Mary Cohr Facial | Catio Vital Youth Lifting Treatment With Device

Mary Cohr Facial Treatment , Catio Vital Youth Lifting | Hai semua , agak lama sebenarnya qaseh  tidak memanjakan kulit , lebih-lebih lagi kulit muka yang selalu di salut dengan pelbagai barangan makeup , huh ! kalau lah kulit muka ni boleh bercakap , mungkin dah lama ia menangis tersedu sedan inginkan perhatian dan belaian yang bebas dari segala bendasing .. haaa gitu ! cuma kita je tak nampak sebab ia nya dari dalaman ..

Sekali sekala penting tau untuk buat facial treatment , bukan apa , umur muda belia remaja tapi tengok muka ~ alamak ! kenapa macam tua sangat huuuu sedey kan .. haha cakap kat diri sendiri okay .. by the way banyak je facial yang boleh repair kulit muka kita , atau pun anti aging , whitening dan banyak lagi lah , so baru-baru ni qaseh mencuba Mary Cohr Catio Vital Youth Lifting Treatment yang mana mampu meremajakan kulit based on beauty goal ..



Peranti ini direka semata-mata untuk digunakan pada kulit yang sihat tanpa luka

Rawatan ni sangat ekslusif , menggunakan mesin yang tak menyakitkan langsung .. dan mesin yang di gunakan selalu di upgrade tau jadi tak perlu risau dengan tahap keberkesanan mesin ni , zaman moden ni semua dah canggih  .. so rawatan yang qaseh cuba ni dapat meningkatkan dan meremajakan kulit dengan merangsang sel-sel kulit .. Cara rawatan ni adalah satu alternatif terbaik yang segera bertindak ke atas tanda-tanda penuaan yang berlaku pada kulit kitaa ... haaa ngerti tak .. meh tengok cara rawatan pulak




Yang pasti semua produk adalah dari Mary Cohr ! 

Thermal Energy With The Heating Mask - 7 minutes 
meningkatkan aktiviti selular dengan meresap tenaga. "Kesan sauna" Mask Pemanas menghapuskan sebum berlebihan dan toksin daripada kulit
First step , macam biasa sebelum buat apa-apa treatment , kulit wajah perlu di bersihkan dari segala mekap , so muka qaseh di cuci sebersihnya di bahagian mata , muka dan juga leher .. selepas pembersihan ahli terapi apply kan toner di wajah supaya wajah sentiasa segar .. toner ni bagus untuk mempercepatkan proses penyerapan untuk step seterusnya .. lepas tu muka qaseh di sapu dengan ''Vital Essences"




Kemudian ahli terapi menggunakan Deep Cleansing Gel mengikut kesesuaian kulit qaseh , kemudian di letakkan mask kain net  dan di teruskan dengan proses Thermal Energy with the Heating Mask selama 7 minit .. ahli terapi boleh selaraskan haba panas tu mengikut keselesaan pelanggan .. 




Apa rasa bila pakai heating mask ni ? rasa dia macam kena haba panas yang sederhana , langsung tak menyakitkan dan rasa lebih relax .. so tunggu selama 7 minit untuk proses seterusnya ..

Bila dah siap , ahli terapi buang gel berlebihan dan bilas wajah muka qaseh lepas tu apply lotion dan keringkan 

Molecular Energy With Dynamic Ionisation
Dynamic Pengionan meningkatkan pergolakan molekul, membolehkan penembusan yang lebih baik dan keberkesanan optimum kepada bahan-bahan aktif (positif dan negatif) yang terkandung dalam Gel Serum
Step seterusnya adalah menggunakan alat elektrod yang ada di mesin Catio Vital , sebelum tu wajah qaseh di sapu dengan Eye Serum Gel di bahagian mata , Serum Gel di muka dan leher untuk mencapai matlamat kecantikan dari pelanggan .. 




Buruk naw muka cheq ahahaha abaikan , tapi best je buat benda ni uols .. takde rasa apa pun , so gel-gel yang telah di sapu tadi di urut dengan lembut dengan menggunakan alat elektrod macam dalam gambar ni ha .. ketinggian ion boleh di laraskan mengikut keselesaan kita .. proses ni just ambil masa selama 10 minit sahaja. Lepas 10 minit , terapi akan buang lebihan gel yang ada di wajah , bilas dan keringkan untuk last step 

Massage with Essential Oil 
Minyak Essential memberikan ketenagan dan meingkatkan kcantikan kulit hingga ke dalam kulit
Last but not least , wajah qaseh di urut dengan menggunakan New Youth Eye Counter di bahagian kawasan mata , dan di urut dengan Minyak Pati di bahagian muka .. fuh fresh sangat dan menyegarkan dengan aroma minyak pati ni .. 






 Last step , qaseh di pakaikan dengan face mask selama 10 minit , lepas tu di cuci dan di apply kan pelembab dan juga sunblock .. dan siap ! facial treatment ni mengambil masa satu jam ..

My Result 


Akhirnya siap facial qaseh yeahhh , sebenarnya pertama kali qaseh berfacial menggunakan mesin elektrod ni , dan baru tahu kewujudan mesin / peranti ni .. dan my personal review untuk facial treatment kali ni sangat memuaskan hati bila mana wajah qaseh lebih segar , lembut , lebih berseri dan rasa makin muda pulak ahaks .. semasa treatment di jalankan , produk-produk yang di gunakan adalah seratus peratus dari produk Mary Cohr ! Best sangat produk-produk ni .. 




Tq Mary Cohr ! 

Adress : Level 5M | Luxor Tech Centre | No.1A, Jalan Teknologi ¾
Taman Sains Selangor 1 | Kota Damansara PJU5|
47810 Petaling Jaya, Selangor
T: +603-76812288 (ext 608)

8 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Seronoknya dpt manja2kan diri mcm ni

    BalasPadam
  2. Besnya qaseh.. rekemen akak juga pls.. hehe

    BalasPadam
  3. mcm nak buat kuih dah . hahaha. best giler nampak qaseh buat treatment nih

    BalasPadam
  4. Syoknya dapat buat facial, akak tak pernah pun pi facial. Hehehee!

    BalasPadam
  5. wah biasa facial pakai tangan jek . hik hik.. peralatan tu ada la tpi biasa kuarkan wap atas muka. eh berapa jam ni ?

    BalasPadam
  6. Teruja gak nak try..skali skala muka pun kena manjakan..makin flawless la Qaseh....

    BalasPadam
  7. Kena urut muka tu paling best...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama