Hidup Berdua ..

Assalamualaikum
Nak try update via blogger droid jap .. ketinggalan zaman betul qoseh ni kan ..

Aku pun tak tahu apa yang aku patut update tapi aku just guna tajuk hidup berdua .. sejak-sejak aku masuk ke fasa 1 dalam hidup, kekadang cemburu tu mula menguasai diri, rindu, sayang tetiba makin kuat tapi tak lupa ujian yang semakin mengekor .. tak pernah hilang .. orang kata bila dah makin ke alam perkahwinan bermacam ujian datang .. kau kena hadap, kau kena tempuh ..

Aku pun tak tahu apa masa depan aku kelak, hidup berdua tu macamana rasa .. apa yang Allah akan hidangkan untuk aku esok-esok .. bahagia tu kadang datang dengan derita, derita pun sama datang dengan bahagia .. kalau tak tahan dengan derita mana nak bahagia .. pening, takut, aku ni lemah jugak .. mudah serabut dengan benda2 yang memberatkan hati .. mulalah air mata panas bergenang ..

Tapi..

Kadang - kadang dengan kehadiran seseorang tu mengingatkan kita kepada apa yang pernah kita kehilangan .. mengingatkan kita pada kekuatan yang kita belajar dari benda lepas .. Allah tu sweet .. akan hadirkan pelangi selepas hujan, cuma kita yang terkadang menarik sendiri nyawa jiwa kita kerana seseorang manusia yang sangat biasa .. ~

Kadang-kadang bila teman memberikan soalan kau pasti dengan apa yang kau pilih . Beku ~ hati sendiri bermonolog .. aku pun tak tahu bagaimana rasa sebenar2nya hidup berdua kelak ..cuma hati aku dah pilih dia .. doakan yg terbaik ..
"Terpulanglah Allah jika kau rasa ia baik untuk aku . Maka buatlah .. perancangan Allah tu lagi baik dr perancangan aku "




4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. selamat hari raya qaseh...lama x jenguk sini....x lama lagi ye nak berdua....tahniah ye

    BalasPadam
  2. dah bau nasi minyak la kat blog ni...ekekekeke

    BalasPadam
  3. selamat hari raya :)

    kita hanye merancang, hy Allah saje mampu tentukan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama