Pengurangan Bahaya Tembakau Menghentikan Tabiat Merokok

Assalamualaikum
  
Di Malaysia, statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun dan jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang pada 1998. Jumlah perokok pula meningkat dari 3.1 juta pada tahun 2007 kepada 4.7 juta dalam tahun 2011.
 
Bila berbicara tentang rokok ni kadang-kadang geram dengan sikap mereka yang ibarat menempah penyakit berbahaya dan tidak menghargai nikmat kesihatan, lebih-lebih lagi terjadi dalam kalangan keluarga sendiri, tapi qaseh tahu berhenti rokok adalah proses yang sangat sukar bila mana ia sudah sebati sejak umur muda lagi.
 
Ia memang satu proses yang sangat sukar lebih-lebih lagi tanpa menggunakan mana-mana kaedah, sebagai contoh kaedah berhenti merokok tanpa menggunakan mana-mana alternatif dalam masa 6-1 bulan hanya sekitar 3% sahaja yang berjaya berhenti, manakala peningkatan peratusan antara 6% dan 15% dengan mendapat terapi penggantian nikotin, buproprion atau varenicline

Pengurangan Bahaya Tembakau Membantu Perokok
 
Jadi dengan pengurangan bahaya tembakau ini akan membantu perokok berhenti merokok dari rokok tembakau tradisional, memang kaedah sebegini tidak akan berjaya memberhentikan perokok secara drastik tapi ia boleh dikurangkan dari masa ke semasa, qaseh percaya 50 peratus perokok ingin berhenti tetapi selalu gagal oleh itu konsep pengurangan bahaya tembakau adalah langkah pertama yang penting untuk membantu mereka.
 
Bila konsep pengurangan tembakau di amalkan, ia mengurangkan risiko kesihatan dari toksik yang ada dalam asap tembakau dan sekaligus menukar cara pengambilan nikotin yang bahaya kepada yang kurang bahaya.Salah satu cara kaedah pengurangan kemudaratan tembakau (THR) adalah dengan menggantikan rokok tembakau tradisional dengan menggunakan heat not burn device yang akan mengurangkan risiko kesihatan dan menghilangkan rasa ketagihan kepada rokok tembakau tradisional.
 
Tar Dan Pembakaran Penyebab Utama 

Sebatang rokok mempunyai pelbagai jenis bahan beracun yang mana bahan utama yang membahayakan kesihatan adalah tar, karbon monoksida, arsenik dan formaldehid. Kenapa perokok susah untuk berhenti? Kerana nikotin yang ada dalam rokok membuatkan mereka ketagih, mengikut pelbagai pakar, nikotin bukan punca utama kepada kesihatan 
 
Tapi punca utamanya adalah asap rokok yang mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya yang dibebaskan melalui pembakaran, apabila rokok dinyalakan, bahan tembakau akan dibakar dan menghasilkan asap yang mengandungi lebih 7000 bahan kimia atau konstituen asap yang bahaya, ia bukan sahaja membahayakan diri tapi orang sekeliling yang menghidu bau asap rokok.
 

Selain itu, bahan Tar adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan zarah-zarah kimia yang beracun yang ditinggalkan oleh pembakaran tembakau, tanda yang paling jelas kesan dari bahan tar adalah kesan kuning-coklat pada jari dan gigi perokok melalui asap yang disedut secara langsung dari mulut ia menyumbang kepada penyakit gusi dan kanser mulut. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendedahkan lebih 7 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok dan juga menghidu asap rokok
 
Kaedah Produk Heat Not Burn 
 
Dengan kaedah menggunakan produk heat not burn, ia akan mengurangkan risiko kepada perokok. apakah itu heat not burn produk ? Dalam bahasa mudahnya, heat not burn produk merupakan produk yang tidak membakar tembakau seperti rokok tradisional tapi teknologi. produk ini hanya memanaskan tembakau menggunakan device yang hanya menggunakan bateri dan boleh diguna berulang kali melalui pengecasan.
 
Baca juga : Buah tangan untuk orang meninggal {alertInfo}


Bagaimana ia boleh mengurangkan risiko ? Bila tembakau dipanaskan ia hanya menghasilkan wap yang mengandungi nikotin bila disedut. Perbezaannya bila tembakau dipanaskan ia mencapai hingga 350 suhu celcius sahaja, berbanding rokok tradisional yang bila dibakar mencapai hingga 900 suhu celcius,heat not burn produk tidak akan mengeluarkan asap yang berbahaya.
 
Walaupun begitu, bila melibatkan tembakau, tiada yang selamat tetapi rokok yang tidak terbakar dapat membantu mengurangkan risiko bahaya tembakau kepada perokok. Ia menjadi satu pilihan yang dapat memuaskan hati serta pilihan yang kurang berbahaya bagi mendapatkan keperluan nikotin tanpa kandungan tar yang bahaya
 
Oh ya, produk heat not burn ni berbeza dengan e-rokok yang lain kerana ia tidak menggunakan bahan jenis cecair contohny vape dan lain-lain.

Bekas Pakar Sains perubatan, UM, Prof Tikki Pangestu dalam pembentangannya berkata e-rokok telah berkembang dan menjadi lebih berkesan dan boleh dilihat dalam laporan ‘Evidence Review of Cigarettes . Para saintis yang mengkaji asap rokok dari rokok elektronik menemui penurunan 10 kali ganda pendedahan zarah berbahaya secara keseluruhan 
 
Lastly, qaseh nak kongsikan pengalaman suami qaseh sendiri yang dahulu sememangnya seorang perokok yang tak boleh hidup tanpa rokok dalam sehari, walaupun bukan perokok tegar tapi dalam sehari ibarat satu keperluan, qaseh nampak dia punya struggle untuk berhenti tapi selalu gagal, yaa dia takkan hisap rokok depan-depan qaseh tapi firasat seorang isteri pasti tahu dengan bau rokok yang melekat di tangan 
 
Tapi sejak muncul produk-produk e-rokok, suami mula beralih kepada e-rokok sebagai salah satu cara untuk berhenti dari rokok tradisional, sesungguhnya ia bukan mengambil masa yang sekejap atau secara drastik tapi lama-kelamaan dia berjaya berhenti rokok tradisional yang mana suatu ketika dahulu rokok itu ibarat makanan 
 
Pengalaman suami sendiri bila dia dah terbiasa dengan e-rokok, dia ada juga cuba untuk cuba rokok tradisional tapi katanya dah tak boleh terima dan menyebabkan mual, sekurangnya kaedah pengurangan bahaya tembakau berjaya buatkan suami berhenti dari rokok tradisional, dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko kesihatan dan penyakit berbahaya. 

Reference 
 
1.  http://www.myhealth.gov.my/merokok/
2. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/add.12998
3.  https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/kandungan-rokok
4.  https://www.gov.uk/government/publications/e-cigarettes-and-heated-tobacco-products-evidence-review/evidence-review-of-e-cigarettes-and-heated-tobacco-products-2018-executive-summary
5. https://pressroom.usc.edu/second-hand-e-cigarette-smoke-healthier-than-regular-cigarette-smoke-but-still-contains-some-toxic-elements/
 

2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama