Search

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

SWiPEL Serai Wangi Berkesan Untuk Menghalau Serangga Dalam Rumah

Assalamualaikum

Rumah korang banyak tak serangga macam semut, lipas, cicak, lalat dan sewaktu dengannya ? Sebab rumah qaseh ni paling geram dengan semut tau, sebelum ni tak kronik sangat tapi sekarang makin menjadi-jadi pulak haaa, eh buat macam rumah sendiri pulak kan.

Bengang jugak lah sebab depa siap berenang-renang lagi dalam air masak tau tak, so memang kena juga ada produk untuk halau serangga dalam rumah ni, tips-tips dan petua pun ada, tapi tak kuasa lah sis nak guna petua segala sebab jumpa method lagi mudah hanya guna produk SWiPEL Serai Wangi AFY Haniff, katanya memang berkesan untuk halau serangga dalam rumah, halau semut, lipas, cicak dan sewaktu dengannya dan juga kereta.

Sebelum nak guna produk untuk halau serangga ni, korang kena pastikan ia selamat tau, sebab boleh jadi bahaya pada anak-anak kita walaupun anak kita bukan serangga hihi. Bila baca bahan kandungan SWiPEL Serai Wangi ni sangat okay sebab ia tak beracun dan selamat untuk digunakan dan paling best ia mampu membunuh 99.9% bakteria. Zaman-zaman covid19 ni memang kena extra care lah


SWiPEL Berwajah Baru !!!

Qaseh rasa ramai dah guna SWiPEL ni sebelum ni sebab SWiPEL ni dulu dikenali sebagai Serai Wangi AFY Haniff je tapi sekarang dah ditukar nama sebagai SWiPEL Serai Wangi AFY Haniff, so tetap sama cuma rebranding balik, kan lebih senang nak sebut, SWiPEL haa kan senang tu

 

Kelebihan Produk SwiPEL

  •  Penggunaan 2 dalam 1 iaitu untuk menghalau serangga dan juga membersih
  • Mampu menghalau serangga dengan penggunaan yang konsisten
  • Bau yang menyegarkan, anti kulat, antibakteria, antiseptik, aromaterapi dan hilangkan bau yang tidak menyenangkan
  • Saiz kecil dan mudah untuk digunakan
  • Selamat digunakan pada perabot, sofa, dapur, fabrik, tilam, sofa dan juga tumbuhan
  • Mengandungi pati serai wangi yang bertindak menghalau serangga dengan semulajadi
  • Bebas DEET yang tinggi toksik dan membahayakan pengguna dan alam sekitar.

 SWiPEL Kitchen Cleaner

Dalam banyak-banyak rangkaian produk SWiPEL ni mesti ada yang qaseh paling suka, hee so tadaaa, qaseh paling in love sangat dengan SWiPEL kitchen cleaner ni, bukan setakat halau serangga dan  mudah untuk digunakan je tau tapi ia mampu membersih dapur,caraya  hanya goncang-goncang dan spray pada permukaan yang kita nak. Qaseh spray je semua tempat :p  

Seriously bau dia memang wangi gila waktu spray tu, tapi bila biar beberapa saat dan lap dengan kain kering, memang menyegarkan dapur qaseh, biasalah lepas masak memang macam-macam bau ada kan, so lepas masak wajib spray di semua surface sekali dengan dinding-dinding sekali daku spray haha nyamannnn banget, hilang bau yang tak diingini.

Selain tu, SWiPEL kitchen cleaner ni juga boleh spray di sofa, tilam, fabrik dan tumbuhan cuma kena tambah sedikit air. Memang pelbagai fungsi, untuk menghalau serangga, membersih dan menghilangkan bau yang kurang best. So bolehlah hilangkan bau-bau hapak, kadang bau hapak ni sebab sofa ataupun fabrik yang menyerap peluh.

SWiPEL Floor Cleaner


Dah ada untuk dapur, wajib ada untuk lantai, tempat yang paling penting dalam rumah yang memang wajib bersih, serious zaman virus Covid19 ni memang kena extra care bab-bab pembersihan rumah sebab yelah kita mana nak nampak bakteria segala bagai ni kan, kalau nampak senang, boleh bunuh je terus haa

Dengan Fungsi 99.9% Anti-Bakteria 

Lantai rumah lah paling nak kena jaga lebih kan, sebab memang tempat yang selalu anak-anak kita main, bergolek, berguling dan sebagainya, tapi rasa lebih selamat bila qaseh dah mop lantai guna SWiPel Floor ni sebab mampu membunuh hingga 99.9% bakteria. Risau sangat degan keadaan sekarang hurmm, tapi bila adanya fungsi anti-bakteria ni, rasa lega dan selamat.

Untuk mop lantai, biasa qaseh suka pakai mop macam ni, ada fungsi spray haha nak juga spray-spray macam SWiPEL Kitchen Cleaner kan, tapi serious mudah. Jadi untuk mop, macam biasa lah kena campur air, boleh juga kalau macam nak guna pati tapi qaseh lebih suka campur air, nanti cepat habis :p 

                                 Ni qaseh dah campur dengan air, wow macam air oren gais, jangan minum pulak :p

Bila lepas mop terus rasa segar je rumah, bau-bau yang tak diingini pun hilang  sebab dah di atas dengan bauan serai wangi.,serangga-serangga pun takut nak melintas heheh bye bye semut !! Selain tu banyak lagi tau rangkaian produk SWiPEL ni, semua ni memang korang boleh gunakan dirumah untuk menghalau serangga.

Rangkaian Produk SWiPEL yang wajib dicuba 

 SWiPEL Anti Tikus

Rumah qaseh alhamdulillah so far takde tikus, biasa rumah kampung ramai tikus kan, binatang yang sangat bahaya, so memang kena halau cepat-cepat sebelum beranak pinak. SWiPEL Anti TIkus ni bukan untuk membunuh ye, tapi untuk menghalau, so korang boleh letak di tempat-tempat tertutup dan di laluan dia lah, bau memang kuat dan tajam, inshaAllah ''CIKTI'' akan lari lintang pukang dari tempat tersebut

SWiPEL Anti Lipas

Dalam banyak-banyak serangga, qaseh rasa lipas paling orang benci haha, bila dia duduk diam okay lagi tapi bila dia dah mula terbang, dah bukan lipas namanya, boleh jadi tetiba terkeluar BAB-1 haha sabo je la. Boleh letak dalam tempat tertutup seperti dalam kabinet kitchen dan laci-laci tempat lipas menyorok, paling bengang bila dia berak tu fuhh busuk naww !

SWiPel Anti Lipas dan Anti Tikus ni berbentuk kiub kayu, tapi dia tak mengecut walaupun bau dah dilepaskan dan bertahan selama dua minggu di tempat tertutup. Jangan risau ia mudah dilupuskan.

SWiPEL Anti Lalat - Serai Wangi dan Pandan Repellent Candle

Untuk masalah lalat, haaa ajak depa ber candle light dinner bagi mereka pening, comel nya lilin ni tapi bukan lilin biasa-biasa tau, ada dua haruman, yang hijau bau pandan dan yang merah bau serai wangi, pandan pun boleh hilangkan bau hapak-hapak tau, so kalau takde lalat pun boleh je pasang lilin ni bagi haruman segar dalam rumah

 SWiPEL Insect Repellant Naturally

Okay untuk yang ni korang boleh gantung dalam rak kasut, dalam almari, errr dalam kereta kalau korang jenis tahan bau okay kot tapi bukan setakat lipas pening, sis pun pening haha bau dia agak kuat so better letak dirumah, dalam almari kasut dan baju or nak gantung didapur pun boleh. 

Cara guna pun sangat-sangat mudah, bila korang beli boleh rujuk cara-cara yang ada pada produk okayh, so far qaseh guna ni sangat membantu, membersih, menghalau serangga dan yang pasti ianya selamat, halal, 100% bumiputera,ada ISO,GMP dan HACCP, bebas dari bahan kimia dan semulajadi. Yang paling best anti-bakteria dan of course anti-serangga heheh. 

Mana nak dapatkan SWiPEL Serai Wangi Afy Haniff ni, korang boleh dapatkan di Tesco, Mydin dan juga boleh dapatkan secara online sahaja, musim Covid19 ni mari lah kita shopping online ye. More info boleh tekan-tekan link di bawah :


Comments

Anonymous said…
Sep! Nina pun guna SWiPEL.
Kita guna yang sama!! Hoyeah. Akak paling suka cube tu. Nanti nak topup..
Akak memang dah lama guna serai wangi ni, mesti ada sebotol dua kat rumah ni haa
Nadia Johari said…
Nak cari yang lain juga la.. Kita guna kitchen punya
sophea ◇ said…
Boley da ni sekarang musim serangga semua muncul
Unknown said…
Terasa mcm nk kne bli sume jnis prodk je ni 😁
Permatabiru said…
ramai kata bagus swipel ni tak pernah try lagi..nak kena beli juga nanti kat umah
mas saari said…
Banyak betul pilihan produk Swipel ni, nak cuba jugaklah!
Tekkaus said…
Would love to try these as well. :)