• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum
hehehe nak juin segmen bo ben lagi lah...
jom same2 join..
korang jgn buat2 xnakal lak..
xcaye tanye cikgu korang keh2

http://www.benashaari.com/2010/12/segmen-dulu-aku-nakal.html

nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun
sekolah kebangsaan bukit puteri (1996-2000)
sekolah menengah kebangsaan pelagat (2001-2005)
sekolah menengah kebangsaan nasiruddin syah (2006-2007)

aktiviti ko-kurukulum yg korang sertai
time sekolah rendah jadi pemain simpanan bola baling je..hahaha...
time sekolah menengah byk jugak tp xaktif pun haha..

jawatan yg di sandang dulu
time stpm tu ..jadik assistant kelas,biro agama asrama(dibenci oleh budak2 n dipanggil tengkorak hidup sbb time dulu2 kurus ) sob2x jaat tul diorang ..gara2 marah diorang sbb buat bising atas surau..haha...pdn muka sape suruh wat bising.!ngee pahtu penolong kelab setiausaha n prdangan..pahtu lupe lah kikikiki

nama guru kesayangan korang..
semua guru yg beri ilmu qaseh sayang sgt2 n hargai

subjek paling disukai n xsuka
hehe minat BM n MATH...xminat ADD MATH..(pecah pale otak haha)

kawan baik mase sekolah dulu
time sekolah rendah xde kawan baik pun..
salu kena buli emmm...sabar2
pahtu sekolah menengah ..jeng2 kawan baik midah,yati,asila,dayu...

cita2 mase sekolah dulu
cikgu ! haha

artis feberet mase sekolah dulu
hehe msetilah siti nurhaliza smpai sekarang still minat dia

perkara yg xdapat dilupakan mase sekolah
salu nangis dalam kelas sbb budak2 laki salu buli jahat nak mampui...!
haha..benci ase...huh

jika dpt kembali zmn sekolah dulu2..apa yg korang nak buat
haha xmo lah kembali lagi dah penat belajar...biarlah sume tu jadi kenangan yg terindah !

ceritakan kenakalan yg xdapat dilupakan
haha sekolah menengah dulu mmg nakal..dulu kecik sgt2...mase form3 tu mcm budak tingkatan satu..salau xikut peraturan sekolah..pakai tudung singkat,kain singkat baju n lengan baju pun singkat...time dulu2 glamer dgn fesyen skinhead kan..so terikut2..pakai stoking lak kartun2..haisy satu waktu tu kantoi dgn cikgu ...kne tgkap sbb tudung singkat sgt..pahtu belah pulak kat tgh..wuwu sexy..ekeke kena denda pakai kain sarung atas kepala smpai waktu rehat..nanges pulak kat situ...hahaha tp igt2 balik mmg kelakar !


hati berbicara :
xde lak pic zaman sekolah2 dulu nak taruk sbb belum scan lagi...kikiki


Assalamualaikum semua..
kabare kekeke...
oh ye jumaat kelmarin qaseh kuar dengan bez fren..
persahabatan kitorang dah  10 tahun lebih...
kekal hingga ke hari ini..
n selamanya..
bersyukur dapat kawan mcm diorang ni..
kawan yg sgt2 undersatanding,gila2, n susah senang bersama..
walaupun skarang susah nak berjumpa sangat..
tapi persahabatan ni tetap akan bertahan selama2nya..
jangan pernah di antara kita berubah ye..
sayang korang sgt2 macam family dah...
mcm adek beradik...

hik2
location : kfc jertih ,terengganu kikikiki
time : around 11 lebih a.m 
ngeh2 3 orang je tapi gempar mcm lah kfc tu ana yg punya haha...
ade pic2 sikit kui2..
saje nak tunjuk hehe


tet tet..ade meseg smpai ..
midah suruh yati beli kek..
ala kecik2 dah..
pahtu aqu ng yati pun p lah cr kedai kek..
cari punye cari..
amek kek yg ni dah ..
bluebery ...kikiki sedaplah jugak..
sponsor by yati tq so much dear muahh2
odw g kepsi..
aqu ckp 
ari ni biar ore blnje..
tadaaa blnje kepci je hik2

tunjuk pic makanan dah bg korang terliur hehe gurau je

cik qaseh n cik midah...midah comei sgt...
hehe cik qaseh uduh je..hihihi 
:p

ngan cik yati ...ekeke...bergambar je koje ye
cik yati n cik midah..sume nye cik2 tapi sume dah berpunye haha..
love u olz..syg sgt2 nnt ade mase lagi kite kuar lagi ye..
xpuas kuar kelmarin nak kuar byk2 mcm dulu2...
muahhhh semoga persahabatan kite terjalin selama2nya





yang oren2 ni guna camera cik yati hehe...

dah lah tu ye berposing...
lebih2 kan org ate koya lak kekeke...
bez sgt kuar ngan diorang ..
terlepas lah segala rindu yg ada..tq so much my fren...

hati berbicara :
yaAllah ku bersyukur padamu krna mengurniakan sahabat2 seprti diorang ni kpdku...bersyukur dgn segala2Nya...insyaAllah aqu xkan lupakan korang semua..selagi nyawa tidak terpisah dr jasad.amin :)








Assalamualaikum semua...
selamat pagi...
emm emm 
nak sambung gambaran hari kiamat yg part 1 hari tu..
kikikiki...
buat peringatan diri sendiri n org2 yg sudi membacanya ..:)


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




Assalamualaikum semua..
ade budak2 tengah skodeng ye...
ooo wat pe tu ye...sila2 jgn segan2..
kikiki tenkayu sudi jenguk2 blog buruk ni ye...
hari kiamat ?
emm xdpt nak imagine kan macamane lah rupenye..
lebih dasyat dr gempa bumi..
lebih dasyat dari letusan gunung berapi..
huk2 takut sangat..emmm 
nak share article ni pulak...
hehehe rajin lak ye hari ni mengepost entry2..
ok jom kite bace same2..
juz amek iktibar jugak ye..:)

sekadar hiasan...

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah s.w.t..Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka...Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

Pemimpin yang adil.
 Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
 Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
 Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
 Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
 Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
hati berbicara:
part 2 esok pulak ye..kikiki...
bace dulu yg part 1 sampai abes...

Assalamualaikum semua..
dah kenyang dah..
korang  yg belum makan tu..
cepat2 g makan nnt kan pengsan lak..
xmo tolong hehe..
bagi yg puasa tu ..selamat berpuasa...

nak share 7 sunnah Rasulullah lak..tadi dah cite pasal dajjal kan..
dah bace belum?
haaa malas ye nak bace kalau benda2 baik ni...
hahaha..xpe lah..juz amek iktibar okeyh...:p

cerdasnya org beriman ialah org yg mampu mengolah hidupnya sesaat..yg sekejap untuk hidup yg panjang..hidup bukan untuk hidup tetapi hidup untuk yang Maha hidup..hidup bukan untuk mati tapi mati itu lah untuk hidup...hidup kembali suatu masa nnt...kan kita akan dibangkitkan kembali rite?
kita jgn takut mati..jangan lupakan mati..tapi rindukan mati..kalau boleh kita xmo mati kan?sebab ape ye?sbb masih belum cukup amal untuk dibawa ke sana...kerana mati itu adlh pintu untuk berjumpa dgn Allah s.w.t ..mati bukan cerita akhir hidup..tapi sebenarnye mati adalah awal hidup..
wah2 pjg bebebo nasihat ye..kikiki...
nak bace...juz bace..
xmo bace...tutup mate ...:p
ok lah ape yg 7 sunnah tu ye..

pertama
tahajjud..kerana kemuliaan seorg mukmin terletak pada tahajjudnya..
kedua
membaca Al-Quran sebelum terbit matahari,.alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia..sebaiknya mata membaca Al-Quran dgn penug pemahaman..
ketiga
 jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 
keempat
 jaga solat dhuha..kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha
kelima
bersedekah setiap hari...kerana Allah s.w.t suka org yg bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan org2 yg bersedekah setiap hari..
keenam
jaga wuduk.. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 
ketujuh
 amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

hati berbicara :
sharing is caring...same2 membentuk peribadi mulia...hehehehe
Assalamualaikum..
guf aftenung sume..
jangan lupe mam tengahari ye..
nanti menyanyi2 lak perut korang...
heheh 
jom bace kisah dajjal lak..
dajjal pun ade keistimewaan ok?
xcaye?
bace jgn xbace...
juz jadikan iktibar ...
gambar sekadar hiasan
KEISTIMEWAAN DAJJAL
 Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:



Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.



Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.



Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”



Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”



Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.



Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

BILA DAJJAL DILAHIRKAN
 Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.



Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.



Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.



Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.



Tamim: Siapakah kamu?



Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?



Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.



Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.



Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?



Tamim: Ya.



Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?



Tamim: Airnya banyak lagi.



Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.



Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.



Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?



Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.



Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJJAL TINGGAL DI MANA?
 Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.



Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.



Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.



Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.



“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.



Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?



Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.



Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”



Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

Assalamualaikum..
selamat pagi n gud morning hehe..
lapar lah..nak makan xde selera lak hari ini...
uhuk2..
eh2 susah ke nak pahami hati wanita yg lembut ni..
xsusah kan...saje2 je kaum adam ni xmo paham ..
huh
sabo je lah ye kakak2,abg2,suami2 di luar sane ye....
hahaha kelakaw sabar je lah jadi suamik ye..!
> >laki talipon,

> > Yang oii... Abang kat kedai mamak ni...awak nak pesan apa-apa?
> >
> > Bini jawab,
> > Takmau bang, bini awak diet...
> >
> > Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
> > Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
> > Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....
> >
> >
> > Bila laki balik,
> > Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
> >
> >
> > Bini jawab,
> > Memangla orang kata takmau apa-apa...
> > Tapi belikan jerla apa-apa....
> > Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
> >
> > Eh, bini akuni... Yang mana satu ni!

-------------------------------------------------------------------------------------sabo je lah hahaha


> > Laki talipon bini,
> > Petangni awak nak masak apa Yang?
> >
> >
> > Bini jawab,
> > Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
> > Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
> >
> >
> > Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
> > Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
> > Sampai umah, sendawa bau kamben...
> > Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
> > Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
> > Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
> >
> > Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
> > Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
> > Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
> > Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

------------------------------------------------------------------------------------------------hahaha halusinasi nye habaq
> > Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
> > Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
> > Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
> > Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
> >
> > Si laki punyala seronok weeiii....
> > Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
> >
> > Bila dah siap, kuar bilik...
> > Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
> > Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
-------------------------------------------------------------------------------------------------pdn muka hahaha
> > Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
> >
> > Abang keja lah yang....
> >
> > Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
> > Pastu abang balik la KL balik
> >
> >
> > Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
> > Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
> >
> >
> > Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
> > Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

--------------------------------------------------------------------------haha tensen dapat bini camni kan?
> > Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
> > Abang tak kesian bini abang ker...
> > Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
> > Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
> >
> > Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
> >
> > Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
> > Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
> > Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
> > Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
> > kenapa spender ni awak lipat tiga?
> > kenapa? kenapa? kenapa?

------------------------------------------------------------------sabar itu separuh dr iman kan kan kan hahahaha
> > Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
> > bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
> >
> > Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
> > Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
> > pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
> > bukan ada org nk tengok ponnn...
> >
> > Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
> > Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
> > Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
> > kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

-------------------------------------------------------wahaha kesiannnn

hati berbicara :
kesian laki otak lurus sgt..xleh bengkang bengkok sikit...haha..sabo ye..t nak wat camni gak lah hahaha..ampunn


Assalamualaikum...
nak join gak segmen abg ben..
semua segmen nak juin..tamak betul..hehe
xpelah meh lah juin same2 ye...

http://www.benashaari.com/2010/12/i-follow-u-yer.html

segmen baru abg ben...

bila mula buat blog ?
september 2010 cikgu 

Jumlah follower sekarang ini ..
sekarang ni : follower 1167

Berapa trafik harian ?
kalau blogwalking boleh 500 ke atas...
kalau xblogwalking leh dalam 300 lebih2..
kalau xonline 100-200 
lebih kurang mcm tu..
2-3 hari ni mls dapat 300lebih je sob3x..pdn muka

Sehari brapa entri ?
sehari wajib satu entry ..
kdg2 2 entry or 3..
hehehe

Berikan satu blog yang best korang suka baca ..
blog bro ben lah..ni yg first wajib tgk..bezzz (xbodek pun)
blog nazirul hazwan..
blog fatin liyana..
blog bez n cute kat bloglist qaseh yg tu mmg wajib jenguk wpun xtgglkan komen or jejak kat shoutbox
(bro ben nak satu je lah..tamak betul engko ye)
hehehe ..


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates