BLOGGER'S DAY OUT HAVOC DI KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA | KELABBLOGGERBENASHAARI

Assalamualaikum , alhamdulillah 26 April tempoh hari segala yang di rancang KelabBloggerBenAshaari berjalan lancae dengan meriahnya , qaseh pun turut rasa happy tengok kegembiraan di wajah masing-masing , penuh dengan gelak ketawa je , sebabnya lawak betul bila blogger main game , haha rupa-rupanya pandai jugak main game eh ingat kan pandai menaip je , hihihi mestilah pandai , blogger bukan sekadar blogger kan .. so qaseh nak cerita sedikit sebanyak aktiviti2 sepanjang berada di Tasik Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang penuh dengan kemudahan-kemudahan yang orang kata memang terbaik la , tempat pun bersih dan tenang je ..

7.00-8.00 pagi 
Sesi pendaftaran dan sarapan pagi 

8.00-9.00 pagi 
Taklimat dan bacaan doa oleh blogger abg huszaini , dan sedikit taklimat oleh blogger abg lan careno dan selepas itu barulah aktiviti - aktiviti bermula jeng jeng jeng 


SENAM AEROBIK 
sebelum kita lakukan aktiviti berat haruslah panas kan badan dulu , senam aerobik di ketuai oleh blogger Fatin Bella , dan dayang - dayang blogger Boni Kacak dan blogger Encik ST , betapa bestnya senam aerobik hinggakan boni jatuh kat celah-celah pentas tetiba , haha nak buat havoc pun agak2 la boni , jangan sampai sakitkan diri anda sendiri ok 



GOLF 
Aktiviti kedua pula , bermain game orang kaya , tu diaaa nampak senang je main game ni kan , tapi rupanya susah baq ang , kena tonggek punggung sikit opssss , pastu hayun la sekuat hati bagi bola golf tu kena pada sasaran , tapi part main golf ni memang lawak gila la , confident je hayun kayu golf tapi bola tetap di tempat yang sama , haha takpe takpe confident tu kan penting , hahaha ... papepun nasib baik gua tak pukul angin , skurangnya bergerak la jugak bola tu , kuwang-kuwang ..

jangan tertipu ini semua dusta ~ 

ini tak dusta , hebat jugak pukulan gue .. sampai tak beralih mata melihat bola itu pergi entah ke mana ~ 

BADMINTON
Aktiviti ketiga pulak badminton , alahhh game senang camni je pun semua orang boleh main kan , tapi bosan jugak kalau main sungguh-sungguh ni , so game badminton kali ni rare sikit , haaa ni idea sape la ni , tak lain tak bukan idea ahmad maselan eh eh , haha gurau je , idea kepala pengat Ben Ashaari la , so game kali ni hanya menggunakan 1 raket sahaja ye dalam satu team ye anak2 , dan satu team ada 6 orang ... so passing la raket tu sampai terjatuh ke ape ke , asalkan dapat smash bulu tangkis tu haha , enjoy je tengok diorang main sampai tergolek 



GO KART 
Aktiviti seterusnya ialah go kart , ni game yang ditunggu - tunggu oelh blogger sekalian barangkali , qaseh tak main pun sebab takut la plak tetiba walaupun teringin nak main haha , ishh nyesal gue ... papepun memang syok main go kart ni , kalau tak syok takdenya blogger-blogger laki yang kacak lg macho sanggup amek turn bini nak bergo kart lagi sekali , haha dah naik angin kata orang .... terbaikla Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni , macam-macam ado . 




lepas ber go kart semua , tibala masa untuk makan , rehat kan diri dan solat sebentar .. sesi mengenyangkan perut memang thorbaik di BAYOU CAFE yang terdapat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni .. haaa nanti qaseh review tentang cafe ni ok , nah belanja dlu 2 keping gambar di Bayou Cafe ,, makanan memang fulamak sedak sengoti 




PAINTBALL
Aktiviti last selepas mengenyangkan perut  , paintball .. game ni pun memang lasak dan ganas , tapi takdela sakit sangat pun kalau kena tembak , lebam sikit je .. haha gue pernah kena shoot kat kepala ok .. tu yang makin biol sikit hehehe takdela xsakit pun , ermm tak sakit .. :p , 

sedap buah ni , jumpa atas pokok .. 

semua muka gembira sebelum kena tembak , lepas kena tembak sume muka macam ada dendam tersembunyi , jaga-jaga penembak dalam diam , mungkin anda sudah di dendami ... hi hi hi hi hi 

Akhirnya semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah , terbaikla kelabbloggerbenashaari , inshaaAllah satu hari nanti ada lagi aktiviti-aktiviti yang lagi menarik , dan inshaaAllah akan di buka kepada umum supaya lagi meriah , yahooooo ... thanx a lot buat abg Ben Ashaari , Ajk yang terlibat , blogger2 kelabbloggerbenashaari yang sporting dan happening , keep it up ! dan of course buat penaja - penaja terutama orang kuat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya , Cosmoderm ,



nad , orang kuat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya 
lepas ni dia pun akan bukak blog , inshaaALLAH , blog typosampaimati.com haha

thanx a lot buat penaja-penaja kelabbloggerbenashaari , semua penaja hebat-hebat , rasa terharu sangat di bawah kelabbloggerbenashaari 

















Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama