• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Bulan Ramadan semakin tiba, sekejap je masa berlalu kan tapi qaseh eksited untuk bertemu kembali bulan yang mulia ini, selain untuk beribadah, tidak sabar juga untuk berbuka puasa bersama keluarga dan orang tersayang. Disebabkan itu, qaseh ingin kongsikan bahawa Klana Beach Resort Port Dickson kembali lagi dengan Bufet Ramadan 2025 yang menghidangkan pelbagai menu tradisi dari setiap negeri.

Tema Bufet Ramadan Klana Beach Resort PD 2025

Qaseh suka dengan tema yang dibawa tahun ini iaitu “Merentasi Tradisi” , sejauh mana kita belayar pasti kita akan rindu makanan-makanan tradisi melayu lebih-lebih lagi melibatkan semua negeri. Jadi ini peluang terbaik untuk kita cuba makanan tradisi dari setiap negeri yang kita tak pernah cuba. Semestinya semua kena dengan selera dan sedap belaka! Dan pertama kalinya qaseh cuba daging Kibas dan Ambuyat kat sini tau ~

Sebelum qaseh kongsikan menu yang ada di sini, qaseh suka sangat dengan pemandangan pantai, yes! Kalau korang datang berbuka puasa di sini, bolehla menikmati pemandangan pantai juga dan lagi best jika korang menginap disini. Boleh berbuka puasa dan bersahur juga.

Chef-chef berbakat di Klana Beach Resort Port Dickson telah menyediakan menu istimewa yang memenuhi setiap selera dan membawa anda mengembara ke seluruh Malaysia.

Tarikh dan Harga Bufet Ramadan Klana Beach Resort PD 2025

  • Bermula : 3 Mac - 29 Mac 2025 (3 Ramadan - 29 Ramadan , 1446H
  • Masa : 7 Malam  
  • Pembelian awal : RM60.00 
  • Dewasa : RM69.00
  • Kanak-kanak (5-12  tahun) : RM35.00

Nikmati Hidangan Istimewa Kibas Golek dan Hidangan Tradisi Setiap Negeri





Siapa pernah tak makan daging Kibas? Haa unik betul kan.Sebenarnya ini memang pertama kali qaseh cuba daging kibas. Kibas ni kategori kambing berbulu tapi bukannya biri-biri. Unik ya, walaupun spesies kambing ia tak bau hamis macam kambing dan lemak kibas golek ni tak berminyak dan melekat di lelangit, lebih pada crunchy gitu. Fuhhh bagi qaseh ianya sedap juga di makan bersama sos mint dan black pepper. 



Menampilkan hidangan kegemaran ramai dan istimewa, dari Kibas Golek, Sup Kibas, Pasembor, Nasi Lemuni, Laksa Johor, Laksa Kelantan, Gulai Patin Tempoyak, Ambuyat, Mee Kolok dan di samping masakan warisan Negeri Sembilan antaranya Rendang Pucuk Maman, Ikan Keli Masak Lemak Cili Api dan Kepayo Masak Lemak







14 Gerai Tradisi Se-Malaysia | Live Station 

Korang boleh menikmati pelbagai menu dari setiap negeri. Qaseh juga pertama kali merasa Ambuyat, medti korang tahu kan ianya hidangan tradisi nun jauh dari Sabah. Ia dimakan bersama ikan singgang dan sos istimewa serta sayuran. Sangat menarik !













Para tetamu juga boleh menikmati aneka kerabu, ulam-ulaman dan kurma diikuti dengan pelbagai hidangan utama serta 14 gerai pilihan dan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat

Ulam-ulaman dan Kerabu Wajib Ada 


Lagi menambah selera mestilah kena ada ulam-ulaman, sambal belacan, budu, cencaluk dan banyak lagi. Siapa tak boleh makan nasi tanpa ulam haaa jangan risau tau, pilih je nak apa, ikan masin pun ada ye. 








Semua hidangan disediakan menggunakan bahan segar dan berkualiti tinggi, menjanjikan pengalaman berbuka puasa dengan penuh kenikmatan di tepi pantai

4 Putaran Menu yang Menyelerakan


Selain itu juga, ada hidangan lain yang pasti menyelerakan dan ia akan selalu di tukar, bagus kan macam ni so boleh rasa lain-lain hidangan. 





Aneka Jenis Pencuci Mulut dan Pilihan Kurma 

Semestinya bulan puasa tidak sah lah jika tiada pencuci mulut, bubur dan juga kurma. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata untuk memilih, semestinya pencuci mulut yang disediakan sedap dan menggamit kenangan waktu kecil-kecil dahulu. 









Sebenarnya banyak lagi menu menarik yang disediakan, ianya sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Tema dan konsep juga sangat menarik bagi qaseh, kita akan jumpa hidangan-hidangan rare yang sebenarnya susah juga untuk di cari di bulan Ramadan, jika pergi bazar Ramadan sekalipun tidak akan jumpa hidangan dari setiap negeri, betul tak? 

Jadi jangan lupa tempah tau! Untuk tempahan awal lagi berbaloi sebab ada diskaun dan jika korang ingin menginap di Klana Beach Resort Port Dickson, ada pakej menarik yang ditawarkan. Qaseh pun sempat menginap di sini hari tu, paling suka boleh bawa anak-anak mandi di kolam dan turun ke pantai. Sangat tenang dan mendamaikan

Pakej Penginapan Ramadan Bufet Klana Beach Resort PD


Lagi menarik dengan pakej penginapan beserta berbuka puasa, bersahur dan juga ada pakej seminar yang ditawarkan. Harga pun sangat berbaloi dan berpatutan, bolehla bawa keluarga bercuti pakej bufet ramadan di sini










Semua kemudahan cukup lengkap, aircond betul-betul minta maaf cakap memang function teruk, anak-anak boleh layan youtube di tv, dan qaseh jarang tengok hotel memyediakan telekung juga tapi Klana Beach Resort PD ada menyediakan. Swimming pool juga tidak mengecewakan, anak-anak happy ! 


Cara Booking Bufet Ramadan Klana Beach Resort PD 



Siapa yang nak buat tempahan awal, tempahan untuk bufet ramadan atau pakej penginapan boleh contact maklumat yang qaseh sediakan di bawah ya. Jangan tunggu lama-lama nanti melepas peluang ini ! 

Klana Beach Resort Port Dickson
Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia

Untuk tempahan boleh hubungi
06-648 7888 / 016-661 9030 (Alin ) / 016-661 9050 (Mike)/ 016-661 6089 (Ayu)

info@klanabeachresortpd.com.my / sales@klanabeachresortpd.com.my










Jika ditanya apa impian kita semua, pastinya menunaikan haji adalah impian setiap orang muslim.Sebagai rukun islam yang kelima, ibadah haji bukan sahaja untuk mendekatkan diri dengan Allah tetapi juga diberi peluang untuk memperbaharui diri kearah yang lebih baik.Bagi korang yang berpeluang mengerjakan haji dan umrah dan tercari-cari pakej haji untuk 2025, MKM Ticketing Travel & Tours menyediakan pakej haji premium untuk haji 2025 yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan kemudahan anda.

Siapa MKM Ticketing Travel & Tours


MKM Ticketing Travel & Tours adalah sebuah syarikat pelancongan yang berdaftar dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, MKM juga  dilantik sendiri oleh Tabung Haji untuk Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji. Dengan reputasi yang kukuh dan perkhidmatan yang berkualiti, MKM telah menjadi pilihan utama jemaah yang mengutamakan keselesaan dan bimbingan profesional. 

Pilihan Pakej Swasta dan Premium yang Ditawarkan oleh MKM

1. PAKEJ SALAM 

  • Tempoh perjalanan : +/- 40 hari (tertakluk penerbangan carter Tabung Haji)
  • Penginapan :
    1.Di MINA : Khemah Muassasah (Muassim)
    2.Di MEKAH : Rayannah Hotel (+/- 400m dari Dataran Masjidil Haram)
    3.Di MADINAH : Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
  • Pilihan Bilik & Harga: Bermula dari RM54,900

    1.MKM 01: 5 pax sebilik – RM 54,900
    2.MKM 02: 4 pax sebilik – RM 57,900
    3.MKM 03: 3 pax sebilik – RM 60,900
    4.MKM 04: 2 pax sebilik – RM 66,900 

2. PAKEJ SALAM PLUS

  • Tempoh perjalanan : +/- 4o-45 hari (tertakluk penerbangan carter Tabung Haji)
  • Penginapan :
    1.Di AZIZIYA : V12 Al-Arabia Hotel (Bilik Berempat) & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina             +/- 670m)
    2.Di MEKAH : Maysan Al-Masheer (+/- 430m dari Dataran Masjid Al-Haram)
    3.Di MADINAH : Worth Peninsula (+/- 300m dari Dataran Masjid Nabawi)
  • Pilihan Bilik & Harga: Bermula dari RM58,000

    1.MKM 05: 5 pax sebilik – RM 58,000


    2.MKM 06: 4 pax sebilik – RM 62,000


    3.MKM 07: 3 pax sebilik – RM 66,000


    4.MKM 08: 2 pax sebilik – RM 70,000  



3. PAKEJ MENARA JAM

  • Tempoh perjalanan : +/- 40 hari (tertakluk penerbangan carter Tabung Haji)
  • Penginapan :
    1.Di AZIZIYAH : Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400m)
    2.Di MEKAH : Movenpick Hajar (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
    3.Di MADINAH : Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
  • Pilihan Bilik & Harga: Bermula dari RM75,900

    1.MKM 05: 4 pax sebilik – RM 75,900
    2.MKM 06: 3 pax sebilik – RM 84,900
    3.MKM 07: 2 pax sebilik – RM 93,900


4. PAKEJ SAFA

  • Tempoh perjalanan : +/- 20 hari (tertakluk penerbangan carter Tabung Haji)
  • Penginapan :
    1.Di AZIZIYAH : Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400m)
    2.Di MEKAH : Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
    3.Di MADINAH : Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
  • Pilihan Bilik & Harga: Bermula dari RM115,000

    1.MKM 08: 4 pax sebilik – RM 115,000
    2.MKM 09: 3 pax sebilik – RM 125,000
    3.MKM 10: 2 pax sebilik – RM 135,000

5. PAKEJ FIRDAUS

  • Tempoh perjalanan : +/- 18 hari (tertakluk penerbangan carter Tabung Haji)
  • Penginapan :
    1.Di AZIZIYAH : Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400m)
    2.Di MEKAH : Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
    3.Di MADINAH : Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
  • Penerbangan Business Class (tertakluk kepada kelulusan Tabung Haji)
  • Airport Khas ( ketika ketibaan di Saudi)
  • Premium Lounge
  • GMC & Bas VVIP
  • Khemah VIP Mina (PMN)
  • Pilihan Bilik & Harga bermula RM 275,000
    1.MKM 11: 2 pax sebilik – RM 275,000

Kenapa Perlu Memilih Pakej Haji Swasta dari MKM ?

Kenapa Pilih MKM untuk Haji Anda?

  • Pembimbing Berilmu & Berpengalaman: MKM mempunyai pasukan yang berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan haji di Malaysia dan Tanah Suci.

  • Kebajikan Jemaah Dijaga: Kebajikan jemaah menjadi keutamaan, dengan usaha memastikan perjalanan yang tersusun dan lancar.

  • Pengurusan Cekap: Bermula dari pendaftaran hingga keberangkatan dan kepulangan, semuanya diuruskan dengan rapi.

  • Keselesaan Terjamin: Semua pakej menawarkan penginapan berhampiran masjid suci untuk memudahkan ibadah anda.

  • Kemudahan Premium: Nikmati penerbangan kelas premium dan pengangkutan eksklusif sepanjang perjalanan.

  • Bimbingan Pakar: Mutawif berpengalaman akan membantu setiap langkah perjalanan anda.

  • Fleksibiliti Pakej: Pelbagai pilihan pakej sesuai dengan bajet dan keperluan individu.



Tempah Pakej Haji Premium 2025 Anda Sekarang !

Haaa kalau korang dah ada bujet tu, dah pilih pakej yang bersesuaian, jangan lepaskan peluang untuk menunaikan ibadah haji dengan pakej haji premium untuk tahun 2025 dari MKM Ticketing Travel & Tours. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila lawati laman rasmi MKM Ticketing Travel & Tours di 


WEBSITE : https://haji.mkm.my/

· Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.

· +603 7831 6740(Haji / Umrah / Visa)

+603 7831 8740(Ticketing








Assalamualaikum, selamat tahun baru, tahun 2025 buat semua. Sekejap betul masa berlalu, alhamdulillah qaseh masih lagi bernafas dan mampu lagi update blog ni ya, so yaaaa my azam baru mungkin untuk update everything as a diari :p haha doakan iols rajin okie ! Not for everyone, but for myself. 

Terimalah gambar tahun baru ek :p

So far so good, hidup sekarang ada naik ada turun, alhamdulillah masih lagi isteri dan mak kepada 2 orang anak yang makin cuba ‘mendewasakan’ diri dengan segala hal. Letih la gais jadi mak ni haha kadang jadi kucing, kadang jadi singa, boleh jadi naga dalam sekelip mata, tapi tu lah ujian kan, ujian untuk menguji kesabaran dan melatih emosi sendiri

Letih tak bermakna mengeluh, bahagia tetap ada.No worries i masih okay, masih belum gila dan masih maintain muda. Geng 80-an kan awet muda ! Walaupun 3 tahun lagi dah masuk 40-an, seriouslah T_T semoga waktu berjalan perlahan-lahan

Untuk rezeki juga alhamdulillah rezeki sentiasa ada, walaupun makin hari makin ‘berumur’, qaseh masih lagi ‘hidup’ dalam media sosial, mencari rezeki di platform sementara selagi Allah berkehendak. Masih ada rezeki, dan masih lagi memperbaiki diri dalam segala hal.

Untuk tahun-tahun sebelum ni, qaseh sebenarnya dah tak berapa ingat apa benda yang berlaku, biasalah banyak urat putus, tapi tak kisahlah apa pun yang terjadi dalam hidup kita ni, kita kena move on, kena pandang ke depan, kena lepaskan apa benda yang terjadi supaya hati kita tenang. Please jangan hidup terlalu lama dalam masa lalu. 

Hidup ni sebenarnya betul-betul singkat kan, kita rasa macam kita baru je hidup tapi tup-tup dah masuk 30-an tapi rasa diri sendiri ni masih lagi budak-budak and kita pun takkan tahu apa yang terjadi di masa akan datang, now di sini lah kita, di sini lah hidup kita sekarang dan terfikir oh macam ni hidup aku, ni jalan yang Allah dah aturkan untuk aku 

So walau di mana kita berada sekarang, tetaplah jadi manusia yang baik, cukuplah jadi jahat dalam cerita orang lain, cukup menyakiti sesiapapun. So now, qaseh pun nak hidup untuk hari ini dan ke depan dan tak nak ada perasaan ‘kalaulah aku boleh putar kembali masa lalu’ sebab sememangnya kita takkan mampu mengubah masa lalu itu……. 

Dan juga taknak hidup terus menerus dalam perasaan sesal dan menyalahkan diri dengan apa yang pernah terjadi, kerana hidup dalam perasaan sesal itu cukup melelahkan. Semoga Allah ampuni dosa-dosaku, meminta maaf dengan Allah itu senang tapi meminta kemaafan dari manusia itu susah. Bila ianya sudah meninggalkan kesan yang dalam hati, ia tak mampu hilang dengan mudah. Percayalah…

So marilah kita hidup dengan lebih baik untuk hari ini berbanding semalam, hidup dengan lebih tenang dan cari circle yang positif supaya kita juga always positif. InshaAllah :) Jangan lupa kita manusia, insan yang lemah ~ kadang happy kadang sedih, itu normal, doa banyak-banyak supaya sentiasa diberi akal yang waras dan hati yang kuat. 

Selamat tinggal untuk tahun-tahun yang sudah berlalu, selamat datang tahun baru, semoga yang indah-indah sahaja muncul. We can do it !!! 

Tq suami dan anak-anak Umi juga kawan-kawan yang masih selalu ada, semoga semua melepasi waktu-waktu sukar dan menemui hari-hari indah :) Maafkan juga salah silap ku :(







Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates