ABOUT ME

Assalamualaikum & holla korang, blog www.qasehdalia.com tercipta sekadar suka-suka pada awalnya dan bermula pada tahun 2009 dengan jiwa yang masih mentah dan ‘rebel’ lah orang kata. Jiwa remaja yang tengah memberontak dan suka menulis apa sahaja yang tidak melampaui batasan. Hanya sekadar suka-suka dan hidup lebih kepada ‘introvert’ menyebabkan papan keyboard menjadi teman yang masih setia hingga kini

Kenapa Nama Blog Qaseh Dalia ?

Kerana sukakan nama ‘qaseh’ dan ‘dalia’ pula sempena nama anak buah, maka terjadilah nama www.qasehdalia.com sehingga sekarang, 
Dari hari ke hari, penulis blog ini mula belajar menulis dengan lebih serius dan mula keluar dari kepompong ‘introvert’ nya dengan berkawan dengan lebih ramai blogger yang lain secara alam maya 

Bukan sekadar keluar dari kepompong, malah berani terbang dengan mengenali lebih ramai blogger yang lain bermula dengan menjadi ahli kelabbloggerbenashaari, dari sekadar alam maya sehingga lah berkenalan secara nyata dan dapat sahabat-sahabat yang baik sehingga kini, yang banyak susah senang bersama, dan semua bermula dari Ben Ashaari sehingga sekarang.

Kini, penulis blog yang berasal dari Terengganu dan telah menetap di Selangor ini telah bertukar status dari remaja yang rebel kini menjadi seorang ibu yang penyayang kepada dua cahaya mata dan merupakan blogger sepenuh masa dan juga bergiat aktif bukan sekadar menulis di blog tapi juga sebagai content creator, membuat khidmat review di social media juga

Dari Menulis, Terbang ke Negara China Tajaan Sepenuhnya oleh Air Asia 

Pernah dengar  tak pepatah ‘tuntutlah ilmu sehingga ke negara China’ haa lain pula dengan qaseh, menulis sehingga ke negara China. Siapa sangka dari menulis suka-suka, dapat tawaran dari AIR ASIA untuk FAM Trip ke Kunming, China selama 6 hari 5 malam. Pada awalnya, penulis ingin menolak tawaran tersebut kerana ‘malu dan takut’ tapi dorongan dari KBBA maka ambil peluang itu sebaiknya sebagai satu pengalaman yang cukup berharga.

Rugilah kalau tolak peluang macam ni kan, lagi-lagi ianya tajaan sepenuhnya, hanya perlu bawa badan sahaja. Itulah salah satu pengalaman yang cukup berharga buat diri penulis selain dari pengalaman-pengalam yang lain. Jika ingin dicoretkan kesemuanya memang tak cukup ye.

Boleh baca di sini : Sponsored Travel by Air Asia

Blog Medium Menyampaikan Maklumat 

Bagi penulis blog ini,  semua benda yang kita buat perlulah dari hati dan minat, jika tiada minat untuk menulis ataupun sekadar untuk mengejar duit, sesuatu itu akan hilang bila duit yang dikejar tidak kunjung tiba, tapi bila ada minat untuk sentiasa menulis maka rezeki akan datang mencari kita.

Bagi penulis, apa yang kita kongsi dan memberi manfaat pada orang lain akan jadi saham untuk kita juga, maka bila kongsikan sesuatu yang baik, inshaAllah yang baik-baik sahaja kita akan dapat 

Untuk tahun yang berlalu, mungkin blog www.qasehdalia.com hanyalah secebis diari tapi sekarang blog ini fokus pada perkongsian yang bermanfaat dari bentuk perkongsian lifestyle, ianya bukan sekadar review yang dibayar sahaja tetapi berkisarkan personal review penulis juga. Boleh jadi perkongsian tentang anak jadi ilmu buat seseorang, atau pun tentang masakan dan seumpamanya.

Jadi, bagi qasehdalia, dari hari ke hari masih mencari sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan. Walaupun ilmu itu hanya secebis kuman.