Yunnan Nationalities Village | Tempat Menarik di Kunming China

Hari-hari terakhir berada di negara orang , wajib manfaatkan sepenuhnya , sekejap nya 6 hari 5 malam berada di Kunming .. pasti akan rindu dengan suasana , makanan , dan cuaca kat sini . Walaupun cuaca cerah tapi angin yang sejuk-sejuk tu memang best .. fuhhh tempat pun bersih cuma toilet je la takde air dan komunikasi hahah 

Hari terkahir kami di bawa ke tempat yang banyak kampung iaitu Yunnan Nationalities Village .. apa yang menarik kat sini ? kat sini terdapat kampung-kampung etnik , so tempat ni memang besar di pecahkan dengan pelbagai etnik , budaya dan juga agama ..
Sempat ber flying fox kat sini ! yeahh happy me !! 


Kampung-kampung etnik ni semua terletak di pantai timur laut Tasik Dianchi , terdapat 56 etnik di China , 52 daripadanya tinggal di Yunnan .. Antaranya 26 orang mempunyai populasi lebih dari 5000 orang ..





Setiapa kewarganegaraan mempunyai ciri-ciri khas dari segi bahasa , agama , dan cara-cara menghubungkan diri dengan yang lain .. setiap daripada etnik Yunnan akan mempunyai sebuah kampung dan menjadi satu simbol melambangkan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik , teater , muzium dan banyak lagi ,






Bagi yang minat sejarah memang tempat ni akan menjadi tempat terbaik buat korang , dan banyak gila yang korang boleh explore kat sini , dengan segala pameran yang ada .. terdapat juga persembahan tarian , muzik dan juga teater , korang akan terhibur punyalah .. hehe rumah-rumah etnik kat sini pun semua unik-unik , 





Selain tu terdapat aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti majlis mengalu-alukan dengan mengadakan Gajah Putih, kawasan taman tema Dinosaur Island, kawasan konsert untuk nyanyian etnik dan pertunjukan menari, serta pameran gajah Asia Plaza Kesatuan Etnik. 




Klimaks lawatan ke Nationalities Park adalah filem yang ditunjukkan di mata air. "Penduduk kampung" dipilih daripada belia dari negara-negara yang berkaitan untuk bertindak sebagai pemandu dan penghibur bagi pelancong. Tiga perkampungan utama mewakili Dai, Bai dan Yi kebangsaan.







Fuhh ni pun kami tak tawaf semua tempat sebab tak cukup masa , tempat ni besar gila dengan pelbagai etnik dan kampung , heheh tapi sempat lah pergi dan berflying fox kat sini .. akhirnya kami pulang ke Kunming Hotel untuk merehatkan sikit penat badan .. dan esoknya kami sempat lagi shopping haha , dah lah aku paling lambat shopping nasib baik tak kena tinggal tau .. apa yang boleh korang shopping kat sini .. next entry k ~ 

7 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Pemandangan yang sangat menarik..... memang berbaloi nak ambik gambar...

    BalasPadam
  2. bestnyeeee. nak pegi jugak plishhh

    jmput join n meriahkan segmen GA kt sni jugak

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  3. So nice you went until Yunnan. I yet to have plan to go.

    Racheal

    BalasPadam
  4. Nice place akak. pengen coba kesana juga lah. penat nih kerja terus

    BalasPadam
  5. Omg! This place is so beautiful ~ i have not been to Kunming. Hope to visit real soon

    BalasPadam
  6. wow bestnyaaa..cantik pemandangan kat sana 😍

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama