Suka Makan Rojak Kat Sini !

12 ulasan:
Holla ! Assalamualaikum uols ... hurm aku tengah dengar lagu korea apa benda ni , sejak bila playlist lagu aku penuh dengan lagu korea ni ~ duh ! semoga Rayyan membesar bukan dalam persekitaran yang KPOP . Ok back to topic please ~ bila aku terdampar di tempat yang penuh keuntungan ni (Bukit Beruntung) takde apa pun yang menarik kat sini (padahal tak habis explore pun lagi)

Petang-petang bila boring dan saka lapar datang , aku suka makan rojak kat sini . Eh sebenarnya suami aku suka makan rojak ni , dan aku pun terikut sama .. mula-mula rasa macam ermm biasa je sebab waktu tu dah kenyang sangat .. alkisahnya hari tu mencari rojak demi melunaskan rasa mengidam beliau .. bluwerk ! 

Tahukah anda makanan tepi-tepi jalan sebenarnya lagi sedap dari hotel tau ! so bila tercari-cari terjumpa la satu gerai , (bukan gerai alaa yang jual menggunakan van tu ) lebih kurang macam tu lah , pakcik ni nampak dari raut muka macam ala-ala mamak , biasa rojak mamak ni sedap oih .. so apa lagi , try satu kali ! 

Kat sini pun ada cendol , cendol kat sini sama je macam kedai lain tapi bila pekena lepas makan rojak tu , memang tak angkat kepala dah , memang masuk kat alam sendiri . kah ! yang pasti cendol tu habis daku hirup .. untuk pertama kali order , kami order dua pinggan rojak .. almaklumlah nafsu lapar , ingat kan sikit lah kan sepinggan tu tapi mak oih limpah ! kuah merembes-rembes dan harga dia (RM4.50) cendol plak (RM2.00)




Bila rojak depan mata , ayoyoyo siapa mahu habiskan ini dey , alamak haha tapi serius sedap lah rojak kat sini .. kira berbaloi lah dengan harga tu , mee banyak , kuah pun banyak .. Rayyan tolong habiskan k .. haa tapi ni kat area rumah je .. kalau rasa nak try mai lah haha semata nak makan rojak kan , boleh kita mencendol dan merojak sebarang dua .

Rojak sedap ni di tapak pasar malam Bukit Beruntung .. heheh ini lah tempat melepaskan saka lapar sang laki-laki dan bini beliau , lepas tu lepak taman main kejar-kejar dengan anak teruna .. phewww lapar balik ! Ok terima kasih kerana sudi menjamu mata anda .. sila kelik iklan sebarang dua untuk tabung masa depan .. haha 


12 ulasan:

  1. Dapnya rojak tapi alahaiii jauh sgt plak la bkt beruntung tu

    BalasPadam
  2. sedapnya rojak, lama dah takmakan. susah betul nak jumpa haha

    BalasPadam
  3. Rojak mee tak berapa boleh masuk..tp cendol tu aduhai😍

    BalasPadam
  4. My all time favorite, cendol & rojak.. Adoi menarik sungguh rojak itu terasa lapar tetiba.. Lebih2 lagi hujan di luar sekarang..

    BalasPadam
  5. serius nampak sedap kuah rojak tu... (sambil telan air liur).. hehehe

    BalasPadam
  6. Lamanya tak makan rojak. Kalau kuah rojak kena dengan tekak memang boleh licin makan hihihi

    BalasPadam
  7. nampak sedap..tapi saya suka rojak buah
    Janji Kita

    BalasPadam
  8. sedapnya lahaiii.. busyra ingat rojak buah.. rupanya rojak mee ye.. first time tau. hehe

    BalasPadam
  9. Dari restoran kadang tu port tepi lagi menarik . Sempoi !!

    BalasPadam
  10. tak berapa suka makan rojak kecuali rojak buah . ehh mybe sebab ada mee hahaha

    BalasPadam
  11. tetiba teringin lak nk mkn rojak

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com