• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum
  
Di Malaysia, statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun dan jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang pada 1998. Jumlah perokok pula meningkat dari 3.1 juta pada tahun 2007 kepada 4.7 juta dalam tahun 2011.
 
Bila berbicara tentang rokok ni kadang-kadang geram dengan sikap mereka yang ibarat menempah penyakit berbahaya dan tidak menghargai nikmat kesihatan, lebih-lebih lagi terjadi dalam kalangan keluarga sendiri, tapi qaseh tahu berhenti rokok adalah proses yang sangat sukar bila mana ia sudah sebati sejak umur muda lagi.
 
Ia memang satu proses yang sangat sukar lebih-lebih lagi tanpa menggunakan mana-mana kaedah, sebagai contoh kaedah berhenti merokok tanpa menggunakan mana-mana alternatif dalam masa 6-1 bulan hanya sekitar 3% sahaja yang berjaya berhenti, manakala peningkatan peratusan antara 6% dan 15% dengan mendapat terapi penggantian nikotin, buproprion atau varenicline

Pengurangan Bahaya Tembakau Membantu Perokok
 
Jadi dengan pengurangan bahaya tembakau ini akan membantu perokok berhenti merokok dari rokok tembakau tradisional, memang kaedah sebegini tidak akan berjaya memberhentikan perokok secara drastik tapi ia boleh dikurangkan dari masa ke semasa, qaseh percaya 50 peratus perokok ingin berhenti tetapi selalu gagal oleh itu konsep pengurangan bahaya tembakau adalah langkah pertama yang penting untuk membantu mereka.
 
Bila konsep pengurangan tembakau di amalkan, ia mengurangkan risiko kesihatan dari toksik yang ada dalam asap tembakau dan sekaligus menukar cara pengambilan nikotin yang bahaya kepada yang kurang bahaya.Salah satu cara kaedah pengurangan kemudaratan tembakau (THR) adalah dengan menggantikan rokok tembakau tradisional dengan menggunakan heat not burn device yang akan mengurangkan risiko kesihatan dan menghilangkan rasa ketagihan kepada rokok tembakau tradisional.
 
Tar Dan Pembakaran Penyebab Utama 

Sebatang rokok mempunyai pelbagai jenis bahan beracun yang mana bahan utama yang membahayakan kesihatan adalah tar, karbon monoksida, arsenik dan formaldehid. Kenapa perokok susah untuk berhenti? Kerana nikotin yang ada dalam rokok membuatkan mereka ketagih, mengikut pelbagai pakar, nikotin bukan punca utama kepada kesihatan 
 
Tapi punca utamanya adalah asap rokok yang mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya yang dibebaskan melalui pembakaran, apabila rokok dinyalakan, bahan tembakau akan dibakar dan menghasilkan asap yang mengandungi lebih 7000 bahan kimia atau konstituen asap yang bahaya, ia bukan sahaja membahayakan diri tapi orang sekeliling yang menghidu bau asap rokok.
 

Selain itu, bahan Tar adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan zarah-zarah kimia yang beracun yang ditinggalkan oleh pembakaran tembakau, tanda yang paling jelas kesan dari bahan tar adalah kesan kuning-coklat pada jari dan gigi perokok melalui asap yang disedut secara langsung dari mulut ia menyumbang kepada penyakit gusi dan kanser mulut. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendedahkan lebih 7 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok dan juga menghidu asap rokok
 
Kaedah Produk Heat Not Burn 
 
Dengan kaedah menggunakan produk heat not burn, ia akan mengurangkan risiko kepada perokok. apakah itu heat not burn produk ? Dalam bahasa mudahnya, heat not burn produk merupakan produk yang tidak membakar tembakau seperti rokok tradisional tapi teknologi. produk ini hanya memanaskan tembakau menggunakan device yang hanya menggunakan bateri dan boleh diguna berulang kali melalui pengecasan.
 
Baca juga : Buah tangan untuk orang meninggal {alertInfo}


Bagaimana ia boleh mengurangkan risiko ? Bila tembakau dipanaskan ia hanya menghasilkan wap yang mengandungi nikotin bila disedut. Perbezaannya bila tembakau dipanaskan ia mencapai hingga 350 suhu celcius sahaja, berbanding rokok tradisional yang bila dibakar mencapai hingga 900 suhu celcius,heat not burn produk tidak akan mengeluarkan asap yang berbahaya.
 
Walaupun begitu, bila melibatkan tembakau, tiada yang selamat tetapi rokok yang tidak terbakar dapat membantu mengurangkan risiko bahaya tembakau kepada perokok. Ia menjadi satu pilihan yang dapat memuaskan hati serta pilihan yang kurang berbahaya bagi mendapatkan keperluan nikotin tanpa kandungan tar yang bahaya
 
Oh ya, produk heat not burn ni berbeza dengan e-rokok yang lain kerana ia tidak menggunakan bahan jenis cecair contohny vape dan lain-lain.

Bekas Pakar Sains perubatan, UM, Prof Tikki Pangestu dalam pembentangannya berkata e-rokok telah berkembang dan menjadi lebih berkesan dan boleh dilihat dalam laporan ‘Evidence Review of Cigarettes . Para saintis yang mengkaji asap rokok dari rokok elektronik menemui penurunan 10 kali ganda pendedahan zarah berbahaya secara keseluruhan 
 
Lastly, qaseh nak kongsikan pengalaman suami qaseh sendiri yang dahulu sememangnya seorang perokok yang tak boleh hidup tanpa rokok dalam sehari, walaupun bukan perokok tegar tapi dalam sehari ibarat satu keperluan, qaseh nampak dia punya struggle untuk berhenti tapi selalu gagal, yaa dia takkan hisap rokok depan-depan qaseh tapi firasat seorang isteri pasti tahu dengan bau rokok yang melekat di tangan 
 
Tapi sejak muncul produk-produk e-rokok, suami mula beralih kepada e-rokok sebagai salah satu cara untuk berhenti dari rokok tradisional, sesungguhnya ia bukan mengambil masa yang sekejap atau secara drastik tapi lama-kelamaan dia berjaya berhenti rokok tradisional yang mana suatu ketika dahulu rokok itu ibarat makanan 
 
Pengalaman suami sendiri bila dia dah terbiasa dengan e-rokok, dia ada juga cuba untuk cuba rokok tradisional tapi katanya dah tak boleh terima dan menyebabkan mual, sekurangnya kaedah pengurangan bahaya tembakau berjaya buatkan suami berhenti dari rokok tradisional, dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko kesihatan dan penyakit berbahaya. 

Reference 
 
1.  http://www.myhealth.gov.my/merokok/
2. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/add.12998
3.  https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/kandungan-rokok
4.  https://www.gov.uk/government/publications/e-cigarettes-and-heated-tobacco-products-evidence-review/evidence-review-of-e-cigarettes-and-heated-tobacco-products-2018-executive-summary
5. https://pressroom.usc.edu/second-hand-e-cigarette-smoke-healthier-than-regular-cigarette-smoke-but-still-contains-some-toxic-elements/
 
 Assalamualaikum
 
Kadang rasa penat kan dengan dunia sekarang yang dilanda dengan covid-19, semua terbatas, pergerakan terbatas, Yang bekerja pun terpaksa bekerja dari rumah, anak-anak pun belajar online je, tapi apa yang best adalah tetap boleh shopping sambil goyang kaki haaa bab shopping memang tak pernah penat pun
 
Apa itu PG Mall ?
 
Korang tahu tak tentang PG Mall, eh haruslah tahu kerana Pg Mall merupakan Malaysia No 1 e-commerce Platform. Qaseh tahu tentang platform Pg Mall ni dari husband, bayangkan lah dia tu bukannya minat sangat bab shopping tapi boleh tahu tentang PG Mall, lainlah qaseh yang memang kaki shopping
 
Qaseh rasa semua pun dah tahu tapi nak bagitahu lagi dan lagi bagi korang seronok shopping sebab di PG Mall ni qaseh tengok banyak juga tawaran-tawaran menarik, memang sangat berbaloi korang shopping di PG Mall ni dan semua keperluan ada jadi tak risau la kalau tiba-tiba terdesak nak beli sesuatu kan, hanya buat carian je. 
 
Pembayaran Mudah Dengan Sistem Pembayaran E - Wallet
 
Okay bab pembayaran pula sangat mudah tau, kalau nak guna E-Wallet boleh tak ? Haaa sekarang ramai lebih suka bayar dengan E-Wallet, boost dan lain-lain. Tentulah boleh korang, sebab PG Mall satu-satunya platform yang menerima semua kemudahan pembayaran melalui e-wallet dan payment getaway. Mudah gilerr kan. 
 

Platform E-Commerce No 1 di Malaysia 
 
Untuk pengetahuan korang, platform PG Mall adalah platform perdagangan (E-Commerce) No.1 di Malaysia dan satu-satunya e-commerce tempatan di Malaysia. Eh tadi dah bagitahu kan? Memang nak ulang-ulang bagitahu supaya korang terus pergi shopping di PG Mall heheheh dan ianya sejak tahun 2017 lagi, wow dah 4 tahun dah.
 
PG Mall disokong oleh PG Group, dan bukan calang-calang ye kerana kehebatannya telah terbukti billa tersenarai sebagai TOP 3 Most Visited Online Marketplace di Malaysia oleh iPriceinsight. More info korang boleh klik link  https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ , berdasarkan report, PG Mall mencecah 7 juta lebih user setiap bulan, yeyy terbaiklah semoga dapat No. 1 nanti. 
 

Berdasarkan laporan suku ketiga 2019 iPrice, PG Mall berada di kedudukan 5 Teratas untuk web bulanan tertinggi di antara yang lain, dan dapat sampai ke kedudukan ketiga hanya dalam 6 bulan dengan peningkatan yang mengagumkan sebanyak 812,400 jumlah lawatan web , hingga 1,688,500 jumlah lawatan web pasti mengejutkan, terutamanya untuk jenama homegrown seperti jenama kami, yang menjadikan PG Mall laman web e- Commerce No.1 di Malaysia. Tidak syak PG Mall bahawa sekarang secara rasmi menjadi pesaing pasaran yang serius dan akan terus berkembang secara agresif untuk menduduki tangga teratas, ”kata pengarah urusan, Louis Ng. 
 
More  ; https://www.businesstoday.com.my/2020/06/16/pg-mall-among-top-3-most-visited-online-marketplaces-in-malaysia/
 
Jom Shopping ! 
 
Sebenarnya qaseh tengah cari khemah tau untuk lepak tepi pantai, takde la muka hangus ye tak, hihi so qaseh dah search dan aim beberapa khemah yang qaseh nak, yeyyy nasib baik ada di Pg Mall, dan sebenarnya dah survey banyak tempat tapi berkenan pulak khemah dalam Pg Mall ni so apa lagi add to cart dulu dan sambung survey barang-barang untuk berkhemah pula, sekarang kan musim orang bawak khemah je senang. 
 
Yang qaseh suka tentang PG Mall ni, bila qaseh search apa-apa yang berkaitan, PG Mall akn suggest store/seller yang jual barang tersebut, so boleh lah survey dan bandingkan harga hihi.
 

Bila bukak website PG Mall ni je korang nampak tak apa yang terpampang, banyak gila tawaran menarik, shocking sale yang murah giler dan macam-macam keperluan ada. Kalau lah duit banyak memang semua benda nak shopping haha 

 
Korang apa tunggu lagi, jika ada yang belum download sila download sekarang dan shopping sekarang di https://pgmall.my/

Website: www.pgmall.my 
Facebook: PGMallOfficial , https://www.facebook.com/PGMallofficial/
Instagram: PGMall.my , https://www.instagram.com/pgmall.my/
 
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #ShopOnline #Freeshipping #PGMallxIPrice

Company Inks Agreement with Sabah Bodybuilding Association, and Extends Partnership with Ten Times World Bodybuilding Champion Sazali Samad 



Joannes Staneslous, President of SBBA (center), Nelson Lee (L) and Benedict Yu (R), the directors of Nutrition Pro Sabah, at a sponsorship discussion for Mr Sabah and Mr Borneo 2021


Penampang, Sabah, 29 Sept 2021 – Sports Nutrition Pro Sdn Bhd (“Nutrition Pro”), one of Malaysia’s leading sports supplement retailers, opens its doors this month in Penampang, Sabah. Despite the prolonged lockdown of the fitness industry due to the COVID-19 pandemic this year, the company is still on track to achieve its all-time high revenue of RM20 million in 2021, an increase by over 60% from 2020.


Established in 2011, Nutrition Pro has successfully introduced world-renowned sports nutrition supplements to the fitness and bodybuilding market. Amongst some of the top global brands distributed are MMX Muscle Metabolix, Optimum Nutrition, Dymatize, MyProtein, MuscleTech, Scivation, Redcon1, Dream Tan, BSN and BPI Sports. The company is also the organiser of Mr. Perak, an annual bodybuilding competition in Ipoh, Perak.


Lawrent Cheong Yon Jean, director of Nutrition Pro


“Multiple Movement Control Orders (MCOs) initiated by the government to curb the spread of COVID-19 in 2020 and 2021 may have hampered the fitness industry. Despite the challenges, we were lucky to have managed to pivot our business model and focus on e-commerce, which has led to the growth in our revenue,” said Lawrent Cheong Yon Jean, director of Nutrition Pro.


He added that the company has also strived to help gyms and fitness centres to recover and recoup their losses. “Nutrition Pro has helped over ten gyms and fitness centres during this lockdown by expanding their business models to incorporate e-commerce and virtual personal training classes. This has helped them to sustain their income and hopefully, can be an added revenue for them when their operations resume.”


“What we strived for is the co-development and sustenance of the ecosystem by sharing our knowledge and by lending a helping hand. We hope that more gyms and fitness centres will utilise this opportunity to engage our services. Our comprehensive plans will ensure that they recover in the shortest amount of time possible.”


September 2021 also marked a new journey as the company launched its first East Malaysia outlet in Penampang, Sabah. “Over the past few years, we have witnessed an increase in demand by our customers in Sabah and Sarawak. I sincerely hope that our presence here will help to fulfil their demand and spur the growth of the local sports industry,” said Dr Benedict Yu, Managing Director of Nutrition Pro Sabah.


“Moreover, we have recently signed an agreement with the Sabah Bodybuilding Association (SBBA) to show our full support to the 2021 Mr Sabah and Mr Borneo that is slated at the end of the year. This will be our first foray in working with a sports association in Sabah and we hope that we can contribute more to the local sporting landscape,” he added.



(L-R) Adam Isaac, Operations Manager of Nutrition Pro and Sazali Samad, ambassador of Nutrition Pro at the contract extension signing ceremony


In the same month, the company also extended the contract of its ambassador, Sazali Samad, the ten times Mr. Universe. “We are pleased that he has decided to continue his journey with us and we look forward to more exciting content collaborations that will be released in our official Nutrition Pro YouTube and our social media pages,” Lawrent concluded.


For more info, visit https://nutritionpro.my/ or follow the company’s social media pages at:

Facebook: https://www.facebook.com/NutritionProMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/nutritionpro.my/

YouTube: https://www.youtube.com/c/NutritionProMalaysia

TikTok: https://www.tiktok.com/@nutritionpro.my 



ABOUT NUTRITION PRO

Established in 2011, Nutrition Pro is one of the leading sports nutrition retailers in Malaysia. With 12 outlets nationwide and 1 outlet in Singapore, the company has continued to support the local sports and fitness industries through various partnerships and collaborative efforts. In 2017, the company also secured its first exclusive Asia Pacific import and distributor license for the American brand, MMX Muscle Metabolix.


Nutrition Pro is also the annual organiser of Mr Perak, and will expand its initiative to support Mr Sabah and Mr Borneo in 2011. 

 

Media Contact

Sim Teong Eu

Head of Marketing

Sports Nutrition Pro Sdn Bhd

+6016 215 2328

sim@nutritionpro.com.my / sim.nutritionpro@gmail.com 

 Assalamualaikum
 
Sebagai seorang perempuan, qaseh sering menitikberatkan tentang kesihatan diri sendiri dan selalu membaca tentang penjagaan kesihatan wanita supaya qaseh dapat alert dengan kesihatan diri sendiri, tapi bagaimana pula dengan kesihatan seorang lelaki ? Bila menjadi seorang isteri dan juga ibu, punyai suami dan anak lelaki, kesihatan lelaki juga sangat penting bagi qaseh supaya mereka juga kekal sihat dari penyakit berbahaya
 

Tapi tak semua lelaki menitik berat kesihatan mereka berbanding perempuan, mungkin sibuk atau malu ? Kalau nak dibincangkan, kesihatan lelaki ni sangat luas ya yang merangkumi pelbagai masalah kesihatan yang kadang nampak kecil tapi sebenarnya sangat besar bukan kepada lelaki sahaja tapi ia boleh jadi bawa satu masalah kepada pasangan dan rumah tangga contohnya tentang lemahnya kesihatan seksual seorang lelaki dan ianya adalah punca terbesar kepada kes penceraian
 
Boleh jadi punca itu adalah kurangnya bersenam di zaman sekarang, yelah kan sekarang ni zaman teknologi, semuanya boleh dapat melalui hujung jari sahaja, kalau dulu lainlah, untuk membeli barangan kena keluar rumah, berjalan jauh, angkat barang dan sebagainya tapi sekarang hanya goyang kaki sahaja di rumah semua nya sudah tersedia. 

Baca juga : Idea berborak dengan pasangan {alertInfo}
 
Tambahan pula dunia sekarang dilanda wabak COVID-19, terpaksa meluangkan lebih banyak masa di rumah dan mengakibatkan badan jadi lemau dan malas. Akhirnya aktiviti-aktiviti yang sihat terkubur dan lagi memberi masalah kepada kesihatan bila pemakanan seimbang juga tidak terjaga. 

Kesihatan Seksual Bukan Sesuatu Yang ‘Taboo’


Bila bercerita tentang penjagaan kesihatan lelaki ni terutamanya kesihatan seksual, ia bukanlah sesuatu yang ‘taboo’, bukan sesuatu yang aib dan memalukan, ia bukan hanya berkisar tentang besar panjang, ataupun cerita tentang ubat kuat semata tapi ia lebih dari itu, kesihatan seksual juga berkait dengan mental dan fizikal, bila kesihatan diri dan mental tidak dijaga, kesihatan seksual juga terganggu dan akhirnya memberi kesan pada rumahtangga
 
Dalam sesebuah rumahtangga, lelaki memainkan peranan yang sangat penting sebagai ketua keluarga, untuk mendidik, menjaga dan wajib memberi nafkah zahir dan batin. Ada sesetengah lelaki tidak dapat menyeimbangkan antara nafkah zahir dan batin, malah ada yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada pasangan tapi tidak mencari jalan penyelesaian

Nafkah zahir terdiri daripada keperluan asasi manusia seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Nafkah ini wajib dipenuhi oleh pihak suami mengikut kadar kemampuan suami tersebut berpandukan kepada syariat yang telah ditetapkan. Ini adalah berdasarkan dari  dalil dari al-Quran dalam surah al-Talak ayat 7:
 
‎لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ
 Maksudnya : Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya
 
Nafkah batin merujuk kepada cara muamalah yang baik antara suami isteri dan begitu juga kebersamaan hubungan kelamin yang baik antara suami isteri tersebut. Suami wajib menunaikan nafkah batin terhadap isterinya selagi mampu. 
 
Ini berdasarkan kepada dalil dalam alQuran dalam Surah al-Baqarah ayat 187:
‎هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

Maksudnya : Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. - ( Surah alBaqarah ayat 187)
 
Statistik Kesuburan Lelaki Makin Meningkat
 
Sebab itu pentingnya kesihatan seksual kerana ia melibatkan kesuburan lelaki,  jangan tuding kepada sebelah pihak sahaja, bukan hanya perempuan yang punyai masalah kesuburan tapi lelaki juga mempunyai masalah sama dengan melihat statistik kesuburan lelaki di Malaysia yang semakin meningkat 
 
Ketua Unit Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr T Komathy berkata, ia berdasarkan data LPPKN dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2010 hingga 2019.


Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/132307/LAPORAN-KHAS/Masalah-kesuburan-lelaki-di-Malaysia-meningkat
 
Lelaki Pendek Umur ?
 
Pendek umur atau panjang umur semuanya dari Allah, tapi tentang kesihatan diri kita yang harus menjaganya kan? Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan satu kajian perihal jangka hayat lelaki. Sebenarnya, ia hanya sekadar penemuan. Terpulang kepada kita untuk menilainya.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan kematian dicatatkan lebih tinggi bagi kaum lelaki iaitu 16 peratus berbanding wanita (10.5 peratus) bagi tahun 2017.
 


Mana taknya semakin kurang orang yang ada kesedaran bersenam, tidak menjaga pemakanan, bermula 40-an mula timbul penyakit kencing manis, libido kurang,mati pucuk,sakit jantung dan lain-lain. Baru-baru ni qaseh banyak terbaca kes kematian secara mengejut dalam kalangan umur yang masih muda dan rata-rata penyebab adalah disebabkan sakit jantung.
 
Penyakit jantung sangat bahaya, ia dikenali juga sebagai penyakit kardiovaskular yang boleh berlaku kepada semua peringkat umur.
 
Bagaimana kita nak tahu samaada kita mempunyai sakit jatung atau tidak? Of course lah dengan pemeriksaan di hospital tapi sebelum tu kita boleh kenal pasti tanda-tanda sakit jantung , mungkin korang pernah merasa sakit dibahagian dada, atau tercungap-cungap, so jangan ambil mudah dan biarkan sahaja.

Tapi tanda-tanda sakit jantung itu juga berbeza bergantung kepada jenis penyakit jantung  yang dihidapi seperti penyakit jantung koronari, Arhythmia dan banyak lagi. Sebelum ni qaseh ingatkan penyakit jantung hanya ada satu jenis je, rupanya banyak juga ya, jadi tolong alert dengan kesihatan diri terutamanya lelaki yang selalu mengabaikan kesihatan sehingga tidak sedar hinggalah tiba satu waktu yang mana penyakit itu sudah teruk
 
SuamiSihat.com.my Untuk Para Lelaki 
 

Untuk pengetahuan lebih mendalam, qaseh nak kongsikan satu laman website yang berinformasi yang mendidik dan memberi kesedaran kepada suami/bakal suami yang prihatin untuk menitik beratkan kesihatan diri, bukan hanya untuk orang lain tapi untuk diri sendiri, betapa nikmat kesihatan itu tidak dapat di beli dengan wang ringgit, korang boleh dapat segala ilmu dan maklumat tentang kesihatan lelaki di https://suamisihat.com.my
 

Dan korang boleh juga join group telegram mereka di ‘Komuniti Suami Sihat’ untuk sama-sama berbincang dan berkongsi tentang isu kesihatan lelaki secara direct dan profesional. 
 
Giveaway !!!


Oh ya lastly, SuamiSihat ada buat satu giveaway percuma sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Hadiahnya adalah Ebook Suami Maulana yang mana di dalam Ebook ini ada perkongsian step by step dalam memperbaiki komunikasi dalam rumahtangga. Boleh join di sini - https://suamisihat.com.my/suami-maulana/
 
 

Assalamualaikum

Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal yang sangat selesa untuk ibu bersalin normal dan juga czer | Alhamdulillah hari ni hari ke 23 qaseh berpantang sendiri, pengalaman pertama ni kena berpantang sendiri tanpa mak huhu so far setakat ni kadang okay kadang emo jugak tapi suami jaga dengan elok sampai demam urat dia, alahai kesian pun ye.

Apa yang penting bila berpantang sendiri ni kena kuatkan mental dan fizikal, suami pun kena kuat mental juga nak jaga isteri dalam fasa pemulihan ni hihi adakala mood isteri kadang down, kadang cepat stress dan macam-macam lagi kena buat, so suami kena banyak bersabar lah ye.

Hari ni nak share rutin sepanjang berpantang ni, pagi-pagi kena mandi dengan air herba bagi badan rasa segar sikit, lepas tu mintak suami panaskan tungku dan qaseh tungku sendiri sambil rehatkan diri, stress juga tengok perut masih gelebeh ni so paling penting dan wajib ada adalah bengkung. 

So hari ni qaseh nak share pengalaman pakai bengkung waktu anak pertama dulu, qaseh rasa boleh bilang dengan jari berapa kali je qaseh pakai sebab bengkung dulu sangat-sangat leceh, tu pun sebab beli dengan bidan kampung. Bengkung tu jenis yang banyak tali, nak kena ikat bagai dan memerlukan bantuan orang untuk ikat, last-last dah tak pakai sebab leceh 

Bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

Haaaa untuk anak kedua ni, qaseh tak ulangi benda yang sama, kali ni betul-betul nak jaga perut, nak bengkung betul-betul bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kali ni qaseh pilih bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band dari Mamaway. Memang best gila bengkung dari Mamaway ni sebab ianya bengkung moden dan sangat memudahkan ibu-ibu bersalin untuk pakai. Bukan untuk ibu yang bersalin normal je tau, tapi bengkung ni sesuai juga untuk ibu yang bersalin secara Czer. 


Kalau korang nak tahu banyak kelebihan bengkung Mamaway ni, part yang paling qaseh suka adalah sebab senang gila nak pakai, tak perlukan bantuan orang lain, zup zap zup zap terus siap, so tiada alasan la tak pakai bengkung waktu berpantang, ye dok ? 

See tepek kiri tepek kanan, dah siap !


Kelebihan Bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

  • Antibacteria Material 

Material bengkung Mamaway Nano Bamboo ni diperbuat dari nano bamboo 3d black velvet yang berfungsi sebagai antibakteria dan odour resistant, walaupun qaseh berpeluh ia tidak meninggalkan bau kepam atau bau yang tidak enak dan semestinya lembut pada kulit 

If korang nak pakai herba or param pada perut, boleh pakai bengkung ni di luar baju, tetap berfungsi dengan baik. 
  • Breathable Mesh 
Bengkung ni ada beberapa saiz tau, jangan risau kalau korang tak tahu nak pilih saiz apa sebab pihak Mamaway akan bantu korang dalam bab memilih saiz, diorang akan minta ukuran perut jadi saiz korang memang akan fit lah dengan korang, macam qaseh punya ni adalah saiz S-M 

Bila ada pengalaman memakai bengkung ni kadang tak selesa bila bengkung tu buatkan kita rasa sesak nafas, sempit, rimas dan sebagainya kan, tapi bengkung Mamaway ni selesa sebab ia memang fleksible, so tak menyusahkan kita untuk bergerak, menyusu baby dan paling best walaupun pakai seharian ia tak buatkan qaseh berpeluh dan tak memerangkap haba panas.
  • Sesuai untuk bersalin Czer dan normal

Okay qaseh takde pengalaman bersalin Czer, tapi bila bab penjagaan luka tambah-tambah luka Czer ni agak mengerikan lah hinggakan rasa takut nak pakai bengkung dan buat apa-apa kan tapi bengkung Mamaway ni sangat sesuai untuk ibu-ibu czer dan boleh dipakai selepas 2 hari selepas bersalin, sebab bengkung ni mudah laras,  oleh cuba untuk pakai longgar-longgar dulu, jangan ketat sangat supaya tak beri kesan pada luka Czer. 
  • Menyokong rahim, perut, pelvis dan punggung

Bila pantang ni kan masa ni kita memang akan makan makanan yang sihat-sihat je untuk jaga dalaman kan, no makanan segera dan sewaktu dengannya hihi so dengan pemakaian bengkung ni akan membantu memulihkan juga dalaman kita

Bengkung Mamaway ni memang dapat menyokong rahim, perut, pelvis dan punggung dengan memberi tekanan pada bahagian pelvis dan perut untuk menahan dinding rahim yang jatuh, kulit yang longgar dan otot kembali pulih selepas bersalin

Untuk pembedahan pula, bengkung Mamaway dapat membantu pemulihan kesan dari pembedahan, menguatkan kembali bahagian dalaman, dan menstabilkan perut dan luka. Lagi best senang qaseh nak buat kerja dan uruskan baby sebab ia memberi sokongan pada tulang belakang. 

  • Tali pinggang boleh laras


Ni paling suka, sebab boleh laras mengikut keselesaan kita, nak ketat sampai sesak mafas pun boleh tapi janganlah ye, senang hanya tampal sahaja sebab ia punya velcro adjustable yang kuat


  • Mampu Gunakan Sendiri
Nah tak perlu minta bantuan orang lain, walaupun berpantang masih boleh pakai bengkung tanpa mengharapkan bantuan orang lain, sambil baring pun boleh pakai 
  • Mempunyai Fiber Infrared
Fiber Infrared ni untuk membantu meningkatkan alirah darah kita, sangat penting supaya tiada masalah darah beku dan sebagainya.


Honest Review : Qaseh sendiri dah pakai, sangat-sangat selesa dan sangat membantu dalam fasa pemulihan dan pantang sendiri ni, memang tak menyesal cuba dan sangat berbaloi, bukan hanya untuk dalam pantang je tau, korang yang nak dapatkan body cantik dan perut yang ramping pun boleh pakai.

Haaa sila check perut sendiri, ada lemak-lemak berlebihan tak :p kalau ada tu haa faham-faham la apa yang kena buat heheh. So far qaseh nak rekomen dekat ibu-ibu memang Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal sangat bagus. 


More Info : 
Use this code 
MAMABLOG-QASEH  
And enjoy RM15 off for purchase over RM150

purchase link: https://bit.ly/3lmcVhg


Official Website: ​https://my.mamaway.com/

Belly Band: https://my.mamaway.com/collections/recovery-belly-band/products/na no-bamboo-postnatal-recovery-support-belly-band

Belly Band FAQ:

https://my.mamaway.com/blogs/mamaway-blog/questions-about-post natal-belly-band-we-got-answers

     


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates