• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

CRUISE BEYOND YOUR IMAGINATION | CRUISE TASIK PUTRAJAYA salah satu tempat yang menarik di Putrajaya  , kalau datang Putrajaya mesti tertarik dengan tasik-tasik yang ada di sini , pernah lihat cerita TITANIC ? dan berangan jadi watak dalam cerita tu haaa apa kata mencuba pengalaman memukau dan terbaik di Putrajaya , hehe sekali sekala berangan tak salah kan , sambil melihat suasana senja yang melabuhkan tirai dengan angin tasik yang sejuk .. boleh menghilangkan stress tu , asyik kerja je kan ? lagi pun Cruise Tasik Putrajaya menyediakan pakej-pakej yang sangat menarik

Terima kasih buat Sahabat Media dan juga Tourism Malaysia sudi menjemput qaseh untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Cruise di Tasik Putrajaya yang terletak di Jambatan Putra , Presint 1 , Putrajaya , 


Kami berpeluang merasai salah satu pakej yang menarik di antara pakej-pakej yang lain , perghhh terbaik la nak tahu tak pakej apa ? ada nyanyi-nyanyi , ada urut-urut ,ops ! pakej FOOTLOOSE & CRUISE namanya , pakej ni menyediakan hidangan buffet koktel sambil diiringi prsembahan muzik selama setengah jam , harga pulak bagaimana? oh sangat murah hanya RM150 seorg , sambil urutan spa kaki yg disediakan , dan pakej ni hanya setiap malam SABTU , minimum seramai 30 orang 

''FOOTLOOSE & CRUISE''
 




PAKEJ-PAKEJ LAIN  

DINING@DAUN 
 sambil menjamuu sarapan lewat pagi , makan tgahari , minum petang atau makan malam di atas bot , sememangnya korang akan trpukau dengan pemandangan indah di putrajay , biasa nya tengok dalam gambar atau dari jauh je kan , haaa kali ni naik cruise , dgn pakej ni korang boleh juga merancang kejutan utk org trsyg , pakej ni setiap hari dgn jumlah tempahan sekurang2 nya 15 orang 

Harga Pakej Dine @ Daun Putrajaya
Brunch RM120 (adult) RM88 (children)
Lunch  RM130 (adult) RM98 (children)
High Tea  RM120 (adult) RM88 (children)
Dinner  RM130 (adult) RM98 (children)
* adult +RM20 untuk hari Jumaat-Ahad/Public Holiday*

Waktu Operasi Dine @ Daun
10 pagi - 9.30 malam

MOONLIGHT CRUISE 
 dengan pakej ni , korang berpeluang menikmati keajaiban senibina yg di warnai dengan lampu-lampu di waktu malam , cantik kan ? pakej ni hanya setiap hari jumaat dan sabtu pd pukul 8.30 malam dan 9.30 malam sahaja.

Harga Pakej Moonlight Cruise Putrajaya 
Sight Seeing Cruise Boat RM30 (adult) dan RM25 (child)
Perahu Dondang Sayang RM20 (adult) dan RM10 (child).

Waktu Operasi :
Setiap Jumaat - Sabtu 
8.30 malam dan 9.30 malam

LOVE BOAT 

Pakej yang di tunggu-tunggu barangkali , dah berangan ala-ala titanic haaa pakej ni la paling sesuai untuk orang-orang yang romantik macam korang , auchh sweet sangat ! kalau nak tahu Perahu Dondang Sayang pilihan terbaik untuk meraikan suasana romantik sambil menikmati hidangan yang semestinya tak menghampakan ... hurmmm alangkah indahnyaaaa , memang akan bagi kenagan yang terindah dalam hidup , sayang tak cari lain la ,ops ! 
Harga Pakej Love Boat Putrajaya
RM250/jam (Isnin-Khamis) 
 RM350/jam (Jumaat-Ahad).
CRUISE & LEARN 

pengalaman bersiar-siar sambil mempelajari aktiviti berbentuk penerokaan dan ilmiah , ni khas untuk pelajar , jadi pelajar akan di dedahkan dengan sejarah Putrajaya , pakej untuk pelajar sekolah dan universiti menawarkan pelbagai pilihan harga dan skop yang bersesuaian .

Harga Pakej Cruise & Hunt Putrajaya
Bermula dari RM30/pax

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad | 10 pagi - 3.30 pm

CRUISE & HUNT 

yang ini pulak pakej berbentuk ilmiah untuk pelajar sekolah bagi mendalami dan menerokai pelbagai peristiwa menarik di Menara Alaf Baru , dan insentif untuk sekolah juga turut disediakan 

Harga Pakej Cruise & Learn Putrajaya
Bermula dari RM18/pax

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad | 10 pagi - 3.30pm

*terletak di tengah-tengah Putrajaya , di kawasan tasik dgn keluasan 650 hektar 
*menyediakan kemudahan rekreasi atau riadah 
*1 julai , CTP telah rasmi menjadi anak syarikat Perbadanan Putrajaya 
*samaada menaiki bot penumpang atau gondola berbentuk perahu tradisional melayu , bot ini bertolak dari Jeti Putra , Presint 1 utk pelayaran selama 45 min , memuatkan seramai 70 orang 



untuk maklumat lanjut 
Hubungi :

No Fon : 03-88885539
Web : http://www.cruisetasikputrajaya.com/
Email : sales@cruisetasikputrajaya.com


Kisah 100 Gajet Rahsia Doraemon | Viva Home Jalan Loke Yew Cheras , mengimbau balik zaman kanak-kanak qaseh , doraemon adalah salah satu kartun kesukaan qaseh kerana jalan cerita doraemon yang tak pernah membosankan  dengan watak doraemon yang suka menolong , nobita yang selalu dibuli, sizuka gadis yang ayu , giant dan juga suniyo yang merupakan watak pembuli .. pasti korang semua terhibur jugak kan dengan doraemon dan berangan nak dapat kan alat-alat dari poket doraemon , haaa qaseh dah jumpa alat-alat rahsia doraemon ni , jgn jeles ! dan yang pasti bukan budak-budak je yang minat kan ?

teruja sangat bila berkesempatan jumpa dengan doraemon-doraemon , eh banyak pulak doraemon kat sini, mana taknya sebanyak 100 doraemon bersama gajet2 rahsianya terdapat di expo yang di anjurkan oleh Animation International (m) Sdn. Bhd , sempena meraikan 100 tahun sebelum kelahiran Doraemon pada abad ke 22 . 

Maskot doraemon yang tiba-tiba muncul dari mesin masa , eh eh cute kan ? hari tu doraemon letih , tak mampu tunaikan permintaan qaseh yang meminta alat gemukkan badan , hihi ekspo ini di adakan untuk memeriahkan VMY2014 semestinya Tahun Melawat Malaysia yang sudah berakhir 23 mac lepas , ekspo ini di adakan di Dewan Ekspo Viva Home Kuala Lumpur 




an an an to te mo dai suki doraemon ! lagu kegemaran iaitu lagu tema Doraemon yang qaseh ingat sampai sekarang , doraemon2 ni bersama dengan gajet2 nya yang berbeza 

mesin masa yang membawa ke dunia lain , lets go jumpa dinousour ! 

ini antara gajet yang paling popular dalam kartun doraemon , iaitu pintu rahsia 

Selain dari patung - patung doraemon bersama gajet-gajet beliau , terdapat juga watak-watak lain dan juga taman-taman permainan yang terdapat dalam cerita kartun animasi doraemon , jadi , pengunjung berpeluang untuk bergambar dengan mereka dengan kreativiti mereka sendiri , dan yang pasti akan mengingatkan kita tentang watak-watak mereka 


mak dan ayah nobita 

mak suniyo jugak ada di sini , sempat bersalaman dengan beliau hehehe

taman permainan yang selalu mengisi waktu lapang nobita , giant dan juga suniyo

 kaksue bersama sizuka yang peramah 

nobita yang selalu di buli hehe 

Selain dari itu , terdapat juga kedai - kedai cenderamata  yang menjual pelbagai barangan berwatak doraemon seperti beg , bantal , patung , rantai kunci ,pakaian kanak-kanak , lampu dan banyak lagi untuk pengunjung yang datang ke sini .. 


juga terdapat kedai foto untuk pengunjung yang ingin mencipta kenangan di sini 


dah penat berjalan , tiba la masa untuk makan~~~~ haaa kat sini juga ada cafe , yang pasti cafe ni terdapat kuih dorayaki yang doraemon suka sangat tu , cafe ni dinamakan 100 cafe , hohoho jom tengok apa yang qaseh dan kengkawan makan .. sedapppnyeee

coffee dan hot choc yang berbentuk muka doraemon !

taiyaki yang sgt sedap ! sayangnya nak makan kamu ni , macam nak simpan je buat koleksi tapi dalam perut , memang tak cukup satu ! bila makan nak lagi ..

oh ye harga tiket masuk adalah RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak2 .
terima kasih buat santai travel kerana sudi menjemput qaseh , tq jugak buat penganjur , harap di lain kali kita bersua kembali ye doraemon dengan aktiviti yang lebih meriah . ! 

















''MOST DELICIOUS CUISINES FROM PERSIA'' [klik]
''makanan parsi best di ampangwalk''

Persia Restaurant | AmpangWalk | Food Review - Serves authenttic Persian including chelow kebab , khoresht (a stew that is served kookoo , meat and vegetable pies ) , polow (white rice alone or in addition to meat or vegetable and herbs ) salad pastries and drinks 


Semalam punya cerita qaseh dapat jemputan untuk buat food review di Persia Restaurant , di manakah restaurant ala-ala Parsi ni ?? macam tak pernah dengar ?haaa Persia Restaurant ni sebenarnya terletak di AmpangWalk , eh sesekali ubah selera mencuba masakan Parsi pun best jugak kan ? yang pasti nya resipi masakan di sini adalah original iran tehran food , home madE style dan semestinya resipi keluarga . Sebelum tengok gambar2 makanan jom kita tengok dekorasi di Persia Restaurant ni 

walaupun Persia Restaurant ni agak kecik tapi bersih dan suasana tenang dan romantik di tambah dengan dekorasi yang tidak terlalu melampau , menonjolkan keparsian dengan lukisan-lukisan di dinding , dan yang pasti punya staff yang sangat peramah . good job ! 





antara dekorasi yang sempat qaseh tangkap . amacam ? agak best suasana restoren ni kan .jom kita tengok makanan yang terdapat di sini ? apa yang qaseh paling suka kat sini ??



Humos - pembuka selera di Persia Restaurant
RM10

Green Salad + Shirazi Salad - sedap salad ni rasa dia masam-masam sikit dan memang berbeza dengan salad yang biasa kita makan 

 
Kashak Badenjan - rasa dia tak pandai pulak qaseh nak bagitahu , ramuannya ialah dengan menggunakan terung , dicicah dengan roti perghh maveles ! 
RM15 

Barberry Rice Chicken - panjang betul nasi dia ekeke , memang makan sikit pun cepat kenyang , dan isi ayam tu sangat lembut , jangan risau jika takut terpelanting , memang sangat lembut dan sedap 
RM25


inilah menu special yang terdapat di Persia Restaurant ,iaitu  Kebab 
so kat sini banyak jenis kebab yang ada contohnya 
Chicken Kebab - RM25
Minced Kebab - RM27
Soltani Kebab - RM36
Chicken with Extra Lamb Kebab - RM36
Special Kebab (for two person) - RM70

antara banyak - banyak masakan yang tersedap kat sini , qaseh paling suka masakan ini ! tadaaaaa daaaa yaAllah memang sedap kot , daging dia lembut , adunan rempah yang sebati , tak terlalu tawar dan tak terlalu masin ! pendek kata memang cukup rasa .. nak je mintak resipi dengan owner tapi macam takkan jadi je hehehe resipi keluarga , kalau nak tahu , mak kepada owner restoren ni yang masuk dapur , haaaa tu dia patutla sedap , bersama kasih sayang ibu ecececeh ,eh banyak cakap , mana stew kambing nya ?

RM15 je uols ! 
berbaloi makan yang ni 


jus buah yang segar 
colourful of drink make us feel happy and fresh 
jus tembikai , manggo , mint , carrot 

berbanyak terima kasih buat nafiseh yang sudi menjemput kami , review masakan parsi di Persia Restaurant , in shaa Allah akan pergi lagi sebab masakan yang berbaloi untuk di rasai , untuk pengetahuan restaurant ni di buka pada tahun 2002 , first Iranian Restaurant di Malaysia . rugi kalau tak pergi merasai sendiri segala makanan yang terdapat di sini , dan banyak lagi makanan yang perlu di cuba , nak tahu ? datang rasai sendiri okey .. thumbs up ! dan restaurant ni juga pernah masuk ''jalan-jalan cari makan''


                                  




 sudut luar PersiaRestaurant  
semoga terus succes ! 

alamat :

Di buka setiap hari 
masa : 11.30 am - 11.00 pm 
laman web : persiarestaurant[klik]
fanpage facebook : page [klik]


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates