• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum...

sejak dua menjak ni banyak isu2 panas berlegar2 dalam dunia realiti mahupun maya .. kisah budak umur 14 tahun yang terlalu bangga dengan ketiadaan daranya .. isu artis yang terlalu ego ingin mengakui kebenaran dari kata2 bloggers hingga mengutuk bloggers2 sedangkan bloggers hanya mempertahankan benda yang betul .. qaseh heran dan pelik dengan orang sekarang ..kenapa ego tu sangat tinggi hingga batas2 agama seolah2 dipermainkan ! kita bukan malaikat yang bersayap seribu bukan juga pari2 yang berada dalam cerita2 dongeng yang punyai kuasa magika.. jika hari ni ada yang terlalu mendabik dada menyatakan dia terlalu sempurna ingin ku panah ke dahinya bersama2 nota ''kamu seorg pembohong''

hidup kita sering berputar ..dari atas ke bawah ,dari bawah ke atas .. hati2 lah bila kita membuat sesuatu perkara mahupun bila berbicara ! lebih2 lagi kita seorang retis ataupun orang yang mula naik..jangan sebab kamu tu seorang astis atau apa2 sekalipun ..jangan terlalu mendabik dada ! jangan terlalu angkuh menolak kebenaran .. kamu seorang islam ..kalau kamu islam kamu tahu batas2 islam.. islam tak pernah menghalang kemodenan tapi dalam apa jua keadaan ..batas2 tetap ada ..terkdg sedang kita di uji Allah sdg mengajarkan kita sesuatu , bila kita berada dalam kegelapan ,kita akan tahu betapa berertinya sebatang lilin..bila Allah berikan kita keresahan , kesedihan ..rasa bahagia muncul berjuta2 ..siapa yang mmpu memberi rasa selain Allah ..syukurlah padaNYA kita di beri ujian dan syukurlah padaNYA ramai yang ingin membetulkan kesilapan kita... kepada artis ''gambit saifullah'' tak perlu mengutuk pada yang ingin memberi kebenaran ...

hati berbicara :

maaf jika saya hanyalah budak kecil yang memberikan pandangan dari sudut saya sendiri .. sebab saya melihat kamu sebagai seorang yang tidak pandai berfikir , tidak tahu mematangkan diri sendiri ..silap kamu jika kamu mengutuk bloggers .. silap kamu jika kamu tidak ingin mengakui kebenaran ..silap kamu sebagai hambaNYA yang terlalu ego ..bukan terlalu ego pd diri kamu sendiri tapi ego terhadap agama kamu dan PENCIPTA kita semua .. sedarlah .. tengok balik video kamu dan nilaikan sendiri .. berjuta yg menonton ..kamu yg mungkin dapat dosa mereka .. wallahualam..hiburan juga ada batas2NYA...

Assalamualaikum....

mungkin ini catatan dari hati yang merah , jika dikelar ia pasti terluka , jika diguris akan tercalar ,jika ditoreh pasti akan berdarah ..kita semua sama !kita bukan nabi ataupun rasul yang maksum ,kita punya nyawa suatu hari nanti pasti akan mati ..jika dosa di bawa ~ malanglah hidup kita disana..kita hidup tak pernah sunyi dari kekurangan dan kesilapan , setiap perkataan adakalanya memercikkan kesalahan,ampun jika kata2 di blog ini ada yg melukakan hati ..bukan niat utk menghina atau menjatuhkan sesiapa tapi sekadar mahu berkongsi apa jua keadaan mahupun cerita..

korang semua tahu kan ..kita ada permulaan ,dilahirkan di dunia ini dengan tubuh badan dan hati yang suci ..masa tu kita semua jahil ! tak berdaya ! dan sangat lemah kurang segalanya lalu alam seakan berkata ''jika kamu ingin hidup dalam dunia ni kamu harus sabar''.. maksudnya hidup kita semua berbeza2 dengan kadar ujian ! jika berat ujian itu dia akan lebih berkualiti..inilah sunnah kehidupan ! dari situ kita diberikan masa utk mengejar mimpi,jika kita mahu mengejar mimpi yang besar maka kamu perlu berdepan  dengan ujian .."ketika ini jiwa kita di usik,hati kita dalam tekanan , fikiran kita sedang dihentak dan perasaan memberontak '' ini hanya perjalanan utk memperoleh kematangan dan ketabahan dalam hidup dan memakan masa utk mendapatkan hasil ..

kadang2 hidup kita ibarat ''satu medan peperangan'' kita sendiri yang akan memikir untuk ''berhenti'' ''berundur'' lalu tewas atau kita memilih untuk ''bertahan'' ''mara'' dan kita akan menang !!

 hati berbicara :
 dan bicara hati di blog ini terkadang ingin ku akhiri , terkadang aku ingin meletakkan titik pengakhiran  buat selamanya tapi aku ada plihan ''bertahan'' ''mara'' dan menang ! kerana nyawa ini masih belum bercerai dari badan ..mungkin suatu hari nanti ruangan ini pasti diakhirkan untuk memberi laluan pada agenda yang lain ..biar ia ternoktah sendiri dan itu pasti titik pengakhiran buat selama2nya ..'
-warkah cinta berbau syurga-



Assalamualaikum .. monink olz ..qaseh mood berblog ke laut lah g tangkap ikan ..huhuh..

"aku akan tetap mencintai mu sehingga aku mati .. walaupun kamu sudah berkahwin dan mengecapi bahagia..aku tetap akan menanti mu walau beribu tahun .. walaupun diriku sudah dimiliki.. tapi hatiku tetap mencintaimu .. coz tiada siapa mampu menandingi mu dihatiku..aku akan tetap setia ..kerna itu janji yang terlafaz ~"

korang tahu tak gila dalam setia tu apa ? macam orang gila jugak hidup dalam realiti tapi fikiran dan hati masih dalam kenangan lama.. sangkar kenangan lama ~ tak mampu untuk keluar ! dan memegang janji yang terlafaz sedangkan janji itu telah dimungkiri oleh seseorang ... ada someone sangat sayang2kan seseorang tu .. dia merana sedangkan si dia telah bahagia .. tapi dia tetap menunggu seseorang itu walaupun hatinya kini telah diberikan oleh orang lain.. dia sedang berperang dengan perasaan lamanya ... dia sedang memegang kata setianya .. "gila dalam setia'' kesetiaan yang hanya di pegang olehnya bukan oleh orang yg dia sanyangi dan cintai .. mengapa ~ susahkan ingin membuang perasaan cinta itu walaupun hidup merana ? walaupun si dia langsung tiada perasaan padamu lagi ! 

biarpun beribu orang menyatakan dia sedang gila ! gila dalam setia ~ tapi dia tetap berpegang teguh pada kata2nya .. walaupun berjuta tangan menghulur untuk dia bangkit dari sangkar itu ..dia masih duduk termangu dan terus menunggu .. menunggu hingga ajal menjemput ..memang! orang sekeliling menangis melihat penderitaan dia .. lalu mereka bertanya apa yang dapat membuat kan kamu bangkit kembali ? dia menyatakan akau ingin cintaku yang lama.. aku nak kesetiaan ku di balas oleh orang yang aku sdg setia ..hanya itu yang buat kan ku kembali bersinar.. orang sekeliling hanya dapat menangis melihatnya .. dan hanya mampu berdoa ..'ya Allah bangkitkan lah dia dari masa lalu '' aku tak ingin melihat dia menderita atas kegilaan kesetiaan yang dia pegang ! lalu mereka pergi ... sambil berkata ''tidak pernah aku jumpa org yg terlalu hanyut dalam kegilaan cinta''...


 hati berbicara :

'' qaseh percaya ..kadang2 cinta itu menimbulkan satu kekuatan ..satu semangat .. kerna orang yg jahat boleh berubah jadi baik kerana cinta .. tapi cinta juga boleh buat seseorang itu derita ..bila hilang cinta keadaan berubah .. terkadang jadi sasau .. dan bila cinta ilahi telah hilang dari hatinya .. dia akan tetap jadi gila..dan jadi hamba cinta kepada manusia ..''
manusia seringkali menyatakan .. cintai lah Allah itu lebih penting tapi seringkali meninggalkan suruhan2NYA .. cinta kanNYA hanya dimulut xkan mampu membawa apa2 erti dlm keidupan ..jika kita betul2 cintakanNYA ..dalam setiap perkara yg kita ingin lakukan pasti kita akan rasa takut akan kemurkaanNYA ..bukan selepas buat baru kita rasa takut .. 
so kepada org yg sdg hidup dlm 'gila dalam setia' bangkitlah lebih baik kamu mencari 'gila dalam setia' kepada Allah itu lebih menenangkan dan pasti tidak akan sia2.. bangkitlah sayang .. ku ingin melihat kamu bangkit kali ini saja ~
Assalamualaikum.....

"orang yang tidak pandai menguasai mindanya sendiri .. 'fighting' jalan terbaik bagi dia ''

siapa pernah bergaduh ? siapa pernah menang kerana bergaduh ? puas hati bila melihat lawannya di lumuri darah sendiri ~ hahaha adakah rasa diri terlalu hebat bila dapat menang satu2 pergaduhan sedangkan kesakitan di rasai .. badan tercalar ~ mata lebam ! badan sakit .. hati apatah lagi merasa luka .. adakah hanya itu jalan terakhir untuk memenangi hati seseorang ? ataupun adakah itu jalan yang paling hebat untuk meletakkan diri teratas ? atau adakah itu jalan terakhir bagi seseorang yang cetek pemikiran ! orang yg bodoh ! orang yang meletakkan akal di satu sudut yang terkeji ! atau ~ entahlah .. terkadang pelik dengan sikap manusia .. bukankah kita tahu lidah itu lebih tajam dari mata pedang yg gah menikam mangsa2nya ! kenapa tidak menggunakan lidah itu bersama2 akal yang ada untuk menundukkan lawan ! atau pergaduhan itu jalan yang paling baik di minda seseorang ? yessss di minda seseorang yang bodoh ....

kawal lah sikap amarah mu sayang ~ had kan emosi mu agar tak terlepas dalam rasukan syaitan jahanam ! tenangkan hati yang panas walaupun kebenaran berpihak pada kita ... ikatlah tanganmu jika tangan mu sedang menggengam penumbuk yang meronta2 ingin dilepaskan ... tahanlah kakimu dari ingin menerajang lawan walaupun caramu itu untuk menegakkan kebenaran .. marah itu sifat syaitan .. kalau kamu ikut maka syaitan sudah berjaya berada di dalam hatimu .. lihatlah kedasar hati benamkan fikiran di dalam minda .. carilah satu titik untuk menewaskan lawan .. bukan dengan tubuh badan ~ bukan dengan sepak terajang ! bukan dengan kata2 makian sayang ~ bersabarlah ... carilah satu ayat ibarat mata pedang ..biarkan mereka terkesima dengan ayat2 mu itu lalu tunduk menunduk ke bumi ! bukankah itu lebih baik dari merasa kesakitan  tanpa kemenangan ..yes u will win kerana di saat kamu sedang bersabar Allah sedang memberi kan kekuatan ...

hati berbicara :
berhentilah bertindak bodoh di saat kamu tahu kamu sebenarnya punya sesuatu yang hebat 'akal' gunakan dengan sebaiknya jika kamu ingin menang dengan cara yang lebih hebat ...
mungkin menang dalam pergaduhan merasa hebat dikalangan kawan2 yang 'sama kepala' dengan kamu tapi langsung tak hebat di mata Allah ...yakinlah dengan akal kurniaan Allah yang diberikan ..gunalah dengan sebaik2nya ..jangan terlalu mengikut hati dan perasaan ..kerna ''ikut hati binasa''
Assalamualaikum ..
 
"cukup sudah kau lukakan hati ... pergi lah jauh dari hidupku .. kenapa sering kau gores luka dihatiku''

bila kehilangan cinta perit untuk dirasai .. terkadang ingin pergi dari dunia tapi iman yang ada masih mampu memberi harapan untuk kita melangkah .. terkadang kita ingin menjauhi cinta yang telah hilang itu lebih2 lagi orang yang pernah kita cintai ... tapi kini dia bahagia bersama dengan orang lain .. aku doakan kau bahagia tapi kenapa ... kenapa ~ kenapa seringkali memaparkan kebahagiaan mu itu di depan ku .. kenapa perlu menyakitkan hati ku dengan kebahagiaan yang kau rasai sekarang .. sedangkan aku masih hidup dalam kenangan lama .. yup ! bila kesedihan kita perlukan masa untuk merawat hati yang luka tapi jika seseorang yg kita pernah cintai itu menayangkan kebahgiaan nya di depan kita ... sakitnya hati ! luka yang ingin sembuh akan berdarah kembali...

kadang2 bila kita bahagia tapi maybe seseorang masih mengingati kita .. jangan pernah sakitkan hatinya untuk ke dua kali .. cukuplah luka yang dulu kamu gores .. kalau kamu bahagia jauhi lah org yg pernah kamu tinggalkan .. kerna dia cuba merawat hati nya yang masih ada sisa2 cinta buatmu .. tolong lah jangan sakiti hatinya lagi ..jika kita tak mampu bahagiakan dia sprti janji2 kosong yg kamu tabur kan ! sekurang2nya kamu jangan tambah lagi pedih di hatinya dengan menunjuk2 bahagia yg telah kamu kecapi sekarang ! faham !

hati berbicara :
doa orang yang sering terluka jika dia tak mampu lagi berada di hati org yang dia cintai .. hanyalah satu ingin bahagia juga suatu hari nanti .. hanya itu yang dia inginkan ..bahagia susah di cari bila dah berjumpa tak ingin dia melepaskan ..tapi jika bahagia itu terlepas jua pasti meninggalkan kesan yang mendalam dan hanya waktu dapat mengubati hatinya .. tanpa melihat lagi wajah org yg pernah dia cintai .. pergi lah jauh sayang ~ aku ingin mencari bahagia ku sendiri .. pergilah cinta yg pernah ada utkmu .. biar aku merasa tenang tanpa bayang2mu lagi ..
Assalamualaikum ...
hik2 semalam tengok mentor lagik .. mentor akhir , hari tu masa separuh akhir frust menunggeng dapat kat ieqa protege edry ! malam tadi puas hati tengok salma nyanyi dengan penuh bertenaga .. naik meremang bulu roma den ..alaaa mesti ada yang kata puja sangat artis2 akademi al-quran tak tengok .. haih sape kata qaseh tak tengok .. bukan puja sangat tapi sekadar hiburan ~ bukan terlalu fanatik tapi puas hati bila kemenangan tu berpihak pada yang sebetul2 nya layak ...

so juara dimenangi oleh - salma protege erra fazira
kedua - shiha protege sharifah aini
ketiga - eiqa protege edry ...

apa2pun memang dah jangka salma akan menang .. takde sape dapat tanding kelantangan suara salma berbanding protege2 lain ..yeahhhh !so tahniah pada erra dan salma .. dapat 100 ribu tu ~ semoga terus berjaya dalam industri muzik malaysia .. u can go far ! eceh macam juri le pulek ...papepun yang tak tengok semalam .. tengok lah video kat bawah ni ye .. salma jek ! yang lain tengok kat you tube lah yo ~







 
intro mentor ~

lagu first ... listen ~





duet ngan jaclyn victor ...

lagu baru salma ~ 



layankan aja ~ tahniah salma ! love u lah ... hihihi
Assalamualaikum ..


really2 like this song ...sad song ..
btw nama artis ni seakan2 nama qaseh .. hihi nama qaseh sufura ..tapi artis ni safura .. ngeh2 .. ~ layan je lah qaseh takdek idea nak hupdate ...tapi lagu ni bawa makna :)

Sampainya hati mu
Buatku tertunggu-tunggu
Kemana kau sayang
Tidur malam tak menentu
Rindu merindu selama ini
Ku takut kan menjadi kenangan

Aku menangis sayang
Bila kau tiada
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dari mu
Resah hati ku

Jangan menangis sayang
Ku seperti dulu
Rindu ku hanya padamu
Cinta ku hanya untukmu
Buat selamanya

Kalau padi kata padi
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau benci kata benci
Tidak aku nanti terus menanti

Berjanjilah kau sayang
Hanya aku di hati mu
Aku dah berjanji hanya kau di hati

hati berbicara :
 
tapi safura ..sufura ni suka menangis .. ntahlah kenapa ~ hati ni terlalu sensitif .. lemah sangat kalau berdepan dengan peristiwa yang menyayat hati ..boleh saya menangis ..? hanya tangisan dapat meluahkan segala2nya yang terbuku di hati ..kadang2 tangisan tu satu rawatan yg bagus .. selain senyuman .... untuk merawat segala luka dan duka .. walaupun air mata menitis tanpa sebab .. safura ~ ada org pernah memberitahu sufura "banyak sgtkah air mata tu " banyak kepedihan dan kegembiraan ..banyak jugaklah air mata yang akan mengiringi ....hanya tu jawapan yg saya dpt berikan tapi hanya di dalam hati ~
Assalamualaikum.. qaseh xde idea nak hupdate ~ hurmmm entry pasal ni pun jadilah ye .. sorry if tak best !


jika kita semakin di hormati .. jika kita semakin dikenali ada yang memuja ada juga yang mengkritik ~ kita pasti akan terjumpa dengan cacian dan makian ..makin kita lawan makin rancak diorang memaki .. kita cakap apapun tak de gunanya ..kita letaklah hadis2 nabi pun takkan dapat cuci dah otak diorang .. kenapa ? entahlah maybe dalam hatinya dah timbul kebencian pada diri kita .. walau kebaikan apa pun yang kita buat di matanya pasti ada kebencian juga .. so biarkan lah mereka ..jadikan itu satu penghormatan buat kita ..

so apa yang perlu kita buat .. biarkan mereka dengan labu2nya .. walau pun kita menangis air mata darah sekalipun ..mereka tetap terus2terusan mencaci walaupun kita sudah masuk ke liang lahad ! cacian dan makian itu akan berhenti bila mereka sendiri masuk ke liang lahad ..sebab tu kita kena kuat ! tabahkan hati dan jadilah seperti 'batu karang' ..jika kita terusik dengan cacian mereka maknanya kita telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori kehidupan kita ! jadikan lah kritikan yang menyakitkan itu penghormatan pada kita dan yang pasti pahala dapat kita genggam jika kita bersabar :)

hati berbicara :
 
contohi nabi kita .. lebih banyak cacian dan makian di terima tapi nabi kita always bersabar demi menegakkan islam .. dan jangan pulak kita tolak bulat2 apa yang dikritik ..kalau itu terbaik buat kita ! kalau itu untuk memperbaiki diri kita .. menegur kesilapan kita ! jangan sombong dengan diri sendiri walaupun kamu seorang artis or dah berada di puncak  .. kerna kamu juga hamba Allah yang banyak kesilapan .. dan cacian dan makian itu sebaiknya jangan di layan ..abaikan dan sabar .. doakan terbaik buat dia .. :)
"macam layan org gatai lah ..makin layan makin menjadi2! ye dak ~"

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates