facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Qaseh ada baca satu artikel ni tau, sebab hari tu qaseh ada buat carian cara menajamkan minda anak, sebab Rayyan ni kadang hilang fokus. Risau lah sebab tahun ni dah masuk darjah dua, silibus lagi la susah. Berbalik cerita tadi, artikel tu ada share tau, seorang mak ni amalkan campuran air bersama madu dan saffron untuk anak-anak dia 

Qaseh terfikir jugak, ye lah kita dimomokkan dengan minum tettt jadi kuat, minum tuutttt untuk perkembangan tapi bila tengok bahan kandungan penuh dengan gula ajer haih. So qaseh pun nak ubah, lebih baik lambat berubah dari tak berubah langsung ye dak ~ 

Madu saffron

$ads={1}

Kali ni qaseh nak kongsikan tentang kebaikan madu saffron yang banyak beri kesan baik dan kebaikan untuk kesihatan, kecantikan dan juga memberi ingatan yang tajam jika diamalkan, bukan untuk anak-anak sahaja tapi untuk seisi keluarga

Apa Itu Saffron

Bila sebut pasal Saffron ni memang kita dah tahu, ia sesuatu yang mahal sebab ia bukannya senang di cari. Saffron di gelar juga sebagai ‘Raja Rempah’ dan ‘emas merah’ yang berasal dari Asia Tenggara. Saffron berasal dari stigma bunga Crocus Sativus Linneaus atau Crocus Saffron. 

Gabungan Madu dan Saffron 

Bayangkan khasiat Saffron di gabungkan pula dengan khasiat madu yang terbaik. Bila kita amalkan hari-hari inshaAllah kita akan dapat kesihatan yang baik, lagi-lagi jika diamalkan untuk anak-anak, sangat bagus bagi menajamkan minda mereka

Madu saffron

$ads={1}

Sejak dua menjak ni qaseh ada amalkan Madu saffron Iran (Saffron Iran dikenali dengan kualiti tinggi dan aroma yang kuat dan Iran merupakan pengeluar Saffron yang terbesar di dunia )

Madu Saffron Iran dengan Zam-Zam 

Madu Saffron Iran ni campuran beberapa jenis madu hutan asli dengan perapan helaian bunga saffron yang berkualiti tinggi yang diimport dari Iran. Setiap 300g madu saffron mengandungi 1 gram pati saffron asli dengan beberapa herba yang terpilih dan di bancuh bersama air zam-zam tulen

Madu saffron

$ads={1}


Qaseh amalkan bukan untuk diri qaseh je tapi selebihnya untuk anak, sebab qaseh perasan Rayyan ni kadang kurang fokus pada apa yang qaseh bagitau, dia macam cepat bosan haaa anak korang pernah tak macam tu ? Betullah nak anak bijak ni bukan fokus belajar ajerr tapi kena tengok juga pemakanan diorang so yang perlu buat kita la sebagai mak bapak nya, betul dak ~ 

Kadang pagi-pagi bagi air coklat, milo , susu yang bergula huhuhu dalam tak sedar bagi kesan juga pada pembesaran fizikal dan juga mental. Jomlah kita tukar, bagi madu saffron untuk otak anak kita sebelum pergi sekolah [ power combination ]

Kebaikan Madu Saffron Iran

Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381, Imam Ali KMW menyatakan yang bermaksud: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir." {codeBox}

  • Menguatkan ingatan dan menpertajam fikiran
  • Menghilangkan rasa resah gelisah
  • Menenangkan hati dan fikiran
  • Menambahkan tenaga rohani dan jasmani 
  • Menjadi asbab kecerdasan akal
  • Meningkatkan imuniti badan 
  • Menstabilkan kehangatan tubuh
  • Memberi tidur yang lena pada waktu malam 
  • Kebaikan madu saffron
    Melegakan sakit sendi

Beri Air Madu Saffron Iran Untuk Anak 

  • Membantu kuatkan memori anak-anak
  • Mudahkan proses memahami ilmu baru 
  • Membantu anak lebih fokus bila belajar {alertSuccess}

$ads={1}

Mula-mula mungkin anak taknak sebab Rayyan ni sejenis tak boleh tengok air warna lain mula lah rasa pelik : | tapi bila dah lama-lama buat dia sendiri yang akan minta untuk minum sebelum pergi sekolah dan boleh terus minum madu tu tanpa campur dalam air

Bila dah selalu cuba, haaa asyik mintaklah pulak nak minum madu saffron ~ sabo jer la, karang tahu-tahu dah habis sebotol ~ 

Qaseh pun dah try, rasa dia berbeza dengan madu biasa tapi tetap sedap cuma rasa dia lagi kuat, manis madu dan rasa Saffron tu sendiri. Qaseh lebih suka minum terus macam tu je. Alhamdulillah jom kita semua amalkan supaya banyak kesan positif yang kita dapat 

Salah satu sebab adalah qaseh lately ni cepat betul pelupa :( belum tua lagi dah lupa itu ini, taknaklah ada penyakit nyanyuk di kemudian hari, so semoga madu saffron ni lebih menguatkan ingatan qaseh, laki (supaya tak lupa bini dia) dan menajamkan minda anak-anak, supaya Rayyan jadi anak yang cerdik bijak pandai, ameen 

Kebaikan madu saffron

$ads={1}

Cara Pengambilan Madu Saffron Iran 

Untuk tajamkan akal fikiran : Minum 2 sudu pada waktu pagi selepas sarapan (sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa)

Amalan harian : 3 sudu madu dan dibancuh dengan sebotol air putih. Boleh diminum sepanjang hari 

Untuk menenangkan diri : Diambil bila perlu. Bancuh 3 sudu madu bersama secawan air sejuk dan diminum sehingga habis 

Masalah sakit sendi dan tidur lena : Minum 1 sudu madu setengah jam sebelum tidur dan minum air putih segelas 

Boleh juga di amalkan seperti madu-madu lain yang korang selalu minum {alertWarning}

Pastikan jangan pilih yang tiruan tau, jangan pilih yang ada pengawet dan gula tambahan. Kita nak sihat kena cari yang betul-betul original. Mahal sikit takpe jangan beli tiruan nanti sakit yang dapat 

Qaseh beli dekat sini — > Madu Saffron Iran Original {alertInfo}

Madu saffron

$ads={1}

 












Hurmm sejak seisi keluarga qaseh pernah kena jangkitan covid, pelbagai cara qaseh cuba untuk rawat batuk, selsema, sakit tekak dan demam. Yes, memang tak boleh bergantung kepada ubat-ubatan sahaja tau korang, serious makanan sunnah juga membantu. Salah satunya adalah dengan mengamalkan cuka kurma, korang tau tak cuka kurma memang bagus untuk merawat batuk, selsema dan demam lagi-lagi batuk yang berpanjangan. Lagi bagus cuka kurma serasi untuk anak-anak 

 

Cuka kurma untuk batuk

$ads={1}

Sekarang musim batuk kembali serentak dengan covid dan juga influenza, kes makin naik pulak ! Haih risau kan ~ sebenarnya lebih risau pada anak-anak, Rayyan sejak dia ke sekolah tak sah kalau tak batuk, balik sekolah je mesti selsema dan batuk, so far dia jarang demam tapi bab batuk dan selsema selalu sangatla, risau wei sebab benda tak nampak kan. 


Cuka Kurma Oxymel Khal In-Sãnivir Sesuai Untuk Merawat Batuk, Selsema dan Demam

Thats why qaseh amalkan juga makanan sunnah di rumah, cuka kurma. So hari ni qaseh nak kongsi pada korang yang dah buntu nak rawat batuk macamana lagi kan, korang cuba lah cuka kurma Oxymel Khal In-Sãnivir ni, at least sekurang-kurangnya setiap rumah kena ada sebotol cuka kurma Oxymel Khal In-Sãnivir. Banyak khasiatnya ~

 

Cuka kurma untuk batuk

$ads={1}

Sabda Rasulullah S.A.W : ‘Sebaik-baik hidangan adalah ‘khal’ (cuka). Ya Allah berkatilah pada ‘khal’. Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku dan jangan terputus cuka di dalam rumah’ HR Muslim


Maksud Oxymel Khal In- Sãnivir 

Maksud Oxymel merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dahulu kala. Khal pula bermaksud perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap dan menghasilkan cuka. Manakala In- Sãnivir pula bermaksud ramuan yang di adun khas untuk memberi kelegaan pada orang yang sedang demam, selsema, batuk dan seangkatan dengannya. Jadi, ketiga-tiga ramuan ini diadun untuk menghasilkan cuka yang terbaik untuk kesihatan 

Batuk dan selsema ni jangan dibiarkan lama tau hingga berlarutan pada anak-anak, risau boleh membuatkan terjadinya jangkitan kuman pada paru-paru. Moga dijauhkan sangat kan la kan~ qaseh berani bagi sebab bahan-bahan adalah selamat dan tiada kesan sampingan 

Semestinya halal, tiada bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tanpa sebarang gula, tanpa sebarang perisa dan , kalau tengok bahan kandungan pun memang organik je haaa


$ads={1}

Bahan Kandungan Oxymel Khal In- Sãnivir 

  • Cuka Kurma Ajwa 
  • Madu Hutan Tropika
  • Ekstrak Daun Pudina
  • Ekstrak Rumpai Laut

Kenapa Perlu Amalkan Cuka Kurma ?

Selalunya kan bila Rayyan tidur malam memang jarang dia lena, sebab selalunya dia akan terjaga tengah-tengah malam dan batuk. Hurmm Umi of course lah gelabah, risau pulak tengok tiap malam asyik batuk ajer dan dia akan bangun untuk minum air. Hidung pulak asyik tersumbat dan qaseh akan letak minyak angin tapi sekejap je okay

Qaseh pulak memang dari dulu ada masalah mukus, bila bangun tidur rasa macam ada benda tersekat je di tekak dan masalah kahak juga. Hidung tersumbat sememangnya sejak dulu lagi. Rimas kadang dengan semua ni, tapi hadap je la in case akan berhenti sendiri ~ tapi rupanya tidak ye ~ masih lagi ada masalah sama ! So qaseh memang kena cari solusi 


$ads={1}

Thats why kami amalkan cuka kurma tapi korang kena ingat ianya bukan penawar serta merta tau tapi bila konsisten amalkan dalam hidup seharian kita,inshaAllah slowly akan membantu. Dada rasa lebih lapang, batuk mula berkurangan, nak bernafas pun rasa makin lega ~ 

Dan kena juga amalkan pemakanan yang sihat, jangan la kemain amalkan cuka kurma tapi ambil gula berlebihan sebab ianya juga mendatangkan mudarat 

Khasiat Cuka Kurma Oxymel Khal In- Sãnivir

  1. Sangat bagus untuk menyembuhkan selsema, batuk dan demam
  2. Meredakan segala macam jenis gejala dan masalah common flu
  3. Meredakan masalah pening, sakit kepala dan seumpamanya
  4. Meredakan masalah selsema, kahak dan mengecilkan mukus di rongga
  5. Memberi kelegaan daripada sakit tekak, batuk, demam dan seumpamanya
  6. Bertindak sebagai fast respons melawan virus berkaitan dengan common flu
  7. Melancarkan pernafasan yang tersumbat akibat selsema
  8. Membuang angin dalam badan 
  9. Badan akan mudah sendawa dan membuang angin

Kesan Bila Mengamalkan Cuka Kurma : Oxymel Khal In-Sãvinir 

Alhamdulillah, rasa dia sedap, manis-manis berangin gitu sebab ada pudina. Dah tak bagi dah ubat batuk pada anak, kalau rasa nak demam or tak sihat badan je hah terus amalkan Oxymel Khal In-Sãnivir sebagai satu usaha untuk bantu memulihkan. Nasib baik Rayyan suka dengan rasanya


$ads={1}

Sekarang, memang hari-hari wajib minum (sedap jugak buat air) dan amalkan sehingga rasa sembuh. Takde masalah pun nak amalkan setiap hari sebab ianya organik, buatan sendiri so ia takkan rosak dengan penyimpanan yang betul. Korang wajib try tau !

So far, bila bangun pagi tak rasa berat sangat di dada ni, rasa lega dan hidung pun tak selalu tersumbat. Rayyan pun nampak sihat dan takde dah batuk yang keterlaluan sampai nak terkeluar anak tekak  dan berpanjangan macam sebelum ni, tidur  pun nampak lebih lena. Serious bagus untuk anak-anak. Qaseh ada selang selikan dengan madu juga, nanti qaseh share madu apa okie ! 

Cara Pengambilan Cuka Kurma  Oxymel Khal In- Sãnivir

Dewasa                 : 1 sudu besar sekali minum. Diikuti minum air putih 2 gelas 

Kanak-kanak        : 1 sudu kecil selepas makan diikuti minum air putih 2 gelas 
( 4 tahun ke atas) 

Boleh diminum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala pulih. {alertInfo}


$ads={1}

Cara Simpan : Simpan pada suhu bilik, elakkan dari cahaya matahari dan haba panas. Tak perlu disimpan dalam peti ais  

Cuka kurma Oxymel Khal In-Sãvinir ni juga sesuai untuk para preppers. Tiada tempoh lupus had masa. Boleh di simpan dalan jangka masa yang panjang dan tidak rosak. Rasanya tidak berubah malah lebih likat dan sedap. Boleh jadikan ia prepping korang ! 

Mana Nak Dapatkan Cuku Kurma Oxymel Khal In-Sãnivir ?

Qaseh beli di shopee je korang, mudah tapi trusted dan semestinya original.Korang boleh dapatkan di shopee sahaja ——> Oxymel Khal In-Sanivir.



Assalamualaikum, hai korang ~ rasa macam dah lama sangat tak menulis personal macam ni. Bila dah start menaip rindu pulak dengan semangat dulu-dulu walaupun hanya coretan kosong. Korang apa khabar ? Yang lama dan yang baru dan yang masih ingat qaseh disini, rasanya dah ramai yang bersara dari blog kan ~ takpelah kadang ada benda kita kena lepaskan, mungkin masing-masing dah sibuk dengan komitmen masing-masing 


$ads={1} 

Harapnya korang semua sihat sentiasa, di panjangkan umur, selalu diperluaskan rezeki. Yang mana single dulu mesti dah kahwin dan beranak pinak kan, yang mana dulu pernah cakap ‘aku benci lelaki’ mesti dah bahagia sangat kan elelele, yang mana masih menanti zuriat moga ada rezeki tahun 2024 ni, yang mana sedang bersedih ~ harap korang kuat ye

Takde apa pun nak dicoretkan, just nak ucap selamat tahun baru buat korang semua. Tahu-tahu sejak 2010- 2024 blog qaseh masih wujud, pernah berhenti, pernah giveup, pernah rasa nak bersara je dari blog ni, sekarang zaman social media tapi  anehnya qaseh masih sambung bayar domain blog walaupun semangat dah on off ni haha 

Sayang ~ sayang sangat blog ni, takpela semangat tu nanti kita kutip lagi, tapi blog ni banyak sangat kenangan, banyak juga bagi rezeki dan banyak juga bertemu kawan-kawan. Mungkin nanti qaseh dah tak larat nak buat job, mungkin qaseh kembali menaip kat sini dengan rutin harian di waktu tua pula haha 

Qaseh rindu korang, teringin nak tahu apa perkembangan semua yang pernah blogwalking, ada yang masih aktif dan juga ada yang dah lost contact, harap baik-baik je la ek . Qaseh kat sini sihat je, now dah ada anak, sepasang pulak tu. Alhamdulillah syukur. Lah macam tulis surat dekat kawan pulak kan haha

$ads={1} 


Tahun lepas ~ ermm qaseh rasa macam ingatan kureng sikit, rasa takde ujian berat sangat, ujian kecil-kecil yang qaseh boleh lagi hadap, alhamdulillah tq husband dan family kecil yang masih setia menemani. So far, 2023 everything smooth je, banyak hal menggembirakan ada jugal hal yang sedih tapi simpan je kemas-kemas 

Hurmm apa lagi ek, haaa so qaseh dah bergelar ‘Umi’ dan masuk 8 tahun, struggle la jadi mak ni, susah sebenarnya hahaha nak nangis tapi kena sabar. Mak ayah kita pun macam tu la nak kena hadap perangai nakal ko ni, kikiki sekarang rasaaaiiiinnn ~ inshaAllah nak jadi mak yang sempurna tu tak dapat, emosi kena kawal baik-baik sebenarnya itu yang penting

So agak-agak azam korang tahun lepas dan termakbul ke belum ? Qaseh ada 1 benda lagi tak dapat haha biarlah rahsia tapi qaseh ikut je takdir yang Allah dah tetapkan, moga tahun ni qaseh dapat lah wishlist tu. Btw, wishlist yang lain pulak dapat, eh qaseh tak rasa wishlist pun sebenarnya tapi dia macam tiba-tiba je rasa nak beli haha 

So tahun baru ni, qaseh beli monitor, selalu qaseh buat kerja guna ipad je. Nah ni tengah menaip guna monitor pulak, besar baq ang, baru puas hati. Qaseh pun tak pandai sangat nak survey, beli untuk buat kerja je, so takde lah mahal sangat. Qaseh beli brand Samsung jugak macam my fon lah. Senang gituh sama brand padahal apa yang menyenangkan pun tak

Monitor samsung review
Masih lagi bersepah, takde mood nak mendeko lagi ~ haha

$ads={1}

So far so good lah monitor ni, cuma qaseh connect dengan ipad je, so dia tak jadi full screen. Kalau guna ipad pro yang boleh update stage manager tu boleh lah buat full screen tapi ni pun dah okay, takde lah kecik cinonet sangat ~ so far i puas hati ~ kalau ada duit lebih nanti boleh survey cpu, btw laptop qaseh rosak screen tak repair2 lagi, maleh ~ 

$ads={1} 

Qaseh beli di shopee je —> Samsung Monitor 27inch curve {alertInfo}

Lah dah kenapa i perlu explain segalanya disini haha. Apapun selamat tahun baru 2024 buat diri sendiri dan semua, semoga tahun baru pastinya kita nak jadi yang lebih baik hurmmm. Okay adios ! Tq kerana sudi membaca :p Jangan lupa klik iklan ahahaha bye





Sejak dua menjak ni ramai pula pemandu menggunakan lampu kereta putih di jalan, kadang stress betul dengan cahaya lampu macam tu memang menyakitkan mata lagi-lagi untuk orang yang ada silau. Disebabkan itu, suami qaseh ajak pergi buat spek mata untuk silau di Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza. Katanya dah tak tahan senak mata dan dia pula selalu memandu pada waktu malam

Jom terjah kedai Eye Pro Vision lagi ! Macam biasa kalau pergi sini qaseh memang suka pergi hari biasa je, sebab kalau pergi weekend memang ramai, kedai bagus dan berkualiti memang ramai weh serbu, so iols nak pilih spek dengan tenang, tapi tu pun ramai jugak sebenarnya haha nasiblah, so cepat-cepat settlekan segala urusan

Design Bingkai Spek Baru Lagi Cantik !

Sebab dah lama tak pergi, banyak juga design frame yang baru masuk korang, alaaa lawa-lawa lah pulak ! Kalau beli lagi confirm qaseh akan jadi collector spek mata Eye Pro Vision yang berjaya, tapi misi mencari spek untuk suami tetap diteruskan, haaa design macam mana yang dia nak ni ek ~ harap tak complicated dan rambang mata macam isteri dia :p


Promosi Eye Pro Vision | Murah ! RM65 untuk Frame dan Cermin Multicoated , Power sehingga 400

Bestnya Eye Pro Vision ni promosi selalu ada tau korang, tu yang suka ! Sebab yelah tak semua ada bajet, kadang-kadang tengah bulan spek buat hal, patah lah, hilang lah haaa semua ada so sangat membantu untuk sesiapa yang perlukan spek dengan harga yang rendah. 



Eh kalau nak yang branded pun ada juga, so harga di kedai Eye Pro Vision ni semua ada, dari harga rendah hinggala harga yang tinggi, mengikut poket korang. 

Lens / Kanta Alpha Blue Lens Bagus Untuk Mata 

Berbalik pada isu suami qaseh senak mata dengan cahaya lampu kereta putih dan silau, kita akan cari lens atau kanta yang sesuai dan sangat membantu, boleh elakkan cahaya tu terus tembus ke dalam mata kita iaitu Alpha Blue Lens 


Kebaikan Alpha Blue Lens untuk mata 

  1. Sesuai kepada korang yang ada masalah silau , selalu memandu pada waktu malam, selalu mengadap smartfon / laptop dan pada yang bekerja melibatkan screen 
  2. 100% menghalang sinar UV dan Ungu (420)
  3. Block segala sinaran dari terkena terus pada mata kita
  4. Kalis air
  5. Tahan calar
  6. Mudah dicuci 

Pilih Bingkai yang Fleksible

Haaa bagi korang yang selalu lalai, suka letak spek merata-rata dan kalau tiap bulan tu memang tak sah la kalau speknya tak patah, korang wajib beli bingkai yang fleksible ! Boleh kepak-kepakkan, kalau terduduk atau terpijak pun tak mudah patah, haaa kalau patah jugak tak tahu lah nak cakap apa, mungkin kena pakai bingkai besi hahah ! 



Spek Mata Siap Dalam Masa 1 Jam sahaja ! 

Dah pilih frame, dah check power dan rabun, nah korang boleh la meronda-ronda atau cuci mata jap di Sungei Wang ni, banyak juga kedai makan kat sini. Spek mata pun akan siap dalam masa 1 jam sahaja, tak lama lah, korang lepak-lepak makan tup-tup dah siap ! Kalau rushing sekalipun tetap ada masa lagi untuk menunggu ~


Akhirnya spek mata suami qaseh dah siap, alhamdulillah so far dia memang ada silau sikit , rabun takde so memang sesuai la spek mata alpha blue lens ni untuk dia.

So korang, datang je kedai Eye Pro Vision ni ha, owner dan staff pun bagi layanan yang baik, apa-apa korang boleh discuss dengan mereka, konfirm puas hati, layanan bagus, kualiti spek mata pun bagus, rugi kalau tak datang ~ jangan cakap akak tak payung ~ aaaa gitewww 


Alamat Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza 

EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR.












Cari telefon hilang menggunakan nombor telefon

Memiliki telefon bimbit yang hilang adalah pengalaman yang sangat mengecewakan dan mengganggu. Namun, dengan kemajuan teknologi moden, kita kini boleh mencari telefon hilang menggunakan nombor telefon. Artikel ini akan membincangkan cara yang berkesan untuk melakukan ini dan cara menggunakan dengan betul https://scannero.io/my/ - aplikasi lokasi penjejakan terbaik. Teruskan membaca!

Bagaimana Telefon Boleh Hilang dan Kenapa Kita Perlu Menjejaki Ia Menggunakan Nombor Telefon?

Ada banyak sebab mengapa telefon boleh hilang, termasuk:

  • Tidak sengaja meninggalkannya di tempat awam
  • Dicuri oleh pencuri
  • Hilang dalam kemalangan atau bencana alam

Tidak kira apa pun sebabnya, kehilangan telefon dapat menyebabkan masalah dan kerugian yang besar. Dalam semua kesini, ia penting untuk cari no telefon secepat mungkin untuk melindungi data pribadi dan mencegah penyalahgunaan. Dengan menggunakan nombor telefon, kita boleh menjejaki dan mencari lokasi telefon untuk mendapatkannya kembali.

 

Aplikasi dan Alat Yang Boleh Digunakan Untuk Mencari Telefon Seseorang Melalui Nombor Telefon

Terdapat beberapa aplikasi dan alat yang boleh digunakan untuk mencari telefon hilang:


Find My iPhone dan Find My Device

Find My iPhone adalah aplikasi yang disediakan oleh Apple untuk pengguna iPhone, manakala Find My Device adalah aplikasi serupa yang disediakan oleh Google untuk pengguna telefon Android. Kedua-dua aplikasi ini mempunyai ciri pelacakan lokasi berdasarkan nombor telefon dan juga membolehkan pemilik untuk mengunci atau memadam data telefon dari jauh.

 

Scannero.io

Scannero.io adalah aplikasi mudah alih yang sangat berguna untuk mencari telefon hilang. Ia mempunyai pelbagai ciri termasuk:

  • Pelacakan lokasi secara tepat menggunakan nombor telefon
  • Menunjukkan peta dan jalan terdekat untuk ke telefon tersebut
  • Merakam laporan polis dan membuat cadangan untuk memadamkan data jauh secara automatik

Moniterro.com

Moniterro adalah laman web yang boleh digunakan untuk mencari telefon hilang menggunakan nombor telefon. Ia menawarkan perkhidmatan pelacakan lokasi percuma dan juga mempunyai ciri-ciri tambahan seperti kamera tersembunyi untuk mengambil gambar pencuri dan penghantaran mesej teks automatik ke nombor alternatif jika telefon dihubungkan kepada internet.

 

Selain itu, terdapat juga beberapa perkhidmatan dalam talian yang membolehkan anda untuk mengesan lokasi nombor telefon.

 

Langkah Untuk Mengesan Telefon Anda yang Hilang Dengan Nombor Telefon 

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk mencari telefon hilang menggunakan nombor telefon:

 

  1. Gunakan aplikasi atau alat yang sesuai seperti Find My iPhone, Find My Device, Scannero.io atau Moniterro.com.
  2. Log masuk ke akaun anda dan gunakan pilihan "Find my phone" atau "Track my device".
  3. Ikuti arahan untuk memperoleh lokasi terkini telefon anda.
  4. Jika menggunakan aplikasi Scannero.io, gunakan lagi ciri-ciri tambahan seperti merakam laporan polis dan membuat cadangan data jauh.
  5. Jika tidak berhasil, cuba jejak lokasi melalui nombor telefon dengan menggunakan perkhidmatan dalam talian.
  6. Sekiranya tidak berjaya menjejaki telefon, hubungi penyedia perkhidmatan anda untuk memadamkan nombor telefon dan melaporkannya sebagai hilang.

 

Ingat itu penting untuk melindungi data peribadi dan menyemak dengan kerap nombor telefon anda untuk mengelakkan kehilangan yang tidak dijangka.

 

Keselamatan dan Privasi: Apakah Risiko Mengesan Telefon Yang Hilang Mengikut Nombor? 

Meskipun mencari telefon menggunakan nombor telefon adalah cara yang berguna dan efektif, ia juga mempunyai risiko tertentu yang perlu diambil kira:


  • Kemungkinan penggunaan yang tidak sah: 

Jika nombor anda disalahgunakan oleh orang lain untuk mela ak lokasi anda, ini boleh membahayakan keselamatan dan privasi anda. Oleh itu, pastikan untuk menyimpan nombor telefon anda dengan selamat dan tidak berkongsi kepada orang yang tidak dikenali.

  • Kerosakan peranti atau kerugian data: 

Semasa mencari telefon hilang menggunakan nombor telefon, terdapat kemungkinan untuk memadam data atau merosakkan peranti dalam proses tersebut. Oleh itu, pastikan untuk menggunakan aplikasi yang sah dan berhati-hati semasa melacak lokasi telefon anda.

 

Selain itu, seseorang yang mempunyai niat jahat boleh cuba menyemak lokasi nombor telefon anda tanpa kebenaran. Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa memastikan telefon anda dilindungi dengan kata laluan yang kukuh dan mengaktifkan ciri hapus jauh jika perlu.

 

Kesimpulan

Dalam era digital ini, kehilangan telefon bimbit bukan lagi masalah besar seperti dahulu. Dengan pengetahuan yang betul dan alat yang sesuai, anda boleh mencari dan mendapatkan semula telefon anda dengan cepat dan mudah. Ingatlah untuk selalu menjaga keselamatan dan privasi anda semasa menggunakan teknologi ini.

Where to find the best discounts and also the offers that will please you most at Popilush with some items that are perfect for every day and also for those parties that we love most.

Popilush is a store that allows its customers to have the best pieces, with quality, practicality, discounts and even beauty, as you can have a piece that makes you even more beautiful. With that, let's look at today's recommendations and which of the discounted pieces will you take advantage of?



The Built-In Shapewear Slip Midi Lounge Dress is a beautiful shapewear dress black friday for everyday life and has a wonderful discount on the Popilush website for those who love it. It's that perfect midi for everyday life that can also be worn at parties.

It has a great fabric for those who like to shape their body and still define everything that is best, as it helps to define the hips, waist and abdomen, leaving your body in an hourglass shape and still very wonderful.

Another great point is that it is available in more than six colors, which allows you to create different looks, in addition to having more than seven sizes, which helps us all find the one that best suits our body.

You can also combine it with jackets, different shoes and also accessories that will make your look even more beautiful and complete for every moment you need. Remembering that putting on sneakers will give you an everyday look and you can wear them to go to the market or even for a walk.


The Sexy Lace Deep-V Neck Bodysuits is a wonderful shaping bodysuits for those who want a discount and who at the same time want a perfect piece for any moment, as it is a great bodysuit for every day.

It has a fabric that molds to the body, defining the waist and abdomen, thus making the body more beautiful and also with a tighter shape so you can wear it with any piece you want to imagine.

You will find this piece available in more than five sizes and also in four wonderful and basic colors that will help you when choosing, as you can have different sizes for all body types and also several colors that can match all looks.

As it is a piece with a V-neck, you can pick it up and combine it with lower-cut clothes and this helps a lot, as well as dresses that show more of the body and thus provide even greater security for the wearer.


The Contour Long Sleeve Square Neck Bodysuit is a slimming bodysuit that is also great for those who want that piece at a discount and that at the same time will give you a great number of possible looks.

It has a great fabric that helps define the waist, abdomen and arms, in addition to being very thick, which doesn't let anything show while you wear this piece. Another point that is a super benefit are the two colors available that match everything.

And you will also find this piece in more than five sizes, so it adapts to the most diverse body types, as each person is unique and so is each body. You can still wear it as a single piece with pants or a skirt, but it also goes with dresses.

Also add some accessories to add more charm to your look and also use different types of shoes to make it more casual or even for parties.
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates