Dashing Anytime EDT Pocket | Khas Untuk Lelaki Maskulin !
Dashing Anytime EDT | Teringat hadiah hantaran kahwin untuk suami , aku bagi set dashing untuk dia sebab aku suka bauan perfume dari Dashing ni , bau dia keras tapi tak peningkan kepala .. memang boleh bergetar tulang rusuk bila bau perfume Dashing ni hahah , so bagi mengelakkan bergetar tulang rusuk dari lelaki lain eh eh ! baik bagi je suami guna Dashing ni.
Wangian antara benda terpenting bagi lelaki maskulin selain kemas bergaya , tau tak itu pun salah satu hal yang sangat penting untuk menarik perhatian wanita haaa walaupun tak de rupa takpa aih asalkan jangan busuk :p , sebab dengan satu bau je memang akan rosakkan personaliti korang sebagai lelaki maskulin ,
Setiap lelaki mampu bergaya dengan pelbagai fesyen terkini tapi tahukah korang tarikan utama seorang lelaki adalah dari bau , so agak-agak kalau lelaki bau kepam ada ke yang nak dekatkan diri ? heh heh tepuk dada tanya selera tapi bagi aku as a girl memang itu faktor daya penarik yang sangat kuat , lebih-lebih lagi bila lalu depan kita dengan bau semerbak , fuh boleh jatuh cinta beb! haha tu dulu lah waktu bujang-bujang :p
So wahai lelaki di luar sana dah tahu kan tarikan utama pada diri korang ? dengan itu Dashing , produk penjagaan diri lelaki dan juga peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki telah menghasilkan Dashing Anytime Edt , yang best nya packaging dia sangat lah comel dan bersaiz poket sebesar kredit kad , hah ! ada alasan lagi ke wahai lelaki untuk tidak memakai wangian Dashing ni ? khas untuk lelaki-lelaki maskulin semua ~
Dashing Anytime EDT dengan 4 Variasi Unik - COOL , HATTRICK , ACTIVE & ULTIMATE KICK
COOL
Anda seorang yang cool ? wow terus terbayang seorang jejaka berkaca mata hitam (nakai ! ) korang boleh guna wangian ni sebagai daya penarik .. biasa suami aku guna yang ni , haruman "cool'' ni gabungan menawan Bergamot dan Gallbanum di lapisi dengan wangian Amber dan Kasturi sebagai formula asas , rekaan ni memang di ciptakan untuk sisi maskulin yang cool gitu ~ anda cool ? yeahhh memang pilihan yang betul.
HATTRICK
Walaupun aku bukan lelaki , tapi first time bau wangian dari Hattrick ni , aku terjatuh cinta sebab haruman Hattrick ni lembut dan menyegarkan , so aku pun terguna jugak lah haha .. yess bau dia tak sekeras yang lain tapi masih ada sisi maskulin ..so this one memang kemenangan buat jejaka Dashing , haruman Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong seseorang ke arah kemenangan , huh patutlah haruman Hattrick ni betul-betul memenangi hati aku dengan gabungan unik kesegaran epal citrus di adunkan bersama adunan bunga dan calitan amber
ACTIVE
Yang ni sangat sesuai bagi lelaki yang sukakan aktiviti lasak , yang memang hidup dalam aktiviti yang sangat aktif .. bila selalu aktif faham-faham je lah bauan badan sangat penting sebab of course la selalu berpeluh , dan haruman ni memang pilihan yang tepat buat korang .. dengan semarak haruman Fougere yang di gabungkan dengan formula Citrus , Lavender dan Amber aromanya akan membangkitkan sisi aktif anda.
ULTIMATE KICK
Haruman dari Ultimate Kick ni sesuai untuk personaliti jaguh yang ada dalam diri jejaka maskulin , ia akan menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ia berkonsep musim panas yang aktif , menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon , di tingkatkan lagi dengan kesegaran buah pelaga , vanilla , dan suntikan kayuan dan rempah . haa yang ni bau dia paling keras dan kuat ..
Bagi yang berminat korang boleh dapatkan di pasaraya-pasaraya utama dan hyper , dan juga farmasi di seluruh Malaysia dengan harga RM7 setiap satu .. dah lah murah senang nak bawak pergi travel , yang paling best takdelah membebankan handbag gue haha ..
More Info :
Web : www.dashing.com.my
Fb Page : www.facebook.com/Dashing.My
Instagram : www.instagram.com/Dashing_My
Comments