Kempen Wheel-Yoo-Win dari Yoodo Tawar Hadiah Hebat bernilai Lebih RM2 Juta

Assalamualaikum and holla gais, siapa suka join kempen/contest ? Korang wajib join kempen Wheel-Yoo-Win dari Yoodo ni tau sebab hadiah yang ditawarkan sangatlah lumayan, siapa yang layak join kempen Wheel-Yoo-Win ni? Yang pasti pengguna yang layak membuat putaran dijamin akan memenangi pelbagai hadiah menarik selain berpeluang untuk memenangi iPhone 14 Plus menerusi Kempen Akhir Tahun Yoodo
 

Wheel-yoo-win

Apakah Kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ ?
 
Seperti yang sedia maklum, kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ ni adalah kempen dari Yoodo, siapa je tak kenal Yoodo kan ? Perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital. Jadi, kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ ni dibuat khas bagi memberi ganjaran kepada pengguna setia Yoodo dengan pelbagai hadiah menarik dan juga bersempena dengan perayaan akhir tahun
 
Nah, korang pengguna Yoodo ? Peluang besar untuk kalian menang !
 

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, Wheel-Yoo-Win adalah tanda penghargaan daripada kami kepada pengguna Yoodo, yang sentiasa menyokong kami selama ini. Dengan pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan dan membantu pengguna kami mengakhiri tahun ini dengan ganjaran yang hebat!
 
Bila Kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ Berlangsung ? 
 
Kempen ini akan berlangsung sehingga 21 Disember ya dengan kerjasama SEA Game Mall (SEAGM). Bagi pengguna Yoodo yang setia, cara untuk kalian menang sangat lah mudah, bila tengok senarai hadiah yang di tawarkan memang semua nya berbaloi
 
Jom qaseh kongsikan antara hadiah menarik yang korang boleh menangi
 
Hadiah Utama : 
Korang berpeluang memenangi iPhone 14 Plus terbaharu (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800), dan kelengkapan permainan video (bernilai RM600), menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan
 
  • 1x iPhone 14/iPhone 14 Plus 
  • 2x Gajet Samsung 
  • 3x Gaming Gears
 
Hadiah-hadiah lain :
 
  • Data Berkelajuan Tinggi 3GB Yoodo (Booster) (Pengaktifan talian Yoodo)
  • Data Berkelajuan Tinggi 7GB Yoodo (High Speed Activation Data) (Pengkatifan talian Yoodo)
  • e-Baucar Cashback SEAGM 
  • Barangan In-Game PUBG Mobile Yoodo Jerseys, costumes and items 
  • Langganan 1-Tahun Percuma Majoriti + 2H1M Staycation
  • e-Baucar Grab
  • e-Gift card Starbucks 
  • e-Baucar Lazada 
  • e-Baucar Petronas
  • e-Baucar Shopee IT Mall
  • Tiket TGV Cinema 
  • MLBB Diamonds
  • Kod UC PUBG Mobile 
  • Kredit Razer Gold 
  • Hadiah Cabutan Bertuah Bulanan

Hah percaya tak hadiah yang ditawarkan memang lumayan dan banyak lagi tau, so memang berbaloi lah korang join kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ dari Yoodo ni,macamana pulak untuk menyertai kempen ni ? Jom qaseh tunjuk cara-caranya pulak yang sangatlah mudah untuk korang sertai, rugi tau pengguna Yoodo tak join kempen ni
 
Syarat Penyertaan Kempen Wheel-Yoo-Win
 
Peserta hanya perlu berbelanja MINIMUM RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo mereka ( Peserta dijamin akan membawa pulang 1 hadiah !)
 
Peserta yang layak akan menerima 1 KOD UNIK untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta merta akan mendapat hadiah
 
Selain itu, peserta yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial Facebook dan Twitter, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan, dan nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November, dan 22 Disember. 
 
Bestnya kalau dapat Iphone & Samsung tu kan, eh tak mustahil tau, mana tahu korang mungkin pemenang yang di cari-cari~ so jangan lupa join dan menang okay !
 
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama SEAGM, Tommy Chieng berkata, Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Yoodo sekali lagi, dan kali ini untuk kempen yang menarik dan menyeronokkan ini. Kami sentiasa mengutamakan kepuasan hati dan kesetiaan pelanggan  dan peluang untuk memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai hadiah hebat ini sememangnya memberikan kegembiraan kepada kami.
 
Oh ye, kepada pelanggan SEAGM juga boleh mengambil bahagian dengan membuat transaksi yang boleh melayakkan mereka di dalam laman sesawang SEAGM, dan 150 pelanggan pertama yang layak setiap hari akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win. 
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin
 
 

1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama