• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , first tadaaa cantik tak header baru qaseh , sebenarnya olah yang lama je , jadikan baru .. nampak berseri sikit , sekali sekala angkat bakul ..

first of all , haaa lambat pulak update pasal kawan2 blogger yang di kira rapat jugak la , sudah menamatkan zaman kebujangan mereka , booooo haha tahniah korang , selamat pengantin baru , semoga bahagia hingga ke syurga , pikul tanggungjawab sebagai suami dengan baik dunia dan akhirat , buat caer pemilik blog www.fuh.my dan matyie pemilik blog www.kakisembang.com , semoga bahagia hingga ke syurga ya .

sempat singgah majlis matyie belah perempuan , kebetulan masa tu qaseh balik kg tolong kawan baik jugak berkahwin , sama cantik sama padan , bertempat di Dewan Muzium Terengganu , qaseh pergi dengan kyleril.. tahniah sekali lg buat matyie dan pasangan


Jom kita ke Kedah , rumah caer pulak , qaseh pergi dengan kaksue http://myputeri21.blogspot.com/ , najeeb www.katanajeeb.blogspot.com dan abe eddy , gerak petang dari putrajaya , sedih i ols biasa kalau jalan2 jauh asyik tido je dengan cik mija , tapi kali ni gila babeng haha , sepanjang jalan duk karoke , sbr je la .. tq kaksue jd driver rocks kami haha , then sampai kat selama kedah tambah dengan sesat , akhirnya dalam pukul 2 pagi smpai kat homestay yg caer dah tempah , tq caer , kat homestay tu ada blogger cun 2 orang cik mujahidah http://www.mujadafewa.my/ dengan dik yana sakura 

Tema wedding caer sama jugak dengan matyie , turqoise ! cantik kaler ni , lembut je wahhh tetiba berangan haha , normal bila pergi wedding sape2 harusla berangan jugak kan , ramai jugak bertemu blogger kat wedding caer , haaa sape lagi memeriahkan wedding blogger kalau bukan blogger kan ? jom layan gambar je la .. qaseh pun ikut ter turqoise kan diri haha sebab tak tahu pulak temanya warna ituuu .. so ai is malu youuu .. 

sweet moments , peeweettt  auchhhh tutup mata haha :p
 blogger yang memeriahkan suasana , shedaucu , liyanahamid , kak shida , pinaz , jejaka di belakang tak mahu di kenali , muja , kaksue , ujang , zafirah , kak yana , yanty n  irfan cheq ! 
 gadis-gadis of course la nak interframe , we ols kan gojes haha

 www.fuh.my


monopod haruslah ada , monopod pun pinjam dengan ty , qaseh nak beli tapi tak terbeli lagi , hehehe nanti la beli , mmg nak kena ada satu sbb ai is alone gitu haha xde org nak tlg amekkan gambar ,
blogger utara + blogger pantai timur - kak shida n pinaz , lama tak jumpa dua org ni , haaa jejak kasih pulak 

akhirnya selesai sudah majlis kedua - dua kawan blogger qaseh ni , alhamdulillah , semoga melayari alam rumahtangga dengan penuh keindahan , selesai masalah dengan baik .. jadi ketua keluarga yang baik dan soleh , alkisahnya kenal caer dengan matyie dari #KELABBLOGGERBENSHAARI then hingga ke hari ini silaturahim itu masih erat . tq korang :) all the best ! lepas semua selesai kami p mandi air terjun hampa , yg sememangnya hampa , haha malas aku nak cite , sakit pulak ati kita haha salam , bye ! adios ! tunggu wedding qaseh plak , eh wedding orang2 dalam gambar ni semua haaaaaaaaaaaaaaa ~~


Assalamualaikum semua facebook sellers , instagram sellers , blogger sellers ! kaki - kaki bazaar lagi 5 hari , what !yaaaaaaaaaa  lagi 5 hari untuk OMG FEST 2014 .. !


Cuma LIMA HARI. LIMA HARI saja lagi sebelum OMG FEST 2014 bermula pada Jumaat dan Sabtu ini (27 dan 28 Jun) di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Pada saat-saat akhir ini, peluang untuk para peniaga menyertai bazaar ini masih terbuka untuk 50 booth terakhir.

Lokasi Shah Alam sudah cukup strategik untuk menarik orang ramai yang majoritinya terdiri daripada golongan pelajar universiti dan kolej, remaja dan seisi keluarga.

Jadi kepada semua peniaga di luar sana apa yang ditunggu lagi. Dengan hanya RM600 (DUA HARI), inilah peluang terakhir anda menjual apa juga barangan di OMG FEST 2014.


Untuk tempahan booth atau sebarng pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor dan emel tertera.

WhatsApp ONLY : 012-426 9280 / 019-279 6275
Call/SMS ONLY : 011-2626 1656 / 019-279 6275
E-mail : enquiry.omgfest@gmail.com




Kalau korang nak tahu booth yang ada untuk di sewa bukan hanya untuk fesyen sahaja , tapi boleh juga untuk kaki bazaar yang ingin menjual makanan malahan untuk kecantikan juga , haa mungkin ada yang terasa sedih kerana fikir booth yang di buka untuk fesyen sahaja kan ? so apa tunggu lagi , tambah2 dah nak masuk ramdhan , dah boleh la cuba menjual kuih raya pulak ! konfirm laris di pasaran gituu !


Apabila sebut tentang bazar, bukan sekali atau dua tapi banyak kali kita dengar rungutan majoriti pengunjung dan peniaga yang melalui pengalaman 'hitam' di sana.Kalau tanya pada peniaga, rata-rata kurang gembira apabila kedudukan booth mereka dan laluan yang tidak teratur menjejaskan jualan gara-gara tidak ramai pengunjung singgah.



Semuanya disebabkan susunan booth dan lokasi yang tidak dirancang dengan baik menyukarkan pengunjung datang ke semua booth yang ada.Para pengunjung yang selalu layan bazar pula kebanyakannya mengeluh dengan kes laluan dan ruang tapak jualan yang menyusahkan pergerakan, sekaligus membataskan keselesaan mereka.



Namun, penganjuran OMG FEST 2014 di SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) pada 27 & 28 JUN ini lain percaturannya.Kami kaji semua kekurangan daripada bazar-bazar sebelum ini dan memastikan OMG FEST 2014 menjadi medan terbaik untuk keuntungan peniaga dan keselesaan pengunjung.Bukan sekadar janji kosong tapi kami amat menekankan aspek keselesaan untuk semua yang terlibat sepanjang karnival dua hari ini.


semua artis2 glemer gitu , sambil2 menjual boleh lah jumpa artis kesayangan korang ! ni lah peluang untuk korang yang sememangnya kaki bazaar ~ 

jom baca kelebihan yang korang akan dapat bila menyewa booth di OMG FEST 2014 nanti ! 

Keistimewaan OMG FEST 2014:
1. Dewan bazar yang LUAS dan FULLY AIR-COND di Dewan Utama, SACC menjanjikan pengalaman yang SELESA untuk peniaga dan pengunjung.
2. Pergerakan dalam kawasan bazar dijamin BEBAS SESAK sebab PINTU MASUK dan PINTU KELUAR disediakan BERASINGAN.
3. LOGISTIK yang MUDAH & TERSUSUN memudahkan proses ambil dan hantar barangan jualan kepada PENIAGA sebab 2 LOADING BAY disediakan di belakang SACC.
4. Untuk kaum IBU YANG BERNIAGA dan terpaksa bawa ANAK KECIL, kami sediakan BILIK REHAT untuk keperluan menyusukan atau salin lampin.
5. Peniaga diberi kebebasan PILIH BOOTH dengan syarat 1ST COME 1 SERVE. Bayar awal dapat tempat depan.
6. Booth ARTIS tidak akan diletakkan di satu kawasan saja seperti kebanyakan bazar lain. Booth artis ditempatkan di merata kawasan bazar.
7. Percuma 10 SAAT SLIDE SHOW (disediakan sendiri oleh peniaga). TIGA SKRIN PUTIH BESAR di dalam dewan disediakan untuk peniaga mempromosikan produk/booth masing-masing.
8. Untuk hiburan, ada pelbagai persembahan artis-artis popular sepanjang OMG FEST berlangsung.

so apa tunggu lagi ! cepat2 roger nombor di bawah , siapa epat dia dapat uols ~ anda cepat anda untung , anda lambat anda la jugak yang rugi .. so pilihan ada di tangan masing-masing .. hanya sedikit modal , tapi untung berlipat kali ganda !!!!! tak mahu ? haaaa celik mata je lah tengok org lain dapat untung ye .... 

Dengan hanya RM600 untuk DUA HARI, apa lagi yang anda semua tunggu. Hubungi sekarang nombor di bawah untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

WhatsApp ONLY : 012-426 9280 / 019-279 6275
Call/SMS ONLY : 011-2626 1656 / 019-279 6275
E-mail: enquiry.omgfest@gmail.com
IG: @omgfest2014 #omgfest
Assalamualaikum ,


OMG!! gempak tak tajuk  , memang segempak fest yang bakal berlangsung nanti , memang peluang terbaik buat korang-korang yang sememangnya kaki bazaar rugi kalau melepaskan peluang terbaik ni, memang konfirm terlaris di pasaran ..tapi OMG tinggal 100 booth je lagi ! so qaseh sarankan cepat2 rembat sebelum booth OMG FEST 2012 penuh.

Kalau dah namanya bazaar, tak kiralah apa temanya dan di mana pun lokasi, tentu akan laris di pasaran. Terbaru, kemunculan bazaar OMG FEST 2014 anjuran Zaynia Team dengan kerjasama majalah Stailista pada 27 dan 28 JUN 2014 (Jumaat & Sabtu) ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pula mencuri tumpuan ramai.

Dalam sedar tak sedar, cuma tinggal 100 BOOTH saja lagi untuk dipenuhkan di OMG FEST 2014 nanti.Apa taknya sewa hanya RM600 satu booth (DUA HARI) di lokasi yang sangat selesa, luas dan teratur, memang berebut-rebutlah kaki-kaki bazaar semua nak menyertai. Pengarah Urusan Zaynia Team, Dazrina Che Din berkata, pihak penganjur sendiri terkejut dengan sambutan luar biasa yang diterima setakat ini.Tinggal 100 saja booth yang masih kosong dan belum ditempah. Sejak kami lancarkan OMG FEST 2014 awal bulan ini, sudah lebih 200 booth kami ditempah.

Ini kerana harga yang kami tawarkan begitu berbaloi untuk dua hari berniaga. Malah lokasi yang luas, selesa, teratur dan kemudahan logistik yang mantap menarik perhatian ramai," katanya.Bukan itu saja, lebih 20 selebriti terkenal seperti Rozita Che Wan, Arja Lee, Sheera Iskandar, Fiza Elite, Yatt Hamzah, Arash Mohd, Noorshila Amin, Abby Nadzri dan ramai lagi akan memeriahkan OMG FEST 2014 nanti. Kepada kaki bazaar semua, apa tunggu lagi cuma RM600 untuk DUA HARI, mungkin anda adalah penyewa 100 booth terakhir di OMG FEST 2014.
 Untuk tempahan booth atau sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor dan emel tertera.

PERTANYAAN LANJUT :
WhatsApp ONLY : 012-426 9280 / 019-279 6275
Call/SMS ONLY : 011-2626 1656 / 019-279 6275
E-mail : enquiry.omgfest@gmail.com


OMG FEST 2014 akan berlangsung pada :


ini contoh layout untuk kaki bazar yang ingin menempah booth , kalau qaseh kaki bazaar dan ada business dah lama dah tempah , harga pun berbaloi-baloi !

Tarikh: 27 & 28 JUN 2014 (Jumaat & Sabtu)
Tempat: Dewan Utama, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Masa: 10am - 7pm

Butiran booth:
Saiz tapak: 6ft x 6ft
Size Meja : 4ft x 4ft dengan 2 x kerusi
Sewa: RM 600 (2 Hari)
*Master plug disediakan (extension plug bawa sendiri)

Kelebihan:
1. Suasana dewan berhawa dingin yang tertutup memberikan keselesaan untuk peniaga dan pengunjung
2. Susun atur dan jarak antara booth serta laluan pengunjung luas dan teratur (5ft luas)
3. Penyewa boleh pilih lokasi booth
4. Percuma 10 SAAT SLIDE SHOW (disediakan sendiri oleh peniaga). Penganjur turut menyediakan TIGA SKRIN PUTIH BESAR di dalam dewan untuk peniaga mempromosikan produk/booth masing-masing


FB: www.facebook.com/omgfest2014
IG: omgfest2014 #omgfest

Assalamualaikum ,


24.5.2014 tempoh hari  , aku telah menjoinkan diri mengikuti treasure hunt  bersama ephyra , aduhh sbnrnya tak yakin amat sbb si Qaseh dalia ni orgnya agak lembut haha poyo je  , tp dah di goda-goda oleh kaksue , join la jugak .. jap sblum brcerita aktiviti di hari kejadian haruslah kita berterima kasih buat pengasas ephyra , puan amiza amirudin dan team denai hati yang menganjurkan aktiviti syok mcmni , mls nak brsenam mmg ssuai la masuk aktiviti2 sihat ni , selain dari mengerat kan silaturahim sesame blogger .. Alhamdulillah qaseh bagi 10 bintang !
Team pulak main random je , baru je acah2 nak pilih geng sndiri haha oh ye sblum esoknya treasure hunt ada up status yang  berbunyi mcm ni ‘’esok treasure hunt , ni mesti menang’’ haha adakah qaseh menang ? moh le baca smpai abisss .. jeng jeng jeng , suspen

team 2 #glutathione 
ketua dah duk dalam kete , tak sabo2 nak berlumbaa ..


 So kitorang berkumpul kat puspanita , semua  7 team dan setiap team ada 4orang , so random team telah menakdirkan Qaseh , ujang , norfa lyana dan kak eyza iaitu team ke dua , nak tahu team kami nama apa ? namanyaaa KUNTUM , ok tipu je , nama team kami GLUTATHIONE power(nama salah satu bahan produk ephyra) ..yeyyy ok la satu team dengan ujang , wpun dia ni pembuli tp boleh pakai haha, n norfa dah kenal jugak siap prnah brcuti ke bintulu lg , dan kak eyza first time jmpa , kak eyza pun ok mesra alam dan smgt waja ..gituu~ qaseh pun dah tak ingat berapa task semuanya , tapi task2 agak memalukan kakakakaka , sebab selain dari seorg yg lembut Qaseh jugak seorang pemalu , huwahuwahuwa sabo je la 
haruslah mendengar penerangan dari abg ensem ni dulu , nanti tak dapat makanan

sebelum treasure hunt , breakfast penting , haaa nampak tak ephyra tu untuk kuasa power rangers !
are you ready ???? jom tgk task2 yg di berikan utk kami 

Task 1 kena bancuh 180ml ephyra dan buat instavideo , bab2 video ni den lomah sikit , dah la insta aku asyik keluar suara robot je , abis kena bantai gelak dengan bro hazman fadzil . terpaksa pinjam tab kak fiza fantagiro post kan video , huhu tq kak fiza wpun kita team bemusuhan . Boleh di kira team work jugak kan kan kan kan tapi ‘kalau’ menang tak jadi teamwork la ,  haha ujang pulak asyik nak membuli je kerjanya ..nasib baik tukang drive , kena buat baik2 nanti kena tinggal tepi jalan
boleh tengok video nya kat insta , hashtag #ephyrateam2 




Task 2 , di beri satu kertas ,kertas tu pulak suruh kitorg cari nama spesies2 pokok kat Taman Botani , makanya team kami sampai paling awal ,*bangga jap*  berlari-lari anak mencari spesis2 pokok ..naik bukit , turun bukit , nasib tak tergolek je  , *dlm hati hekeleh senang sgt ni* haha sng la sgt , last2 tu dah hampir salah , Nampak tak kepoyoan trserlah .selesai.

Task3 , plak kena p klia2 , tq so much kat ujang , driver yang otai bab jalan sebab tu kena speed trap haha mantap gitu , dlm task tu , kena berenti tepi jalan dulu , selfie dengan BILLBOARD EPHYRA , haha hentam je la kan , berenti selfie tengah2 panas nasib tak kena hon ! selfie sekali tak menjadi , tak omeii laa plak muka kiteee , nak je selfie byk2 tapi kang terbalik billboard tu .. mati kena kejar dengan team lain  .. kalau korang lalu BILLBOARD EPHYRA , yg trletak di tepi highway plus brhampiran dgn exit BANGI , ingat kitorg k !  selesai kat situ task2 di klia2 menunggu , boleh tahan banyak nyeeeeeeeeeeeee ~ kena pulak cari STARBUCK , mula2 silap STARBUCK daaaa , besar amat KLIA2 ni jakun jap , huh STARBUCK pun ade dua biji ko , akhirnya jumpa mereka di situ , amboiii2 sedap minum ye bang , kami dah berpeluh ketiak .. tettttt


Kat KLIA2 , Antara task2 yang kami kena buat kena amik gambar ikut kreativiti depan board KLIA2 ,eh org panggil board ke ? kena selfie sekurang2nya 3 orang kat depan board tu jugak , kena listkan nama2 kedai yang ada kat situ , lepas tu kena cari makhluk asing , errr wargaasing , dan bergambar dengan mereka sekeping , bersama signboard ephyra , ini semua demi kaching ! fuh Tarik nafas jap … huwahhhhhhhh haaa lepas tu kena cari seorg warga asing lelaki memakai baju berwarna TURQOISE , dan buat instavideo terangkan apa itu ephyra .. makanyaaa kami jumpaak sama itukkk mat indon , yaa udah la enggak tahu enggak tahu , diam aja bisa ! ikutin ajaaa dong haha sumpah aku yg trgelak tgk video ujang terangkan kat mat indon ni , papepun trimakasih yaa pakkk .. senang kan itu dari enggak tahu suda tahuu ~

kreatif kan kami , xde lagi orang buat macam ni selain kami haha 

dalam ephyra treasure hunt banyak jugak task kena selfie 
psst : susah juri kuat selfie ni , ops ! 

kitorang belum cakap pape lagi , abg salleh ni dah setuju .. nampak tak power nya kami :p

Next task kena cari perempuan FREE HAIR berbaju TURQOISE , pulakkk dahhh , eh sabo je la , melilau gak cari .. akhirnya jumpa , ingat kan dia tak pandai cakap melayu , komfiden nya cakap mat salleh , #ohmyenglishhh , time ni aku plak kene terangkan , Nampak gaya mcm berminat , komfirm lepas ni dia pilih ephyra kan , hai akak .. mesti tgh baca blog Qaseh kan .. peace !
boleh tengok video nya kat insta , hashtag #ephyrateam2 


Lepas tu kena cari 3 wargaasing pulakkkkkkk , still buat insta video tapi kali ni bukan terangkan pasal ephyra , tapi kena buat team cheer depan dorg , sumpah malu huwaaa nasib baik tak masuk tv , banyak sungguh dugaan di ketika ini , di takdirkan brjumpa dengan satu family india  , mulanya makcik2 famili dorg mcm ok tapi bapaknyaaa pulak reject , mentang2 la tak masuk tv kannn .. rugi la pakcik kalau tak boleh masuk blog qasehdalia.com ni haaa , tapi xpe bila bersabar dengan ujian org kata dapat penawar , haaha tadaa jumpa family india jugak tapi super sporting .. ok pakcik , kite cakap GLUTATHIONE ! pakcik ckp powerrr ! pakcik memang power rangers lah ! jgn gelak tgk video ni !

memang saja bagi terbalik ni haa
boleh tengok video nya kat insta , hashtag #ephyrateam2 

Task last di klia2 kena cari makanan paling pedas , huh pusing punya pusing , siap Tanya dekat kaunter pertanyaan , semua tak tahu nak jwap ape .. cari2 ASK ME , xde pulak kelibat nya … so cari sendiri je lah , kitorg beli pasta kot nama nya , kat JAYA GROCERIES , penjual tu kata pedas , kami pun rasa la , tak pedas sgt , pastu ada serbuk cili kat situ , agak banyak jugak kitorg letak , aku la letak plg banyak , tapi ujang tahan la pulok , takut berulang ke toilet katanya .. tapi last2 juri2 kata tak pedas langsung , Qaseh rasa juri dah tiada deria rasaa agaknya haha ampunnn :p eh lastly kena isi teka teki mat salleh , kitorang apa lagi GOOGLE je lah .. hihihihi

haaa dia ni laaa , ini lah dia yang kata makanan kami tak pedas , rasa nak LASTIK je BINTANG kat dia , haisy geram ni ! nasib ensem jugak , ada rupa mcm artis tak , ala lupa lak nama artis tu .. sorry tak single anak 5 dah kuwangkuwang


Akhirnya tamat task di KLIA2 ,yahooo lega ceq rasa ..~ sebelum tu singgah petronas hilangkan penat lelah , solat dan makan ! tq pengangjurr haruslah makan free .. nasi ayam ephyra special , eh ! pastu balik Putrajaya , patutnya naik bas tapi kami malas nak naik bas dan tak tahu nak parking mana , terus shoot ke booth ephyra di jom heboh , team pertama smpai kat sana setelah penat brjalan .. biasa la jom heboh dan hari belia memang jem teruk ! trpksa parking jauh .. smbil tunggu dorg smpat berehat panjang sambil minum ephyra , sedap rasa dia macam oren , org lain minum sikit2 je , Qaseh mnum sbotol .. sedapp !
kak fiza : lantak mung la nak amek gambar pong , aku dahaga sgt ni ! lari mcm kuda belang tadi , xmenang dop tahu la nok oyak gapo ! 
eh eh anak ujang pun ade , bagi smgt kat ayah dia ..

Dan kat booth last task kitorg kena buat , main bola sambil tutup mata , Qaseh ngan norfa tukang sepak bola , ujang tukang bagi arahan , sebenarnya aku tak dengar lgsung apa ujang cakap hahaha , sebab tu mcm org gila je rasa , duk sepak angin ! oh ye kami kena lawan team 7 sebab diorang team ke dua smpai , haha last word aku dengar ujang ckp , ang duk je situ qaseh , kojaq betul … tiba2 masuk angin ronado bagi sepakan hentam kromo dan akhirnya GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL ! KAHKAH kelakar gila .. tp xpe menang jugak , tu last task kitorang .. Alhamdulillah !  penat memang penat gila , tapi sumpah enjoy , dengan team yg sekepala dan teamwork yang thorbaik , kongsi2 wifi lagi , nak 100 post kat insta kan , haa dapat pun .. tq ujang , norfa dan kak miza …
 sebenarnya sepatah haram aku tak dengar , haha dah la bising gila , ha angguk je la qaseh sebelum kne ketuk ngan ujang , bukan boleh kira mat boroi ni , 
haaa yee yeee paham boss ! *curik gambar cik norpa*

Lastly keputusan pemenang EPHYRA TREASURE HUNT , brdebar gila ni sebab ada saingan sengit .. fuh Qaseh tanya ujang , menang ke tak wei kita hahaha , aku pandang muka ko , ko pandang muka aku . sengal ! akhirnya kami JUARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ~ teriak jugak la hari tu haha menjerit sakan , Alhamdulillah rezeki kami ..
Tahniah jugak team2 lain , tempat ke tiga kumpulan TOMATO , siap ada buah tomato lagi , mana ekau rembat haaa , tempat ke dua ACAI BERI (saingan sengit) hehehe dan tempat pertama GLUTATHIONE power … tq duta ephyra yg memeriahkan suasana dan jutaan terima kasih buat PUAN AMIZA yang super gojes ! dan semestinya TEAM DENAI HATI … sgt enjoy , terima kasih



Bagi yang tak tahu apa itu ephyra ? ephyra adalah produk kecantikan dan kesihatan , cantik sihat dan bertenaga , hari tu jugak dapat ephyra free , sebenarnya first time Qaseh minum ephyra , sebelum ni mampu tgk je kan , rasa dia mcm air oren , memang boleh telan punya , dan sesuai untuk lelaki dan perempuan , kanak2 4 tahun ke atas , ibu menyusu dan hamil 6 bulan ke atas .. dan produk ephyra semestinya halal .

Kalau korang ada masalah kulit berjerawat , berjeragat , berparut , penyakit kulit , gastrik, kolesterol , stress ,sembelit , asma , gout , menopause,  hormone yg tidak seimbang , alergik seafood, resdung , penyakit gusi , demam , mslh tidur ,lesu , jangkitan pundi kencing , mslh buah pinggang , kanser , migraine , sakit kepala , nyanyuk , darah tinggi , kencing manis , tiroid dan banyak lagi , korang boleh cuba mengamalkan produk ephyra ni , inshaaAllah ada perubahan

Nak tahu lebih lanjut boleh layari
www.oceanlife2u.com
www.facebook.com/oceanlife2u
insta : @ephyra2u




Assalamualaikum ..


 Assalamualaikum ..
mana ye nak cari jubah2 yang sesuai dengan cutting badan , menutup aurat , tak nipis , tak panas .. haaa meh sini qaseh nak share jubah yg sgt selesa ..
#ootd kali ni qaseh menggayakan JUBAH PLAIN NURA by BY_RH (instagram)
 
qaseh pakai saiz S almaklumlah kurus kering , sebenarnya risau jugak takut ukuran dia besar , biasa qaseh beli jubah even saiz S pun , agak besar jugak di badan , tapi ukuran dari by_rh ni memang memuaskan hati , cutting kembang ke bawah , dan ada butang kat dada , menyenangkan sangat bagi ibu2 yang ingin menyusukan anak yee
material - kain koshibo
cutting - A cut jubah
tangan getah 

kaler , banyak pilihan kaler , biru , kuning , merah , hitam , kelabu , haa nak keler ape ?korang boleh lah pilih sendiri nak kaler ape , tapi kena cepat oder sebab hurmm sekejap je dah tutup oder , nasib baik la gua sempat rembat , nak beli lagi satu semalam tapi dah tutup oder la plak.. bencik ! 

 jubah ni sesuai nak pergi mana-mana , event ke , kenduri ke , majlis cukur jambur , terawih , haaaaa semua sesuai lah .. 
ok selamat membeli ye , untuk photoshoot pun cantik , feeling2 sgt kan uols , yang pasti berfesyen biar lah menutup aurat , cantik di pandangan manusia juga cantik di pandangan Allah , inshaaAllah .. semoga Allah redha .. tq by_rh 

nak beli ? follow lah instagram by_rh 
atau pun page fb https://www.facebook.com/pages/Rayyan-Haya-Collection/339484449404315?fref=ts
blog http://www.rayyanhaya.com/


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates