Pigeon Newborn Pure Review | Rayyan ! jom mandi ! begitulah rutin hari-hari bila ajak Rayyan mandi haha tapi alhamdulillah bab-bab mandi , main air ni sekarang laju je dia .. tak macam dulu , selalu nak mandi dengan air panas .. sekarang bila dah makin membesar ni makin bijak dan banyak akai ..
Bila ada baby ni selain dari keperluan dia yang lain , tentu pening kan nak pilih losyen dan mandian yang tak membuatkan kulit bayi sensitif , nak kulit bayi kita lembut dan wangi je .. begitulah kalau dah ada anak kan semua benda kena ambil tahu .. so hari ni aku nak kongsi produk pilihan untuk penjagaan Rayyan .
Walaupun Rayyan dah setahun lebih tapi masih dalam kategori bayi kan haha , because he always my baby ! so kalau korang pening nak pilih yang mana satu best , aku cadangkan guna lah Pigeon Newborn Pure ni , banyak kelebihan nya tau .. dah lah wangi , kadang-kadang aku pulak terguna .. hihi ampunkan Umi ! eh tapi tak salah sebab boleh di gunakan seisi keluarga
Tq Motherhood , by the way first time guna barang penjagaan bayi dari product Pigeon ni , dan sememangnya produk yang di kenali ramai kerana di kaji dengan formula yang terbaik dan di buat di Jepun.
Jadi , aku pun guna jugak untuk menguji sejauh mana bestnya produk ni , mana tahu kan kulit jadi sensitif atau pun tak , dua produk ni adalah yang terbaru dari Pigeon tau , selain dari Moistuoruzing Lotion dan Puryfing Wash yang aku terima ni ada lagi dua produk jika nak beli satu set iaitu Calming Oil , Protective Cream dan Naurishing Syampoo
Tekstur Moisturizing Lotion ni tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit
Kelebihan Pigeon Newborn Pure
- Di buat di JEPUN
- Di uji secara dermatologi untuk memastikan penggunaan yang selamat pada kulit bayi
- Mengandungi dua lapisan Natulayer yang mengekalkan perlindungan lapisan perlindungan lemak kulit dengan memastikan tahap PH yang seimbang
- Bebas dari Paraben , Formaldehid , Alkohol dan mana-mana bahan yang boleh membuatkan kerengsaan kulit
- Mengandungi bahan seperti Virnex dan Cerimede
Rayyan suka la dia kalau orang sapu-sapu losyen sambil urut-urut kaki ..
Body wash pulak tekstur dia buih yang sedikit dan sangat wangi .. bau dia pun melekat kat badan so rasa segar je , bayi pun dapat kesegaran dan keselesaan tanpa sebarang masalah ..
Bila dah di uji pada kulit sendiri dan juga Rayyan , alhamdulillah produk ni memang best dan bagus untuk di kongsi kepada ibu-ibu di luar sana yang tercari-cari produk penjagaan bayi yang terbaik .. haaa aku cadangkan kalau nak beli better beli satu set terus so tak payah nak susah-susah beli asing-asing .. produk Pigeon memang best bagi aku .. kulit pun sentiasa lembab dan tak kering .. wangi macam baby dah jugak Umi Rayyan haha
Mana nak dapatkan produk Pigeon ni ? korang boleh layari :
web : www.motherhood.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/PigeonMY/
Comments
Janji Kita