Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort | Iftar Sesama Peroleh Pahala

3 ulasan:


Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort(BGR) 2019 | Holla korang , lagi beberapa hari je Ramadhan akan tiba , dah boleh survey buffet Ramadhan untuk tahun 2019 , jadi aku nak mengajak orang ramai mengambil kesempatan di bulan mulia untuk Iftar Sesama insan-insan yang korang sayangi.Bukan sahaja bersama ibu, bapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain, bahkan sesama rakan dan insan-insan yang kurang bernasib baik, menikmati sajian enak disediakan oleh kumpulan chef berpengalaman.


Konsep ‘Kebun Dalam Bandar’,

Memang menjadi kebanggaan Restoran BGR, dengan mengenengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional.Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef kami tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat,ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang di gunakan untuk nasi Kerabu,

Bagi menambah keterujaan, pada tahun ini di bahagian ulam-ulaman dan kerabu, korang turut diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut terus dari pokoknya. Di seksyen ini juga jangan terlepas mencuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang menyelerakan.



Menu Menambat Selera

Sebagaimana tahun-tahun lalu, eksklusif sepanjang Ramadhan, aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak menggamit selera pengunjung, selain Satay Ayam dan Daging, serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata anda.





Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna.Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri.





Masakan India 
Tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak,untuk digandingkan bersama nasi kukus. Dari dapur Barat pula, tunas rasa anda akan dikejutkan dengan keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar, selain sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti, dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara. Kesemua sajian tradisional Melayu, Barat, Timur dan India ini ada di buffet utama di Garden Terrace, termasuk seksyen gerai dan dapur masak segar (live station).








Manisan Dan Pencuci Mulut 

Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama ini. Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.




Selain itu, terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme
Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama Cream Cheese
Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Choco Cream, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Sweet Potato bersama Tam, Caramel Mousse,
G3 Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt
dan Oreo Cheese Cake.



Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya
Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh, serta buah-buahan.
Iftar Sesama Sebenarnya, bukan setakat sajian buffet berbuka puasa, banyak kebaikan lain yang tersirat disebalik Iftar Sesama di BGR, seiring dengan maksud ‘sesama’ itu sendiri iaitu ‘bersama’.


Berkongsi Pahala

Siapa yang mahu menolak apabila selain berbuka puasa dengan sajian enak mereka juga dapat berkongsi pahala, kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). 

Melalui sumbangan tersebut diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu khususnya yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik. Makan seenaknya, elak membazir. Dalam usaha untuk memenuhi janji kami untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai, kami juga bekerja dengan konsep sifar pembaziran.

Untuk itu, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan
menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Bukan itu sahaja, sepanjang Ramadhan ini Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini.

Apa yang pasti, selain pahala dan kebajikan yang diperoleh, dengan nilai wang yang dikeluarkan selera berbuka puasa juga berjaya dipenuhi kerana Iftar Sesama di BGR menjanjikan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian sajian enak dan berkualiti. Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi kami menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur.

Harga untuk tempahan dalam talian 


Website :  https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari RM59.00nett untuk dewasa dan RM29.00nett untuk kanak-kanak.Tempahan online - https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet-ms-rachel/



Info lebih lanjut :
Facebook : Bangi Golf Resort

3 ulasan:

fizafantagirO berkata...

puasa nanti nak g berbuka kat sini!

Mama Kembar Tiga berkata...

Banyak betul hidangan, utk harga tu ok la. Lapaq plak tgk gambaq makanan ptg ptg ni haha

Mimin Adam berkata...

perghhhhhhhhhhh ! makan tak hajakk

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com