yaAllah berikan aku kekuatan .........

Assalamualaikum....

hati tengah terluka , terluka dengan keadaan terluka dengan seseorang .. teringat kata-kata seseorang , bila mana kita di tempat orang , berhati-hati bila berkawan .. jangan letak sampai kat perut ,kawan saje-saje ,jangan terlalu baik ... skang ni hati bersetuju , rindu nye kawan-kawan yang dulu .. yang masih terikat di hati , yang sentiasa menasihati ..yang kata-kata nya penuh sopan , tak pernah maki .. tak pernah biarkan hati ni terasa .. susahkan .... haihh nape pulak teringat kata-kata dia , rindukah ? hanya teringat .... =) 

tapi sekarang aku just ambil sikap diamkan diri , biarlah apa yang dia nak fikir , terserah pada dia , siapa aku untuk menasihati dia kan , dia pun cakap diri pun tak betul , nak nasihat orang.. biarlah  api mana boleh di simbah dengan minyak .. berlembut jalan terbaik .. sebelum ni pun lagi berat ujian bila di fitnah kacau husband orang kan .. hati kena kuat ye syg , Allah sayang hamba2nya yang sabar ... sabar ye sayang ,sabar ye.. tapi air mata sedang menitis .. yaAllah nape sentiasa aku yang kena .. sdgkan aku cuba buat yang terbaik .. =(

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” - susah nak cr kawan mcm korang , 12 tahun dah kte kawan ..


hurmmm ..terasa nak peluk seseorang nak lepaskan segala2nya .. tapi xpe lah , hidup ni bukan untuk bergembira , walau tiada manusia pun di sekeliling janji Allah sentiasa ada .. kuatkan iman untuk bersabar ,biarlah ~ janji jangan tiada Allah bilamana ramai manusia di sekeliling .. jauhkanlah ~ .. pasni aku buat je hal aku .. korang nak mengumpat ke nak mengata ke .. terserah lah .. aku hidup smentara je kat dunia ni , someday tempat sama jugak kita cari ... its ok my dear .. find your own happiness .. =)


hati berbicara :

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. rujukan





7 comments

  1. kamu kuat,sebab tu Allah uji-ayat jed jedi....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum qaseh...semoga diberikan kekuatan hati...;)

    ReplyDelete
  3. kamu mmg seorang y kuat .. nice entry .. serba sdkt memotivasikan sy ..

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing...amek note ciri2 sahabat yg baik ;)

    ReplyDelete
  5. be strong,k.. i am in sad mood too.. about friendship juga.. huhu.. =(

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..