Bantuan Sara Hidup 2019 | Permohonan dan Syarat Kelayakan

Assalamualaikum 

Seperti yang kita sedia maklum , kalau dahulu kerajaan telah memperkenalkan BRIM , tapi sekarang telah di tukar kepada BSH , Bantuan Sara Hidup 2019  , alhamdulillah bantuan sebegini masih di teruskan kerana ia sangat membantu pada golongan yang kurang berkemampuan , bagi aku ia memang patut di teruskan kerana tak semua mampu lebih-lebih lagi dalam dunia yang makin mencabar ini 

Sebenarnya BSHR telah di umumkan pada 30 Mei yang lalu oleh Perdana Menteri kita , dan telah di buat pembayaran pada bulan JUN dan OGOS yang lepas , dan penerima yang layak menerima BRIM pada tahun 2018 secara automatik layak menerima Bantuan Sara Hidup , dan untuk tahun 2019 Bantuan Sara Hidup akan bermula pada bulan JAN 2019 

Tapi yang bestnya dari yang terdahulu , ada penambahbaikan dari kerajaan terutama kepada keluarga yang punya ramai anak , iaitu dapat penambahan RM120 untuk setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 4 orang anak . Kalau dulu bagi pendapatan RM2000 ke bawah , hanya akan mendapat RM1200 , jika sesebuah keluarga mempunyai 4 orang anak , mereka akan memperoleh RM1480 :)


Syarat Kelayakan & Kategori Penerima Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH)

Kategori 1 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM2000 ke bawah = Bantuan RM1000 
Kategori 2 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM2001-RM3000 = Bantuan RM750 
Kategori 3 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001 - RM4000 = Bantuan RM500 
Bantuan RM120 - Untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah ( terhad kepada 4 orang) kecuali anak OKU yang tidak di hadkan umur 
Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH2019) akan di buka pada Januari 2019 dan tarikh pembayaran akan di buat selepas Tahun Baru Cina 

Dengan adanya bantuan sebegini dan masih lagi di teruskan , sedikit sebanyak ia banyak membantu keluarga yang tidak berkemampuan walaupun ia tidak lah sebanyak mana tapi sekurangnya banyak beban yang perlu di tanggung oleh sesebuah keluarga selesai 

Yang paling best , adanya penambah baikan untuk bantuan terhadap anak-anak , dan aku percaya kerajaan akan betul-betul menapis dan memberikan bantuan sara hidup ni pada yang benar - benar layak sahaja . 

Bagi korang yang menerima Bantuan Sara Hidup ni , jangan boros dan gunakan lah bantuan ini sebaik mungkin , bantuan anak tu jangan pula di gunakan untuk berjoli , ia boleh di gunakan untuk membeli barangan / alatan anak ke sekolan , pakaian sekolah dan lain-lain lagi , dan boleh juga di gunakan untuk simpanan kecemasan dan pembayaran hutang yang masih belum langsai . 

Oh ye , jangan lupa untuk mengemaskini permohonan kalian juga sekurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun , walaupun permohonan pertama korang pernah gagal , masih lagi boleh membuat rayuan :)

Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online 2019 
  1. Layari portal eBR1M
  2. Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
  3. Sila masukkan No. MyKad
  4. Klik Kemaskini Permohonan
  5. Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera
Apa Yang Perlu di Kemaskini 
  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris
Jangan lupa gunakan bantuan ini sebaik mungkin , ikuti keperluan jangan ikuti kehendak diri , terima kasih buat kerajaan yang sudi meneruskan bantuan sebegini  , untuk maklumat lanjut dan segala info , korang boleh layari  BSH 2019  , jangan lupa kemaskini data kalian 

7 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. bersyukur mana yang dapat kan.. dpt la menampung skit walau tak banyak mana.

    BalasPadam
  2. moga ada rezeki lagi tahun ni huuu boleh topup mana yg perlu huhuu

    BalasPadam
  3. boleh jugok tampung sana sini untuk perbelanjaan family.. hujung hujunh tahun ni lagi lahh

    BalasPadam
  4. Semoga bantuan ini dapat di manfaatkan..

    BalasPadam
  5. thanks sharing qaseh. semoga mereka yang layak dapat manfaatkan bantuan kerajaan ni.

    BalasPadam
  6. boleh jea meringankan beban hidup kalau diuruskan secara baik

    BalasPadam
  7. harap-harap tahun ni dapatla..hehee

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama