• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Rasa macam tak nak balik , cantik sangat pemandangan kat sini :) tq Air Asia bagi peluang merasai semua ni 

Dah hari ke 5 berada di Kunming , rasa sedih pulak sebab 1 hari lagi je tinggal untuk mengabadikan moment-moment indah di sini , so untuk hari ke 5 , kami di bawa ke Western Hills Scenic Area ! Cantiknya dapat melihat pemandangan dari atas puncak bukit , 19 KM dari Kunming , Western Hills sebahagian pergunungan yang indah dan terkenal dengan hutan hijau serta bunyi-bunyi burung.

Sekali lagi untuk ke sini , kami kena menaiki cable car yang seram bagi aku , sebab aku sangat takut dengan ketinggian , tips aku bila naik cable car ni memang takkan pandang bawah , so ia mengelakkan aku dari terkena sawan gayat haha tapi syukur kali ni takde lah setinggi yang pertama kali aku cuba .. fuhh ! 


Bila ke dua kali naik cable car ni baru berani nak selfie , ni pun sebab rendah je kalau tinggi memang takde maknanya nak selfie bagai , statik macam patung je tau ! haha .. scary enough ~ tapi best gila sebab pemandangan yang super cantik .

Pemandangan dari atas cable car .. luas pemandangan banyak pengalaman seluas tasik ni haaa
Sesampainya kami kat sini , kena pulak mendaki tangga untuk menuju ke puncak ~ fuh betul-betul exercise je bila datang di Kunming ni tapi its okay for me , pengalaman seumur hidup dan sangat enjoy dengan tempat-tempat menarik kat sini , ini baru travel kan ? haha so sebab tu orang-orang China semua kurus dan sihat , makanan pun banyak berasaskan sayur-sayuran tapi sedap sangat masakan diorang .. 


Jalan-jalan santai sambil tengok apa yang menarik 
By the way , laluan kat sini agak sempit , makin naik ke atas makin sempi sebab melalui jalan tebing kan , so dalam 1 atau pun dua orang je dapat lalu , sebelum sampai di puncak bukit kami juga melalui gua-gua kecil macam gambar kat bawah ni ..dan akhirnya sampai jugak di atas puncak bukit .. 



Selain dari panorama melihat pemandangan Tasik , kat sini jugak terdapat kuil tertinggi iaitu Dragon Gate .. fuh macamana lah pekerja yang membuat kuil di puncak atas ni dengan ketinggian 8000 kaki di atas paras laut .. ~ 







Ini semua apa yang kami lihat dari atas , in real lagi cantik berbanding gambar , memang pemandangan yang sangat indah so berbaloi lah naik cable car , daki tangga dengan laluan sempit tadi .. subhanallah 
Ni lah dia tour guide kami yang bernama Judy , eh susah naw nak tengok dia senyum haha kadang nak senyum tapi cover2 lah pulek , kitorang ingat dia ni dulu mesti askar kah kah ! tapi dia baik orangnya

Sebelum balik untuk destinasi seterusnya sempat lagi mencuba pakaian tradisi diorang , tapi kena bayar lah kalau nak pakai ni siap dengan pakej gambar lagi , tq so much Ka Mei dari Air Asia yang belanja kami semua , memang best lah semua benda dia nak belanja .. so sempat lah rakam kenangan cuma orang kat sini tak bagi kami nak snap gambar sendiri by fon.. huh ! 


Auch ! cantik tak me ! haha .. dah macam cek mek molek jual bunga daaa

Yeah dah cipta memori kat sini , kami pun pulang untuk destinasi seterusnya , haaa kali ni kami pergi melawat burung-burung , bagi burung makan roti tapi burung tu bagi tahi ! cisss .. terus murung yang kena haha tapi kat sini pack gila .. jommm ! Haigeng Park kami datang ~~~~~
Assalamualaikum ..
Sekarang aku berada di kampung halaman tercinta hehe , mungkin ada yang cakap aku ni anak manja , kahwin pun still nak bertepek dengan mak lagi ... btw bukan suka-suka nak balik dan tinggalkan suami tercinta di sana sorang-sorang diri ..xdelah sorang2 , dia duduk rumah abg nya kalau aku xde , dekat sikit pergi tempat kerja  tapi keadaan tak mengizinkan untuk terus duk di sana , buat sementara waktu sahaja .. 

Ntahlah aku pun pelik dengan keadaan diri aku sendiri , bila duk kat rumah sana [rawang] macam-macam sakit ada , maknanya agak teruk , biasalah alahan kan semua orang merasai nya .. dan aku sekarang tak terkecuali untuk merasai nya tapi alhamdulillah setakat ni takdelah teruk sangat sampai kena warded , kalau ikutkan sejarah keturunan memang semua alahan alamatnya kena warded .. 

Cerita tentang kampung dan bandar , mungkin kat kg udara lebih segar dan tak terperuk sangat dalam rumah , amek angin segar .. ada orang nak borak , ada mak yg sentiasa bebel-bebel .. dan yang pasti persekitaran dan suasana .. lagi pun kat sana masih tak kenal sesiapa kecuali suami sendiri , time dia kerja , aku just melepek je .. hehe , so buat sementara waktu ambil keputusan untuk berehat di kg sekejap , takdela dia risau aku duk rumah sengsorang .. makan pun agak terjaga hehehe , dan alhamdulillah sakit kepala yg teruk hilang , muntah pun jarang .. hihihihi ngado je tahu ! 

jauh ~ terbawa lukisan hatimu 
hilang ~ mencari di mana kau pergi 
tinggal ~ aku di kampung ini 
sampai aku sihat .. :p

Macam ni ye rasa nya alahan seorang ibu , baru merasa haa kau , dulu buat do no je bila tengok orang-orang alahan .. hurmm tapi bukan senang nak jadi seorang ibu ..semoga aku jadi seorang yang tabah untuk menerima apa-apapun ujian .. semoga anak yang sedang membesar ni jadi anak soleh dan solehah dan permudahkan segala urusan dunia mahupun akhirat .. membesar lah sayang ~ ummi nak lihat anak ummi sihat sempurna .. ameen ..


Destinasi seterusnya selepas membekukan badan di Dongchuan Red Land yang super sejuk dan cantik tu , travel tour membawa kami ke Daguan Park .. Apa yang menarik kat sini ?





Daguan Park adalah sebuah taman tasik yang terletak di pinggir barat daya Kunming , kat sini ramai penduduk tempatan datang lepak-lepak , minum teh , main layang-layang dan banyak lagi aktiviti diorang , tumpuan kat sini adalah Daguan Ge iaitu sebuah pavilion tiga tingkay yang di bina untuk memeriahkan lagi kenangan Maharaja Kangxi dan kini merupakan sebuah gudang kaligrafi.




Patutlah kat sini jadi tumpuan ramai , sebab Daguan Park ni sangat cantik , selain dari tasik , banyak burung-burung yang berhijrah di sini , dan sambil-sambil tu korang boleh beri makanan kepada burung-burung yang ada .. yang minat dengan budaya , bangunan-bangunan yang cantik memang akan menarik perhatian korang.








Orang kata di Kunming ni sedap sate kambing , kat sini pun ada jual tapi qaseh tak sempat merasa sebab tour guide kami , Judy buat muka garang haha dia tak bagi kami beli ~ sobss tak dapat nak merasa , katanya makanan kat sini kurang bersih , tapi Aida Sue sempat jugak beli hak hak ! 

Dah puas meronda hingga ke petang , aktiviti kami seterusnya adalah menonton teater ! kagum gila qaseh dengan cara penyampaian mereka , terpegun tengok dengan segala aksi pementasan , yang pasti semua sado-sado hahah .. wei sempat lagi kan ! dah lah hensem nak mampoih .. tapi macam biasa bila dalam teater mana boleh snap gambar , jadi kenangan dalam hati hingga ke mati .. best moment ! 

Dynamic Yunnan Teater 

Dynamic Yunnan, juga dikenali sebagai Yunnan Impression Show, adalah lagu dan tarian yang luar biasa dan asli yang dianjurkan oleh penari terkenal China, Ms. Yang Liping. Dalam pameran itu, pelbagai jenis tarian dilakukan untuk menunjukkan ciri-ciri pelbagai puak minoriti di wilayah Yunnan. Dengan pencahayaan cahaya berwarna-warni di panggung, pertunjukan besar sangat terang dan cantik dengan penari-penari yang penuh semangat melakukan jenis tarian tradisional mereka.



Lokasi: 
Teater Seni Yunnan, No.132-134, Dongfeng West Road, Daerah Wuhua, Bandar Kunming, Wilayah Yunnan

Bagaimana untuk sampai ke sana? 
Pengunjung boleh mengambil bas 5, 10, 62, 66, 98, 26 ke perhimpunan Perhimpunan Kunming.

Harga Tiket: 
180Yuan / Orang

Waktu pembukaan: 
20:00 hingga 21:40 dari Isnin hingga Sabtu

Tamat aktiviti untuk hari ke empat di Kunming China , kami pun balik ke hotel dan rehat secukupnya sebab esoknya kami mendaki banyak tangga tapi berbaloi dengan keindahan yang sangat menarik ~ stay tune untuk hari ke lima .. ~ 

Assalamualaikum , 
sambungan dari cerita qaseh ke Kunming China by Air Asia , eh ingat kan dah habis , hehehe belum habis lagi qaseh ingin ceritakan tempat-tempat menarik di Yunnan Kunming China ni .. selepas kami dah kepenatan melawat Jinmabiji Square , kami di bawa ke satu tempat pergunungan .. yang sangat-sangat sangat sejuk iaitu Dongchuan Red Land , btw masa kami pergi tak kena sangat dengan musim so pemandangan agak kurang , tapi yg sebenarnya Dongchuan Red Land sangat cantik macam gambar kat bawah ni dan kat sini memang kegilaan photoghrapher .. memang xkan lepaskan peluang untuk dapatkan moment-moment indah kat sini 

Tips :
masa yg sesuai dna terbaik dari SEP-DIS , JAN-FEB , dan MEI-JUN
suhu : 3 darjah celcius 
wajib bawa baju tebal2 ! stoking ! sarung tangan ! sebab sangat2 sejuk...


Dan perjalanan pun bermula , qaseh ingatkan Dongchuan Red Land ni dekat-dekat je dengan Kunming tapi sebenarnya mengambil masa kira-kira 4 jam jugakla , haa sampai tertido-tido semua haha .. tapi perjalanan ke Donchuan sangat mencabar , gerun je tengok driver bas memandu dengan laluan yang sempit , lereng2 bukit .. fuh ... tanjat gigirl ! tapi tu satu pengalaman yang sangat best sebenarnya .. bravo uncle bas memandu dengan berhemah .. 

Disebabkan perjalanan yang sangat panjang , sila bawa hal-hal penting , wet tissue , mineral , atau apa2 makanan kot2 tetiba perut berbunyi .. atau boleh berhenti di stesyen minyak yang ada , kalau ada la ye .. dan toilet sangat2 teruk .. haha siap sedia bawak air , kat China ni jangan harap toilet ada air .. nanti qaseh tunjuk toilet yang paling rare ! memang daku tak masuk laa .. siap boleh jeling orang punya kat sebelah .. bluwerk ! 



Pemandangan sepanjang perjalanan , kawasan pergunungan .. dan ada juga penempatan2 di situ .

Berhenti seketika di petrol station , teringat pulak jajan jagung yang qaseh beli kat sini , sumpah sedap ! aduhhhhh masa ni jugak nak teringat kan , tapi jajan2 yang ada di sini memang xde kat Malaysia .. rugi tak bawak balik banyak , haa masa ni jugakla nak nyesal ! 



diorang pun borong banyak2 , tak sempat bawak balik umah , dah abis dalam bas ~

dan ini lah dia toilet rare tu ! ok skip ~ next !

 Btw Dongchuan Red Land terletak di bandar Xintian , 40 km sebelah barat daya Kunming , di sini memanga menarik beribu-ribu orang pelancong , mana taknya tempat ni sangat cantik dengan tanah yang berwarna merah , di tambah dengan pelbagai tanaman yang membangkitkan pelbagai warna .. Alhamdulillah dapat juga melihat keindahan ciptaanNya .. oh ye , dalam perjalanan ke Dongchuan qaseh melihat rata-rata penduduk di sini ada yang menggunakan keldai .. mungkin salah satu cara pengankutan mereka utk membawa barang-barang seperti rumput dll.

Bercerita tentang keldai , nasib kami baik bila tak ditetak oleh seorang pakcik ni , haha sangat kelakar , btw pakcik ni kat atas pokok , maybe tengah ambil makanan untuk keldai dia , dan waktu tu memang kami dengar dia dah terjerit2 , manalah nak paham kan , trjerit2 pun dalam bahasa china , waktu tu kitorang berhenti jap tgk pemandangan dan konon2 nak selfie dengan keldai tu .. rupa2nya pakcik ni marah kitorg usik keldai dia , last-last dia turun dari pokok then kejar kitorang dengan sabit ! lintang punkang lari , nasib baik sempat masuk dalam bas ! wakakaka , tour guide kami cakap kadang-kadang kat China ni apa-apapun kena mintak izin ,, heee sory laaa pakcik kami mintak maap naaa ~










