• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum..

'' salah kah aku ''

''aku tak pernah merasa kemewahan , tak pernah tersarung pakaian2 yang mahal di tubuhku, terkadang hati memberontak ! melihat kawan2 yang begitu seronok hidup dalam kemewahan ~ setiap bibir2 mereka menguntum senyuman kepuasan sedangkan aku ~ salah siapa jika aku membuang segala maruahku tuk mndapatkan kemewahan itu agar bibirku menguntum senyuman !salahkah aku ~ '' (bukan luahan hati qaseh ye , jgn slh paham ..)

sebab tu orang selalu kata 'ikut hati binasa' 'ikut hati mati' .. orang mana yang kata? orang minyak kot hehe , tapi betullah ungkapan tu , jika kita tepuk dada tanya selera pasti kita akan mengikut segala selera kita , walaupun selera kita tu kadang2 salah ! sedangkan kalau kita tepuk dada tanya iman , pasti ada sesuatu yang menghalang kita , pasti kita tahu 'ohh aku still ada iman dan lantas berfikir kemewahan hanya akan menghancurkan dan xkan boleh di bawa ke mati ! gila kah aku untuk menggadai maruah aku untuk mndapat kemewahan ? sedangkan maruah aku tidak mungkin dapat di beli dengan kemewahan !lantas kerana iman itu buatkan kita bersyukur ..alhamdulillah ..

tapi salahkah mereka2 yang sanggup melempar maruah untuk mndapat kemewahan ? yup ! walaupun aku tak tahu apa penderitaan yang kamu tanggung , perbuatan tu tetap salah .. bukankah kita masih banyak pilihan , jika benar kita bersungguh untuk mendapat sesuatu yang kita nak .. cuba lah cari jalan yg betul .. for example , belajar bersungguh2 n bina kerjaya .. jangan ambil jalan singkat kerna pasti membinasakan diri sendiri ..

hati berbicara :
semoga Allah melindungi ku ;) 
n always smile walau apa pun ujian yang mendatang .. sebab tu dalam hidup kita ni kadang2 kita memerlukan sahabat yang terbaik untuk membimbing kita ke jalan yang benar .. di saat kita mula tersasar ada yang menyedarkan kita dan membawa kita balik ke pangkal jalan ..
Assalamualaikum...

 
 ghairah merpati dua sejoli memadu kasih ~ perih ! pedih ! rintih ! nikmat ! keluh ! resah ! jadi derita -ambillah-


dari setitis air mengalir menjadi seketul darah . dari seketul darah menjadi segumpal daging merah berdegup jantungnya bernadi bernyawa ! sayang di buat hanya umpama sebutir sampah yang murah ~ ambillah ~ now playing ambillah by ahli fikir .. first dengar lagu ni rasa sangat emosi ..sedih ! geram ! sakit ! pedih .. 

 kerana nikmat nafsu yang baik boleh jadi buruk .. yang beriman boleh jadi jahil ! yang tabah boleh jadi rapuh sekelip mata ..dan dari nikmat itu juga manusia boleh jadi binatang .. di dalam tong2 sampah segumpal daging merah jadi makanan anjing2 liar ..di sungai2 ada nyawa di buang2 ibarat tin2 kosong! dari bangunan segumpal daging merah tercampak2 ibarat telur yg pecah ! nyawa terbang melayang pabila mata mula terbuka melihat dunia .. semut2 mengurung mereka ibarat manis2 gula yang perlu di hisap .. oh hentikan lah nikmat itu dari nyawa2 tidak berdosa terus melayang ! .. yaAllah .. berikanlah keinsafan di hati mereka , berikan lah hidayah dan hukuman yg setimpal atas apa yg mereka lakukan .. ya Allah ..

siapa mamanya siapa papanya siapa yang empunya ~
jangan di tanya siapa papa dan siapa mamanya lagi , dia hanyalah bayi merah ..
hanya bayi merah yg wujud dari rahim seorang wanita 
yang tidak dan belum mengerti apa2 .. ~
bangunlah sayang ~ bangunlah merangkak , bertatih dan berjalan biar apa orang kata ,
biar hati penuh luka , bangunlah dan terus berdiri melihat dunia ,walaupun tanpa sentuhan papa dan mamamu ..bangunlah sayang , kuatkan semangat dan cekalkan hati .. 
biarlah ia yang lalu tinggal sejarah .. bangunlah dan lawan segala derita .. ~
Assalamualaikum.....
menyampah ni ..sekiannn terima kasih ..tamat .. eceh jgn mare naaa .. alkisahnya begini teramat2 menyampah lah jika .....


''di satu sudut ada seorang jejaka tampan , macho bergaya .. senyuman semanis madu , mata redup tajam menikam,sape2 tengok pun kalau tak gila bayang , gila betul2 ..lalu perempuan yang di tenung mula lah berlagak ayu , seayu sang bayu ~ tapi jiwa bergetarrr menikam sukma kerana pnahan mata .. pastu terjadilah ''menjeling2 kubertenang mata kita sama memandang,bercakap bertanya dan bermesra siapa kah namanya '' bertukar senyuman , bertukar juga lah no telefon .. jejaka tu mengusha  perempuan tu sedalam2 yg boleh .. lalu mula lah perempuan syokkk + gila bayang , merenung pokok pisang pun trbayang muka  jejaka tu .. kunun2 jejaka tu pun sama menaruh hati padanya .. tapi tanpa di duga tiba2 ... ''


jejaka : emm sebenarnya awak
gadis : sebenarnya apa awak ..
jejaka : aisyy segan pulak ah saya nak cakap
gadis : alaa gtau lah , saya rasa saya tahu awak nak luahkan hati kan
jejaka : macamana awak tahu , baiklah kita dah lama kenal tapi hari ni saya nak berterus terang dgn awak sebenarnya ..
gadis : sebenarnya2 ..sebenarnya dragon ball ada 7 biji kesemuanya kan
jejaka : eh2 bukan , sebenarnya saya ..
gadis : eh aku tampo jugak jantan ni .. tapi xpe2 relax .. awak ni pernah tengok selipar jepun naik atas muka tak ?
jejaka : jgn lah marah , sebenarnya saya dah lama minat kan kawan awak tu , boleh tak bagi no fon dia?
gadis : haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .. agak2 laki tu kena penampo tak eh ..

agak2 lah wei kalau nak mengorat sekalipun jangan silap perhitungan .. menyampah dgn lelaki camni sebenarnya , xsalah nak mengayat kwan kita tapi jangan lah usha kita mcm nak ayat kita ! tmbah2 lagi berbulan2 lama baru nak tau sbenarnya minat kat kawan ! mestilah perempuan tu kecewa , sebab selama ni dia baik ngan kita ingatkan ikhlas rupa2nya ada udang di celah gigi..bukan kita jeles tapi sebenarnya cara tu tak berapa kena .. sebab kita dah timbulkan rasa yang lain pada seseorg perempuan tu ..so pada lelaki di luar sana , pleaseeeee lah be gentleman ok ..kalau betul nak kenal ngan kawan kita kp terus trg cmni ..
''hai awak ..awak kwn si polan2 kan boleh tak awak kim salam kat dia .an snng mcm tu xde lah prmpuan yg lain nak angau kat  kau .. menyampah2 ... !ada tak laki cenggini yg sdg baca ..kalau ada sila hantuk kepala kat dinding .. nyampah aih ! haha

hati berbicara :

ada masa kita perlukan org tengah untuk mendapatkan apa yg kita nak .. tapi jangan buat org tengah tu jatuh hati pd kita dulu ..baru nak gtau hal sebenarnya .. alih2 yang nak tak dapat yg di kendong berciciran .. waktu tu 'padan muka' je lah den berikan, tu lah lain kali tengok cerita nora elena .. tengok seth tan tu romantik gila babeng ! tiba2 ada perasaan rindu pada seth tan .. oh di manakah dikau di kala ini ku merindui mu .. lalala
 
 biar jiwa ini kadangkala bergulung gelombangnya ,
tidak terduga ombak di pantai hati yang terhempas ,
kamu masih rela menyayangi aku sepenuhnya 
walaupun kau tahu 
aku ..............
terima kasih atas segala2nya ..


hati berbicara :
mood kacau ...

Assalamualaikum ....

'' di saat air mata ku mengalir kau hadiahkan aku dengan ketawa yg panjang ''
 
situasi satu ada hari kematian ..
someone tengah menangis kesedihan .. ada someone tengah gelak katanya lucu ,
(agak2 makan penampar tak kawan yg gelak tu )

situasi dua
someone tengah menangis kerana ada problem yg besar ,susah hati bagai nak mati ! ada pulak mangkuk ayun ni ketawa2 dan bagi kata2 yang menyakitkan ..sedangkan kawan kita ni tengah ada masalah n need pertolongan
(agak2 patut tak kita buang kawan yg ketawa tu dalam laut )

situasi tiga
someone menangis kerana putus cinta dan ex dia sedang ketawa dan gembira dengan girl/boy yang baru ..

situasi empat
someone menangis kesedihan kerana kecewa or apa2 je .. someone ketawa membuat lawak untuk meredakan kesedihan itu ,niat nya untuk menggembirakan hati someone yg bersedih tu ..
(so suwitttt)

kata orang kalau kita tak mampu bagi seseorang tu semangat lebih baik kita berdiam diri daripada kita terus menambah kesedihan di hatinya , time2 kesusahan dan kesedihan baru kita dapat kenal siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan .. kadang2 mereka berkata ''di saat air mata ku mengalir , tiada seorang pun yang sudi menitiskan air mata ku bersama2 .. tapi  dikala air mata ku mengalir mereka menghadiahkan aku ketawa '' apakah ertinya kawan itu , apakah ertinya seseorang itu yang perlu aku puja jika dia hanya mampu memberikan aku kesedihan di kala aku kesedihan .. apakah ertinya sahabat itu jika dia hanya pandai menyakiti hatiku .. ~ lebih baik aku seorang diri mati kesepian ..

so kepada kamu2 di luar sana .. apa yang kamu inginkan dari sebuah persahabatan ? adakah kerana rupanya kamu tertarik , atau kerana ke glamourannya ataupun hartanya or kesederhanaan nya , kebaikannya ! ketulusannya .. jika kita melihat sesuatu itu dengan seikhlas hati pasti kita akan dapat keikhlasan itu kembali , jangan pernah kita berkawan kerana ada ''something'' yang kita mahukan ~ kelak nanti kita tidak akan mengenal apa itu sebuah persahabatan .. 

hati berbicara :
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
jika kita mula bersahabat , bersedialah untuk berkorban ..jika kita mula bermusuhi dengan sahabat , bersedia lah mengalah demi persahabatan itu .. itupun jika kita mahu jadi sahabat yg terbaik =)tq sahabat2 ku yg selama ni menangis dan ketawa bersama2 .. tq so much Allah s.w.t
Assalamualaikum..
 
''aku pernah di hiris , kali ni biar aku sediakan pisau sebelum kau menghiris ku lagi !''

kata org cinta suci cuma sekali dlm seumur hidup,tapi bagi sesetengah org cinta itu ibarat menukar baju dlm almari. sekejap baju tshirt,sekejap baju kemeja , tak suka yang ni ambil yg tu ..korang ada tak kawan2 yang macam ni n korg tahu tak kenapa dia jd macam tu ..maybe jauh di sudut hati dia yg dalam , tersembunyi kelukaan dan sebab kelukaan itu dia mempermainkan cinta ..ataupun cinta itu mencari dia or maybe dia memang seorg playgirl@playboy
 
''aku tak tahu kenapa aku brada dalam dunia cinta bersegi2..bukan aku sengaja mahu melukakan hati2 mereka tapi adakalanya aku takut jika aku terluka lagi .. terkadang aku hanya menghulurkan tangan persahabatan tapi mengapa mereka2 mudah cair lalu mudah mengungkapkan cinta lalu menyatakan aku mempermainkan hati2 mereka .. salahkah aku bila aku cuma ingin berkawan ..begitu senang mereka melabelkan aku sebagai playgirl sedangkan mereka tidak pernah tahu kelukaan yg pernah aku rasai ..!''
tuhan smpai bila kah harus ku bgini,hidup bagai mencari2 arah keluar,mncr cahaya yg tak pernah kunjung datang ~''

bagi qaseh , bila kita pernah terluka kita tak perlu melukakan hati org lain ..yup betul ! kita cuma ingin berkawan tapi adakalanya kemesraan yg kita lemparkan terkadang membuahkan kebahagiaan di hati2 mereka yg kita sdg dampingi ..beribu org kita dampingi lalu kita berikan dia senyuman yang indah ibarat bidadari syurga turun dari khayalan , kita hadirkan segunung kerinduan , kita buahkan kegembiraan dan keindahan lalu tercipta satu kenangan yg susah untuk dilupakan pada mereka2 ~ lalu ada yg menyimpan perasaan ... jika kita sunyi kita boleh berkawan tapi biarlah berpada , ada batasnya agar seseorang yg kita dampingi tidak menaruh perasaan ..dan soal mempermainkan perasaan tidak akan pernah timbul..dari situ tiada yang akan terlanjur mencintai mu 

hati berbicara :

adakalanya kita merasa seronok dengan dunia yg kita ciptakan , kita lempar berjuta ayat manis lalu tinggakan kesan di hati mereka , kesan rindu yg mula berpucuk lalu terpalit senyuman tanpa di sedari di bibir mereka , lalu bermula lah cinta yg mula berputik ..tapi bila kita hanya menyatakan 'kita cuma teman biasa' mereka akan kecewa lalu berkata mengapa kau tergamak mainkan perasaan ..dan kita terpinga2 ,keliru dan  bingung! begitulah cinta ..ia lahir dari sebuah kemesraan , kerinduan , kegembiraan ,keindahan dan kebahagiaan .. awasilah kemesraan kita jika kita tidak serius,dan jgn lukakan hati2 yg tidak penah besalah ...hati itu cuma
sdg mencari cintanya ..
Assalamualaikum ...

cuaca hari ini sungguh panas sekali ye anak2.. dah lah den ni malas nak pegang payung ! macam pompuan je bawak payung ke hulu ke hilir kan3x .. lupa daratan betul tuan blog ni macam lah dia tu laki ! pehh hari ni takmo menjiwai watak .. okeyh2 nak cerita pasal besday yang tertunggak .. huhu .. semalam hencik kyle datang teganu dengan kapal terbang air asia .. pehh kapal terbang tu , mendarat kat stesen bas jerteh tu pun kalau muat lah ..dtg semata2 nak sambut besday ku..so suwiitttt (perasan) so biarlah gambar yang menceritakan segala2nya ...
 
mula2 kita order kfc dulu .. entah lah makan mende main sebat je .. huhuh.. 

kek besday qaseh di taja oleh hencik kyle .. tak tahu lah ape ke jadahnya p tulis atas reben , sebab org kat kedai kek tu kata xboleh nak tulis atas kek .. hurmm layan je lah
 
muka malu2 kambeng nak belah kek *candid*
 
muka ape ntah nak bgtau .. gembira dapat cincin dari hencik kyle..tengok tu bersilau agy hahaha





 tq for everything ..

tq for everything hencik kyle coz sambur besday syg .. ngeee teromantic lah pulak .. tq bagi hadiah cincin emas tu huk2 .. insyaAllah syg akan jaga elok2 hadiah pemberian b .. ehem2 .. malu lah pulak den nak tulis kat sini tapi hentam je lah .. setakat tu je lah dulu ye .. skang kite tengok adiah dari atiq salleh pulak ...

tadi masa qaseh kerja ada posmen datang ..ingatkan bagi surat bos pastu dia tanya alamat rumah qaseh berapa ..pastu qaseh pun gtau lah bla3x ..pastu tanya posmen tu kenapa ? n then dia kata tadi dia p umah qaseh pastu nak bagi surat ni , tapi mak qaseh takmo ambil sebab nama lain .. sebab atiq tulis nama 'qaseh dalia adelia '' mak kata xde nama pelik2 umah ni .. pastu mak suruh posmen tu dtg umah qaseh ,ye pun dtg r ngan moto vrooommmmmmmmmmmmm vrommmmmmmmm .. haha kelakar pulak .. apa2pun tq atiq salleh coz bagi sis adiah ..nak tahu adiahnya ? jom tengok kat bawah hihi

hadiah dari atiq salleh ---------> blog atiq  http://atiqsalleh.blogspot.com
 
gelang tu ye .. abaikan botol air pink + biskut oat tu hehehe
 
stoking bunga2 .. comel sgt abaikan beg hijau tu haha ..

hati berbicara :
tq b syg .. kerana menerima diri ni seadanya n sudi sambut besday =) tq for everything .. insyaAllah cinta mu sentiasa ada di hati ini .. selagi dirimu menyimpan cintaku di hati mu (ayat xleh blah)
atiq syg .. tq bagi adiah dari mekah .. tak dapat p mekah pun dapat hadiah dr sana jadilah =)



Assalamualaikum ...


 
''aku tak percaya lagi dengan apa yang kau beri .. aku terdampar disini tersudut menunggu mati -berhenti berharap ''

awak .. dulu saya terlalu percaya dengan awak .. saya percaya dengan segala2nya yang awak kata .. janji2 awak semua saya pegang , saat itu saya rasa bahagia sangat tapi saya tahu saya silap besar kerana terlalu berharap dengan awak .. saya lupa kepercayaan itu bila2 masa akan hancur .. saya juga lupa yang kita ni hanya manusia .. awak, kalau awak masih ingat lagi betapa saya sangat sayangkan awak ..dan awak pun sayangkan saya .. tapi sekali lagi kepercayaan yg saya beri itu hancur .. saya sedih .. awak , saya minta maaf ..saya dah tak mampu percayakan awak lagi .. awak .. saya minta maaf kerana kepercayaan tu telah hilang dari saya .. awak .. maafkan saya , saya terpaksa pergi dr hidup awak .. selamat tinggal awak =(

luahan dari seorang teman ~ betullah orang kata setiap perhubungan tidak cukup dengan cinta sahaja jika tiada kejujuran , kepercayaan ,kerjasam dan banyak lagi untuk mengukuhkan sesebuah perhubungan .. bahagia bila janji2 bertaburan keluar dari bibir yang manis .. indahnya saat tu walaupun di saat itu cuma janji yang terpateri .. tapi bila kepercayaan yang kita berikan itu di khianati ,alangkah kecewa dan sedih .. kenapa ~ kenapa kepercayaan yang di berikan sewenang2nya di berikan satu titik hitam ..lalu semuanya gelap gelita yang tinggal kini hanya lah harapan yg kian musnah .. terima kasih kerana pernah memberi kepercayaan dan terima kasih kerana telah menghancurkan .. dan maafkan lah jika seseorang itu tidak lagi mempercayai kita kerana kamu telah menghancurkan ~

hati berbicara :
 
''jangan terlalu berharap bunga ini akan senantiasa segar , kerana mungkin nanti ia juga akan layu ''
jika kita bertemu dengan seseorang yg sgt percayakan kita .. kita balas lah kepercayaan itu dengan kejujuran kita ..tidak rugi bila kita jujur , tidak pula rugi bila kita berbuat benda yang baik .. cuma kita akan rasa rugi bila kita sudah mengecewakan hati yg lain .. maybe dia yg merasa kekecewaan itu sedangkan kita gembira tapi kita kena ingat , kekecewaan yg kita berikan itu mungkin akan datang balik kepada kita tanpa sapaan ..saat itu ibarat mata pedang yg tajam menghiris hati yg bila dikelar pasti akan berdarah ~
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates