Tips Penjagaan Mata Anak Tanpa Meninggalkan Gajet

Assalamualaikum 

Tips Penjagaan Mata Anak Tanpa Meninggalkan Gajet | Hai korang, hari ni qaseh nak ambil masa korang sedikit, lebih-lebih lagi ibu-bapa yang punyai anak yang selalu mengadap gajet. Bagaimana ye, korang sebagai ibu-bapa mengawal anak-anak korang menggunakan gajet ? Adakah membiarkan, atau punyai jadual dan sebagainya?
 


Zaman sekarang tak boleh lari dah penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak, kadang kecik-kecik pun dah ada smartphone sendiri, tak cakap dekat orang lain, kadang qaseh sendiri bagi gajet pada Rayyan, tambah-tambah bila qaseh tengah mood tak stabil, tak sihat, so gajet pengganti sementara untuk bagi dia tak bosan. 
 
Ada keadaan bilamana anak selalu menggunakan gajet, kita sememangnya akan risau lah kesan penggunaan gajet ni terhadap anak-anak, lebih-lebih lagi kesan pada pancaindera yang sangat penting, iaitu mata. So hari ni qaseh nak kongsi ilmu tentang “ Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Gajet”, ilmu ni perkongsian dari Doktor Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata / Konsultan di Optom Eyecare dan juga Pensyarah UIAM
 
Mengikut statistik di Malaysia, saban tahun peratusan pengguna gajet di Malaysia makin meningkat, iyalah sekarang zaman teknologi, zaman semuanya hanya di hujung jari, sebanyak 98.6% menggunakan gajet, lagi-lagi dalam kalangan remaja yang banyak menghabiskan masa di laman social media, tiktok, game dan sebagainya.Lagi parah mereka menggunakan gajet lebih dari 3 jam tanpa henti dan tanpa kawalan ibu bapa. 

Banyak kesan penggunaan gajet ni tau tapi jom qaseh nak share kesan penggunaan gajet pada mata anak-anak.

Jangan lupa baca Surah Al-Kahfi 1-10 {alertInfo}

 
Kesan Penggunaan Gajet Pada MaTa
 
1. Peningkatan Power Spek Mata 


Bila kita dilahirkan, mata kita juga akan membesar mengikut perkembangan kita, bukan lahir-lahir je mata dah berkembang, ia juga mengikut perkembangan sejak lahir hingga umur 13 tahun, bila anak-anak mula pakai spek mata dalam usia yang muda, di tambah pula dengan penggunaan gajet yang tidak terkawal ia akan meningkatkan power spek mata.
 
Kesan penggunaan gajet ni akan menyebabkan bebola mata stress, bila bebola mata stress makin stress menyebabkan bebola mata makin memanjang dan tidak normal, so lama-kelamaan saraf mata belakang akan koyak dan boleh menyebabkan mata menjadi buta. Benda yang paling kita tak nak terjadi pada anak-anak kan, so pleaase alert gais, jangan sebab kecuaian kita membunuh masa depan anak-anak.
 
2. Otot Fokus Mata Tidak Stabil
 

Mata kita ni ibarat dslr, boleh fokus untuk jarak jauh dan juga dekat kan, jadi yang mengawal fokus mata kita adalah otot, otot ni ibarat tangan yang memegang dan mengawal fokus mata, semestinya otot ada masa kena rehat, tapi bila terlalu mengadap gajet, mengadap skrin, otot mula jadi stress dan jadi terlalu aktif, lama kelamaan otot tak dapat mengawal fokus mata kita dan akhirnya ia meransang sesuka hati, mata pun tak dapat nak fokus dengan betul, adakalanya akan jadi kabur.
 
3. Mata Cepat Penat
 

Ini selalu terjadi pada qaseh jugak, memang boleh nampak kesan penggunaan gajet, mata jadi penat tak bermaya, otot fokus mata jadi tak stabil, kadang pandangan pun jadi kabur, bagi anak-anak ia boleh menyebabkan mata anak jadi juling. 
 
Pengalaman doktor sendiri, ada seorang remaja ni juling, so apa yang remaja ni selalu buat dalam kehidupan sehariannya adalah selalu bermain game pubg sehingga 3-5 jam , ia menyebabkan fokus mata dah tak terkawal, jadi menyebabkan allignment mata pun dah tak normal, yang akhirnya mata anak jadi juling
 
4. Susah Nak Tidur (Imsomnia)
 

Yang ni memang selalu sangat terjadi, bila mengadap gajet terlalu lama, akan ada satu hormon yang akan release, hormon ni lah yang menyebabkan kita susah tidur, bagaimana gajet boleh memberi kesan macam tu ? haa sebabnya adalah dari cahaya putih skrin yang mempunyai cahaya biru, cahaya putih tu sebenarnya gabungan dari warna merah,hijau dan biru. So, cahaya biru ni lah menyebabkan mata kita susah tidur
 
Perasan tak bila pergi hotel, mata kita kadang cepat je mengantuk, sebab kebanyakan lampu di hotel malap je dan berwarna oren, sebab warna oren tiada cahaya biru. 
 
Tips Cegah Anak-Anak Dalam Penggunaan Gajet 
 
Sebenarnya tiada masalah untuk kita bagi pada anak-anak cuma kena kawal, bagaimana nak kawal ? Kadang bila kita sekat, mula lah nak tantrum bagai, kadang bila tak bagi, bila berada dalam kalangan kawan-kawan, semua guna gajet, sian pulak haha mak-mak kan :p so tipsnya adalah 
 
1. Berehat Sebentar 

Caranya nasihat anak-anak dengan ajak mereka berehat seketika, kalau kita terus ambil memang masam muka dan tantrum jugakla, tapi boleh cuba disiplin kan anak supaya jangan mengadap gajet secara berterusan, korang boleh set alarm dalam masa 1 jam, lepas tu ajak mereka berehat, makan or buat aktiviti lain, lepas tu boleh sambung guna gajet, kemudian rehat lagi dan ulang benda sama supaya otot mata tidak stress. 
 
2. Galakkan Aktiviti di Luar Rumah 

Kadang anak-anak ni bosan bila ibu bapa sibuk , so ibu-bapa boleh ajak anak-anak buat aktiviti di luar rumah, bersukan ke, jogging, tanam pokok dan sebagainya, anak-anak ni akan lupakan gajet bila dia sibuk dengan aktiviti lain. Yang dia perlukan adalah masa bersama ibu bapanya :)
 
3. Kanta Khas Untuk Penggunaan Gajet 
 


Lagi bagus jika ibu-bapa memberikan spek mata khas pada anak-anak bila ingin menggunakan gajet, sebab spek mata khas ni memang mempunyai kanta yang boleh menapis cahaya biru dari skrin, so ia tidak terus ke dalam mata anak-anak dan dapat kurangkan risiko kerosakan mata. Macam qaseh sendiri pun ada spek mata khas untuk buat kerja, so cahaya biru dari gajet tidak terus langsung ke dalam mata kita.
 
4. Beri Ganjaran ( Tidak Semestinya Duit)
Yang ni selalu juga la qaseh buat hehe, nak tak nak kena la beri ganjaran, upah untuk tarik perhatian anak. 
 
 
Terus Dapatkan Rawatan ! 
 
Sebagai ibu-bapa, kawalan dan disiplin sangat penting, kita bukannya kejam sangat tak bagi langsung gajet pada anak-anak, cuma kena kawal, jangan biarkan anak-anak tengok secara berterusan, jika ada masalah cepat-cepat dapatkan rawatan, contohnya bila tengok mata anak juling, terus buat rawatan sebab ia masih boleh dirawat jika di peringkat awal, kalau lambat, ia akan jadi juling kekal, kesian anak-anak 




 
Servis Kiddos Eyecare di Optom Eyecare Bangi
 
Last but not least, mata merupakan pancaindera yang sangat-sangat penting, so qaseh nak kongsikan servis baru di Optom Eyecare Bangi iaitu Kiddos Eyecare.
 
Servis ni merupakan satu konsep baru, yang mana akan memperkenalkan servis pemeriksaan mata bukan hanya kepada orang dewasa tapi kepada anak-anak juga, hanya di Optom Eyecare Bangi.
 
Biasanya bila melibatkan pemeriksaan mata ni, memang wajib kita berjumpa dengan pakar mata di hospital tapi kadang kena ada appointment dan dalam status menunggu yang agak lama, jadi untuk mudahkan urusan korang, boleh pergi ke Optom Eyecare Bangi untuk berjumpa dengan pakar, boleh buat terapi setiap bulan, dan lebih mendekatkan masalah-masalah mata pada masyarakat.o

Contohnya, di Malaysia ni bila pakai spek hitam je mesti kata poyo lah, bergaya lah,  dan macm-macam lagi, tapi sebenarnya penggunaan kaca mata hitam dapat menjaga mata kita juga. 
 
Bagi yang berminat untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama Doktor Moh Hafidz Ithnin pada 11.12.2021, korang boleh hubungi Optom Eyecare Bandar Baru Bangi di talian 011-11479093 untuk maklumat lanjut, boleh bawak anak-anak korang buat pemeriksaan mata okay, lebih baik mencegah dari merawat, atau inginkan ilmuu tentang mata boleh lah join, tak rugi tau :)
 
More Info :
 


OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
 

4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. bab kesihatan anak paling kita risau kan? lagi2 mata. budak sekarang dah ler tak lekang handphone dengan tangannya

    BalasPadam
  2. Kita tak bagi anak tengok gajet. Tapi tulah dengan kita sekali takleh tengok depan anak.

    BalasPadam
  3. Great tips but it will always be more ideal to cut down on our screen time.

    BalasPadam
  4. Betul betul... Gadjet tak dapat dielakkan dah sekarang ni. So kena laaa jaga mata bebaik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama