• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum semua..
selamat pagi ...
hurm kelmarin tak buat entry pun..just juin segmen abg ben..
hari ni nak tulis pasal wanita dan hadas. lelaki xleh bace haahahaha.


wanita dan hadas..
tak kira lah hadas besar atau hadas kecil..dipanggil hadas jugak kan..n rukun nya just 
niat + ratakan air ke seluruh badan ...semua pun dah tahu kan..kalau tak ratakan kesemua tak sah lah mandi wajib kita...ada dua hadas ..hadas kecil dan hadas besar 



wadi (keputihan)
mazi (rangsangan syahwat)
mani(syahwat)



hadas kecil 
tak melibatkan semua anggota badan ..
dan hadas kecil ni tak perlu mandi wajib ..
hanya berwuduk ..dan ia sah kalau xmandi wajib..cuma mandi biasa2 je lah ..


hadas besar 
melibatkan semua anggota tubuh badan ..
perlu meratakan air keseluruh dan mandi wajib beserta niat ..
sahaja aku mandi wajib hadas besar kerana Allah ta'ala pun dah cukup..
dalam bahasa arab pun boleh tapi tak pun tak apa..
belek pulak kitab ..kalau sahaja dalam bahasa arab nawaitu ..kalau tak pndai dok nawaitu tang tu je lah smpai esok ,..haha so dah niat dalam malay pun xpe..


tapi gurl ni ada yang mengalami keputihan yang teruk ...sometimes ada yang tak berhenti2 ...
wuduk dia batal tak anak2?
ustazah kata batal..pastu nak buat macamana ni asek keluar je kan?
so time nak solat tu mandi bersih2 ...selalu beristihadah kalau tak silap..sentiasa berhadas ...bila dah masuk waktu tu ..amek wuduk dan pakai pad or panti liner n then solat lah ..
tapi satu wuduk tu untuk satu fardhu je...
mesti tak selesa kan?keputihan ni sometimes bahaya jugakk 


batuk dan menyebabkan kencing tak terkawal
ok fine yang ni pun susah jugak kalau sentiasa batuk n then kencing tak terkawal..
batuk sikit je terkencing so nak solat pun susah ..mana tahu dalam solat tu n then batuk pastu terkencing ..
batal pulak solat kita..kalau 40 kali ..so 40 kali lah batal..
yang ni pun sama jugak macam keputihan tu ...sentiasa berhadas..
dan kalau tak boleh ..better sembahyang sambil duduk..sebab pundi kencing tu tak lah lemah sangat bila duduk kan..
satu wuduk satu fardhu sahaja


berjunub 
berjunub ni bila bersama suami dan isteri ..ehem2 paham kan...
so kalau bersama semestinya kena mandi wajib lah ..
kalau buat ringan2 pulak ?
ok kalau ringan2 menyebabkan
1-air mazi 
membatalkan wuduk (tak perlu mandi wajib)
tapi kena memperbaharui wuduk tu..
dalam kategori najis..
so kalau kena pakaian solat tu batal 
2-air mani
memang sah2 batal wuduk ..
perlu mandi wajib ..
tapi mani tidak najis..
kalau kena pakaian still boleh solat tapi tak malu ke?
hahaha


pastu mandi wajib dalam bath tab dan kolam renang boleh tak?
ok kalau dalam kolam renang tu ..
sah mandi wajib tu sebab air banyak kan ..tentunya dapat meratakan air keseluruh badan 
sebelum terjun ke kolam tu ..niat lah dulu n then terjun lah ..
tapi dalam kolam tu gosok2 mana yang patut bagi menghilangkan segala kekotoran


kalau dalam bath tab tu ..kecik sangat kot ..
boleh tapi pastikan semua kena air.
n better lepas berendam keluar dari bath tab siram pulak badan kita bagi ia lebih sempurna 


kalau nak tahu lebih lanjut lagi...sila email
t_ustazah@tv9.com
Assalamualaikum...

http://www.benashaari.com/2011/01/suai-kenal-blogger-baru-edisi-februari.html

  1. Sila letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk : ikut yang atas tu dan linkkan ke entri ini ...
  3. Beri pendapat anda mengenai laman web ini : WWW.1TUBE.MY
  4. Berikan pendapat anda : DUNIA BLOG DI MALAYSIA SEMAKIN MENARIK KERANA .... tidak kurang dari 100 patah perkataan ..
 pendapat tentang www.1tube.com
dalia tak tahu sangat benda alah ni ... kira macam utube jugak lah ..coz baru je tengok2...tapi bagus lah coz dia support gathering blogger hari tu kan?ke salah maklumat ni ...

dunia blog malaysia ni dah makin menarik kerana..teeeeeeetttttttttttttttttt
dalia baru lagi dalam dunia blog ni...masih mentah dan banyak yang perlu dibaiki...dalia tak pernah lah tengok blog luar malaysia ..sebab tak bape nak paham kalu base orang putih...tapi tak kata orang malysia ni hitam ..haha..
berdasarkan pemerhatian dan uji kaji dalia..menarik sebab orang malaysia ni kan peramah ...n tengok sekarang dah makin ramai juin blog... ramai2 blogger2 baru ..budak2 sekolah pun banyak buat blog dah skang ..bagus lah dari dok melepak kan..n dalam blog banyak pengetahuan2 yang boleh diambil...info2 yang kita langsung tak tahu..n then leh nasihat menasihati ...kalau kawan2 sedeyh ape ke kan..
pastu menarik lagi buat gathering ..jumpa2 dan beramah mesra...
n lastly bez lah sangat kalau otai2 saling membantu ..turun padang tu taklah sebab xde padang ..so membantu bagi motivated ke hape ke kan...macam abg ben buat tu ..segmen2 yang menarik n contest2 dr blogger2 lain..kat situ kita boleh bermusyawarah dan berkenal2 antara satu sama lain..walaupun kenal dalam dunia maya..itu kan pertemuan yang dicipta oleh Allah untuk kita,..so manfaatkan dan hepy berblogging ..:)


hati berbicara :

yang tak bez nye bila ada org sesama islam sesama bangsa mengutuk dan menjatuhkan orang lain walaupun same2 duduk dibawah satu bumbung...
ape kehel der ??
mendoakan kesenangan orang lain tu kan cara yang terbaik..hati pun senang mana tahu someday kita pulak..
so ikhlas lah dan jadi diri sendiri..kalau dia naik kita tumpang hepy kalau dia jatuh kita naikkan semangat dia..dan jangan pernah untuk berhenti berharap sbb Allah tu ada ..harapan tu ada dimana2 walaupun sesat di dalam hutan ..yang penting berdoa byk2 ..n tawakaltualallah 
Assalamualaikum..
dah2 lah merajuk tu qaseh hahaha...minggu depan nak jumpa hubby kan..
yeyeyeyeye...
qaseh nak share doa ni...terjumpa kat laman web tadi..
so kepada isteri2 ..kepada2 bakal2 isteri cuba baca ..sayu je kan hati ...
hurmmmm ..igt senang ke nak jadi isteri n ibu?susahhh wooooo ...perlu ade kemahiran hehehe..bukan kemahiran bersilat ye...kemahiran masak kot hihihi ~


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan 

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya 


Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena 

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu 

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu 

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu 

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati 
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..




hati berbicara :


andainya someday dalia jadi seorang isteri...
dalia tak tahu dalia mampu atau tidak menghadapi semua cabaran ...
tapi 
dalia mengharapkan si dia bantu bersama2 menghapi apa2 pun situasi ..
dan bimbingan yang sebaiknya....:)
andainya dalia xsempat untuk berkahwin ... dalia mahu berkahwin di sana kelak..
insyaAllah seandainya tercipta seorang adam di sana kelak..
pasti itu sangat membahgiakan tapi ..mampu kah untuk melangkah ke pintu syurga ..
hurmmmm ... :(
Assalamualaikum..
hari saya nak merajuk ..haha..
saya jelez skang ini..
oh tidak...jangan tego saye di kala ini..
nak pergi membawa diri ke bulan..
bersama2 faizal ,shida,azureen dan yang tak pergi gath...
nak nanges guling2..haha
benci nye...
sedeyh T_T
jom kite berlepas ke sana kawan2..
haha.. tunjuk perasaan ...
bila cinta kini tak lagi bermakna..
yang tinggal kini hanyalah nestapa..
sob2x....
biarkan aku bersendirian di kala melihat bulan yang indah..
biar kan aku bersendirian melihat kamu bergembiraa...
uuuu uuuuu uuuuu 
uwaaaaaaaaaaa ~
haha

abang ben datang ketuk kepala baru padan muka..
ahhh xkira xkira dan xkira..biar lah semua nya berlalu pergi ...
haha dah meroyan ~ 
xkenal ujang ..xkenal syafiq..naz..sume2 kikikiki
Assalamualaikum...
hari ni ganu hujan lagi..redup je...indah sangat ..
dan hari ni hari bahgia buat seseorang yang sangat2 istimewa dalam hidup dalia..
someone yang sentiasa ada di kala tawa dan duka...
suara nya yang sentiasa menenangkan hati di kala duka..
dan tawanya yang sentiasa menghiburkan hati...seletih mana pun dia sanggup menemani hati di kala suka dan duka..
tapi sometimes diri ni sangat2 degil hehehe... ~ thanx for everything melayan karenah diriku ini...
nak kek...?hehehe tungguuuuuu...minggu depan kite jumpe yeyeyeye!


hari ni 30 jan 2011 ... blog dia my love
selamat hari lahir sayangku yang ke 25 ...semakin meningkat usia kita selangkah mendekati kematian ..
doa yang terbaik dari syg ialah kebahagiaan b..andainya kebahagiaan itu terletak pada diri sayang,insyaAllah sayang akan membahagiakan diri b walaupun dalam tidur dan mimpi2 b..
semoga b panjang umur .. dan isikan lah setiap kehidupan b dengan perkara yang terbaik untuk diri ...
sayang sentiasa menyokong apa jua b lakukan tapi andainya perbuatan b itu salah syg akan tarik telinga b hingga putus haha....:p sayang sentiasa mendoakan kesejahteraan b dunia dan akhirat ...dan sentiasa di lindungi kemana saja b pergi... sayang cintakan b .. andainya b pergi dari hidup sayang,syg tak tahu mampukah kaki ini terus melangkah ataupun kembali bertatih dan belajar untuk berjalan semula...
ya Allah kekalkan lah ikatan kami ..restui lah perhubungan kami..andainya ada yang tersilap di antara kami bagi lah kami peluang untuk kami menginsafi kesilapan2 kami ... andainya rindu itu melebihi rindu yg ada padaMu ..andainya cinta itu melebihi cintaMu ampunkan kami...kami hanyalah manusia yg sentiasa melakukan salah dan silap... tapi insyaAllah akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik...lindungilah dirinya kemana jua dia pergi yaAllah ... lindungilah kami di bawah rahmatmu ...

haha larikkkkkkkkkkkkk




for b... banyak benda yang syg nak ungkapkan tapi kata2 boleh membentuk seribu bahasa... hanya ungkapan "i love u" dapat menggambarkan perasaan syg di ketika ini..sematkan lah ungkapan itu di hatimu selama2nya ... jaga lah ungkapan itu ingatlah ade seseorang yang sentiasa menyayangi dan merindui dirimu ... andainya b dilanda kesusahan sayang ada di setiap genap isi hati b...memberi seluruh semangat syg untuk b.. hadapi lah ujian2 dunia ni dengan tabah ... sama2 menghadapi nya dan sabar ... :) walaupun jarak menghalang kita untuk sentiasa berjumpa syg redha dengan segala ketentuannya .. sayang hanya menunggu b menjemput diri sayang dan memberi ikatan yang sah untuk sama2 menjalani kehidupan di dunia yang penuh duri ..adakalanya jarak itu menghalang rindu yang ada.. alhamdulillah kalau itu yang terbaik buat kita...


diakhir kata ...syg ingin meminta maaf andainya sepanjang perhubungan kita ..syg banyak melukakan hati b...maafkan syg...kadang2 sayang sedih tanpa sebab kerana sayang nak perhatian dari b..kadang2 sayang termarah tanpa sengaja untuk b menyabarkan syg..kadang2 sayang terabaikan b .. tapi b masih menyayangi syg.. dan sentiasa memberi nasihat ..nasihat dan nasihat ...:) sayang simpan semua nasihat b..kdg2 syg terlupa ..tapi b tak marah ...b terlalu baik..sangat baik ...dan syg bertuah dapat b..sangat2 bertuah..jangan pernah terlintas untuk tinggalkan sayang :) sbb b dah jadi sebahgiaan dr hidup syg....selagi Allah mengizinkan cinta ini ada di antara hati kita.. syg tetap bersama b selamanya2 tapi kita hanya merancang dia yang menentukan :) 
last but not least ...jaga diri baik2...love u til end of my breath ...

hati berbicara :
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.


Assalamualaikum..
wahh bez ganu hujan hari ni..mak kata kalau masuk tahun baru cina mesti hujan..
boleh jadi pakar kaji cuaca lak ye mak dalia..haha..
fine tapi bez ..sejuk je alhamdulillah dgn rahmatNya,, ~
entry pagi tentang jenis2 kapel...uhuiiii .
korang ada pasangan tak ?jom baca korang dalam kategori mana..
opss juz for fun hehe..



jenis2 pasangan yang kelihatan di planet bumi
makwe cantek + pakwe ensem 
suka tengok pasangan kapel jenis macam ni..kadang2 timbul rasa jelez..biasanya selalu jumpa kat supermarket beli belah bersama... n then suka jugak tengok pasangan husband n wife..tambah2 wife tu tgh pregnant n husband dia so caring.. rasa macam bez je ..kdg xlepas memandang n doakan diorang bhgia...so sweet .. !! 
psst : like2 so much..


makwe tak cun + pakwe ensem
kebanyakan nya dunia ni memang akan jadi yg sebaliknya...bila makwe xcun pakwe xensem n sebaliknya..so pasangan yg macam ni..makwe nye akan berpegangan tangan macam xmo lepas bila berjalan dgn pakwenye itu..takut orang merampas nya dari beliau eheee...ye lah suka jugak tengok orang2 yang ensem ni .. cuci mata je.. haha..
psst :(jenis dalia ni ..dalia xcun ahaaa pegang tgn kyle kuat2 siap wat gari agy ngee  )


makwe cun + pakwe tak ensem
okeyh yg ni pulak makwe cun mesti bangga pakwenye tu...dapat awek cun ...kapel macam ni mesti poket tebal hahaha... guro jep...maybe :x
psst : yeyy cr pakwe xensem poket tebal..jgn tebal ngan rokok dah hahaha


makwe tak cun + pakwe tak cun
maybe no one peduli tentang pasangan ni eheee...


one boy n 1 groups of girls
okeyh fine yang ni mesti kembang hidung boy tu almaklumlah dikelilingi oleh perempuan2 tambah2 perembuan yg cantek2..mau tak kembang haha..


awek cun seksi 
okeyh dapat tumpuan yg ramai..dah lah cantek seksi lak tuh...boy2 mesti terbeliak bijik mate tengok..pastu de lah yag dok peeweet2 n ehem2 kan kan kan..betul tak boy di luar sana... tamo ngaku !


awek tak cun tapi seksi 
okeyh yang ni lak jenis dapat tumpuan jugak ..tapi maybe kena kutuk kaw2 dah lah xcantek n then pakai seksi pulak..tp boy ni tengok jugak ..maybe tengok something :x


tapi cinta tidak melihat pada paras rupa mahupun kekayaan ~ 
cari lah dimana ikhlas tu terjalin..
paras rupa tiada jaminan untuk hidup bahagia..
hari ni kita muda dan lawa..hari esok kita tua..tiada lagi wajah yang lawa..
yang ada hanya lah kedut semata2..
akan keseorangan kah kita kelak ?
bila kita ditinggalkan kerana rupa kita yang dah tiada kejelitaannya..
ataupun cinta kita masih mekar dengan keikhlasan hati kita ..
dimana cinta itu berputik dengan makna yang tidak dapt dimengerti ~


hati berbicara :
ada satu pasangan yang membuatkan dalia menitis air mata ...
menyaksikan betapa agungnya cinta mereka ... menemukan cinta kerana Allah dan memisahkan cinta kerana Allah...
bertahun2 berpisah..walaupun cinta tu sangat dalam di hati masing2..
tapi sanggup melepaskan antara satu sama lain kerana mereka sedar cinta ini tiada nilanya andainya Allah tidak merestui ..~
betapa agung dan suci nya cinta mereka,,
bertahun2 berpisah kerana Allah ..
hinggalah suatu masa Allah mempertemukan kembali dan meredhai lalu terikat lah ikatan yg sah ~
itulah cinta yg sejati ...
wanita yg solehah dan lelaki yang soleh ~ 
rupa tiada arah untuk menuju...kekayaan tiada punca untuk bhgia ..
some day u will know whats the meaning of life with happiness of Allah ....
Assalamualaikum..
http://www.benashaari.com/2011/01/segmen-hujung-minggu-dialog.html
Buatkan sebuah cerita berdasarkan gambar tu .. Gambar / dialog / angan - angan atau apa saja yang boleh korang buat dari gambar tu.. Tapi jangan di edit lak gambar tu.. Boleh ? Hehehe.. Tapi mesti panjang .. kalau pendek , aku tak nak terima.. hehehe..
hehe nak juin abg punye segmen petang neh... buat je pape story pun berdasar kan gmbar kat atas tu...


suatu petang yg damai ... aku bergerak ke gym seorang diri bukan utk brsenam tapi ada urusan sikit.... tanpa ditemani sesiapa..kaki mula melangkah ...bila dah sampai di gym tu aku melihat seorang  lelaki maybe umur dalam lingkungan abg ku... aku duduk je melihat dia...dia sedang mengelamun bersama laptop kesayangannya...renungan nya tajam ke depan ... ntah ape difikir kan pun aku tak tahu..tapi semacam banyak masalah yg bermain di fikiran... ataupun sedang berjiwang seorang diri mengingati kisah2 lalu...aku terasa dekat dgnnya seperti abgku sendiri.. dari raut wajahnya .. ada something yg tersembunyi... kebahagiaan yg terpancar mahupun fikiran yg berserabut...aku berkata dlm hati..terasa ingin menyapa dirinya ..tapi aku takut tengok bodynya yang ketul2 tu aku undurkan diri....
tapi aku nak jugak melihat dia dari dekat ..melihat senyuman nye bukan pandangan nya yang kosong itu...tanpa dia sedari aku pergi perlahan2 ke arahnya ... tapi lelaki itu masih tidak memberi reaksi..kerana aku dok kat belakang .. tapi mataku tertancap pada laptopnya dan melihat blog benashaari ...aku berfikir owhhh blogger yang hebat rupanya...
aku pun pergi kearah depan ..ingin melihat wajahnya secara dekat ..rupa2nya abg ben ! sape xkenal blogger hebat !...tapi dia masih tak mnyedari kewujudan ku..n then bila aku dah berada di depannya...tiba2 sesuatu hal yang tidak di jangka terjadi....apakah !!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
melihat air liur bertitik ..lorh tido upenya mamat neh ! aku jerkah hoiiiii tekejut beliau abes berterabur gigi palsu beliau hahaha..tapi dia mengutip balik n berlagak macho...haha gurau je.. sebenarnya laptop dia jatuh dek terkejut ... n then aku say lah kat dia.. '"boleh kah saya menjadi adik abg " hingga selama2nya... kerana saya teringin mempunyai abg spt abg ben :)
n he said yessss ! (macam iklan yess dalam tb tuh) 
hanya dunia yg tahu betapa gembiranya perasaan ini..n then pergi lunch same..yahuu2x

sekian time kaseh..
xtau lah dalia melalut ape..hahaha ....

Assalamualaikum hadirin dan hadirat sekalian..
hehe pe kabo hari neh..hope sentiasa sihat di samping yg trsayang ..
ganu cuaca hujan berangin ... ase macam nak melayang je kena tiup haha..nasib baik pakai baju besi kah2x..
merepek je..

semart giler ye neh..org giler xsemart macamni ..haha
tergoda jap...walaweh..
psst jom bace gerak geri laki2..jgn gtau dorang t dorang xmo ngaku 

betul ke bagi lelaki ..perbuatan diorang  tu lebih penting dari kata2?
menganggukkan kepala
bila korang bercakap dengan lelaki..n then dia selalu angguk2kan kepala maknanya dia sentiasa mengambil berat dan mengambil perhatian atas diri kamu ..dia juga sering memberi perhatian di kala kamu amat memerlukan ..
psst : kalau angguk2 tido tu sila lah ketuk kepale beliau hingga pening!
 mendekatkan badan 
lelaki yang suka mendekatkan badan ketika bercakap ..seorang yang menarik dan mampu memberi tarikan kepada wanita yang mendambakan lelaki ..eceh
psst : tapi hati2 mana tahu dapat flying kick free dr wanita ...! 
 merenung
lelaki jenis suka merenung ni dalia lemah sikit...ase macam nak bagi penampo free pun ade haha...sebab kadang2 renungan seorang lelaki ni lain macam sikit..ada yg mampu membuat tido malam tak lena .. n mampu meluruhkan jantung haha...tapi laki jenis ni seorang yang meminta maybe untuk mendapatkan cinta..
psst : jgn renung tajam sangat macam dah tembus pakaian kena renung..yang ni renungan gatai !
 menggerakkan tangan dan badan
lelaki yg memberangsangkan..penuh tanggungjawab dan punyai rasa cinta yang mendalam ..lelaki ni menganggap kata2 tak mmpu mengungkapkan kata2 hanya perlakuan yg dpt menggambarkan..n seorang yg baik hati dan juga sensitif..
psst : yeke ??
 suka berdiri
 lelaki jenis suka berdiri ni sebenarnya ada bisul haha...bila kamu duduk n dia berdiri..lelaki yang suka menguasai dan mengonkong...suka mempengaruhi org lain demi kepentingan dirinya sendiri..dan pantang mengalah ..
psst : padahal ade bisul 
memandang mata 
yang ni satu lagi cek tak tahan kalau laki suka pandang mata den..rasa macam malu2 kambeng terserlah...kyle suka sgt pandang mata...bagi kiss eh kick baru tahu haha...lelaki yang suka pandang mata org yang yakin dan berterus terang ..dia sentiasa memberi perhatian dan menjaga hati semua orang 
psst : awww haha

hati berbicara:
itu saje untuk kali ini..
pecah kace pecah cermen..
lepas bace harap komen...
(budak cute ni kate)
xleh tulis byk2 hari ni...perut ase penuh haha..
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates