Calisto Vision Care di Aeon Mall Nilai | Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan ke-3

Calisto Vision Care Buka Cawangan ke-3 di AEON Mall Nilai | Assalamualaikum & holla korang,baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri di majlis perasmian pembukaan cawangan baru Calisto Vision Care di AEON Mall Nilai iaitu cawangan ke-3 yang mana sebelum ni telah ada 2 cawangan di Pavilion dan juga Melawati Mall. 


Jadi hari ni qaseh nak kongsikan kemeriahan sewaktu majlis perasmian berlangsung, memang meriah tau korang sebab ada persembahan yang kebiasaanya kita boleh tengok waktu Chinese New Year sahaja haaa apakah itu ? Yang pasti Calisto Vision Care ni sangat cantik dekorasinya sebab ia berkonsepkan dekorasi butik dan direka khas dengan konsep moden

First time qaseh masuk kedai cermin mata berkonsepkan butik ni, hilang fokus jap nak pilih spek mata sebab cantik sangat hehe, nak pilih spek ke nak ootd dulu hihi

Tahniah Calisto Vision Care Untuk Pembukaan Cawangan ke-tiga dan Terbesar di AEON Mall Nilai 


Oh ye, Calisto Vision Care di AEON Mall Nilai ni adalah cawangan yang paling besar di antara cawangan yang lain, so pelanggan yang masuk ke sini akan selesa dan tenang memilih cermin mata yang di ingini kerana ia berkonsepkan butik dan moden. 


Majlis pembukaan di mulakan dengan persembahan LION DANCE ! Qaseh dah lama tak tengok tarian singa ni korang, waktu Chinese New Year je boleh tengok tu pun kebetulan je hehe, ralit tau tengok persembahan lion dance ni, tapi tu lah walaupun dah tahu singa tu bukan singa betul, bila dia datang rasa takut juga haha, apoo ! 


Memang meriah, pengunjung AEON Mall Nilai pun turut sama menyaksikan persembahan lion dance ni 


Seterusnya acara kemuncak adalah Perasmian Pembukaan Calisto Vision Care ! Yeyyy tepuk sikit korang ~ majlis di teruskan dengan pemotongan reben oleh Mr CF Wong (General Manager of Calisto Group) , Madam Jojo Gan (Senior Operations Manager of Calisto Group), Ms Siao Huil Lim (Business Development Manager of La Calisto Group) dan barisan VIP yang turut hadir 



Tahniah sekali lagi buat Calisto Vision Care, maka dengan itu perasmian pembukaan Calisto Vision care cawangan ke-3 di AEON Mall Nilai berjalan dengan lancar dan majlis diteruskan dengan ucapan dari Mr. Cf Wong, qaseh berharap semoga Calisto Vision Care terus berkembang dan maju jaya 

Untuk info : Calisto Corporate adalah sebuah kumpulan pelaburan yang mengendalikan Calisto Vision Care yang membawa pelbagai pilihan jenama utama serta memberi perkhidmatan profesional yang komprehensif serta platform mudah alih peruncitan omnichannel : calisto.co

Sementara itu, OMNIEYEWEAR, MYANGKASA OPTIKAL berada dibawah sub-kumpulan membawakan konsep moden serta reka bentuk mengikut trend kepada semua pelanggan.


 

Complimentary Eye Health Test For FREE Worth RM200


Qaseh berkesempatan juga buat eye health test di sini, dah alang-alang berada Calisto Vision Care ni kan, harusla kita ambil pengalaman menggunakan servis diorang, best ke tak ? Sempena pembukaan cawangan baru ni korang jangan lupa tau datang sebab korang boleh check mata FREE sahaja ! Of course lah best.


Sebelum ni qaseh dah pernah check mata, so qaseh memang ada masalah silau mata juga sebab selalu hadap laptop untuk buat kerja.


I like their service tau, staff peramah dan beri penerangan yang jelas. Hurmm bila check mata hari tu alamak qaseh ada masalah rabun dekat pulak tapi sebelah sahaja cuma masih dalam keadaan baik, sikit je la, haihh dari sikit tu la risau kan, so staff suggestkan buat spek mata mengikut kondisi mata qaseh. (Part ni rambang mata la pulak nak pilih design ~ sebab semua design cantik ! )

Kakitangan Terlatih dan Bertauliah 


Servis yang ditawarkan di sini adalah korang boleh buat pemeriksaan mata dengan details, dari pemeriksaan biasa hingga saraf mata, surgery sahaja tidak dilakukan disini, jangan risau di Calisto, ada pengurus yang sememangnya  terlatih dalam bidang optometri tambahan dengan adanya alat pemeriksaan dan latihan yang cekap.







Bila dah siap check mata, masa untuk pilih design pula, haa part ni memang rambang mata sebab banyak pilihan yang dan design yang cantik. Sabar je staff Calisto ni melayan daku haha serba salah pula sebab ambil masa yang lama, tapi staff pun banyak membantu carikan yang kena dengan muka qaseh hehe. 




Yeah akhirnya dapat design yang kena dengan citarasa, masalahnya semua cantik tau korang, kena pergi sendiri kat sana, tengok dalam gambar tak puas hehe. Jika korang tak rushing atau urgent, pihak Calisto Vision Care boleh pos spek mata yang korang beli atau boleh juga tunggu mengikut keadaan, paling cepat dalam masa 1 jam sahaja. Qaseh minta staff pos kan aje. 

Calisto Vision Care Menawarkan Fesyen Mewah dan Moden. 



Jika korang sejenis sukakan gaya fesyen yang mewah dan moden, memang ini lah tempatnya. Sesuai dengan penampilan Calisto Vision Care yang direka khas dan dibina dengan keanggunan dan kecanggihan.



Banyak jenama-jenama mewah yang ada di Calisto Vision Care seperti Gucci, Coach, Cartier, Chanel, Dunhill, Guess, Mont Blanc, Bonia, Balenciaga dan lain-lain lagi.





Selain tu bukan spek mata sahaja ada di Calisto Vision Care ni tau, korang juga boleh shopping Contact Lens, pelbagai pilihan yang ada, if buntu nak pilih boleh minta pendapat dari staff Calisto okay ~




PROMOSI BEST di CALISTO VISION CARE. Frame + Lens Serendah RM68 sahaja !

Last but not least ! Jangan lepaskan peluang ni, banyak promosi yang sedang berlangsung tau, untuk bulan Disember pun ada promosi best-best yang korang perlu grab! 

Promosi di Store Calisto 

1. Jika korang buat pembelian 3 kotak contact lens BUNGA, korang hanya perlu membayar RM99 sahaja
2. Diskaun sehingga 70% untuk Branded Eyewear
3. Pakej dela yang menarik (frame + lens) serendah RM68 
4. Beli banyak korang akan dapat banyak FREE GIFT

Promosi ONLINE di https://calisto.co

1. Eyewear Clearance sehingga 70%

2. OMNI Eyewear : BUY 1 dengan harga RM198, pembelian kedua dengan separuh harga 

3. Contacs Lens dengan harga paling murah 

Promosi DISEMBER !



Maksud Calisto ialah ‘sangat cantik’ atau ‘indah’. Perkataan Calisto adalah dari bahasa Greek Purba ‘Kalistos’ yang bermaksud ‘hebat’ ‘kacak dan ‘cantik’ . Awak terlalu Calisto untuk saya haaa gitu hehe. 

More Info :


AEON Mall Nilai 
Lot F13, Pusat Beli -Belah Aeon Mall Nilai, No. 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra
Point, Putra Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Phone: 6067991978
Email: cv002@calisto.co

Pavilion Bukit Jalil
Level 3, LOT 3.49.00 & 3.50.00, Pusat Bandar 2, Persiaran Jalil Utama, Bukit
Jalil, 57000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 60380822729
Email: cv001@calisto.co

Melawati Mall
UP2-01, GF-22, 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100, Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 60367300794
Email: cv004@calisto.co

1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama