Tempat Menarik di Kuala Lipis Yang Korang Perlu Tahu

Assalamualaikum

Tempat Menarik k di Kuala Lipis, Pahang Yang Korang Perlu Tahu | Kuala Lipis ni tempat aku lalu lalang je bila nak balik ke Terengganu, memang selalu lalu tapi tak pernah terfikir untuk menerokai tempat ni, bila tengok dari dalam kereta ada banyak bangunan-bangunan yang dah usang tapi still megah berdiri, mesti ada kisah-kisah best disebaliknya. Suka sejarah ? Kadang-kadang bila dengar orang bercerita tentang asal usul sesebuah tempat tu jadi ralit dan mulut automatik teruss ooooo ooo macam tu ceritanya, kan ? hehe

Sebelum aku kongsikan apa yang menarik di pekan Kuala Lipis, aku nak kongsikan dulu satu tempat ni ibarat hidden gems yang jarang kita nak pergi, tapi aktiviti macam ni sebenarnya sangat-sangat best, yang sukakan aktiviti jungle trekking, lasak, masuk hutan dan sebagainya mesti suka aktiviti macam ni 

Taman Eko Rimba Kenong

Aku selalu jugak tengok ada beberapa tempat yang namanya Taman Eko Rimba tapi tak pernah terfikir apa yang ada didalamnya. Untuk ke Taman Eko Rimba Kenong ni agak mencabar fizikal dan kelakar sebenarnya sebab kena gigit kerengga dalam trak hihi


Kami kesini dengan menaiki bas dan park di entrance Taman Eko Rimba Kenong, lepastu kena naik trak JPAM (kereta or van boleh je masuk) untuk masuk menuju Jeti Kenong untuk menaiki bot pula. Bas memang tak boleh masuk dalam ni ya sebab jalan sempit dan kiri kanan hutan. Sesampainya di jeti, kami naik bot untuk ke jeti Taman Rimba dan teruskan perjalanan untuk jungle trekking
Sebelum perjalanan makin jauh, sempat singgah di Kampung Dusun yang mana penduduk dalam ni hanya ada 8 keluarga sahaja, dan sempat melihat orang kampung tengah menyediakan masakan Tradisional iaitu Nasi Kebuli, then teruskan jungle trekking menuju 3 gua yang tersembunyi dalam hutan Kenong ni

Sepatutnya kitorang dapat menyelusuri dalam gua dengan menaiki bot tapi disebabkan hujan lebat semalaman, air sungai naik tinggi but sokay tetap best. Dalam hutan Kenong ni terdapat 3 gua, iaitu gua Batu Tangga, Gua Tangkup dan Gua Kelawar. 

Baca juga : seronok berjalan di zoo negara {alertInfo}

Perjalanan ke gua-gua ni mengambil masa dalam 45 minit, jika secara santai pula mengambil masa kira-kira 1 jam jugaklah, trek tak terlalu extreme tapi agak mencabar juga sebab laluan agak berlopak dan licin disebabkan hujan but so far semua okay je haa, pastikan pakai kasut yang bersesuaianlah, aku pakai kasut getah je 

AKHIRNYA SAMPAI !




Onway balik pula sempatlah kami merasa Nasi Kebuli tadi, sedap dan unik rasanya, Nasi Kebuli ni memang dimakan tanpa kuah ye, yeah dapat juga makanan masakan tradisional orang Pahang. Jadi kalau korang suka masuk hutan, Taman Eko Rimba Kenong ni sangat best untuk diterokai, hidden gems yang cantik dan berbaloi untuk korang lawati. 


Tempat Menarik di Kuala Lipis

Pekan Kuala Lipis

Akhirnya dapat juga singgah pekan Kuala Lipis ni, takde dah lah perasaan curious dari dalam kereta je, so antara tempat-tempat yang korang boleh cipta kenangan, bergambar, melawat dan mengetahui beberapa kisah sejarah haa boleh lah bokkmark terus tempat yang aku nak share ni

Titik 0KM Pekan Lipis 
Rupanya ramai juga ye memburu titik 0KM ni, aku pun tak tahu tempat aku kat mana la titik 0KM ni, hihi nanti lah cari juga,so di Pekan Lipis ni , titik 0KM terletak di GPO ( General Post Office), boleh lah pergi bergambar nanti hee


Sekolah Menengah Clifford 

 Untuk info korang, hostel yang pertama ditubuhkan selepas Stesen Keretapi Malaysia (KTM) adalah di Sek Men Clifford ni dan inilah sekolah yang melahirkan ramai-ramai tokok ternama termasuk penyanyi No 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Aku suka tengok pintu kelas-kelas di sek. ni, sangat klasik. 


Masjid Negeri 1888, Kuala Lipis

Masjid tertua di Pahang yang sudah lama terbina sejak tahun 1888 lagi, wow lama dah masjid ni, aku pun belum lahir lagi dan masjid ni juga masih kekalkan seni bina yang lama, pernah juga dijadikan sebagai Masjid Negeri dan ada kisah sejarah yang mana masjid ni tidak ditenggelami air sewaktu banjir besar di Pahang suatu ketika dahulu

Pejabat Daerah Lipis
Antara bangunan yang telah lama juga sejak tahun 1919 yang juga diisytiharkan sebagai bangunan Heritage yang akan terus dipelihara dan dijaga. Kalau tengok seni binannya memang nampak bersejarah kan. 

Bangunan Residensi 

Bangunan yang masih dikekalkan dan dipelihara sejak pemerintahan British, dibina sejak tahun 1922 dan menjadi tempat kediaman bagi residen Inggeris. Dalam bangunan ni ada sudut muzium dan bahan-bahan sejarah yang korang boleh lawat.

Muzium Warisan Lipis



Last but not least, kami melawat muzium, di Muzium lah kita boleh peroleh segala kisah dan bahan sejarah dari peninggalan zaman-zaman pemerintahan British dan macam-macam lagi yang tak pernah kita tahu. 

Lastly jangan lupa tonton video kami sepanjang 3 hari meroka tempat menarik di Pahang 

19 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. loveeeeee it my home town...yesss penuh dengan sejarah....

    BalasPadam
  2. Bestnya p gua naik samahpn semua..

    BalasPadam
  3. Bestnya bila dapat berjalan2 camni, suasana kampung yang dah lama dirindui

    BalasPadam
  4. Wahh menarik.. trip dalam Malaysia pun menarik

    BalasPadam
  5. Waahh bestnyeee .. tatau ade tempat best cmnj kat area pahang..

    BalasPadam
  6. bila nak repeat dengan ai niii hishhh

    BalasPadam
  7. Tak sangka banyak tempat menarik di Pahang.. Kalau dah ok sikit nnti keadaan, nak la explore juga

    BalasPadam
  8. Nice info.. next time dah tau mana tempat menarik nak pergi bila sampai kat sini

    BalasPadam
  9. Walaupun akak orang Pahang tapi tak pernah lagi sampai ke Kuala Lipis, kena explore lepas ni!

    BalasPadam
  10. Bila berjalan akan luas pandangan dan bertambah info. Insya Allah nak jugak makan angin round dlm Msia ni..cuma tak berpeluang lagi..

    BalasPadam
  11. bestnyaaaaa. selalu kuala lipis takde dalam senarai. lepas tengok terus google .

    BalasPadam
  12. amboiiiii.. nampak enjoy betul korang yer

    BalasPadam
  13. Cantik2 tempat kat kuala lipis ni, secantik siti nurhaliza hehehe

    BalasPadam
  14. Obviously you guys had a lot of fun together.

    BalasPadam
  15. Seronok betul korang berjalan. hehehe. Btw kenapa cari 0KM tu?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama