• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ,

Hari ke dua kami berada di AgroFarmStay , banyak aktiviti yang perlu di lakukan , dah baca hari pertama belum ? Sila klik older entry ok nanti tertinggal pulak cerita best kami , rugi tuuu .. hee , pagi-pagi lagi dah kena bangun pergi sarapan dulu , kenyangkan perut karang asyik lapar je , qaseh ni dahla membela cacing yang selalu lapar , lepas tu bergerak ke dewan untuk senaman 'GOYANG-GOYANG' haaa amek kauu , goyang-goyanggggg saya pecah lemakkk ... goyang-goyangg saya pecah lemak , cenggitu la lagu senaman kitorg .. sabo je la haha



Aktiviti pagi

Bergerak ke tempat aktiviti untuk bermain sukaneka , warm up dulu geng , antara sukaneka yang kitorang main , tengok gambar2 kat bawah ye

Permainan kepit buah kelapa di celah paha opss , ni Faizal Fredley , tengok sekilas sebijik macam orang atasan yang selalu makan pisang kat atas pokok tu , hihihi qaseh gagal buat benda alah ni , asal kepit je jatuh ,  asal jatuh je kepit , karang ade fasi yang kena kepit ni karang

Geng qaseh yang semuanya hebat dari segi gaya je haha , bolehla diorang ni , matila kena cepuk nanti , aina roseberry , yanty lee , yaya natsumi , kak sueizza dan si budak kecik uzu atau dikenali sbgai emas putih yg tak brapa nak putih . Gulp

Permainan ke dua tiup belon sampai pecah , abang zaini sekali hembus je dah pecah , haa masa ni lah perut-perut comel menunjukkan kelebihan masing-masing , opsss jangan marah

Permainan ke tiga , sambut belon air.. nasib baik qaseh duk belakang , dah tahu dah konfirm akan pecah sebelum tiba masanyaaa , so selamatlah dari ditangkap basah , tapi uzu ni baling sampai ke kerajaan langit agaknya , tak turun2 belon tu , mak tiri kat belakang dah bujet2 jd penyambut profesional , acah2 je padahal haha

Permainan ke empat , cari gula2 dalam tepung , wahhh berkissing dengan tepung ke tengah tido dalam tepung ni , patut la lamaa boleh bantai tido pulak ,

Lastly ajeeb buat show karam sign walia ... akhirnya semua aktiviti tamat dengan seronok nya , qaseh rasa mcm berada dalam lingkungan keluarga yg sgt rapat , syg depa2 ni .


Penat - penat segala , terus terjun kolam yg trdapat kat AgroFarmStay Melaka ni , sama naik dengan budak2 .. untungla yg pandai berenang tu haaa ! Jahat betul selalu tinggal qaseh kat belakang sobssss , taula kita jalan je d
lm air , alaa saje je xnak tunjuk kebolehan .

Aktiviti petang


Melawat sekitar AgroFarmStay yang berkeluasan 30 hektar , tuu diaaa yang mengambil masa 2 jam , longgar jap kepala lutut tapi best , dapat juga ilmu-ilmu pengetahuan yang selama ni tak pernah nak ambil tahu .

Pusat ternakan yang terdapat kat sini , comel gila arnab tu , arnab kacukan bulu lembut dan sangat lebat , pertama kali tengok sekilas ingatkan anjing rupa-rupanya arnab , nak je mintak bawak balik tapi konfitm tak dapat , ada kuda yg bernama BUJANG , burung merak , ayam kampung , dua jenis landak yang comel dan juga terdapat tumbuhan misai kucing di sini.

Aktiviti berkayak di Tasik Kacang , dan naik bot laju .. Qhaliff yang comel pun turut serta naik bot , qaseh tengok jee sambil layan pisang goreng kat kiosk tepi tasik .. asyik lapar je

Aktiviti Malam
Berbabeque  di malam hari , ayam bakar , ikan bakar dan sotong , ada makanan2 lain  , tiba2 rasa lapar balik ..
 Aktiviti berkaraoke , dan surprise birthday buat uzu yang menyambut hari lahir malam tu dan buat faizal dan ajeeb , happy belated birthday , yang mengejutkan kitorang malam tu abg Ben Ashaari berkaroke perghhhh first time dengar aben nyanyi dan joget sekali .. haha memang gelak sampai nak terkucil , apa-apapun tq semua yang sgt menghiburkan




Hati berbicara  : Alhamdulillah , tq so much buat Ben Ashaari yang mengaturkan semua ni dan terima kasih buat pihak AgroFarmStay Melaka , kerana sudi menerima kami semua di sini , dan layanan terbaik buat kami semua , inshaaAllah ada masa datang lagi.





Assalamualaikum ,

19-21 September , Kelab Blogger Ben Ashaari di jemput ke AgroFarm Melaka untuk blogger day , sebenarnya dah lama KBBA rancang untuk buat family day tapi asyik tak berkesempatan , alhamdulillah akhirnya dapat juga berkumpul dan bercuti sama-sama dan berbanyak terima kasih kepada Agro Farm Melaka yang terletak di Durian Tunggal , Melaka ini yang sudi menaja tempat penginapan , makanan dan segala kemudahan di sini .







Qaseh pergi dengan Yanty , dan angah Judin dan geng2 lain dengan kereta masing2 bersama keluarga masing2 . Semuanya seramai dalam 21 orang .. Akhirnya kami sampai !!! Yahooooo seronok


Perghh kat belakang tu lah Villa Idaman tempat keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari menginap , terbaikla Villa ni , nanti qaseh cerita lanjut tentang keseluruhan AgroFarm Stay di Melaka ni , tapi kalau bagi yg nak bercuti tanpa gangguan , ingin bersendiri .. qaseh memang cadangkan di sini .. temanya ala-ala kampung.




Malam pertama , briefing tentang Agro Farm Stay , apa yang ada di sini , apa yang bagus di sini , dan segalanya tentang kemudahan yang ada di AgroFarm Stay Melaka. Nak tahu apa yang ada di sini ?? Tunggu cerita seterusnya ok ... :)



Cabaran 30 Hari Kelabbloggerbenashaari , terpaksa qaseh backdated sebab kekangan masa dan juga ada hal-hal tak dapat di ellakkan , tapi tak bermakna qaseh dah menyerah kalah ,

Hari ke 11 , kenangan lucu di waktu kecik-kecik.. macamana nak jadikan cerita ni lucu ye ..haha. ok dah gelakkan ??

Sebenarnya banyak kenangan lucu , tapi yang paling lucu bagi qaseh , bila sesi pembelajaran motor , alkisahnya akak qaseh masa tu nak belajar motor , almaklum lah tak pandai , asyik jalan kaki je ! Motor honda bulat ayah ok masa tu .

Lokasinya depan rumah je , masa kanak-kanak dulu depan rumah agak luas jugak la laman , tapi kat depan masa nak belajar tu ada pokok jambu , haha .. fuh tarik nafas .. sambung cerita

Jadi nk dijadikan cerita , akak qaseh pun start la moto , perghh dah macam pelumba haram aku tengok , haaa qaseh jadi pemerhati je masa tu , lepas tu dah start motor semua , abang qaseh bagi arahan masukkan gear 1 .. aish naik risau aku sebab masa tu dia tengah pulas minyak jee ..mengaum2 bunyinya .. dah seperti jangkaan .. akak aku masukkan gear 1 sambil pulas minyak .. hahahaha apa lagi . Korang bayangkan ???

Melompat motor tu , abang aku apa lagi duk pegang lampu motor belakang , dah macam masuk pertandingan tarik tali nasib tak tercabut je lampu belakang tu haha aku tergelak gila masa tu , dengan si kakak nya duk sibuk pulas minyak , orang cakap brek woii brek ! Agaknya tiba2 motor tu xde brek .. dengan abgnya duk tarik motor dari belakang haha dan adiknya tukang elak ke mampu

Last2 .. matikan enjin motor tu .. kenangan yg sememangnya qaseh tak dapat lupakan .. sekarang semua dah pndai naik moto . Cuma xde lesen hihihihi ..
Assalamualaikum

Sekarang qaseh kat kampung , balik semata-mata untuk wedding sepupu , haaa karang tak balik kang sia-sia kena tikam hidup-hidup , tapi seriously kat kampung sekarang dah ada WIFI , wifi Kg Tok Has gitu , dah makin maju kampung aku .. lagi canggih dari Putrajaya ni , haha . 

Tahniah buat sepupu MIRA , alhamdulillah akhirnya berjalan lancar majlis , semoga jadi isteri yg solehah , bahagia hingga ke syurga Ra , im happy for you ! Cantik pelamin , dan dua kali aku makan dekat kenduri semalam , sedap sebab ada KERABU SAREY , haaa tahu tak kerabu sarey tu apa?? Sila gugel .. kata blogger kan :p



#OOTDWEDDING sebenarnya baju ni , kain dia material sama dan warna sama tapi di sebabkan qaseh ternampak kain songket yang lama tergantung , tiada sape pun nak pakai , qaseh matchingkan dengan baju ini .. haha apapun boleh even nampak macam tak matching pun .. kreatif itu seni








Tema peach kaler , cantik sangat ... lastly congrats again kupu-kupu ! Cepat bikin anak haha

Hati berbicara : aku tengah berfikir-fikir lagi tema wedding aku nanti warna apa , sesuai dengan warna apa pun tak tahu , baju macamana ye cantik ????? Boleh bg pendapat sikit .. hihi

Khas untuk blogger dan juga bukan blogger , ada application terbaru di Play Store , haaa application yg bernama  EDISI BLOG  , kalau korang nak tahu application ni memang sangat memudahkan qaseh sebenarnya , biasa kalau qaseh nak blogwalking , masuk facebook atau blog , cari ping dari blogger2 lain ..

Tapi dengan application EDISI BLOG ni , memang sgt mudah dan cepat je , jadi sila lah download EDISI BLOG di Playstore sekrang , boleh klik DISINI ataupun search com.edisi.blog di Playstore .



Tutorial nya sangat mudah , bila korang dah install EDISI BLOG , tekan di simbol bertitik tiga kat atas sekali , dan pilih masuk / daftar ..

Langkah ke dua , korang tekan di kotak daftar tu , lepas tu isi kan nama anda , link blog , email dan juga password , tadaaaa siap daftar .. sila log masuk kembali ..


Bila dah daftar , cuba tekan di ruangan yg trtulis BLOGGER , korang boleh tengok blogger-blogger yang sudah mendaftar , jadi korang boleh luaskan network korang dari situ .. yang tak kenal mahupun yang dah kenal , tapi maaf ye , application ni bukan untuk brborak , hanya ping blog anda dengan cara mudah dah cepat


Yang bestnya , bila korang dah submit link , secara automatik entry baru korang akan terpapar di ruangan TERKINI atas tu .. link2 terbaru dari rakan2 blogger yg dah mendaftar akan keluar di situ , nak tengok yang popular sepanjang zaman pun boleh , hanya klik di ruangan Popular .. okeyh !


Oh ye , mungkin ada yang mencari-cari profile anda sendiri , biasalah benda baru agak memeningkan , haaa tekan di simbol tiga titik kat atas , cari ping ..

Bila dah jumpa , akan keluar macam gambar di atas , ada nampak simbol setting kat atas sekali ? Tekan di situ untuk melihat profile anda dan juga mengupload avatar korang yang cantik dan hensem itu !!! Senang gila kan ?


Setakat ini application EDISI BLOG hanya untuk pengguna android sahaja ! Mungkin nanti akan ada update untuk pengguna yang lain , yang tu kita tunggu dan lihat .. jadi apa pendapat anda tentang applikasi EDISI BLOG ini ???

Nak tahu lebih lanjut tentang app EDISI BLOG , boleh tekan di versi , tentang app ini :')


JOIN SINI
Assalamualaikum , tu diaaa segmen di subuh hari , biasalah bila Ben Ashaari mula bersegmen , jangan terkejut apa yang bakal di buat .. haha

1.Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !
Soalan dah macam nak jawab pengajian Am form 6 ni haa , adehhh peranan qaseh sbgai blogger kpd semua , menyebarkan sesuatu yang bagi manfaat kepada org2 sekeliling , dan isu yang ingin di tekankan ..BLOGGER BUKAN SEKADAR BLOGGER , kena tak haaa susah jugak soalan haha 

2. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?
Ok jika aku kayaaaaa hari-hari hari rayaaaa , ameen , semestinya qaseh akan berhenti kerja dan tumpukan sepenuhnya pada blogging , dari duit2 hasil blogging , qaseh akan simpan dan kumpul untuk buka 1 butik bernama butik Qaseh Dalia Dot Com , dah di kenali dalam dunia blogging , bukak lagi 1 web khas untuk Butik nanti ..
3. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

Harapan qaseh  , blogger-blogger takde sikap hasad dengki dalam diri bila tengok orang lain berjaya dan bila berjaya jangan mudah lupa diri dan angkuh .. kerana kadang2 keglemeran dan pujian buatkan kita bongkak .. jangan rasa gitu kawan .. bersatu kan best :') 



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates