Search

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer

Assalamualaikum 

Entry sebelum ni, aku ada share aku beli air fryer kan ~ ramai juga teman-teman socmed setuju beli air fryer ni berbaloi, barang apa pun pasti berbaloi bila kita gunakannya, yang tak berbaloi bila sekadar buat koleksi ~ orang beli kau pun nak beli, tapi tak guna pun ehek! 

Hari ni aku nak share lah, aku dah buat kek air fryer woi, tapi ni ekperimen untuk tekak sendiri, jadi tu memang jadi tapi rupa tak seindah khabar lah haha sedap juga weh rasa cheese tu, cuma kesan terbakor tu betul-betul nampak terbakor ye :p 

Asal boleh makan, sekejap je dah habis -_-. Bahan nak buat burnt cheese cake ni mahal jugak oi, bukan biashe-biashe 


Kesalahan yang aku buat sepanjang aku cuba bakar burnt cheese cake guna air fryer ni adalah

  •  First percubaan, ubah suhu memandai-mandai so ia lagi terbako haha
  •  Bahan-bahan yang aku nak guna kena lah room temperature tapi aku tak menitik beratkan soal ini
  • Tak tunggu beberapa jam untuk rehatkan kek :p 

Tapi resepi ni aku ceduk dari twitter, dan tengok juga dalam group air fryer, rata-rata memang guna suhu ni untuk bakar burnt cheese cake guna air fryer, so korang pun boleh je guna resepi ni, cuma tu lah aku buat beberapa kesalahan haha

Resepi Burnt Cheese Cake Air Fryer 

Bahan-bahan 


  • Whipping Cream 150 ml (aku guna brand Emborg) 
  • Tatura Cream Cheese (250 gm) 
  • 3 biji telur 
  • 2 sudu tepung gandum 
  • setengah cawan gula halus / gula aising 
Cara-caranya adalah 
  • Mixer semua bahan hingga serasi bersama gituh, tapi aku guna blender je, blend je lah semua bahan bagi gebu. 

  • Masukkan dalam loyang 6 inchi, boleh lapik baking paper supaya cantik kejadian burnt cheese cake korang
  • Masak dengan suhu 180'C selama 20 minit ( kalau macam tak terbako sangat tambah lagi 3 minit dan suhu 200'C
Hasilnya tadaaaaaaaaaaaa ~~~ patutnya rehatkan beberapa jam bagi kek ni sejuk, bila dia sejuk yang burnt tu akan kecut dan lendut gitu haa takdela kembang macam ni haha, tapi yeah jadi jugak cuma tak seperti yang macam kat kedai lah :p 


Tabur gula aising konon-konon nak nampak cantik haha

 Bila potong , tadaa ~ cantik kan, rasa pun sedap dan tak keras langsung, So resepi tu ngam lah, nak cantik bakar lah dengan oven hihihi. 



Comments

Sis Lin said…
Geram plak nengok...kalau buat guna air fryer elok tinggu gebu keknya kann...hrtu Sis buat dalam oven, loyang plak beso, so alaaa rendah aje lee keknya, tapi sedap!
ezy.xixii said…
rupa xelok xpe janji sedap! hihi..

teringin jgk nk beli air fryer.. tp xde rezeki lg..
berhuhu jela dlu..
Tekkaus said…
Well at least it is burnt. :)