Haigeng Park | Tempat Menarik di Kunming China

Suka sangat gambar ni di Haigeng Park , credit to Raihan one of freelance from GayaTravel

Masih lagi di hari ke lima , selesai melawat Western Hills kami dibawa ke Haigeng Park di kawasan Tasik Dianchi , apa yang menarik kat sini ? haaa kat sini ada suka dan duka nya jugak .. memori suka tu bila dapat lihat banyak burung-burung hijrah di langit biru .. waaaaa banyak gila burung kat sini .. ! jakun jap sebab tak pernah tengok hahah 

Apa aktiviti yang korang boleh buat kat sini ? korang boleh bagi makanan kat burung-burung kat sini tau sebab depa ni pantang nampak makanan terus meluru laju , tapi jangan takut diorang tak gigit jari k tu pun kalau tak gigit lah haha , kalau tergigit pun sikit je .. makanan burung yang korang boleh beli adalah roti .. selain tu korang boleh sewa basikal juga .. tengoklah ramai gila orang kat sini .. 





Tapi kan ada jugak lah memori duka kat sini haha grrrr kita bagi makan kat dia , tapi dia bagi tahi pulak ! nasib baik tahi tu terkena kasut aku je , kalau kena tudung or baju lagi murung ! tapi bila naik bas baru perasan aku pun terkena juga .. sebelum tu asyik gelakkan orang haha lebih-lebih lagi si Rehey ~ dia kata ada air masuk dalam mulut dia .. kah kah kah ! sangka baik je la tu air tasik sebab burung ni pun duk berenang dalam tasik tu haaa ..

Walaupun tu memori yang paling tak boleh lupa kat sini , bila ingat-ingat balik sebenarnya itu adalah memori kelakar .. sekurangnya ada benda yang bila kita kenang balik , kita akan tersenyum sendiri kan ! hihihi ..






Tak puas rasanya bergambar kat sini , dan sebenarnya dah beribu keping gambar yang ada hehehe ~ biasalah kan datang jauh-jauh haruslah gambar hingga berjuta .. selesai semua aktiviti kami masuk kampung pulak ! dan kampung tu tempat terakhir kami lawat untuk hari ke lima di Kunming China .. arghhh sekejap je waktu berlalu ! 
TIPS
How to Get There?
From the railway station, you can take No.24 or No.44 bus.
Ticket Price:
8 RMB
Opening Hours:
8:30-17:30

2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. haha..kesian kena jugak taik burung. biasalah kena bnda mcmtue bila pergi tempat banyak burung ni..anyway, semua gambar Qaseh cantik sangat

    BalasPadam
  2. suka tengok gambar ada burung terbang tu.. cantik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama