• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

 Assalamualaikum

Alhamdulillah baru-baru ni, qaseh berkesempatan meraikan preview Buffet Ramadhan di Restaurant Bangi Golf Resort, yaAllah rindunya tempat ni sebab bila Ramadhan tiba je memang di Bangi Golf Resort  pilihan qaseh sekeluarga untuk menikmati buffet Ramadhan sebab makanan di sini tak pernah mengecewakan dan harga pun berbaloi.

Seperti yang kita sedia maklum, semenjak pandemik Covid-19 melanda dua tahun lepas, ibarat dunia kita terhenti seketika, tahun pertama Ramadhan seriously memang sedih sangat, rasa sunyi sangat sebab terpaksa berada di dalam rumah sahaja, kebiasaannya qaseh akan balik kampung juga untuk meraikan bulan Ramadhan bersama mak ayah, tapi tu lah semua di luar kawalan kita 

Tapi alhamdulillah, tahun 2022 ni bersyukur sangat, ada harapan untuk sambut Ramadhan dan Raya bersama mak ayah, dapat jumpa kawan-kawan, dapat berbuka puasa di luar, dapat menikmati lagi buffet Ramadhan, inshaAllah, hopefully semua berlalu dengan lebih baik

Bertemakan “Iftar Together-Gather”

So yaaa, takmau sedih-sedia, untuk tahun 2022 ni, BGR membawa semangat ‘Balik Kampung’ walau dimana jua kampung kita berada, dan tema BGR tahun ini adalah ‘Iftar Together-Gather’. Untuk tahun ni juga, para chef BGR akan terus membawakan hidangan yang enak dan ramuan yang berkualiti tinggi dan yang bestnya ada hidangan kegemaran sepanjang masa dan juga hidangan baru. 

Ni memang makanan kegemaran qaseh lah bila beriftar disini, antara hidangan popular seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Sate, Sous Vide Egg with Mushroom Espuma, Smoked Spaghetti Carbonara dan juga Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce.







Seperti biasa juga, BGR akan menampilkan hasil tanaman segar dari ladang mereka. Chef BGR akan memetik tanaman dan sayuran yang segar dan terus menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan Iftar dan tetamu boleh merasai pengalaman menjamu selera yang unik iaitu ‘farm to fork’

Bila bulan Ramadhan mesti kita rindu hidangan-hidangan tradisional, hidangan kampung kan, macam qaseh sendiri tak boleh lari dari budu haha so dont worry, budu pun ado! Siapa yang suka nasi kerabu memang sedap ye di BGR ni, ulam-ulaman pun memang segar yang ditanam sendiri, di sajikan pula bersama ayam goreng, ikan masin, keropok serta sos dan bahan sampingan lain. Warna biru pula memang semulajadi menggunakan Bunga Telang yang juga ditanam sendiri.




Yang paling eksited, tahun ni boleh merasa hidangan baru dan banyak juga ya, antaranya ialah Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yum Seafood, Pad Kra Pao ( Thai Basil Chicken ), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne With Creamy Korean Sauce dan Liquid Snickers. Aaaa semua sedap-sedap ! 












Dan banyak lagi aneka juadah dan pemanis mulut yang ada, so memang sedap dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan, korang wajib cuba semua tau haaa rugi lah tak cuba, qaseh paling suka sup kambing mamak tu, aaa sedap gilos, tak sabar Ramadhan nanti nak datang lagi dan nak makan banyak-banyak haha pastu kenyang tak larat bawak perut :p




























Kemudahan 

Qaseh kalau datang sini, suka dengan kemudahan yang ada, parkir yang luas sebab ada 800 parkir lot percuma dan ruangan surau yang cukup besar untuk tetamu lelaki dan wanita

SOP

Disebabkan kita masih lagi dalam fasa pandemik, BGR terus mematuhi dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang selesa untuk mengekalkan jarak sosial di tempat makan dan juga kawasan buffet.

Yang paling penting, kesemua tetamu BGR wajib lengkap kesemua DOS vaksinasi untuk memasuki premis perniagaan BGR. Pegawai RELA juga ditugaskan disini untuk memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan. 

Harga Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort tahun 2022

Buffet Ramadhan BGR akan bermula pada 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022. 

Harga Bufet Ramadhan adalah bermula dari RM60.00 untuk seorang dewasa dan RM30.00 untuk seorang kanak-kanak.

More Info :
Boleh layari laman web dibawah untuk harga secara berkumpulan dan untuk membuat tempahan, semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST


Assalamualaikum
 
Order & Collect Ciri Baru Dalam Aplikasi McDonald’s | alhamdulillah qaseh berkesempatan menghadiri event McDonald’s Malaysia yang mana memperkenalkan ciri baru dalam applikasi McDonald’s Malaysia iaitu Order & Collect, ciri baru ni qaseh confirm ramai yang akan suka sebab ia lagi memudahkan pelanggan, seriously memang best.


Mula-mula qaseh terfikir juga, apa yang lagi memudahkan selain dari dihantar terus ke rumah kan? Haa tapi kadang-kadang tak selalu lah kita nak makan dirumah je, bosan! Ada masa kita nak Dine-In, nak jalan-jalan lepastu singgah McD nak Takeaway, Drive-Thru dan sebagainya tapi part paling malas nak beratur panjang :( 
 
Jadi, ciri Order & Collect ni menawarkan pengalaman yang lancar kepada pelanggan, yang lebih mudah dan lebih cepat, semuanya hanya di hujung jari. Dengan ciri baru Order & Collect ni, korang boleh memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana korang ingin membuat pesanan, hanya guna aplikasi sahaja. 
 
Masih lagi tidak faham bagaimana ia berfungsi ? Mehh qaseh kongsi satu-satu okay ! Jadi, ciri baru Order & Collect ni ada 4 cara yang korang boleh pilih iaitu : 
 
1. Bawa Pulang ( -Takeaway)
 

Qaseh kadang suka suruh suami pergi Takeaway McD kebetulan dia keluar kan lepas tu banyak la alasan dia, malas nak beratur, lepastu tak tahu nak order apa, karang beli yang lain tak nak makan pula haaa begitulah, yelah kan bila take away ni kena juga order di kaunter dan beratur pula.
 
Tapi dengan ciri Order & Collect ni, korang boleh terus order dalam aplikasi McDonald’s dan terus bayar dan siap! Kemudian, korang akan dapat la nombor order tu, boleh terus bawa ke kaunter dan ambil pesanan, dah siap ! Balik rumah mesti isteri korang puji sebab cepat dan pantas hihi
 
2. Makan di Restoran (Dine-In)
 

Haaa dah lama tak Dine-In memang rindu gila nak makan di restoran kan, sama lah paling malas part nak beratur panjang, tapi tiada masalah lagi dengan Order & Collect, korang boleh masuk dan duduk dengan santainya lepas tu buka aplikasi McDonald’s dengan riang rianya, kemudian order je dan tunggu, pesanan korang akan dihantar ke meja. Apa itu beratur ? Tak wujud dah dalam kamus hidup korang hihi
 
3. Pandu- Lalu (Drive-Thru)
 

Mesti korang fikir alah biasalah Drive-Thru memang dari dulu ada kan, haaa memang ada tapi berapa kali korang tak jadi Drive-Thru sebab nampak dari jauh kereta bersusun panjang, haha terus cancel niat kan.
 
Dengan Order & Collect, korang boleh order pesanan awal, haaaa awal-awal korang order apa yang korang nak, lepas tu buat pembayaran dan dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran, korang boleh terus ambil pesanan korang di restoran pandu-lalu tersebut.
 
4. Pandu-Masuk (Drive-In)
 

Yang ni qaseh rasa best gila dan sangat-sangat memudahkan sesiapa sahaja, yelah nak makan tapi semua taknak buat, nak Takeaway malas masuk restoran, nak Dine-In hurmm sibuk atau takde mood pulak, nak Drive-Thru alaaa penat jugak jadi apa susah-susah kan diri, Drive-In je!
 
Caranya korang boleh parking di tempat letak kereta yang disediakan di restoran McDonald’s, kemudian boleh buat pesanan melalui aplikasi dan pesanan akan disediakan serta merta dan dihantar ke kereta korang like a boss ! Aaa gitu best tak best ? Of course lah sangat best kan~ 
 
Ciri Order & Collect ni sebenarnya pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 tapi di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang sahaja dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia
 
Kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, Mconald’s Malaysia - “Di McDonald’s Malaysia, kami sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kita kini berada dalam era dimana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian
 

Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesana. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka. Perubahan pantas terhadap permintaan dan apa yang diharapkan pelanggan memerlukan syarikat-syarikat makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih tangkas, dan di McDonald’s Malaysia, kami perlu bergerak pantas setanding dengan perubahan pasaran
 

Teknologi dan pendigitalan akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan, dan kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang sentiasa dipertingkatkan dan bersesuaian dengan pelanggan kami. ’’
 

Aplikasi McDonald’s telah dilancarkan pada April 2018 yang mana telah mengambil kedudukan teratas di Malaysia, sejak dari itu, aplikasi McDonald’s telah di muat turun oleh 9 juta pengguna di Apple Store dan Play Store dan sememangnya aplikasi paling popular yang memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk hidangan McDonald’s kegemaran pelanggan
 
Ganjaran Percuma Setiap Minggu !



Oh ye, good news mulai sekarang hingga 6 Mac, korang boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila korang membelanjakan RM25 untuk Order & Collect melalui Visa. So, jangan lupa pada yang belum download aplikasi  McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store sekarang ! 
 
More Info :
www.mcdonalds.com.my



 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates