolah jenama Pallas jadi pilihan qaseh? Haa sebabnya waktu Rayyan pra-sekolah memang qaseh belikan dia kasut jenama Pallas juga dan yang bagusnya kasut sekolah tu masih elok lagi, macam baru lagi tau, koyak atau berbulu pun tiada, tapak pun masih elok, so far tiada kesan tapak pecah dan sememangnya kasut Pallas memang berkualiti walaupun harganya murah je!


Walaupun masih elok, qaseh teap beli yang baru juga untuk tahun 1 nanti, sebab hari tu Rayyan cuba kasut lama dia, tapi masalahnya kasut tu dah ngam-ngam dengan kaki dia, so qaseh risau kaki dia akan membesar lagi, nak tak nak kena juga beli size baru takut nanti dia tak selesa pula.
 
Qaseh tetap beli kasut sekolah design yang sama dari jenama Pallas. Lagipun Rayyan pula memang dah selesa dengan design kasut sekolah Pallas tu, tak payah fancy-fancy sangat, janji selesa.
 
PALLAS X-SERIES SINGLE VELCRO STRAP PX25/37-023 BLACK
 
Kalau korang nak tahu, ini lah design pilihan kasut sekolah Pallas untuk Rayyan, seriously memang anak akan selesa pakai kasut sekolah ni, tiada masalah melecet kaki, so far selama Rayyan sekolah, tiada lagi aduan tentang kasut dia.
 
Kelebihan Kasut Pallas Hitam Untuk Anak Tahun 1
 
  • JenisVelcro Strap

Kasut sekolah Pallas ni jenis velcro strap tau, anak-anak baru nak masuk tahun 1 memang sesuai sangat cari kasut yang jenis velcro starp ni, diorang pun tak pandai lagi nak ikat tali kasut, so velcro ni senang zup zap zup zap tepek je ! Jangan risau velcro kasut pallas ni memang melekat teruk, tak risau


Waktu Rayyan main sukan hari tu pun, punya la laju dia lari dan masuk beberapa acara sukaneka tapi kasut Pallas ni stay maintain je di kaki dia, ada la beberapa murid lain tercabut kasut. Haaa disebabkan kasut maintain je, akhirnya menang haa terbaik ! 


  • Pengudaraan Yang Baik Untuk Kaki
 
Satu lagi qaseh risau Rayyan ni jenis tapak tangan dan kaki dia mudah berpeluh,  risau bila pakai kasut je akan jadi berpeluh sebab panas tapi so far kasut sekolah dia tak berbau tau, balik sekolah takde bau-bau hapak dari kaki 


Tak sangka juga sebab hari tu qaseh tak sempat nak basuh kasut sekolah dia, haha tapi yang bagusnya tiada bau walaupun jarang basuh kasut. Terbuktilah, sebab kasut Pallas ni ada cooling effect dengan sistem pengudaraan yang unik kerana bahagian atas kasut dibuat dengan mesh fabric  yang digabungkan dengan PVC, so ia memang bagi good ventilation pada kaki. 
 
  • Lapisan foam yang extra comfort !

Sangat selesa ! Lapisan dalam kasut dan bahagian sisi kasut memang lembut dan tebal foam dia, qaseh berkali-kali tanya Rayyan, selesa ke tak, dan berkali-kali jugak lah dia cakap selesa sangat ! Mak-mak kan selagi tak dapat jawapan puas hati memang tak sah haha memang extra comfort kiri kanan depan belakang haa semua selesa 
 
  • Arch Support 
Bagi qaseh untuk pemilihan kasut, yang ni sangat penting. Bila salah pilih kasut, anak-anak juga yang merana, nanti akan bagi kesan yang tak elok pada kaki. Pastikan kasut sekolah anak ada kelebihan ‘arch support’, sangat penting ! 




Dengan adanya special insole cushion with arch support ni, kaki anak takkan rasa tegang otot, sakit urat malah selesa dan tak terasa beban di kaki.
 
  • X-light ( sangat ringan ! ) dan punya Stiched Sole (tapak berjahit)
Kasut ni memang super ringan tau korang, paling penting juga kasut sekolah anak wajib ringan, dah lah beg sekolah berat kan, so kasut wajib cari yang ringan, yang buatkan kasut Pallas ni tahan lama sebab ia ada tapak yang berjahit, jadi kasut anak tak kan mudah ada masalah tapak cepat rosak dan sakit tapak kaki. 


Jadi ibu bapa di luar sana yang masih belum cari kasut sekolah untuk anak. Qaseh memang rekomen sangat jenama Pallas ni tau, dah lah harga berbaloi, bukan harga kayangan lepas tu anak gembira dan selesa bila pakai di sekolah nanti. 
 
  • Tahan Lasak
Selain dari keselesaan anak dan penjagaan kakinya, kasut Pallas ni sememangnya tahan lasak. Penting beli yang tahan lasak supaya ibu-bapa tak perlu dah beli lagi bila kasut anak cepat rosak, tambah-tambah anak lelaki yang suka melasak. Memang pilihan yang terbaik ! 


 
Selain tu ada lagi design X-Series yang lain yang mempunyai kelebihan :
  1. Velcro strap design
  2. Cooling feet with the unique ventilation system designed; upper made by mesh combined with PVC
  3. Foam lining for extra comfort protection
  4. Padded collar for extra comfort and protection
  5. Special insole cushion with "Arch Support" relieves strain on foot muscles
  6. Proven extra superlight weight "X-Light"
  7. "Stitched Sole" more durable and long lasting wearing 

 Beli Kasut Pallas Secara Online Lagi Mudah ! 


Kalau korang dah tahu saiz kaki anak, lagi mudah beli kasut Pallas ni secara online sahaja, tak perlu nak bersesak-sesak dalam kekalutan orang ramai, tapi kalau ibu-bapa tak tahu size kaki anak, boleh je ukur dan beli je secara online, beli, bayar dan settle ! Tunggu je penghantaran tiba di depan rumah ~nah kan senang macam tu !
 
Boleh beli kasut Pallas secara online di www.wow2wee.com je atau boleh juga dapatkan kasut Pallas di AEON, TESCO, MYDIN Supermarket dan juga kedai-kedai terpilih di seluruh Malaysia. 
 
 
More Info :



 
 
 
 
 
 

16 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Best pallas ni . Anak cx pon suka sebab ringan dan selesa sangat

    BalasPadam
  2. Ringan tu, mmg teruja sgt.. Tak pernah jumpa kasut ringan mcm ni...

    BalasPadam
  3. smart Rayyan. Mmg pilih Pallas setiap tahun dengan kualiti lasaknya tu. Tak perlu tukar selalu pun. mmg padu lah..

    BalasPadam
  4. wahh, rayyan nak masuk darjah 1 dah. nampak selesa rayyan pakai kasut tu, siap panjat2 lagi yer

    BalasPadam
  5. Hensemnya Rayyan! Anak-anak Kak Nina pun pakai kasut Pallas. Kasut legend dari kita kecik. Puas hati dapat pakai lama. Selamat kembali ke sekolah Rayyan

    BalasPadam
  6. Bagus kan kasut pallas ni. Memang tahan lasak

    BalasPadam
  7. lawa design dia,jenama lejen ni ....

    BalasPadam
  8. Kebetulan Abg Qi pun beli kasut Pallas tahun ini tau, yayyy geng la seronoknya. Jom ke sekolah dengan bergaya!

    BalasPadam
  9. Pallas antara kasut sekolah yang menjadi pilihan ramai .. Kasut legend sejak zaman KakYa sekolah lagi ... Smart Rayyan pakai kasut sekolah Pallas ...

    BalasPadam
  10. Ensem la abang pakai kasut pasut ni memang tahan kan, sejak dulu memang akan beli Pallas

    BalasPadam
  11. Kasut Pallas memang the best laa! Selesa pakai bila.

    BalasPadam
  12. Kitorang memang setia dengan pallas sejak dari zaman kami sekolah lagi.. sekarang untuk anak-anak pun kami pilih kasut sekolah pallas juga. Kasut sekolah pallas memang terbaik dan tahan lasak!

    BalasPadam
  13. Sama la pilihan kita . Kasut Pallas ni memang pilihan anak-anak K.Sal dari Tahun 1 lagi. Tahan lasak sungguh. Recommended !!

    BalasPadam
  14. Kak Tini pun dah jadi peminat setia kasut sekolah Pallas sejak zaman sekolah dahulu. Kasut sekolah Pallas memang terbaik dan tahan lasak. Kualitinya pulak, ofkoslah superb kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama