Search

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

Resepi Aiskrim Milo Oreo Mudah | Cara Buat Aiskrim Sendiri Dirumah

Assalamualaikum,

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, makin ramai yang kreatif dan menunjukkan bakat masing-masing, bab-bab masakan lagi lah semua power dan macam-macam resepi mudah sepanjang PKP ni yeee, aku of course lah terjebak sama



By the way, ni resepi ketiga aku terjebak, korang dah terjebak belum ? Tapi aku pilih resepi yang simple-simple je, yang jenis susah malehh nak buat haha tunggu betul-betul rajin naaa, yang bestnya bila suami yang eksited, dia lah yang lebih-lebih cari resepi itu ini haha pantang nampak makanan ~

Tapi takpe sebab dia tolong buat sekali :p , sama-sama duduk dapur agithewwww wink wink wink haha

So hari ni aku nak share cara buat aiskrim dengan sangat-sangat mudah ! OMG, tak terfikir nak buat aiskrim sebab ingatkan cara dia susah dan perlukan banyak bahan kan ~ tengok masterchef pergh berpeluh nohhh tengok depa buat ~ tapi tu tahap international gitu

Resepi Aiskrim Homemade Mudah

Bahan-bahan :

1 tin susu cair
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar Ovalett (ada orang letak 1 sudu, tapi aku letak 2 sudu)
2 sudu besar susu pekat (kalau korang suka / kurang manis, letak ikut suka korang k)
Milo (sukatan sendiri, aku letak 4 sudu besar milo je) boleh juga kalau nam campur serbuk koko / guna serbuk koko je)
Topping- ni ikutlah nak letak apa untuk cantik-cantik, aku letak oreo kat atas



Cara-cara :
*Pastikan ada mixer atau blender untuk mix dan kacau semua bahan, aku guna blender je

Campur je semua bahan and then blend je semua, aku letak susu cair dan milo dulu, lepas tu blend jap bagi semua sekata, baru aku campur ovalette,esen vanilla dan susu pekat.
Blend lama-lama dalam 5 minit macam tu, sampai tekstur nampak kembang dan gebu gila, sebab tu wajib guna bahan Ovalett, fungsi nya nanti bila aiskrim tu keras, tekstur aiskrim akan jadi smooth, gebu dan semestinya tak jadi macam aiskrim malaysia.
Bila dah gebu dan kembang semangkuk, boleh lah curah dalam mangkuk atau bekas aiskrim ke apa-apa jelah, aku guna tupperware je.
Pastu aku letak topping biskut Oreo, patah-patahkan atau hancurkan je, bagi cantik gituu. Boleh je nak masukkan dan blend sekali, tapi first try ni aku buat untuk topping je, takdelah nampak kosong je hihi
Then, masukkan dalam peti ais tempat beku tu, tunggu ia keras dah boleh ngap !



 Aku blend sampai blender tu makin slow haha, nampak dia macam gebu-gebu dan berkrim. 

Letak topping Oreo hehe main taburrr ajee, tak pandai betul nak hias :p

Nah siap ! Omaigod, helok sangat aiskrim sendiri nohh, rasa pun sedap, cair dimulut, yummy !! 




Lepas ni boleh buat aiskrim sendiri, boleh lah letak perisa apa pun yang kita suka, yahoooo btw resepi ni lama dah orang share rupanya,  cuma sejak PKP ni rajin nak mencuba segala benda, haha selamat mencuba ! Adios ~

Comments

YB Shehan said…
bahan lain dah ada, Ovalett je xde. adoi.
Fieza Sani said…
Okey, nak cuba la.. Haritu mencari eskrem kat speedmart, pasaraya sold out je..
Senang je tgk resipi ni.tapi kena cari brg2nya dulu..
Yaya Mohd said…
yaya pon bru pas tgok resepi askem baru2 ni. senang rupanya nk buat,kan. tp bila rajinnya ntah hehe
Atiah said…
Sedapnya. boleh lah saya cuba nanti
ummul azkee said…
Singgah sini cri resepi aiskrim.. Hehe.. Thnk you share