Terjebak Membida Barang Online di Chilindo

23 ulasan:
Assalamualaikum semua , fuh fuh fuh bila dah terjebak ni memang susah lah nak taubat haha adoha ni jeeb punya pasal lah ! lama dah tak jenguk web Chilindo ni sebenarnya .. then tengok depa seronok duk main bid - bid kat Chilindo tu , try la join bid jugak .. sebenarnya saja je suka-suka tapi kebetulan ada barang yang menarik perhatian ! huh apa lagi bida la sampai menang ~ 

Apa Itu Chilindo ?

Yang masih tak tahu apa itu Chilindo , ia adalah web untuk korang dapatkan barang dengan harga murah .. kiranya bida harga dari RM0 ke  atas  barang tu , kalau nasib baik dapat menang dengan harga murah haa berbaloi lah kat situ .. tapi barang-barang kat sini takde lah yang branded cuma kualiti takdelah teruk sangat .. biasanya aku bida tak lebih dari RM30 hinggit 

Kalau aku menang bid barang tu , aku buat survey dulu kat Lazada or Shopee ~ haha kena bijak beb ! kalau harga kat Lazada lagi mahal dengan harga yang aku bid tu hah boleh lah beli , kalau harga yang aku bid lagi mahal dari web lain memang tak beli pun , biar je duk dalam troli sampai kena tarik balik .. hihihi 



Pengalaman Membida Barang dan Shopping di Chilindo

So hari tu gatal tangan masuk Chilindo so terbida 2 3 ketul barang .. aku bida elektrik lunch box , thermos , pemegang untuk fon sebab susah naw nak ambil gambar bila tiada orang untuk meminta pertolongan , dan satu lagi jam .. by the way aku tersilap bida jam ni oik !  termenang pulak .. so bila dah masuk cart tak oleh pilih barang yang kita menang tu , kena beli semua sekali .. adoha nasib murah je ..


Ini lah dia barang yang aku dapat .. tengok dekat Lazada elektrik box tu dekat Rm40 jugak lah , then aku bid dapat lah belas-belas ringgit macam tu haaa , jam dah kena ambil dengan Rayyan so tak sempat den nak ambil gambar ... grrr ! thermos tu ok sangat berbaloi dengan harga bid Rm10 , memang tahan air panas dua hari .. senang sikit nak buat susu Rayyan bila keluar .. fon holder tu pun rm10 tak silap .. so berbaloi lah aku menang semua barang ni dengan harga murah + postage hanya RM8.00 untuk sekali pos ..

Cara Bayaran di Chilindo 

Cara bayaran di Chlindo mudah je ,

  • korang boleh bayar cash semasa barangan korang tiba 
  • atm 
  • debit card / visa 
Tips Menang Mudah di Chilindo 

Aku pun tak tahu sangat tips yang sebetulnya tapi bagi aku , aku akan bid bila hujung-hujung waktu dan bila pagi je , sebab masa ni tak ramai sangat orang cuma sibuk je staf diorang dan auto bid sakan duk membida harga .. yang pasti kena cepat dan tangkas , jangan lupa baca bismillah ! hihihi gud luck yawwww ~ 



23 ulasan:

  1. Banyak juga barang tu beli.. ada try buka dah bid skali mcm malas plak nak beli.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha , cari barang2 yg betul nak jee

      Padam
  2. Husband kak Nina sama terjebak!
    Ada aje barang dia yamg dia bawak balik- menang bida. Ok laaa murah berbaloi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee kan , beli barang yang berbaloi jee

      Padam
  3. lepas bida dpt win kan..pastu nk byr cm ner..die xtrus msuk dlm troli...nk add cm ner..tlongggg sy..sdh terjebakk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila win mesti akan masuk troli , kalau tak dia xkan masuk troli atau pun cuba tengok dekat lelong yang anda menangi , kalau takde memang tak win lagi tu hehe

      Padam
  4. Hari tu pun IQ ada bid dkat chilindo ni. Kadang bid tu da ok da. Sekali ada nama thai muncul. Staf chilindo bid bagi tinggi sikit. Hahahaa

    BalasPadam
  5. Terbid juga..dpt thermos tu mcm best

    BalasPadam
  6. Baru tahu pasal Chilindo ni. Not bad jugak barangnya ya.

    BalasPadam
  7. bole cancel x brg yg kita menang tu?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh cancel sendiri , kalau nak try call customer service or biar barang tu hilang sendiri ..

      Padam
    2. Berapa lama ye nak kena tunggu utk barang dalam troli tu hilang?

      Padam
  8. tak terjebak lagi dengan chilindo

    BalasPadam
  9. Kalu kita xbayar brg yg kita menang tu xpe ke?

    BalasPadam
  10. brp lame tempoh brg tu kekal selepas kita menang?

    BalasPadam
  11. brp lame tempoh brg tu kekal selepas kita menang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari tu dalam 2 hari jugak , tapi ada brg dalam tempoh 24 jam je

      Padam
  12. adakah barang yang awak terima okay?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli dalam 2x , so far terima barang okay je cuma takdela kualiti mcm brg branded hehe berbaloi dengan harga .. boleh guna dengan baik

      Padam
  13. Masih tak faham lg macam mana nak bid..

    BalasPadam
  14. kalau time cod .kita x bayar mcm mna sbb sy xnk order anak yg tekan..sampai 100 invoice dah dpt plk

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com