Assalamualaikum


Tempoh hari ada laaa kaksue izza mak tiri ku meng share satu video ni , kalau kaksue yang share mestila pasal masak - masak , jadi di sebabkan video tu comel sangat , try la buat hari ni , sebab bahan dia memang sangat mudah dan simple sgt ..

Bahan - bahannya
Roti sandwich - potong segi empat sama
Sos cili untuk bagi rasa
Daging cincang / sosej
Telur - masak separuh
Cheese
Daun bawang
Cara-cara
Masuk kan roti dalam bekas comel2 tu lepastu bentukkan jadi bunga atau skreatif korang , masukkan daging cincang , masukkan telur separuh masak ke atas daging tu , lepastu tabur cheese , dan last sekali masukkan daun bawang ..


Haaa begini lah rupanya selepas di masukkan semua bahan tadi , tangan xde seni so nampak buruk je khennnsss , haha lantaklaaa ~ lepastu masukkan le dalam oven 150° selama 15 min , tunggu la iaaa masak dan naik dengan berserinyaaaaaaa ..

Tadaaaa beginilah hasilnya , boleh makan dengan sos , or black pepper , semestinya ni breakfast sihat punyeeee .. Amacam omeiii dan nampak sedap kan , yukkkkk try !
Comments