New Post

Sejarah Global Sumud Flotilla: Dari Awal Penubuhan Hingga Misi Kemanusiaan ke Gaza 2025

Perjalanan Global Flotilla dari 2008 hingga 2025: misi kapal bantuan ke Gaza, tragedi Mavi Marmara, hingga gelombang terbaru yang libatkan aktivis Malaysia. Assalamualaikum and hi everyone, hari ni rasa terpanggil untuk kongsikan juga di platform blog walaupun sekarang memang aku cuba untuk kongsikan di semua social media, it’s okay jika perkongsian korang dianggap beria, dianggap fomo but at least kita masih ada kesedaran untuk kita kongsikan tentang perjuangan misi Flotilla

Nama Global Sumud Flotilla (GSF) mungkin kedengaran baru untuk sesetengah orang termasuk aku sendiri, tapi disebabkan perkongsian demi perkongsian, alhamdulillah makin ramai yang sedar dan ambil tahu, sebab itu suara-suara artis dan influencer sangat lah penting dalam misi ini yang mana walaupun kita tak mampu berjuang sama tapi kita masih mampu gerakkan jari dan kongsikan tentang misi ini supaya satu dunia tahu

Apa itu Flotilla

Flotilla bermaksud sekumpulan kapal yang bergerak bersama dalam satu misi

Apa itu Sumud Flotilla

Misi ini adalah konvoi kapal antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dikepung dengan simbol solidaritu dan keberanian dunia 

 Mengapa di namakan Sumud

Sumud bermaksud keteguhan atau ketabahan. Ia melambangkan kekuatan rakyat Palestin untuk terus bertahan walaupun berdepan dengan sekatan dan serangan

Sebenarnya Flotilla dah bermula sejak tahun 2008 lagi sehingga lah perkembangan terkini Global Sumud Flotilla 2025. Jom kita tengok sejarah Flotilla. Perkumpulan flotilla kebanyakannya adalah inisiatif sivik dan solidariti antarabangsa,gabungan aktivis, NGO, pasukan perubatan, pendakwah dan sukarelawan yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza serta memprotes sekatan laut yang dikenakan oleh Israel. Misi-misi berulang ini bermula sejak 2008 dan berterusan dalam beberapa gelombang dengan pelbagai nama, organisasi dan


Sejarah Flotilla ke Gaza

  • Tahun 2008 : Permulaan

Segalanya bermula pada tahun 2008, tak lama selepas Israhell mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza pada 2007. Ketika itu, kehidupan lebih 2 juta penduduk Gaza lumpuh, tiada makanan, ubat-ubatan, elektri dan bahan binaan.

Sebagai tindak balas, aktivis antarabangsa menubuhkan kumpulan Free Gaza Movement dan melancarkan misi kapal pertama untuk menghantar bantuan melalui laut

Dua kapal kecil bernama SS Free Gaza dan SS Liberty berjaya menembusi sekatan dan tiba di pelabuhan Gaza. Ini kali pertama dalam lebih 40 tahun kapal awam berjaya sampai ke Gaza tanpa kebenaran Israhell (LOLS macam lah negara kau nak kena mintak izin kau ek!). So, kejayaan ini jadi titik tolak pada misi Flotilla seterusnya

  • Tahun 2010 : Tragedi Mavi Marmara 

Sedihnya tahun 20l0 ni berlaku tragedi berdarah dan detik bersejarah dalam sejarah Flotilla. Sebuah konvoi besar bernama Freedom Flotilla dilancarkan oleh gabungan aktivis dari seluruh dunia dengan tujuan menghantar bantuan berskala besar ke Gaza namun pada 31 Mei 2010, kapal utama konvoi, Mavi Marmara di serang oleh tentera laut israhell di perairan antarabangsa

Serangan itu menyebabkan 10 aktivis terbunuh dan ramai lagi cedera serta ditahan. Tragedi ini mencetuskan kemarahan global dan membuka mata dunia terhadap kekejaman sekatan ke atas Gaza, walaupun tragis ! Ia menyemarakkan lagi semangat aktivis untuk terus berjuang

  • Tahun 2011 - Freedom Flotilla II 

Selepas tragedi berdarah 2010, Freedom Flotilla ii dilancarkan tapi kebanyakan kapal ditahan di pelabuhan Greece

  • Tahun 2012 - Estelle 

Kapal Sweden dipintas 30 batu nautika dari Gaza.Semua penumpang ditahan dan kapal dirampas, walaupun gagal masuk Gaza, misi Estelle berjaya menarik perhatian dunia kepada isu sekatan dan hak asasi rakyat Palestin

  • Tahun 2013-2014 - Tempoh Senyap dan Perancangan

Tahun-tahun ini menyaksikan kurang misi Flotilla besar-besaran kerana aktivis mula menilai strategi dan keselamatan selepas beberapa kapal diserang. NGO dan aktivis lebih banyak menumpukan kepada kempen politik, advokasi undang-undang dan usaha diplomatik untuk menekan israhell namun rangkaian Freedom Flotilla Coalitiaon (FFC) aktif di belakang tabir untuk misi seterusnya

  • Tahun 2015 dan 2016 - Women’s Boat to Gaza 

Kapal bernama Zaytouna-Oliva belayar dari Barcelona membawa wanita aktivis dari pelbagai negara termasuk doktor, wartawan dan ahli politik. Tujuan mereka untuk menunjukkan solidariti wanita global terhadapa penderitaan Gaza. Namun misi wanita antarabangsa di tahan oleh tentera israhell dan turut gagal ke Gaza 

  • Tahun 2018 - Al-Awda dan Freedom

Flotilla kembali dengan dua kapal utama Al-Awda dan Freedom yang membawa peralatan perubatan, bantuan kemanusiaan serta puluhan aktivis dari lebih 15 negara. Mereka belayar dari Scandivinia melalui pelabuhan Eropah dan Mediterranean menuju ke Gaza 

Al-Awda dipintas dan dirampas oleh tentera israhell pada 29 julai 2018 kira-kira 49 batu nautika dari Gaza, aktivis dipukul dan ditahan. Freedom pula dipintas pada 3 ogos 2018. Semua bantuan dirampas 

Sedih kan, betapa kejam dan jahatnya israhell ni sedangkan misi ini hanya untuk memberi bantuan kepada Gaza tanpa senjata! Walaupun hampir semua misi dipintas sebelum sampai ke Gaza, tempoh ini menunjukkan bahawa perjuangan Flotilla tidak pernah berhenti termasuk yang kita lihat hari ini di bawah nama Global Sumud Flotilla 



  • Tahun 2025 - Global Sumud Flotilla

Tahun 2025 menandakan kebangkitan semula terbesar dalam sejarah misi flotilla selepas sedekad aktivis seluruh dunia mencabar sekatan laut israhell. Pada 2025, Flotilla bergerak dalam 3 gelombang besar 

Gelombang pertama (Mei - Jun 2025) - Freedom Flotilla dan Greta Thunberg

Gelombang pertama dilancarkan oleh Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang kembali dengan semangat baru. Apa yang menjadikan ianya luar biasa ialah penyertaan Greta Thunberg yang turut serta naik kapal dan mengetuai misi pertama 


Fakta :
  • Kapal utama :Kapal Conscience, Handala dan Madleen, bermula sekitar Mei 2025 dari pelabuhan Eropah termasuk Sepanyol dan Sicily
  • Misi menghantar bantuan kemanusiaan dan mencabar sekatan laut israhell yang menjerut Gaza sejak 2007 
  • 2 mei 2025 kapal Conscience diserang dron berhampiran Malta ketika dalam perjalanan ke Gaza yang menyebabkan kebakaran dan kerosakan teruk
  • 1 jun 2025, kapal Madleen belayar dari Catania membawa sukarelawan, doktor dan barang bantuan  
  • 9 Jun 2025 Madleen dipintas olwh tentera di perairan antarabangsa, semau aktivis termasuk Greta ditahan 

Walaupun tidak berjaya sampai ke Gaza, gelombang pertama berjaya mencetuskan gelombang solidariti global kerana kehadiran Greta menarik perhatian media antarabangsa dan meningkatkan tekanan diplomatik ke atas israhell

Gelombang ke-dua (Ogos-September) - Global Sumud Flotilla 

Selepas gelombang pertama di halang, misi flotilla tidak terhenti. Ia kembali dalam bentuk lebih besar dengan nama baru iaitu Global Sumud Flotilla (GSF) Inilah misi paling besar sejak tragedi Mavi Marmara 

Fakta :
  • Tarikh pelayaran bermula 31 Ogos 2025 dari Barcelona, Sepanyol disusuli kapal tambahan Genoa (Itali), Tunis(Tunisia) dan Catania (Sicily)
  • Kapal terlibat lebih 40 kapal dari pelbagai negara termasuk Malaysia membawa bantuan kemanusiaa, ubat-ubatan, doktor, wartawan, pendakwah dan aktivis. 
  • Tujuan untuk menghantar bantuan terus ke Gaza melalui laut dan menyeru dunia agar menamatkan sekatan israhell yang melanggar undang-undang antarabangsa 
Bagi aku misi kali ni betul-betul membuka mata termasuk diri aku sendiri. Global Sumud Flotilla ini bukan sekadar pelayaran bantuan tapi ia menjadi gelombang kesedaran global. Influencer, wartawan dan aktivis yang menyertainya sedikit sebanyak menyedarkan orang ramai tentang misi Flotilla melalui perkongsian di social media.

Ia menunjukkan bahawa perjuangan membela kemanusiaan bukan hanya tugas kerajaan atau NGO besar tapi boleh di gerakkan oleh gabungan rakyat biasa yang bersatu hati. Walaupun kita tak mampu turun pandang tapi kita mampu berkongsi hingga satu dunia tahu. Melihat bagaimana aktivis dari pelbagai latar belakang bersatu di atas satu kapal demi menembusi sekatan yang zalim adalah satu momen yang menyentuh jiwa 

Seperti misi-misi terdahulu, kapal dalam Global Sumud Flotilla juga berdepan ancaman dipintas oleh tentera laut israhell di perairan antarabangsa. Semua aktivis ditahan! Namun semangat mereka kuat dan tidak pernah luntur, mereka lah hero dan heroin dalam misi ini

Gelombang kedua Global Sumud Flotilla 2025 membuktikan bahawa solidariti tidak pernah padam. Penyertaan aktivis Malaysia menunjukkan dunia Islam tetap bersama saudara kita di Gaza, dan kehadiran influencer serta personaliti media menjadikan perjuangan ini lebih dekat dengan masyarakat umum. Ia bukan sekadar pelayaran, ia simbol harapan, keberanian, dan keteguhan menentang kezaliman.

Gelombang ketiga Flotilla 2025 - Perjuangan Yang Belum Terhenti 

Selepas kejayaan dan kesedaran besar tercetus dari Global Sumud Flotilla, perjuangan solidariti untuk Gaza diteruskan dengan lebih besar dan berani melalui gelombang ketiga 


  • Jumlah kapal terbesar, melibatkan kira-kira 9 kapal bantuan kemanusiaan termasuk kapal utama Conscience yang menjadi simbol kepada semangat kemanusiaan global. Ini merupakan jumlah kapal paling banyak yang pernah berlayar dalam satu misi sejak 2010
  • Lebih daripada 500 aktivis antarabangsa dari lebih 45 negara terlibat kali ini termasuk sukarelawan, doktor, wartawan, personaliti media social dengan satu misi jelas, memecah kepungan laut yang menjerut Gaza 

Peranan Malaysia Terus Kukuh

Aktivis dan wakil kemanusiaan dari Malaysia sekali lagi turut serta meneruskan semangat gelombang kedua. Gelombang ketiga masih berjalan dan berlayar ketika keadaan Gaza semakin genting. YaAllah semoga kali ini misi dapat diteruskan dan sampai ke bumi Gaza. 

Dari dua kapal kecil pada tahun 2008 hingga sembilan kapal besar dalam gelombang ketiga 2025, flotilla telah berkembang menjadi simbol keberanian dan solidariti antarabangsa.
Ia bukan hanya tentang menghantar bantuan – ia tentang menyampaikan mesej bahawa dunia tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman.

Perjuangan flotilla belum berakhir, dan selagi sekatan Gaza terus menjerut kehidupan rakyat Palestin, kapal-kapal ini akan terus berlayar. Bukan dengan senjata, tetapi dengan harapan, kemanusiaan dan keberanian.



Hati Berbicara :

Gambar ini di buat oleh Gemini Ai

Percaya lah walaupun kita tak mampu turun berlayar bersama-sama, kuasa juga ada ditangan kita, jangan tuli kan telinga, jangan buta kan mata atas sebab perkongsian kita tidak bermakna! Salah! Setiap. Perkongsian kita adalah bermakna, sebab tu artis dan influencer kena semangat untuk tidak berhenti berkongsi tentang misi ini sebab kamu semua ada ramai follower yang akan bersemangat sama. So, please jangan hanya berdoa tapi turut sama berkongsi hingga bantuan sampai ke bumi Gaza, inshaAllah !



Ulasan