Assalamualaikum
Hai mommy and daddy semua , back to parenting topic lah hari ni ~ just nak cerita perkembangan Rayyan .. biasalah bila berada dalam lingkungan ibu bapa ni , ada yang cerita perkembangan anak depa , umur sekian sekian anak dah boleh jalan , umur sekian sekian anak depa dah boleh duduk , dan banyak lagi so aku pun seronok lah dan kutip ilmu-ilmu untuk di praktikkan sedikit sebanyak ..
Bila cerita pasal anak ni , Rayyan dari zaman baby hingga ke sekarang 1 Tahun 9 bulan perkembangan dia always positif , dari meniarap , duduk , berdiri dan berjalan semua mengikut perkembangan yang orang kata normal .. cuma aku sebenarnya tak begitu pasti berapa umur anak yang normal bab percakapan ni ..ada terbaca walaupun anak lambat bercakap tapi perkembangan dia yang lain ok , sebenarnya normal ..
Wan Muhammad Rayyan , 1 Tahun 9 Bulan ~ |
So bila aku buat research perkembangan anak dalam percakapan normal adalah dalam umur 2-3 tahun .. sebab perkembangan anak kita ni lain-lain , kalau anak depa cepat dan anak kita sedikit lambat tak semestinya ia tidak normal ye ibu-ibu so dont worry melainkan sememangnya umur anak dah begitu matang tapi perkembangan dia macam baby lagi ..
Bab percakapan Rayyan , alhamdulillah nak masuk umur dua tahun ni , perkataan yang dia sebut makin improve .. maksudnya sebelum-sebelum ni dia just tunjuk-tunjuk je tapi aku perasan banyak benda dah dia boleh sebut macam fish , crocodile , lizard , ball , kuku , pipi ,ubat , susu , baju , seluar , air , pampers , abah , umi , boboboi , aliff , baa , taa , car , banana , cat , bye2 , dan xingat dah apa lagi agak banyak jugak sbnrnya dan siap nak nyanyi lagu'' baby shark doo doo'' , dan lagu'' i am me muah muah muah'' ! tapi harus lah ada pelatnya haha cuma part nak gabung ayat tu belum lagi .. eh ada dia sebut ''susu nak susu '' dan ''nak air'' wow Umi kagum jap.
Cuma kalau aku suruh-suruh dia sebut or ajar dia cakap sekejap je dia akan ikut , sebab dia rasa macam rimas haha , kecik-kecik dah pandai stress yeee .. biasalah mak-mak pun kadang stress jugak bila orang tanya boleh bercakap ke belum , then mula lah fikir anak aku normal or tak ? haha padahal belum umur 2 tahun kot ! gelabah betol
Tak salah pun kita nak rasa adakah anak kita normal atau tak sebab mencegah itu lebih baik dari merawat . Jadi kalau rasa perkembangan anak tu dah tersasar jauh dari perkembangan yang normal boleh la terus kita refer pada doc , amik nasihat pakar .. kalau doc cakap okay pedulikan kata-kata orang :)
So patut kah aku risau lagi ? nope right sebab makin hari makin improve hehe walaupun Rayyan still tak boleh cakap properly , mulut dia kadang tak reti duk diam ada je bunyi cuma dalam bahasa German campur dengan bahasa Melayu .. then aku harap aku bersedia bila Rayyan banyak cakap nanti hahahaha :p gud boy anak Umi ..
Cuma part paling best adalah dia faham apa yang kita cakap , bila ada baju kotor then aku suruh letak dalam bakul laju je dia pergi letak kat dapur , atau ada kertas / sampah , aku suruh buang dalam tong sampah cepat je dia g buang , suruh kejut abah paling comel ..tu pun mood rajin , mood malas datang suruh la apa pun buat derk je .. n then kenal anggota badan dia , contoh mata , hidung , kaki semua not bad ..
Bila anak dah makin dewasa ni takutnya nak hadapi masa akan datang , masa dia masuk sekolah , berjauhan dari aku . yaAllah kuat ke tak .. mesti duk fikir ''camne lah Rayyan kat sekolah hari ni , ada tak orang buli di a, belajar tak dia '' haha yaAllah jauh nya aku fikir .. ! mak - mak kan ! hikhikhik ..
Tips Menggalakan Anak Kecil Bercakap
- Berbual sekerap mungkin dengan anak dalam melakukan aktiviti seharian , macam aku Rayyan selalu kacau kat dapur so apa benda kat tangan cakap je kat dia cth '' Umi nak masak , ni sawi , ni carrot , bla3x kadang dia akan ikut dgn betul , kadang pelat cuma dia dan Allah je paham haha
- Permudahkan pertuturan ketika bercakap , means buat ayat-ayat pendek je sebab sel-sel otak dia tengah berhubung .. tekankan benda-benda asas yang utama
- Bercakap dengan anak dari masa ke semasa , dari ayat pendek ke ayat panjang .. cth : ini ikan , ini ikan besar ..
- Tanya soalan dan suruh anak membuat pilihan .. sambil kita bercakap dia akan proses perkataan dan jugak objek .. cth : Rayyan nak kereta merah atau kereta kuning
- Baca buku cerita , kadang-kadang aku suka baca buku .. then Rayyan nak jugak so aku bagi kat dia sambil aku baca even dia tak faham .. kadang dia acah-acah baca jugak tau haha so tergelak pulak tengok respon dia
Mengenal pasti masalah anak dalam percakapan
- Cara nak kenal pasti tu agak susah sebab setiap anak lain perkembangannya , kadang fikir tsk normal tapi sebenarnya ia hanya sedikit lambat
- Julat normal 2-3 tahun , contohnya 4 tahun still xleh bercakap even perkataan mudah sewajibnya rujuk doc atau pun pakar ..
Hati Berbicara :
Umi always doakan Rayyan sihat sempurna dan jadi anak yang berguna dunia dan akhirat dan juga anak-anak mummy n daddy di luar sana juga , ameen :) berat tanggungjawab ,aku sebagai anak pun kadang cuai , apatah lagi dah jadi Ibu kepada anak .. semoga ibu bapa di luar sana yang sedang di uji kuat dan tabah supaya aku boleh mengambil sedikit kekuatan untuk besarkan anak di zaman yang penuh pancaroba ni ..
Comments
Anak-anak saya bila dah pandai cakap becok susah nak berhenti. Haha.