• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum...
heh2 selamat pagi eberibodi ..
hati ni nak join GA lama dah tak menjoin apa2 contest huhu bukan malas tapi kerajinan tu masih di tahap darjah 6 ...so now nak join GA dari cik puan bunga... dalia suka tengok blog dia.. kdg2 dapat baca2 tak drop komen hehe...sory ye sis... ni blog sis cantek .. psstt anak dia cute sgt ngeee nnt nak anak cute jugak opsss gatai ! sis berbunga2 minat pink


ok jom baca syarat2nya 
join kat sini





  • Anda harus mempunyai tiket dan menaiki train ke Hogwarts (Jadi follower I. Kehkeh.Wajib) Maknanya anda harus mempunyai blog ya





  • Copy paste syarat - syarat penyertaan ni.





  • Buat satu entry yang bertajuk "Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"





  • Kemudian dalam entry anda nyatakan siapakah insan yang palingggggg cantik di mata anda. Kalau anda kata dalam entry anda I lah manusia yang paling cantik, terus I bagi semua hadiah tu kat you guys! Haha. Tak takkk. Contohnya anda kata Maya Karin adalah cantik, so nyatakan kenapa dan huraikan bla bla bla.





  • Kemudian anda nyatakan pula definisi cantik di mata anda. Apa makna cantik pada anda. Kalau cantik tu kena kurus ke, kalau pandai make-up tu kita kata cantik ke hape ke bla bla bla.





  • Tag 4 orang bloggers yang lain (Sertakan link mereka) dan jangan lupa bagitau kat dirang yang diorang kena tag untuk join GA ni.





  • Dan yang terakhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.



  • ok dah baca kan syarat2nya ... so baca pulak pendapat dalia ekekeke... yang paling cantik semestinya saya ! hahaha oh tidakkkk gurau2 je ... yang paling cantik ialah semestinya mak saya !jap2 cari pendrive nak cari pic mak..mane ni mane ni ..apsal gmbar kekasih je byk haha..gurau je ~


    mak xsuka bergambar uhuk2.. yg dalam bulatan tu my mother n yang lain dayang2 di raja ..keh2x..

    takde pulak pic mak masa muda .. mengancammm wooo mcm anak ye ah haha..kenapa mak cantik? jap2 nak tanya siapa yang tak sayang mak ? siapa yang selalu mengasari mak? dia adalah orang yang paling kejam n bodoh.. mak yang melahirkan kita .. 9 bulan membawa kandungan .. bersabar dengan kita dari dalam kandungan lagi ... yelah kita duk tendang2 perut mak.. hehe tapi kita pun membawa kebahagiaan pada mak jugak... :) so dari kita kecikkk .. jaga kita , mandikan, susu kan kita dengan penuh kasih sayang .. its a wonderful moment n beautiful of life... tak cantik ke? nanti suatu saat kita akan jadi ibu kita akan tahu betapa susah payahnya menjaga anak... hehe dengan kedegilan n sume2 lah... dalam kelurga dalia sume 6 orang adek beradik.. 2 perempuan dalia n my sis... 4 boy tapi seorang dah meninggal time baby... insyaAllah 'dia' akan menarik mak ke syurga kelak :) .. 
    tq for everything coz menjaga dari kecik , bagi makan pakai sekolah semua cukup tapi sometimes mak bebel2 ade jugak merungut hihihi ampunnn.. tapi tak selalu dah besar kan dah tahu mana baik dan mana buruk... apa2 pun u r beautiful woman in my life ever after... love u so much.. nobody boleh tanding mak di mata dalia selama2nya... tq melahirkan dalia n ikut kecantikan mak jugak hahahaha... so tak cantik lagi ke? cantikkk sgt2x u know.. banyak agy nak tulis tapi nanti kan sayu pulak hati ni..so pada yang masih ada mak juz take care of her sebaik mungkin .. jgn menyesal bila kehilangan ... kerana dah tak ada gunanya lagi ~

    DEFINISI CANTIK
    ok definisi cantik pulak ye... for me tak perlu cantik paras rupa andainya akhlak entah kemana.. tak perlu hidung yang mancung andai nya sombong dan meninggi diri..tak perlu rambut yang cantik lurus guna jari pun boleh andainya mahkota itu menjadi tatapan orang lain..tak perlu bibir yang mungil andainya huha2 kesana sini..mengumpat bagai .. berkata tak senonoh ... tak perlu mata yang cantik andainya mata itu hanya untuk menggoda orang2 yang tak sepatutnya... tak perlu tubuh yang liuk lentok andainya susuk itu menjadi segenap ruang mata2 lelaki yang bukan muhrim.. tak perlu betis yang cantik andainya pakai kain yang terbelah..tak perlu dada yang seksi jika hanya untuk menarik nafsu lelaki... so cantik luaran tiada gunanya andainya dalaman tidak di dalami...andai kata hari ini kita cantik .. suatu masa kelak kita akan kehilangan.. tapi andai kata akhlak kita cantik hingga ke syurga pun ia akan kekal ... ~ andainya kita punya akhlak yang baik.. di tambah dengan luaran yang cantik bersyukur lah dan sentiasa ingatkan pada diri jangan alpa walaupun seketika.. walaupun kita hanya duduk di bangku kosong ada benda yang sentiasa merasuk hati kita :)
    so sekian time kasih..hehehe ...


    hati berbicara :
     tak perlu bermekap untuk cantik...mekap hanya lah boleh menutupi kekurangan yang ada,,, basuhlah muka mu dengan wuduk pasti seri itu akan datang....:) insyaAllah untuk diri sendiri juga...

    nak tag 4 org 
    http://hidayahanif.blogspot.com
    http://pqahcool.blogspot.com/
    http://miszalina.blogspot.com/
    http://sayangku-lover.blogspot.com/



    Assalamualaikum semua...
    selamat petang ~ alhamdulillah banjir kat pantai timur dah makin surut..
    yang kena banjir teruk tu bersabar lah .. hadapi ujian itu dengan penuh ketenangan ..
    hari ini ujian datang menimpa .. hari esok kebahagiaan akan muncul tanpa diduga..seperti pelangi selepas hujan ~
    dan berdoa lah .. berdoa dan terus berdoa ~
    hehehe tajuk entry kali ni berdoa pulak... tapi bila kita tak ditimpa masalah pun berdoa lah sentiasa...
    dah berdoa ke belum ?
    aku bersimpuh dihadapanNya..
    menadah tangan meminta pertolongan ..
    memohon keampunan atas dosa2 yang lalu..
    mendapat keberkatan hidup hari ini..
    meminta kuatkan kaki ini untuk terus melangkah 
    menghadapi hari2 esok yang belum pasti ~ 

    YaAllah  ...keluarkan sifat sombong dari hidupku ~
    Allah  berkata , tidak ! Bukan aku yang mengeluarkan tapi kau yang harus menyerahkan kepadaku ~

    YaAllah..sempurnakan apa-apa kekurangan dari anakku yang cacat ~
    Allah  berkata . tidak ! jiwanya telah sempurna tubuhnya hanya sementara 

    YaAllah..berikanlah aku kesabaran ~
    Allah berkata , tidak !kesabaran kamu akan dapat dari ketabahan kamu menghadapi ujian2 aku.. kamu sendiri yang harus meraih kesabaran ituu..

    YaAllah...berikan aku kebahagiaan ~
    Allah berkata , tidak ! aku berikan keberkatan sahaja..kebahagiaan itu terpulang pada kamu ..

    YaAllah...jauhkan aku dari kesukaran ~
    Allah berkata, penderitaan akan menjauhkan kamu dari jerat duniawi dan mendekatkan kau pada Aku..

    YaAllah...berikan kenikmatan kepada aku~
    Allah berkata , tidak !aku memberikan kau kehidupan supaya kamu mendapat kenikmatan

    YaAllah..Tolonglah aku sehingga boleh aku mencintai orang lain dengan penuh ketulusan
    Allah berkata , tidak ! kini kamu dah paham !



    Kadang2 kita fikir Allah s.w.t tu tidak adil..kita seringkali berdoa siang dan malam tanpa putus .. tapi kita tak dapat apa yang kita inginkan.. kita sering berdoa supaya di beri kan pekerjaan tapi kita tak dapat ....kita dah bekerja keras bekerja untuk mendapat kenaikan pangkat tapi alih2 org lain yang dapat... kita berdoa supaya mendapat pasangan yang baik.. tapi kita tak mendapat apa yang kita impikan..ada hal2 doa itu perlukan usaha dan kesabaran... ia xkan datang bergolek kerna doa saja ~

    hati berbicara :
    bayangkan bila kita ada anak .. dan anak kita demam teruk tiba2 anak kita melihat ada seorang penjual aiskrim..anak kita yang haus ni terasa hendakkan aiskrim tu n then anak kita meminta  supaya kita belikan..maybe anak kita berfikir aiskrim tu mampu menyembuhkan demam ..(seperti berdoa) dan kita tahu yang aiskrim tu hanya memburukkan demam .. so kita akan membuat pelbagai alasan n mereject terus... ~ 
    Assalamualaikum..
    selamat petang semua...tq sudi masuk blog dalia yang tak seberape ..
    thanx kat abg ben yang bagi traffic ni hehe... coz klik kat sini tq so much abg...
    tak mampu nak ucap apa2 hanya terima kasih saja.. :) u r the bez blogger n brother ever after !! 
    tq so much for everything abg :( tq  huhu ... ~ rasa ada perasaan gembira bercampur sedih sedikit di saat ini T_T
    emm apa2 pun thanx agy sekali.. tq jadi abg sue hehe :) banyak agy nak gtau tapi macam tak terluah je..biar kita2 je tahu hehehe

    hurmmmm tadi lepak kat facebook... tanya adek angkat kesayangan nak buat idea apa ye kat blog kak sue dah xada idea hehe... so dia bagi lah idea cinta jarak jauh... hamboiii minat sangat bab2 cinta ye..ok bagi tidak menghampakan jom kita cerita tentang hubungan jarak jauh ni ....
    rindu itu sesuatu yang indah...tak mampu di pegang .. tak mampu di lihat ..tapi bila rindu itu datang bagaikan menikam2 di hati untuk di lepaskan..

    ok first siapa yang bercinta jarak jauh?angkat tangan diri sendiri...haha yes jauh lah jugak percintaan dalia ngan dia .. tapi dah jumpa .. bez ke hubungan jarak jauh ni ? bg dalia ada kebaikan dan keburukan jugak kalau bercinta jarak jauh... kebaikan nya xkerap sangat berjumpa so itu tak menimbulkan fitnah ... dan dosa tu boleh di kurangkan... berjumpa pun sometimes mendatangkan dosa even tak buat apa2... tak percaya? bukak al-quran ada lah tertulis batas2nya... ~keburukan pulak sebenarnya depends pada diri sendiri kalau tak percaya itu lah keburukan..hurmmm tapi bila kerinduan sayu je hati... bermenung di tepi tingkap memikirkan dirinya.. adakah diri ini pun dirindui eceh...sometimes rindu tu membuatkan aku menangis... ~ tapi itu hanyalah bisikan syaitan .. dalia2 menangis lah ingati lah dirinya melebihiNYA... ~ hiyarkkk tepis syaitan2 tu jauh2 .. dan bersabarlah pasti kebahagiaan tu akan dtg jua ..so macammana nak kekalkan hubungan yang jauh tu?
    percaya pada pasangan
    kalau dah cinta cakap apa pun semua betul kan... kalau nak hubungan tu kekal percaya lah pada pasangan kita .. sama2 percaya .. insyaAllah akan berpanjangan..
    percaya lah dia menyayangi kita walaupun berjuta2 kilometer sekalipun..letakkan di dalam hati ... ~ dan perhubungan tu akan kuat jika ada tunjang kesetiaan ~
    setia
    tak kira dekat or jauh setia tu mmg penting..tapi kalau dekat kita boleh nampak..jauh ? kita takkan nmpak apa yg dia baut melainkan kita ada kuasa ... hurmmm mesti rasa sunyi kan? tapi jangan lah mencurangi dia kerana sunyi..andainya kita buat macam tu letakkan diri kita di tempat dia.. mesti terluka kan? pegang lah kesetiaan yang ku beri ~
    berjumpalah walaupun seketika
    mentang2 jarak jauh takkan tak pernah jumpa kot ..yang tu sunyi lah... ada masa jumpa lah kalau cuti panjang or apa pun.. nanti kan tak tertahan rindu di hati ... kalau tak pernah jumpa hubungan tu pasti boring kan,,,
    tanya khabar
    apa khabar ..dah makan belum ? hehe tanya khabar mmg wajib ! sekarang kan dah moden .. boleh meseg boleh col kannn ~ sekurang2nya lepas gak rindu tu.. jgn miss untuk bertnya khabar sbb itu penting sgt !
    sambut hari2 special
    haaaa ni bez . kalau tak dapat sambut masa tarikh penting tu... sambut lah bila jumpa beli kek ke hadiah ke hape ke... yang pasti kenangan tu akan buatkan kite senyummmm :)
    jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
    andainya jodoh kita dah di jarakkan dengan jarak yang jauh..terima dengan hati terbuka..kita pun xmampu nak menolak kalau dah suratan macam tu.. jarak ni tak kira dekat or jauh.. kecurangan tu pasti berlaku... hehehe so jgn jadikan alasan jarak tu sbgai pemusnah hubungan kita..

    awak di sana... saya di sini..
    kita janji eh kita saling mencintai hingga akhir hayat kita..walaupun sekarang hubungan kita terpisah dek jarak..tapi janji tau jangan jadikan itu satu halangan tapi jadikan ia sebagai ujian untuk kita bersama dan terus memantapkan kasih sayang kita... saya tahu jauh tu tak bagus tapi awak kena tahu ia cara untuk kita pupuk kasih sayang n menguatkan lagi ikatan rindu... nanti awak jemput saya k ...
    Assalamualaikum semua..
    selamat pagi... bertemu lagi kita dalam rancngan rock tunggang langgang ..(merapu je)
    oh korang sihat tak ?apa tak dengar lah... kalau sihat bagus lah ... jaga diri elok2x.. jangan degil2 nanti dalia piat...siapa suka bagi salam tapi betul ke salam yang di beri tu? meh baca tazkirah tengahari lak ok..

    assalamualaikum semua... jawab tau

    SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
     Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
    Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

    ASSALAMUALAIKUM atau pun ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH( ini yang sebaiknya di gunakan)

    Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

    Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
     Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

    dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

    Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
    saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

    Jawab salam yang betul ialah ;

    “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

    “WAALAI KUM SALAM”

    Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
    “Kirim salam, assalamualaikum pada BEN ASHAARI ye” contoh lerr…
    Dan bukannya : “Kirim salam kat BEN ASHAARI yer”
    Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

    Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
    Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

    Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

    Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

    Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
    Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

    Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
    hati berbicara :
    semoga dapat membri sedikit input pada kita semua...jom g lunch lapoooo ...
    assalamualaikum ~ 
    Assalamualaikum semua..
    selamat petang.. 
    tak sabar nak tengok anugerah juara lagu malam ni kan ...
    hehe dalia tak tengok pun muzik2 tapi kalau anugerah2 suka tengok..macam anugerah skrin dan sekian2x..
    kat tempat dalia hari dah tak hujan yahoo2... alhamdulillah tapi tak boleh nak jangka kan..
    apa2pun itu rahmat dari Allah s.w.t siapa kita untuk mempertikaikan .. hanya boleh mengucapkan syukur :)
    ok petang ni nak kongsi artikel tentang Rasulullah s.a.w menunjukkan rasa kasih pada isterinya ..
    yang dah berkahwin tu boleh lah ikut ye.. bahagia sangat rasanya hehehe
    cinta ~ 

    tidur dalam satu selimut bersama isteri yang dicintai 
    hadis dari Atha bin Yasar 
     ketika beliau berada dalam satu selimut bersama aisyah..tiba2 aisyah bangkit lalu baginda bertanya 'kenapa kamu bangkit'?lalau jawab aisyah saya dalam keadaan haid wahai rasulullah ".. lalu baginda bersabda "kalau begitu pergilah dan berkainlah kemudian kembalilah dekat kepadaku"..lalu aisyah masuk dan berselimut dengan baginda..
    memakai wangi-wangian
    Aisyah berkata "sesungguhnya Rasulullah apabila meminyakkan badannya ..baginda memulakan dari auratnya dan menyapu 'nurah'(sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya (riwayat Ibnu Majah)
    Mandi bersama isteri 
    Daripada Aisyah , beliau berkata "saya biasa mandi dengan rasulullah sa.w dalam satu bejana..kami biasa memasukkan tangan kami bersam (kedalam bejana) ..(hadis riwayat abdurrazak dan ibnu abu syaibah)
    Menyikat rambut suami
    Daripada Aisyah .. beliau berkata "saya biasa menyikatkan rambur rasulullah s.a.w ketika itu saya dalam haid''(hadis riwayat ahmad)
    Meminta isteri meminyakkan badannya
    Daripada Aisyah .. beliau berkata "saya meminyakkan rasulullah s.a.w  pada aidiladha selepas baginda melakukan jumrah aqabah (hadis riwayat ibnu asakir)
    Minum bergantian pada tempat yang sama
    Daripada Aisyah .. beliau berkata "saya biasa minum daripada cawan yang sama lalu nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya dan baginda minum di tempat saya minum lalu saya mengambil cawan dan menghirup isinya .. lalu nabi mengambil cawan dan meletakkan mulutnya di tempat saya minum dan menghirup isinya (hadis riwayat abdurrazaq dan sa'id bin manshur)
    Membelai isteri
    Dalam hadis " Rasulullah tidak lah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua(isteri) seorang dari seorang .. baginda menghampiri dan membelai kami tapi tidak mencampuri sehingga beliau giliri waktunya lalu kembali ke tempatnya (hadis riwayat ahmad)
    Tidur dipangkuan isteri
    Daripada Aisyah , 'nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuan saya walaupun dalam keadaan haid kemudian baginda membaca al-quran  (hadis riwayat abdurrazzak)
    Memanggil dengan kata2 mesra
    Rasulullah suka memanggil dengan panggilan mesra seperti 'Aisy' dan 'humaira' (pipi merah delima)

      tadaaaaaaaa itulah cara Rasulullah menunjukkan kasih sayang pada isterinya..hurm dunia hari ni macamana lah agaknya..sendiri dah maklum kan... huhu insyaAllah nanti kahwin nak macam ni lah hehe...insyaAllah :)
    hati berbicara :
    kepada bakal husband sila buat ciri2 kat atas ye... hehe yaAllah semoga dalia dapat mencontohi akhlak2 yang ada semoga kebahagiaan kelak berpanjangan hingga ke syurga..amin 
    Assalamuaalaikum..
    selamat pagi everibodi hehe2.. kabare?hope sentiasa di bawah payung rahmatNya..
    tahun baru ni dah ada siapa2 yang berputus asa dengan ujian Allah s.w.t ?
    jangan cepat berputus asa andainya belum mencuba...
    mencuba dan terus mencuba.. tawakaltualallah .. hidup ni akan sunyi tanpa ujian dariNYA bukankah air mata dan ketawa itu sebahagiaan dari hidup..ketawa dan air mata itu sebenarnye cinta ~ (ternyanyi pulak)
    siapa yang pernah putus cinta ?angkat kain eh...angkat tangan..hehehe ..tapi still tak dapat melupakannya ..even dah berkurun lama , dah berkulat un kenangan tu..tapi di dalam hati still ada namanya..
    begitu agung kah hingga hati yang suci itu di penuhi dengan nama orang yang mengecewakan kita?
    emmm maybe nama itu memberi titik kebahagiaan yang tak mampu di tandingi ?

    perjalanan yang masih panjang ~ 
    yang pasti cahaya menanti ...

    tapi semua tu hanyalah sia2 juz mulakan hidup baru..jangan hidup dalam kenangan lalu...berdepanlah dengan kenyataan ... hidup ni masih panjang ... selagi ajal tidak membisikkan kata2 maut di telinga kita..even kita dah mati sekalipun ada alam lain yang terpaksa di tempuhi dan alam itu lah perjalanan yang tiada penghujungnya...huhuhu ~
    so jom lupakan insan yang takkan mampu hadir lagi menghulur tangan kebahagiaan itu..lupakan ~dan terus lupakan ~ hingga hati kita tenang tanpa namanya lagi..eceh ayat penuh sandiwara haha...
    dalia nak share tips2 nya sumber dari tentang cinta..
    tips lupakan si dia 
    terima hakikat
    lupakan hakikat yang dia bukan lagi milik kita... lupa2x meh nak ketuk kepala tu bagi lupa hehehe... kalau ingat pun tak ada guna kan ? baiklah lupakan terus .. emosi pun tak terganggu , jiwa pun tak kacau hati pun tenang..kadang2 kebenaran tu pahit tapi kepahitan tu akan mendewasakan kita .. so try it bebeh
    melarikan diri
    alamak aiiii sampai nak melarikan diri ye.. ok cuba masuk marathon ke hape ke..hehe bukan2x.. melarikan diri bukan maksudnya "berlari-lari ku mencari mu dikejar angin aku tersipu mengapa berubah sekelip mata hatiku gundah tiada terkira" heh2..maksudnya pergi tenangkan fikiran bercuti or ape2 je lah..release tension insyaAllah dia dapat anda lupakan .. :D
    jangan pendam
    ok yang ni penting lah bg dalia.. or bagi siapa2 pun jangan pendamkan kesedihan tu seorang diri.. kehilangan dia bukan bermakna kita kehilangan segala2nya kita masih ada kawan dan keluarga yang selama ini sentiasa ada dengan kita dan tak pernah mengecewakan kita .. so luahkan segala2nya pada mereka yang rapat ..sekurang2 nya bebanan itu akan hilang...percayalah (macam ada pengalaman je)
    menangis
    menangis tu memang wajib lah kan bila kehilangan someone yang kita cinta .. tapi jangan lah menangis hingga memudaratkan diri sendiri.. cukuplah sekadar menangis untuk melegakan hati sendiri..sekurang2nya bila kita dah menangis .. kita akan rasa sedikit tenang.. :)
    buang kenangan
    buang kenangan ? mana boleh buang kenangan kan sentiasa melekat di hati tapi cuba lah tidak mendengar lagu2 kenangan bersama di bawah pohon bambu dulu2 eceh.. hadiah pun kalau rasa nak buang.. buang je kalau sayang nak buang bagi lah kat siapa2.. bila kita tengok je hadiah2 yang dia bagi tu kan teringat pulak.. kalau barang mahal tak payah lah buang bagi kat dalia pun ok hehehe
    tawakal
    bila kita di landa musibah or apa2 ujian yang datang menimpa jangan lupa kita ada Allah yang telah menulis suratan hidup kita.. sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya.. jangan menyalahkan takdir andainya kita tidak mendapat apa yang kita nak..bertawakal lah kepadaNYA.. jangan lupa membaca ayat2 suci Al-Quran yang menenangkan jiwa... bila kita ditimpa ujian Allah hanya ingin mendengar doa2 dan rayuan dari kita... ingatkah kita padanya ? hurmmm tapi bukan bila di timpa ujian je kita ingat kat DIA.. bila kita gembira kita lupakan DIA.. kita hanya di uji.. :)so bersabar lah walauapapun dugaan yang mendatang ~
    cari orang lain
    kalau kita tak mampu hidup kkesunyian try cari2 orang yang memahami diri kita.. bila hati dah sejuk cuba untuk berkenalan dengan orang lain jangan takut untuk mencuba... for girl kita kan cantik... satu petik sepuluh yang datang hahaha .. (ampunn) tapi cinta  sejati yang akan kekal selamanya.. kalau ada jodoh tak kemana ~ jangan tutup pintu hati kerana seorg lelaki / perempuan

    hati berbicara :
    tiada siapa yang mahu terluka dan dilukai tapi ptulah risiko dalam percintaan...jangan terlalu mengharap pada yang belum pasti tapi berdoa lah semoga harapan yag kita akan menjadi suatu yang pasti kelak... kebahagiaan itu bukan datang bergolek.. kebahagiaan itu dtg dengan usaha dan tawakal..bila kita meminta perkara yang baik pasti Allah akan memberinya dengan 2 kali ganda tapi bersabar lah :) 

    Assalamualaikum semua...
    selamat petang ..
    oh ye sihat ?dalia kurang sihat hari ni dah masuk dadah dalam badan ekeke ubat lah jangan salah paham pulak ye...
    hurmmm dalia tertanya2 dengan diri sendiri bila berkahwin adakah perkahwinan itu akan kekal hingga ke alam akhirat...n bagaimana pulak kalau yang belum sempat berkahwin?akan keseorangan kah di akhirat kelak..so jom baca ... adakah kita akan bersama2 dengan suami kelak atau pun kita akan bujang hingga selamanya.. ~

    cinta penuh dengan warna warni kehidupan ~

    wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
     Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
    Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

    wanita yang sudah bercerai dan tidak berkahwin lagi
     Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
    wanita yang berkahwin tapi suaminya tidak masuk syurga
     Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
    wanita yang telah berkahwin tapi meninggal dunia
     Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


    wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin lain
     Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


    wanita yang kematian suami dah berkahwin lain
     Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
    menjadi ahli syurga.



    hati berbicara:

    Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu
    Assalamualaikum..
    selamat petang yang datan jenguk2 ..jemput duduk nak buat persembahan sikit..
    kikiki cuaca hari ni dah makin ok sikit..tak lah hujan berpanjangan..
    tapi tak boleh nak gumbira sangat ku sangkakan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari..
    jeng2x.. semalam keluar ke bandar nak beli henfon..
    henfon c3 je..murah je henfon ni tapi kalau takde duit tak boleh beli jugak hehe..rm499
    henfon ni ok lah jugak tapi tak banyak sangat fuunctionnya...bagi dalia yang xok camera je lah..
    memamng tak ok sangat2 yang lain ok lah jugak kan..
    beli yang mampu dulu nanti kaya2 sikit boleh beli henfon lain pulak..hehehe tak pun bodek si kyle kesayangan ngeee hehehe...
    xmo bebel panjang2 jadi model henfon jap..kikikiki


    ini terlebih aksi

     dapat fon baru termuncung pulak

    tutup mulut sikittt

    model baru..sesuai tak..henfon tak nampak sangat muka tuannya pulak over 

     
    apa2 pun dah dapat idaman hati ..hehehehe...
    dah2 lah nanti kan muntah lak orang2 yang melihat..kekoyaan yang terserlah..

    hati berbicara :
    sekian terima kasih... nak jugak? bodek pakwe ye...hehehehe
    tapi frustt lah takde pulak warna pink huwaaaa

    Newer Posts
    Older Posts

    Cari Blog Ini

    Jumlah Paparan Halaman

    Tuan Tanah

    Tuan Tanah
    Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

    Catatan Popular

    • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
    • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
    • my First contest ~ 'edit foto contest'
    • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
    • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
    • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
    • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

    Label

    Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

    Arkib Blog

    Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates