Search

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

Resepi Puding Marble Mudah dan Sedap

Assalamualaikum semua. Semoga sihat selalu, jangan stress-stress okie, jangan putus doa dan harapan semoga Malaysia kembali pulih, rindu sangat kehidupan normal :( 


Hari ni aku nak share resepi Puding Marble, macam tak percaya je aku makin rajin buat kuih / dessert ~ mana tak nya, screenshot laki penuh dengan resepi je ehehe tapi qaseh takde mood buat sorang, biasa laki cuti baru rajin nak buat apa-apa, projek laki bini gitu.

Jadi, hari ni aku rajin lah sikit nak share dalam blog, kali ni aku cuba buat Puding Marble, memandangkan tak perlu alat memasak yang mahal-mahal atau pun renyah so aku rajinlah buat hihi hanya guna blender je uols.

Resepi Puding Marble Mudah Sangat !

Bahan-bahan A
  • 10 gm agar-agar (qaseh guna agar-agar tali, biasa dalam paket tu dalam 20gm, so qaseh potong separuh. Lagi senang guna je agar-agar serbuk)
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir


Bahan Kisar ( qaseh guna blender je)
  • 2 biji telur
  • 4 keping roti (carik-carikkan)
  • 3/4 cawan susu cair
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan air


Bahan lain
  • 2 sudu besar serbuk koko (cairkan dengan sedikit air panas)
  • 1 sudu besar mentega (qaseh guna buttercup)
  • 1 sudu kecik esen vanilla


Cara-cara buat Puding Marble
  • Didihkan bahan A , masukkan air, agar-agar dan gula, kacau hingga agar-agar dan hancur dan sebati, if agar-agar bertali lambat sikit, tapi kalau guna yang serbuk sekejap je.
  • Bila dah sebati semua, masukkan bahan yang sudah dikisar, kacau hingga sebati dan biarkan ia mendidih
  • Bila sudah mendidih, masukkan mentega dan esen vanilla, kacau hingga sebati dan pastikan tidak berketul

  • Tutup api, bahagikan kepada dua bekas

  • Salah satu bekas, masukkan serbuk koko yang telah dicairkan, kacau hingga sebati hingga semua berubah bewarna koko.

  • Sediakan dulang, cedukkan satu senduk yang tanpa berwarna, kemudian letak pula satu senduk yang berwarna koko di tengah-tengah bahagian yang berwarna putih, selang selikan dan ulang sehingga habis

  • Akhir sekali, sejukkan puding di dalam peti ais
  •  Bila dah keras, siap dihidang dan makan !


Sebenarnya ni first time buat so rupa dia tak berapa cantik hahaha tangan kejung bab hias-hias ni , tapi bila potong, cantik je kejadiannya. Puding ni sedap sangat, rasa lemak manis. Laki aku suka hikhik selamat mencuba ! 

Comments

nikmaaaatnya makan time sejuk2 nak berbuka =D
cikguzim said…
resepi yg sedap, mkn sahur pun boleh ni
Semut Senyum said…
Assalamualaikum. elok kejadiannya... tapi SS tak makan puding. Tapi suka je nak buat. sbb boleh jadi bangkit selera utk org lain. heheh.Done follow.
Fatimah Nabila said…
waktu berbuka mmg sedap mkn puding, sejuk tekak, hehe..
Faradidi said…
sedapnyaaaa. terliur tengok. nak buat lah esok