Baru berhenti sekali , gambar dah seribu dalam camera , hihik .. mestilah kena tinggal kenangan , dan perjalanan di teruskan ke rumah tumpangan.. kat sini maaf ye takde hotel-hotel mewah .. yang ada homestay biasa-biasa je atau pun rumah penduduk di sini haaa , tapi dah cukup cantik dah .. kami tido semalam pun dah cukupla lebih-lebih bagi aku yang tak cukup isi ni , sampai ke tulang sum sum dia punya sejuk tu gigit , heater kat dalam bilik pun macam nak tak nak berfungsi je sebab tak mampu nak lawan kesejukan di Dongchuan Red Land ni , tapi yang best makanan kat sini sedap !!!! hehehe 

tempat kami bermalam .. di sebabkan kami smpai dah waktu senja so , tak dapat nak bersiar-siar di kawasan ni , lagi pun malam hari sangat gelap .. tambah2 sejuk nak mati ! lepak dalam bilik khai tengok movie ramai2 ~ haha .. tips tak bagi sejuk bila dah berada dlm selimut , jgn nak bergerak2 kalau tak ia bertambah sejuk ! huhuhu

ni cara depa panaskan badan ooooo tak habaq pun , ni pun kitorg sibuk merayau pastu tengok penduduk sini duk syok bakar tangan haha apa lagi , join sekaki ..

walaupun sejuk , gigih duk kat luar sebab nak upload gambar kat instagram tapi hampeh , tak dapat langsung .. memang kat sini jangan mimpi nak online sangat ye , ni lah di namakan holiday tanpa gajet , yahuuuu lepastu semua tido tak hingat donia .. keesokan hari kami bertolak pulang ke Kunming ~




yeahh im hapyy2 girl in town ! hehe

dalam perjalanan pulang , berhenti sekali lagi untuk bergambar buat terakhir kali .. dan terjumpa pakcik ni , apa lagi bergambor je la .. btw bergambor pun hulur2 lah sikit kat pakcik ni ye .. 



hehe tu je lah cerita qaseh serba sedikit berada di sini , andai datang ke Kunming jangan lupa datang di Dongchuan Red Land ye , pless datang dan nikmati sendiri udara dan keindahan alam kat sini , tak kan menyesal punya .. dan kami pulang kembali ke Kunming Hotel . next destination tunggu ~ 


Assalamualaikum .. 
Lama sudah tak berupdate blog yang usang dan makin usang macam tuan blog ni jugak , ntah seusang mana mampu umur ni pergi dan terus berjalan .. entry agak geli-geli remaja sikit bagi menghidupkan kata-kata yang kian jauh tenggelam.. heheh lama sudah qaseh dalia tak berjiwang dan bermain kata , masih rindu ? rindu itu fitrah .. 

sedang mendengar lagu 'belaian jiwa' , tetiba terindu .. bila berbicara soal rindu ia tidak pernah menjadi satu kesalahan mahupun dosa lebih-lebih lagi rindu pada syurga kita sendiri , auch rindu tu kadang sakit , hingga menyesakkan dada .. walau pergi hospital tiada sakit lelah tapi seakan dada terasa sempit .. terfikir pasangan yang "PJJ" mesti kadang menangis kan , tapi kekuatan itu pasti ada pada jiwa-jiwa yang kuat .. sabar lah sayang , saat ini sebenarnya terasa maniss .. maniss yang disaluti hempedu .. tapi bila bertemu dunia milikmu ~ 



''bila sendiri , hati bagai langit berselimut kalbu ''

Saat kita terasa rindu pada seseorang jangan lupa sentiasa selitkan dengan doa , moga-moga seseorang itu sentiasa di bawah lindungan Ilahi , di jaga baik-baik , di hilangkan segala resah agar rindu itu sampai tanpa rasa sesak dan lelah .. rindu itu terlalu banyak bukan pada yang hidup shja tapi yang telah pergi .. hanya doa yang jadi penghubung .. bukan emosi semata , jangan bazirkan air mata dengan sia-sia .. tapi di sulami dengan seikhlas doa ~ inshaaAllah di sana turut merasai .. 

Hati berbicara :
Berjauhan itu tidak selamanya membawa keburukan .. jangan pernah ukur kebahagiaan dengan betapa jauh jarak yang menghalangi ion-ion cinta .. jujurnya ia membawa satu perasaan yang terdalam .. yang merasai pasti tahu .. jiwa-jiwa yang sabar dan kuat .. 


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates