• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Cabaran 30 hari untuk hari ke dua adalah berbunyi seperti ini | 5 CARA MEMENANGI HATI ANDA | #KelabBloggerBenAshaari #EntriKelabBloggerBenAshaari

Amboiii cabaran untuk hari ke dua ni agak seronok sikit , macamana la nak tekel hati aku ni ye , aiseh senang je sebenarnya nak tekel hati seorang perempuan yang bernama Qaseh Dalia ni .. nasib baik nak 5 cara je , kalau tak tak tahu hati ni nak pilih sape nanti haha ok jom baca 

1. MATANG
Pertama sekali nak memenangi hati aku , aku suka tengok seorang yang matang , bukan pada ke poyo an nya tapi dari nasihat nya .. tak kisah lelaki or perempuan .. nasihat ni kadang org suka bagi dlm sindiran . Sila terasa sila terasa ? Haaa get lost . Mmg cari pnyakit . Sebab aku suka nasihat yg lembut tapi meresap .. sardin girl kata kan 


2. MINAT SAMA
 Cerita psl buku .Sebab aku minat buku-buku genre puisi keras , novel , buku motivasi .. yang pasti suka share2 tentang buku .. bawak pergi ke kedai buku lagi bagus ..haha orang2  macam ni memang aku suka senangi .. sebab rasa macam ada keserasian kat situ



3. BERSENI
aku seorang yang suka bergambar .. suka kan gambar yang cantik.. lebih2 lagi bila org yang ambil gambar tu pndai ambil gambar .. jadi koleksi gitu .. share gambar2 cantik pun dah buat aku tersuka dan rasa macam nak stalk hari2 je gambar2 dia .. bergaul dengan orang berseni kita pun rasa macam acah2 kreatif jugak .. banyak idea , lebih terbuka ..



4. POSITIF
Berkawan dengan orang positif buat diri kita rasa positif jugak .. rasa mcm ada semangat dalam diri .. so kalau kita rasa serabut ke tension ke ade org2 positif di sekeliling .. nak stress pun tak jadi kan .. org2 yg always positif nun dpt memenangi hati iols ni haaaa .. 

5. GILA-GILA
Yang terakhir sekali , aku cepat masuk dengan orang yang perangai nya gila2 . Sebab aku agak gila bila kenal lama .. bila berada dalam lingkungan orang mcm ni , dia akan terima kita seadanya , xmalu nak kawan dengan kita . Tak payah nak behave bagai . Dan yang buat aku senang dengan orang macam ni .. tak perlu serius sangat ..boring ! dalam lawak pun boleh nasihat .

Hati berbicara :
Hihihi seronok leh luahkan perasaan melalui task .. kita tunggu hari ke tiga pulak ok ! 
Assalamualaikum , 30 hari mencari cinta eh eh bukan haa qaseh menjoinkan diri dalam cabaran 30 hari .. so hari pertama apa yg kena buat , tuuuu haa macam tajuk kat atas .. lets begin !

First tq kak sue izza dari #kelabbloggerbenashaari yang menganjurkan task2 cabaran 30 hari .. haha excited

Hari pertama : Gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda

Jadi 5 fakta tentang aku .. jeng jeng jeng jemput kenali diri aku okeyh


1. Sebenarnya aku seorang yang pendiam tapi boleh jadi seorang yang gila2 .. dalam waktu yang sama aku boleh berubah jadi gila2 tapi jangan terkejut bila tiba2 aku diamkan diri .. ayat macam sama tp dah putar jadi mcm hape lak . Ops

2.Seorang yang lebih rapat dengan kawan2 berbanding keluarga sendiri , entahlah mungkin malu nak cerita soal hati dengan family takut diorang menangis pulak karang haaaa

3.Mudah menangis walaupun tengok cerita kartun di penghujungnya mereka trpaksa berpisah .. tengah cuba untuk jadi sado girl tapi asyik jadi sardin girl . Lembut sampai ke tulang .

4.Suka berada di luar rumah berbanding berada di rumah , kaki jalan ..

5.Suka tidorrrr dan tidorrrrr

Haaaa percaya tak dengan 5 fakta ni , cengginilah aku sebenarnya . Selamat berkenalan .. tunggu esok untuk task hari ke dua ! 

Jika saya mempunyai 10 tempat duduk percuma Air Asia , saya akan ke SABAH dan akan membawa bersama 9 ahli keluarga saya yang lain , dan semestinya lah mak ayah saya yang selama ni banyak berjasa , walaupun dengan hadiah ini takkan mampu membalas jasa mak ayah kita tapi sekurangnya hadiah ini dapat memberi senyuman kebahagiaan kepada mereka , bercuti bersama-sama ke destinasi pilihan saya dan yang pasti ia akan menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka lebih-lebih lagi mak ayah saya tak pernah menaiki kapal terbang .. teringin juga merealisasikan impian mereka . 

Oh ye kenapa saya memilih Sabah ? bukan luar negara seperti yang orang lain harapkan , sebab pertama saya tak habis lagi menjelajah negara sendiri , banyak tempat-tempat yang sangat menarik , dan yang sangat menarik perhatian saya untuk ke Sabah adalah terpikat dengan keindahan  Pulau Mabul , tengok gambar je dah cukup mengkhayalkan fikiran saya , lebih-lebih lagi bercuti bersama keluarga tercinta .. indah bukan ? sudah tentu segala tekanan dan masalah hilang bila melihat keindahan Pulau Mabul .

indah kan tempat ni ? bayangkan bercuti bersama keluarga , bergurau senda , diving sama-sama , kuak lentang pun sama-sama .. tidur sama-sama .. perghhhhh harap ia jadi kenyataan ~ 



haaa banyak tempat menarik ni ! mesti mak ayah qaseh akan sayang qaseh lebih lah haha , tq www.airasia.com , semoga berjaya dapatkan free seat ! wehuuuuuu 


Sedapnya steambot di Picc tadi , masih kekenyangan lagi ni haaa , alkisahnya tadi menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang cabutan bertuah Buffet Ramadhan di PICC, qaseh sebagai wakil #kelabbloggerBenAshaari gitu , tapi serius masih terasa kekenyangan dengan steambot tadi , banyak pilihan .. nak rasa ? tunggu ~ belum di launching kan lagi... 



Jadi siapakah pemenang-pemenang bertuah tadi ? hadiah - hadiah yang mereka dapat bukan hadiah biasa-biasa jer okeyh ! hadiah utama rm3000 , cash lagi ! memang gigit jari je yang tak berapa nak bertuah tu hehe , seramai 13 orang pengunjung yang bertuah di raikan tadi , mereka ni lah yang telah menikmati buffet ramadhan bertemakan ''Hidangan Tradisi Warisan Budaya'' pada ramadhan tempoh hari 

Encik Badlishah Hj Ahmad Ketua Eksekutif PICC - asalnya kami bercadang untuk mengumumkan pemenang di dalam bulan syawal di tambah dengan kemeriahan aidilfitri tapi bagi menghormati kepulangan jenazah MH17 baru2 ini , ia di tunda pada hari ini 29 Ogos .

Merekalah juara ~ 
Hadiah utama = duit raya RM3000 - Shantini Devi 
Tempat pertama = telefon pintar Samsung S5 - Mohd Hashim Mussatu 
Tempat Kedua = Smart LED TV 42 inci - Siti Lydia Suraya Miasin
Tempat Ketiga = Telefon Pintar Samsung Note 3 - Syed Mohammad Al-Hafiz Bin Syed Kamaruddin
Tempat Keempat = Baucer Tunai AEON BIG RM300 - Shariffa Noraini
Tempat Kelima = Elba Multi Cooker - Nor Azzuana Ali Zubir 
Tempat Keenam =Panasonic Blender & Dry Mill - Roszita binti Mohd Nalif 

Hadiah Saguhati
Nor Azni Aziz
Ahmad Farehan
Mohd Hafizee Bin Razak 
Megat Muhammad Ismail bin Faisal 
Nor Azizah Abd Ghani
Muzanira Bt Ab Razak 

Tahniah korang semua , beraya sakan naaa

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat mengenai acara yang akan datang atau pakej-pakej yang di tawarkan bolehlah menggunakan saluran media sosial rasmi FACEBOOK PICC di www.facebok.com/piccmalaysia atau TWITTER PICC @piccmalaysia 

maklumat lanjut korporat PICC boleh hubungi CIK KUMARI NAHU di talian 0388876000 atau emel kumari.nahu@picc.com.my 







Bulan lepas bertungkus lumus Qaseh menjoinkan diri dalam sesi ujibakat secara online utk drama bersiri SELUDUP ! dan ramai lagi yg join ,sape taknak 15 ribu oii , tapi sedih takde rezeki maybe Qaseh terlampau berbakat sgt tu yang tak menang , haha takut cantas artis2 yang dah lama kot, alamak poyo la pulak , so siapakah pemenang yang bertuah tu ? ini lah dia 2 pemenang bertuah ..


Tahniah buat Mohd Andika bin Abdul Halim (25) berasal dari Johor dan Nur Afeqah Zulkarnain (20 ) pula berasal dari Kuala Lumpur , bukan setakat menang 15 ribu , diorang juga berpeluang berlakon bersama artis2 yang sememangnya gah dlm dunia seni spt Tiz Zaqyah , Pekin Ibrahim, Namron , Syafie Naswip dan Raja Ilya , tu diaaaa untungla komeeee dah menang 15k , jadi pelakon lagi .. mintak sign dulu tau ! apapun syabas di ucapkan dan tahniah , dah tengok video diorang , memang diorg layak memenangi uji bakat drama siri Seludup

Apa pulak kata mereka bila menang dalam uji bakat ini ?

Mohd Andika seorang pekerja restoran berkata ‘’ saya amat berterimakasih kpd juri yang memilih saya dan saya percaya saingan adalah sgt sengit.Peluang ini akan saya gunakan dengan sepenuhnya utk mncapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya’’ 



Nur Afieqah pula seorang pelajar menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan 



Kata Jehan pula ,pncarian bakat mendapat sambutan di luar jangkaan dgn 130 penyertaan melalui video yg di muat turun di laman facebook Seludup , nak tengok video diorang ??? boleh layari di www.facebook.com/Seludup

Drama Seludup ini di lancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group sdn bhd , drama yang sarat dengan aksi cinta ini brkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram spt rokok seludup , dadah , dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia , haaa lokasi penggambaran di Daerah Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka .



Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd

Pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa . Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkosepan kreatif ke penghasilan kandungan , produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas , sejak 2009 Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, Mcdonalds, Kidzania , Canon , Tabung Haji ,Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization , 8tv , Asian Food Chanel , Astro Malaysia , CNBC, AXN, dan diketuai oleh seorang ikon yang serba boleh dalam industry televisyen iaitu JEHAN MISKIN

Maklumat lanjut tentang Mastermind Group , layari www.mastermind Group Sdn Bhd




Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates