Beli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Untuk Persediaan Anak Darjah 1

Beli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Untuk Persediaan Anak Darjah 1 | Risau ! Eh assalamualaikum & holla gais, alamak sekejap je masa berlalu, anak teruna ku dah nak masuk darjah 1 march 2023 nanti, so hari ni qaseh nak kongsi pengalaman qaseh buat persediaan dan beli kelengkapan sekolah untuk darjah 1 di Pusat Pakaian Hari-Hari. Kenapa korang kena beli baju sekolah dan kelengkapan yang lain di Pusat Pakaian Hari-hari ni ? Haaa ..

Sebelum tu nak share lah perasaan mak-mak bila anak mula nak sekolah ni, risau ? Hurmm semestinya lah risau, tapi alhamdulillah risau tu kurang sedikit sebab Rayyan sebelum ni pra-sekolah di sekolah yang sama, so Umi dan Rayyan pun dah biasa dengan sekolah ni. Dia pun nampak okay je, harapnya darjah 1 nanti ada lah sekelas dengan kawan yang sama dan semoga dilindungi selalu.

Cuma sekolah agama akan bagi pengalaman baru untuk Rayyan, agak jauh sikit dari sekolah kebangsaan, tapi inshaAllah harap ustaz ustazah memiliki sifat sabar yang tinggi dalam mendidik anak-anak, part ni agak risau. Doakan Rayyan baik-baik saja tau korang !


Kelengkapan Sekolah Lengkap di Pusat Pakaian Hari-Hari 

Kenapa korang kena beli di Pusat Pakaian Hari-Hari ni ? Sebabnya semua benda ada kat sini tau, bukan setakat baju sekolah aje, ada pakaian dalam, stoking, ada sampin, songkok, beg sekolah, alat-tulis, pakaian sukan dan banyak lagi keperluan lengkap untuk ibu bapa di luar sana yang tengah pening buat persediaan untuk sekolah tahun 2023 nanti



Seperti biasa qaseh suka sangat pergi cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari di Rawang, sebab staff dia peramah dan mesra sangat, staff dia pun dah tahu kot muka qaseh ni hihik ajak bergambar pun no hal, ni salah satu punca qaseh suka shopping di sini

Staff Sangat Membantu 

Korang tak perlu pun susah-susah nak cari sendiri, nak sepahkan sendiri, mintak tolong je staff carikan tau tapi dengan penuh adab la, hehe so far hari tu qaseh pergi, staff tengok Rayyan je pun dah boleh agak Rayyan sesuai dengan saiz apa, see ~~~ Qaseh pun tak tahu saiz apa yang sesuai dengan Rayyan hehek, tepat pulak tu saiznya. 


Jom lah qaseh kongsi apa yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari ni, sempat lah ambil beberapa gambar untuk tontonan semua haa gitu. 

Harga Berpatutan dan Kualiti Bagus 

Bab harga qaseh rasa ianya berpatutan, maaf ya sebab qaseh ni mak-mak pertama kali anak sekolah so sebelum ni tak tahu harga baju sekolah berapa ringgit hihi tapi qaseh survey online jenama lain agak mahal lah dari Pusat Pakaian Hari-Hari ni, thats why qaseh rasa di sini lebih murah dan berpatutan. 

Jom lah tengok gelagat anak teruna Umi sorang ni, tapi hari tu qaseh beli yang basic dulu sebab rushing, beli baju sekolah agama dan juga sekolah kebangsaan dan juga songkok, next time qaseh kena datang lagi untuk beli kelengkapan lain. Kasut maybe qaseh tak beli dah sebab kasut pra-sekolah dia masih nampak baru dan muat lagi. 




Kualiti kain baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari ni pun not bad tau, tak terlalu nipis dan tak tebal juga, sesuai lah untuk cuaca di Malaysia ni dan sizing baju pun tak susah cari, Rayyan kurus je so far size untuk dia pakai tu ngam-ngam, tak besar dan tak kecil. Tak suka anak pakai size yang gelebeh, nanti nampak tak berapa kemas. 

Nasib baik baru sorang anak sekolah nak kena handle ye, dia sorang pun banyak naw karenah haha, tapi layankan je lah. 


Oh ya, kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari ni bukan untuk sekolah rendah je tau, untuk sekolah menengah pun ada haa, kalau ada anak di sekolah rendah dan sekolah menengah lagi bagus, boleh beli sekali harung semua di satu tempat je. Lagi mudah ! 

Qaseh buat persiapan awal-awal sebab taknak serabut dengan orang ramai, nahhh kalau tidak fuhh memang penuh dengan manusia tau kat sini, laku keras ! Kalau korang dah ada budjet, better beli awal-awal sebelum kehabisan saiz. 

Senarai Keperluan Sekolah Buat Anak Darjah 1 
- Set baju sekolah kebangsaan
- Set baju sekolah agama
- Sampin hijau 
- Songkok
- Pakaian sukan 
- Singlet
- Legging untuk anak perempuan
- Stoking hitam
- Kasut Hitam 
- Beg sekolah dan tag nama untuk bag
- Set alat tulis lengkap (pensil warna, pensel 2B, gam, gunting, pemadam, pencil box, pembaris, pengasah pensel, file, pembalut buku 
- Sticker nama
- Botol air 

FREE GIFT Kalendar Dengan Pembelian RM30 ke-atas 


Sekarang dah jarang tau dapat kalendar free, padahal kalendar kuda ni la paling best nak tengok ! So nanti bila korang shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari jangan lupa REDEEM FREE GIFT kalendar ni okay ! In case staff lupa nak masukkan.

Diskaun 10% Untuk Pembelian Online di https://ehari.com.my 


Bagi ibu bapa yang dah biasa shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari dan dah tahu size anak-anak, boleh beli secara online tau, dapat lagi 10% diskaun untuk produk yang terpilih  ~ haaa lagi senang kan, tak perlu pergi kedai dah. 

More Info : 

Cawangan Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my













2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Nice sharing, rindu zaman sekolah dh hahaha

    BalasPadam
  2. Tak sabar nak shopping baju anak esok... Nak pergi Hari2 juga...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama