Eye Pro Vision Sungei Wang | Buat Spek Mata Baru Di Kedai Spek Mata Viral

 Assalamualaikum,
 
Kedai Spek Mata Eye Pro Vision di Sungei Wang Plaza | Dah lama rasanya qaseh tak check mata,so qaseh ke kedai spek mata Eye Pro Vision kedai spek viral di Sungei Wang untuk buat spek mata baru ~ kerap kali jugak sakit kepala, kadang-kadang sakit kepala ni punca dari mata jugak kan.      


Jadi apa salahnya kita buat pemeriksaan mata kan, manalah tahu tiba-tiba power mata naik huhu sejak dua menjak ni selalu mengadap gajet dalam gelap, 
So qaseh terus pergi ke Sungei Wang, by the way, kedai ni yang pernah viral tau, bukan viral semata tau tapi memang kedai ni banyak pilihan dan selalu ada promosi, bagi korang yang kekurangan bajet qaseh memang rekemen kedai Eye Pro Vision di Sungei Wang ni, dengar cerita banyak gila bingkai design fesyen baru masuk
 

Lama gila qaseh tak masuk KL, fuh rasanya dah bertahun jugak sejak PKP, banyak perubahan dan kedai-kedai viral yang tumbuh, tapi kalau nak cari kedai spek mata di Sungei Wang, memang ini lah pilihan qaseh, sebab dah lama tak masuk KL, konfius nak parking mana, so nampak bangunan sebelah ada parking terus masuk situ.
 
Qaseh pergi hari bekerja sebab taknak sesak dengan orang ramai, nak tenang-tenang pilih bingkai haa jadi qaseh perlukan ketenangan aa gitu, weekend selalunya ramai jugak la pelanggan. Masuk-masuk je kedai ni, nampak banyak bingkai-bingkai fesyen baru masuk, perghh tengok dari luar pun dah rambang mata nak memilih
 
PROMOSI RM65 UNTUK BINGKAI DAN CERMIN MULTICOATED

 

Masih lagi ada promosi tau korang, untuk bingkai dan cermin multicoated untuk power sehingga 400 hanya RM65 sahaja. Siapa-siapa yang power dia bawah 400 memang jimat sangat laah sebab masih dalam harga promosi. 
Lens / Kanta Spek Mata Yang Bagus Untuk Mata 
Qaseh syorkan korang pilih Lens Alpha Blue 420, sebab ia sangat sesuai kepada korang yang ada masalah silau, selalu memandu waktu malam, selalu menghadap komputer, laptop, smartfon dan sebagainya. Lens ni bagus sangat untuk mata kita tau sebab ia 100% menghalang sinaran biru dan ungu (420). Ia akan block lah segala cahaya tu dari terus terkena mata kita 

Jom Pilih Bingkai Spek Mata Baru
Kali ni memang banyak pilihan yang buatkan qaseh rambang mata sebab ada bingkai fesyen terbaru yang semestinya design semua cantik-cantik dan berbeza dari sebelum ni. Kalau sebelum ni qaseh dah pilih yang besi, kali ni qaseh pilih bingkai plastik yang elastik
 




Memang kat sini ada lebih kurang 2000 jenis design dan bingkai yang korang boleh pilih, sebab tu qaseh perlukan ketenangan aaa gitu, so meh lah kita test satu-satu. Kalau korang pening kan, korang boleh minta staff bagi suggestion dan minta pendapat mereka, jangan risau staff semua sangatlah membantu 
 

Agak-agak qaseh pilih yang mana ? Qaseh berkenan dengan design dual tone tu jugak tau, tapi aaa maybe next time sebab dalam kepala ada dua pilihan yang qaseh berkenan dan boleh masuk dengan warna kulit, so senang lah ia matching je dengan semua warna

Hitam pun cantik tapi dah selalu sangat pilih warna hitam, kali ni nak berfesyen dengan design dan warna yang berbeza. Qaseh minat bingkai yang besar-besar sikit, acah-acah Korea gitu 

Jom kita cuba ! 

Bingkai transparent, siapa suka yang jenis clear boleh  pakai bingkai transparent 

Bingkai dual tone, yang ni sumpah cantik ! Macam menyesal pulak tak pilih yang ni haha sabo je la ~ 

Hitam kegemaran sepanjang zaman ~ tetap style dan cantik !

Yang ni warna grey, bingkai dia agak besar sikit la untuk qaseh 

Haaa tu antara design yang qaseh cuba, banyak gila nak pilih, sis surrender tak mampu nak cuba satu-satu jadi qaseh pilih yang HOT lah kat sini dan sesuai dengan muka perempuan, end up jumpa jugak yang berkenan di hati ! 


Akhirnya bila dah muktamad pilih bingkai mana yang kita nak, baru lah kita akan buat pemeriksaan mata, nak tengok berapa tinggi power dan silau mata kita, so basically ada 3 step lah, pilih bingkai, check power dan lastly check kerabunan mata, kemudian spek mata kita akan dibuat mengikut kanta yang sesuai

Macam biasalah check power dan silau mata dulu, then check rabun ~ alhamdulillah mata qaseh okay lagi cuma ada silau, so qaseh buat spek mata anti silau dan guna lens Alpha Blue 


Berapa Lama Nak Siap Spek Mata di Kedai Eye Pro Vision Sungei Wang ni ? 

Seriously sangat cepat, hari tu maybe sebab tak ramai sangat orang so tak sampai satu jam dah siap dah, tapi kebiasaannya estimated untuk siap, dalam masa 1 jam sahaja, so korang boleh pergi meronda-ronda atau pergi makan dulu, dalam masa satu jam, spek mata korang dah siap ! 

 
Oh ye, qaseh tetap memilih kanta Alpha Blue Lens sebab sesuai untuk qaseh sebagai seorang blogger, so gais jangan lupa datang ke kedai Eye Pro Vision ni tau, bawak satu family datang sini okay, memang sangat berbaloi, murah, staff peramah dan cepat ! Korang jangan segan-segan nak tanya apa-apa pun berkaitan dengan mata, owner dan staff sangat lah membantu. 
Jom Cuba Spek Mata Baru, Bingkai Elastik ! 
Akhirnya ini yang menjadi pilihan qaseh, serious rambang mata sebab semua cantik-cantik dan macam kena je dengan muka tapi tu lah tu, mata ada sepasang je korang ~ pilih lah satu dulu haha. Qaseh pilih yang ni sebab warna brown seakan-akan warna kulit, so ia boleh matching lah walaupun kita pakai tudung atau baju warna apa sekalipun


Dulu qaseh tak minat sangat bingkai yang tebal-tebal tapi ramai pulak pakai spek mata design macam ni, bila cuba eh macam cantiklah pulak haha puji diri sendiri je lah ~ biasalah uolss manusia sentiasa berubah :p Dan yang best adalah  walaupun bingkai ni plastik ia juga ELASTIK, sesuai sangat lah untuk orang yang suka letak merata-rata je pastu terpijak ! 


Comel tak ! Look FRESH and YOUNG ? Ahaha jangan tiru k :p


So yaa, akhirnya ini menjadi pilihan hati ~ ibarat pinang dibelah dua, eh !Okay done tambah koleksi spek mata dari Kedai Eye Pro Vision ni. Korang yang tengah pening mana nak cari kedai spek mata murah dan berkualiti di Sungei Wang Plaza haaa takyah fikir panjang dah, terus ke kedai Eye Pro Vision okay 


 More Info :

EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR.
Facebook Page : Eye Pro Vision
Instagram : Eye Pro Vision


2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Murah la kan harga tu. Susah nk cari harga camtu zaman skrg ni

    BalasPadam
  2. Kedai cermin mata terbaik ni. Dah berulangkali ke sini. Totally recommended kedai cermin mata.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama