Kopi Organik The Koppi | Inilah Rupanya Rasa Kopi Sebenar

Hello coffee lover , are you sure u are coffee lover ? 
Ramai sebenarnya peminat kopi kan , aku pun turut sama men 'kategori' kan diri aku ''coffee lover'' , lagi pekat kopi , lagi hitam warna kopi , itu lah kopi sebenar bagi aku ~ eh yakin ke kopi sebenar berdasarkan warna yang pekat ?Jika warna kopi tak hitam dan pekat maknanya itu bukan kopi yang sedap ke ? Haaa bila aku mengenali ''The Koppi'' ni berbeza betul dengan nilaian aku sebelum ni tapi ye lah kan setiap orang mungkin berbeza citarasa kita , tapi kali ni aku pulak nak share apa yang aku tahu melalui The Koppi ni  , seriously apa yang aku fikir selama ni adalah salah ..

Secara ringkasnya The Koppi ni  adalah kopi organik , bila sebut tentang organik ni memang non toxic , sekarang ni macam-macam penyakit timbul dan penyakit tu semua sebenarnya datang dari pemakanan yang kita ambil jugak kan ? walaupun bahan-bahan kimia yang ada dalam makanan kita tu tak nampak tapi sebenanrya ia bawa kesan negatif pada badan kita dalam tak sedar .. scary ! mohon rasa sayang dengan tubuh badan kita sendiri ok ! 

Bila parcel The Koppi sampai je di rumah , aku sebenarnya sangat teruja ~ sebab pertama kali aku akan cuba kopi organik , orang yang sukakan kopi mesti akan beri harapan yang tinggi tau , so aku fikir sedap sangat ke The Koppi ni hingga tak pandang yang lain ? 

Jadi aku tak ambil masa yang lama untuk simpan kopi ni , terus buat sebab nak rasa apakah sebenarnya rasa kopi organik , fresh dari ladang gitu ! Jadi di suatu hari yang hening , aku pun bancuh secawan kopi dengan air panas , masukkan gula kemudian kacau (aku lebih suka aroma kopi o)  , ting ting ting bunyi sudu berlaga dengan cawan bila di kacau , aroma kopi terus menusuk ke dalam lubang hidung ..omg wanginya kopi ni .. terus hidu ambil bau sesaat dua sambil pejam kan mata .. fuh dah macam iklan tv hahah 


Aku hanya guna sesudu kopi , bila tengok warna kopi ni agak kecewa kenapa warna dia tak hitam pekat macam selalu .. hurmm tapi aroma bau dia sangat kuat , kemudian teringat pesan En Gee .. warna pekat hitam kopi sebenarnya sebab bahan campuran lain seperti gandum , marjerin , garam , dan lain-lain lah .. macam terbentuk di mulut aku huruf Oooooooooo , baru ku tahu kenapa kopi-kopi di pasaran pekat hitam dan kandungan kopi yang ada hanya 50% manakala The Koppi adalah 100% kopi.

Tentang rasa , wah terus senyum sebab rasa kopi ni tak mengecewakan .. bila dah sebati dengan rasa kopi sebelum-sebelum memang ada kelainan bila minum kopi organik , haa macamana nak cakap ek , jap fikir haha ,bagi aku kopi organik ni lain kesedapan rasanya , memang berbeza , kalau buat pahit memamng terasa betul pahit kopi macam gigit buah tu haa sebab tu guna sikit pun dah ok , kalau terlebih memang akan rasa pahit lah , and then dalam hati berbicara begini rasanya kopi sebenar , kopi organik ~ korang memang patut cuba kalau nak rasa kopi sebenar. The Koppi ni sangat sesuai untuk di buat Latte dan Mocha.

Kelebihan The Koppi

  • Dihasilkan secara eklusif serta organik
  • Dipetik segar satu persatu dengan tangan 
  • Keluaran yang terhad setiap batch 
  • Kualiti sentuhan tersendiri atau artisan 
  • Handroasted atau di panggang sendiri 
  • Rasa yang unik, betul-betul rasa kopi yang sebenar 
  • Bebas bahan kimia dan bahan tambahan seperti marjerin , gula , garam , bijan , gandum , arang dan tempurung kelapa
  • Rendah kandungan kafein , tidak menyebabkan sakit perut , sakit kepala , migrain , mual , lesu badan atau yang alah kafein
  • Bebas bau kopi dalam urine , ia di proses sendiri bukan OEM
  • Menjadi milkbooster ibu-ibu dan banyak lagi kelebihan The Koppi ni 
Bagaimana Proses The Koppi Di Lakukan ?

Kalau sesiapa yang belum tahu , ini lah pokok kopi ye anak-anak .. kebun kopi The Koppi ni terletak di perak yang mengamalkan perladangan sihat , bebas penggunaan sebarang racun dan bahan kimia , caranya kulit buah kopi di kopek dan di recycle balik kemudian di tabur pada pangkal pokok kopi agar ia di kompos menjadi baja , The Koppi juga menggunakan baja yang di buat sendiri dengan menggunakan kacang soya , gula merah dan sejenis garam kemudian di peram selama 2 minggu 
Ni lah buah kopi , qaseh pun baru kenal buah kopi macamni rupanya , ingat kan terus keluar biji-biji yang keras tu hahah .. The Koppi menggunakan dua jenis baka kopi iaitu Robusta dan Liberica
Dan ini lah bunga kopi , eh macam bunga yang wangi tu kan , bunga kemboja tak silap hihi ..
Bagaimana kopi di hasilkan :

  1. Mula-mula wajiblah memetik buah-buah kopi dahulu untuk proses pengasingan kulit 
  2. Buah - buah kopi ni akan di pecahkan dengan menggunakan mesin Pulper 
  3. ''Fermentation Process'' apakah itu ? haa selepas buah kopi selesai di pecahkan dan diasingkan kulit dan buah , ini adalah proses merendamkan biji kopi yang telah di kopek kulitnya dan ia mengambil masa 3 hari bagi betul hilang selaput yang rasanya manis tu , dan air selalu akan di tukar.
  4. Bila dah selesai proses fermentation , biji kopi akan di keringkan , kaedah pengeringan yang paling cepat di lakukan dengan menjemur biji kopi di dalam bekas aluminium atau talam besi dan mengambil masa dalam 4-7 hari pula .. fuhh rumit jugak yee 
  5. Dalam gambar boleh di lihat biji kopi yang sudah bersih di rendam 
  6. Gambar dalam no 6 adalah biji kopi yang dah benar-benar kering.
  7. Seterusnya , biji kopi yang dah betul - betul kering di tumbuk sebab masih ada tempurung , so bila tempurung dah pecah kena asingkan pulak tempurung tu dengan cara manual .. wehh agak leceh jugak rupanya .. huhu 
  8. Bila dah selesai di asingkan , biji kopi tersebut akan di panggang dengan mesin khas .. cara memanggang adalah menggunakan pemanggang yang mempunyai fungsi angin panas / hot blower , alah macam guna hair dryer tu .. bukannya di panggang atas api tau , selesai di panggang , biji kopi akan di simpan selama 3 hari untuk mendapatkan aroma kopi (proses Degasses ) kiranya bagi minyak-minyak kopi keluar , selepas itu baru lah ianya di kisar halus ~
Proses Degassess atau merehatkan biji kopi setelah di panggang

The Koppi memang sangat halus tekstur nya sebab itu bila nak buat air kopi The Koppi ni kena menggunakan penapis kain atau pun kertas supaya serbuk-serbuk tu tak bercampur
 Tekstur The Koppi yang sangat halus 

Hari-hari minum kopi organik tak perlu dah nak risau sebab bahan kandungan memang bebas dari bahan kimia ~ sedap pun sedap ! makan dengan cekodok memang favourite aku .. tambah-tambah bila selalu menulis di tengah malam memang wajib ada peneman air untuk perah segala idea .. now The Koppi peneman setia qasehdalia.com di kala bekerja .. tq The Koppi :) 

More Info : 
Kalau korang nak tahu The Koppi memang mendapat permintaan tinggi sebab tak ramai yang mengusahakan kopi organik , walaupun The Koppi masih lagi baru tapi The Koppi pernah bersiaran dalam TV Al-Hijrah , dan juga Sinar Harian .. dan terbaru The Koppi akan berkolaborasi dengan Chef Adu untuk The Canteen , terbaik En Gee semoga terus maju jaya .. nak tahu lebih info lagi tentang The Koppi bole layari info kat bawah k ! memang tak rugi minum The Koppi sebagai minuman harian di rumah :) i love it ! 




17 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Harga kopi organik termurah di pasaran ni. Sedap pula tu

    BalasPadam
  2. Harga kopi organik termurah di pasaran ni. Sedap pula tu

    BalasPadam
  3. K.Sal pun dah jd antu kopi...sedap giler bau kopi...I likeeee

    BalasPadam
  4. bagus ni, lepas lunch mesti mata kuyu. kena grab rhe koppi ni

    BalasPadam
  5. Terbaik. mesti kena cuba ni - sebab dia organik , tak ada campuran bahan2 kimia lain

    BalasPadam
  6. Sedapnya koppi...masa tak tenang minum lega urat saraf

    BalasPadam
  7. memang terbaik kopi ni. sedap pun sedap!

    BalasPadam
  8. Bestnya kopi organik, rasa dia lagi sedap. Akak kalau beli untuk husband mesti akan beli kopi yang orang proses sendiri tu.

    BalasPadam
  9. kena cuba ni. mama dah le penggemar kopi

    BalasPadam
  10. Terus rasa tak sabar nak sampai rumah sebab nak kopi the koppi.. hahahaha

    BalasPadam
  11. Teringat kopi luwak yang kat Indon tu huhuhu

    BalasPadam
  12. feveret kopii.,. kalau minum mesti tenang je. hehe

    BalasPadam
  13. Bestnya dapat layan kopi memalam sebelum tdo.. akak pon suka gak mnum kopi..

    BalasPadam
  14. Bestnyanya kalau bancuh, sambil menikmati movie di rumah...hihi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama