Perjalanan Global Flotilla dari 2008 hingga 2025: misi kapal bantuan ke Gaza, tragedi Mavi Marmara, hingga gelombang terbaru yang libatkan aktivis Malaysia. Assalamualaikum and hi everyone, hari ni rasa terpanggil untuk kongsikan juga di platform blog walaupun sekarang memang aku cuba untuk kongsikan di semua social media, it’s okay jika perkongsian korang dianggap beria, dianggap fomo but at least kita masih ada kesedaran untuk kita kongsikan tentang perjuangan misi Flotilla
Nama Global Sumud Flotilla (GSF) mungkin kedengaran baru untuk sesetengah orang termasuk aku sendiri, tapi disebabkan perkongsian demi perkongsian, alhamdulillah makin ramai yang sedar dan ambil tahu, sebab itu suara-suara artis dan influencer sangat lah penting dalam misi ini yang mana walaupun kita tak mampu berjuang sama tapi kita masih mampu gerakkan jari dan kongsikan tentang misi ini supaya satu dunia tahu
Apa itu Flotilla
Flotilla bermaksud sekumpulan kapal yang bergerak bersama dalam satu misi
Apa itu Sumud Flotilla
Misi ini adalah konvoi kapal antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dikepung dengan simbol solidaritu dan keberanian dunia
Mengapa di namakan Sumud
Sumud bermaksud keteguhan atau ketabahan. Ia melambangkan kekuatan rakyat Palestin untuk terus bertahan walaupun berdepan dengan sekatan dan serangan
Sebenarnya Flotilla dah bermula sejak tahun 2008 lagi sehingga lah perkembangan terkini Global Sumud Flotilla 2025. Jom kita tengok sejarah Flotilla. Perkumpulan flotilla kebanyakannya adalah inisiatif sivik dan solidariti antarabangsa,gabungan aktivis, NGO, pasukan perubatan, pendakwah dan sukarelawan yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza serta memprotes sekatan laut yang dikenakan oleh Israel. Misi-misi berulang ini bermula sejak 2008 dan berterusan dalam beberapa gelombang dengan pelbagai nama, organisasi dan
Sejarah Flotilla ke Gaza
- Tahun 2008 : Permulaan
- Tahun 2010 : Tragedi Mavi Marmara
- Tahun 2011 - Freedom Flotilla II
- Tahun 2012 - Estelle
Kapal Sweden dipintas 30 batu nautika dari Gaza.Semua penumpang ditahan dan kapal dirampas, walaupun gagal masuk Gaza, misi Estelle berjaya menarik perhatian dunia kepada isu sekatan dan hak asasi rakyat Palestin- Tahun 2013-2014 - Tempoh Senyap dan Perancangan
- Tahun 2015 dan 2016 - Women’s Boat to Gaza
- Tahun 2018 - Al-Awda dan Freedom
- Tahun 2025 - Global Sumud Flotilla
- Kapal utama :Kapal Conscience, Handala dan Madleen, bermula sekitar Mei 2025 dari pelabuhan Eropah termasuk Sepanyol dan Sicily
- Misi menghantar bantuan kemanusiaan dan mencabar sekatan laut israhell yang menjerut Gaza sejak 2007
- 2 mei 2025 kapal Conscience diserang dron berhampiran Malta ketika dalam perjalanan ke Gaza yang menyebabkan kebakaran dan kerosakan teruk
- 1 jun 2025, kapal Madleen belayar dari Catania membawa sukarelawan, doktor dan barang bantuan
- 9 Jun 2025 Madleen dipintas olwh tentera di perairan antarabangsa, semau aktivis termasuk Greta ditahan
- Tarikh pelayaran bermula 31 Ogos 2025 dari Barcelona, Sepanyol disusuli kapal tambahan Genoa (Itali), Tunis(Tunisia) dan Catania (Sicily)
- Kapal terlibat lebih 40 kapal dari pelbagai negara termasuk Malaysia membawa bantuan kemanusiaa, ubat-ubatan, doktor, wartawan, pendakwah dan aktivis.
- Tujuan untuk menghantar bantuan terus ke Gaza melalui laut dan menyeru dunia agar menamatkan sekatan israhell yang melanggar undang-undang antarabangsa
- Jumlah kapal terbesar, melibatkan kira-kira 9 kapal bantuan kemanusiaan termasuk kapal utama Conscience yang menjadi simbol kepada semangat kemanusiaan global. Ini merupakan jumlah kapal paling banyak yang pernah berlayar dalam satu misi sejak 2010
- Lebih daripada 500 aktivis antarabangsa dari lebih 45 negara terlibat kali ini termasuk sukarelawan, doktor, wartawan, personaliti media social dengan satu misi jelas, memecah kepungan laut yang menjerut Gaza
Peranan Malaysia Terus Kukuh
Dari dua kapal kecil pada tahun 2008 hingga sembilan kapal besar dalam gelombang ketiga 2025, flotilla telah berkembang menjadi simbol keberanian dan solidariti antarabangsa.
Ia bukan hanya tentang menghantar bantuan – ia tentang menyampaikan mesej bahawa dunia tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman.
Perjuangan flotilla belum berakhir, dan selagi sekatan Gaza terus menjerut kehidupan rakyat Palestin, kapal-kapal ini akan terus berlayar. Bukan dengan senjata, tetapi dengan harapan, kemanusiaan dan keberanian.







