• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD yang di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 yang rasmi . Alhamdulillah , semoga di permudahkan segala urusan Tun M dalam memikul taggungjawab yang sangat berat , inshaaAllah ini juga kuasa rakyat dalam memilih , cuma bezanya Tun M tidak lagi dalam parti Barisan Nasional . 




Aku tak tahu sangat nak ulas tentang politik ni sebab sebelum-sebelum ni , memang aku tak nafikan yang aku memang tak pernah nak amik port langsung dan juga ini kali pertama aku turun mengundi #jangankecam , sebab PRU13 aku tak dapat balik ke kg , tapi kali ni lain macam semangat untuk pulang mengundi , sekurangnya aku menunaikan juga tanggungjawab aku dan undi tetap rahsia hehe



Bila keputusan rasmi dah keluar , memang berlapang dada menerima sebab sememangnya kerajaan terdahulu terlalu banyak kepincangan dan ini juga sebenarnya suara anak muda yang merasa sendiri keperitan hidup di bandar . 

Tapi sebenarnya tak di nafikan juga ramai yang bersedih dengan kekalahan Barisan Nasional lebih-lebih lagi warga tua yang selama ni menyokong penuh kerajaan terdahulu . Nak buat macamana kan , sebabkan setitik nila habis rosak sebelanga.. Bila ketua yang seharusnya memimpin dengan telus tapi sebaliknya pula yang terjadi , mereka-mereka yang bagus terpaksa berkorban untuk pulihkan semula Malaysia . 

Akhir kata dari aku dengan harapan tiada lagi janji-janji di capati dengan adanya kerajaan baru , yeahh aku percaya Tun M akan mengembalikan zaman kegemilangannya dan Malaysia kembali pulih .. inshaAllah , kalau tak ? Kita kasi tukar lagi so tunggu ~


Assalamualaikum 

MAGGI pedas giler ? Tetiba viral pulak maggi baru ni kan , benda-benda viral ni sebenarnya jarang layan melainkan benda tu ada di depan mata , haaa macam Maggi Pedas Giler ni lah . Asalnya shopping barang dapur di Tesco lepastu ternampak akak promoter tengah menyusun Maggi ni di rak , jadi apa lagi belilah satu cup jewwwww sebab sekarang tak boleh nak makan pedas sangat karang buasir hahaha . Jadi beli satu buat rasa

Masa nak beli tu akak promoter cakap pedas ni maggi ni , pedas dari ramen dik . Haa kau bersungguh dia cakap , so aku beli la , tipu siap kau akak haha tapi lidah lain-lain , selera pun lain-lain , mohla kita share pengalaman sendiri . Eh jap ramai pulak cakap susah nak cari maggi ni , korang boleh lah cuba cari di Tesco ye . Harga dia alamak tak silap Rm3.99 satu cup , murah jauh dari ramen hohoho

Okay di sebabkan sebelum ni aku dah pernah cuba Ramen , memang aku surrender dengan tahap kepedasannya . Pedas dia lain macam betui sampai naik ke kepala hahah .. So saja tengok maggi malaysia ni pulak pedas dia macamana ..



Maggi Pedas Giler ni ada dua perasa , aku cuba perasa Ayam Bakar , eh perasa ke perisa haaa lantaklah janji sampai maksudnya .. Jeng jeng jeng , eh Rayyan tak makan tau , nangis nak pegang je tu , jangan risau ye makcik bawang , iols tak bagi anak makan pedas-pedas cenggini ..




Rempah dia ada 3 , rempah yang macam biasa tu , sweet seasoning dan chili oil .. Fuh fuh jangan amalkan selalu ye anak-anak sekalian , sekali sekala takpe . Aku ni cuba untuk sekali je la kot heh heh so maggi ni tak perlu di masak secara berkuah pun , hanya rebus maggi tu bagi lembut kemudian gaul kan dengan rempah-rempah yang ada .. SIAP !


Nah cengginilah rupanya , jadi pedas ke tidak ? Bagi aku kepedasan dia still aku boleh pergi , kalau ramen samyang tu memang giler pedas , yang ni macam letak cili padi banyak-banyak tapi tak sampai tahap sampai ke kepala .. Haaa , suami aku pun cakap benda sama , dia makan tanpa minum air so maknanya takdelah tahap pedas sangat , bila tak pedas sangat ni boleh lah rasa kesedapan dia . Bila terlampau pedas , tak rasa apa la kan rasa pedas je semata hohoho .. Saya dah , anda berani tak nak cuba heheh :p

Ok Bye :)
Assalamualaikum , 

Ramadhan bakal tiba tak lama lagi so faham-faham lah mesti nak ber buffet ramadhan jugak kan nanti .. Okay nak tanya soalan ni haa , bujet korang untuk buffet Ramadhan berapa ? Berbaloi tak bayar mahal-mahal tapi tak dapat nak makan semua , aku ni minum air pun dah cukup kenyang hohoho cuma nafsu je besar hahah tapi sesekali best jugak layan buffet Ramadhan , bolehlah makan sedap-sedap kan .. 

Jadi bujet aku dalam RM50 dah cukup memadai , tapi yang bestnya korang boleh dapat harga buffet Ramadhan ni lagi murah bawah dari RM50 , kat mana ? Haaa ni yang berkobar-kobar nak share kat korang semua , tapi sebelum tu nak cerita  aku dah pernah datang ke Cafe ni sebelum ni , boleh baca di http://www.qasehdalia.com/2015/11/cafe-cerita-kambing-menu-kambing-sedap.html  


Yang bezanya kali ni dah bertukar tempat , iaitu di Anjung 7 Shah Alam dan yesss aku suka tempat baru ni lebih santai dan terbuka , segala kemudahan pun ada di kawasan sini , tandas dan juga surau , parking pun banyak .. If tak muat dalam Cafe owner akan buka khemah uols , ala-ala terasa suasana makan kenduri gitu .. Di mana ? Di Cafe Cerita Kambing lah..

Bagi penggemar kambing korang wajib datang sini sebab lamb chop kat sini sedap gila yang tidak terlalu kering dan sememangnya lembut bila di kunyah . Yaaa i know ramai yang takde gigi , eh .. Yang kadang bengang bila daging terlalu liat kan haha so far no prob kat sini , sos lada hitam pun sedap .. 


MENU ISTIMEWA BUFFET RAMADHAN 

Okay jom tengok menu-menu yang ada di sini , yang pasti semua nya memikat selera korang . Walaupun nama Cafe Cerita Kambing , masih lagi ada menu-menu tradisional di sini yang akan bertukar setiap hari .. Jadi korang tak sempat nak rasa bosan dengan menu yang sama tau . 

Menu utama wajib di sini adalah set Nasi Briyani yang di makan bersama dengan Ayam Masak Merah dan Daging Massala , dan my favourite sepanjang datang ke sini Kambing Salai dan juga Grill , fuh real dia punya sedap tu .. macam nak bawak balik je  








MENU JUADAH TRADISIONAL 

Macam yang aku cakap tadi , juadah tradisonal pun terdapat di sini yang mana setiap hari akan bertukar , kadang-kadang jauh dari masakan mak ni rindu jugak makanan-makanan yang selalu mak masak kan haaa boleh la melepaskan rindu gituu .. 



Aneka kuih-muih wajib ada bila ber buffet ramadhan sebagai pemanis mulut . Kuih - kuih kat sini pun sedap dan memang kena lah bila Ramadhan tiba .. Lagi best tak payah tunggu raya , korang boleh makan tapai pulut di sini .. 







Bagi peminat Laksa Johor atau pun tak pernah cuba , haaa bolehlah rasa ye , homemade gitu . Kali ke dua rasa Laksa Johor ni , sedap .. Lauk nya ulam-ulaman macam laksam tapi kuah pekat dan lain dari kuah Laksa Penang , eh rasalah sendiri .. :p







BUFFET RAMADHAN SERENDAH RM33.90 SAHAJA 


Okay harga buffet Ramadhan di Cafe Cerita Kambing ni memang murah uols , ada yang keluarga besar tapi tak mampu nak berbuffet ramadhan sebab harganya 1 kepala dah cecah seratus , so why not kita ber buffet ramadhan di sini , semua keluarga dapat menikmati sama-sama dengan 33 hidangan yang ada .. Thorbaik kan ?

Harga Untuk Dewasa           :  RM33.90
Harga Untuk Kanak-Kanak (7-10 Tahun )  : RM17.00







Yang paling best korang dah boleh BOOKING sekarang untuk Ramadhan nanti 

Untuk tempahan boleh hubungi :


Untuk tempahan boleh hubungi :

Pn Yan 019-2816308
Pn Ana 0122813848
Cik Ain 0136186825

Alamat : Cafe Cerita Kambing , Anjung 7 ,
Jalan Zirkon B7/B , Seksyen 7 , Shah Alam 
(belakang Unisel)
Waze : Cafe Cerita Kambing

Insta : www.instagram.com/cafeceritakambing

Fb : Cafe Cerita Kambing



Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka.Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.

Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehinggan RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan? 


Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. 

Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.


Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.

Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi.


Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut.





Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti. 

Harga yang di tawarkan.

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).

Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780. 

Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 

Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. 

Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:

Web : https://agrofarmstay.my
FacebookPage : www.facebook.com/agrofarmstay

Assalamualaikum .. hye hye hye kembali makan-makan bersama qaseh dalia hahah 

Satu lagi tempat yang wajib korang singgah makan bila ke Johor adalah merasai kacang pool di sini , sebenarnya kacang pool ni memang asal dari Johor ye ? Aku pun tak tahu sebenarnya tapi rata-rata bila tanya orang apa makanan wajib makan bila ke Johor adalah kacang pool , pantai timur memang takde kacang pool ni , yang ada swimming pool je kahkah  , jangan mare haaa 

Dah tu apa lagi moh le kite cobaaa  , aku pun memang mencari tempat makan untuk breakfast dan juga lunch . Kacang pool ni memang sesuai lah untuk buat breakfast ataupun makan petang sebab ia di makan bersama roti bakar je tapi mengenyangkan sebab roti tu pun tebal juga 


Search punya search  , banyak jugak cawangan Kacang Pool Haji ni ye tapi aku memilih Restoran Kacang Pool Haji Larkin di Jalan Dato Jaafar , sebab banyak review best kat sini , so moh lah aku tambah review di sini juga heheh . Restoren ni di tepi jalan besar , oh ye satu lagi korang boleh cuba di medan selera Larkin Bomba , di sebabkan aku nak keselesaan so aku memilih di restoren je , cumanya bila full house parking agak limited juga lah 



Bila cerita tentang Kacang Pool ni , aku pernah cuba sekali di Teh Tarik Place . Ermm bezanya kat sini lagi sedap sebab Kacang Pool kat sini lebih pekat , aku memilih Kacang Pool Daging jadi memang terasa lah daging bersama kacang ni haaaa , sedap ! Harga nya pun berbaloi , kalau korang jenis perut sempit boleh share dua orang . Cara nak makan ? Alahai senang je , cicah je roti tu dengan kacang pool , yummeh ! 




Lagi terasa kesedapan Kacang Pool Haji ni , di makan bersama telur dan perahan limau . Mula-mula husband pelik dan tak mau perah limau tu , eh eh dah letak dalam tu kena lah perah uols , karang ai yang perah u hahah  , rasa dia lagi sedap , tak pelik pon kan , makan habis licin jugak :p 

Selain dari Kacang Pool , aku order nasi ayam dan husband order nasi ambeng sebab lapar , waktu pun dah masuk tengahari , alang-alang kat situ lunch terus lah .. Banyak lagi menu yang ada kat sini tau bukan sekadar kacang pool sahaja . Cumanya yang famous kat sini of course lah kacang pool , so masukkan dalam list makanan korang k 



Nasi ayam kat sini biasa-biasa je bagi aku , opsss jangan mare ye sebab kuah agak cair dan tawar tapi Nasi Ambeng tu husband kata not bad , first time lah kot cuba Nasi Ambeng heheh , dia kalau pergi mana-mana memang akan cari makanan unik yang tak pernah dia rasa , yelah buat apa makan makanan yang ada di tempat sendiri kan hehe .. 

So kesimpulannya , tak rugi cuba Kacang Pool di Restoren Kacang Pool Haji Larkin ni . Nanti datang Johor jangan lupa cubaaa k , jangan lupa juga makan ------> Mee Rebus Tulang ZZ . Okay , tq kerana sudi membaca .

Alamat : 
No 12 , Jalan Dato Jaafar , Taman Dato Onn ,
80350 Larkin , Johor Bharu 



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates